You are on page 1of 1

Laporan semasa Program Melestarikan IPG

Pada hari kedua, kami sekelas PISMP Matematik Semester 6 telah berkumpul di
nursery ipgktaa pada pukul 4.30 petang. Pengerusi persatuan telah memastikan kehadiran
semua ahli sebelum memulakan taklimat ringkas. Beliau memberitahu sedikit tentang
agenda yang akan dilaksanakan pada hari ini. Kami mengagihkan tugas kepada 4 kumpulan
di mana 6 orang ahli dalam satu kumpulan. Naib pengerusi mengagihan tugasan kepada
setiap kumpulan. Pengerusi memastikan setiap kumpulan melaksanakan tugas yang
diamanahakan dengan baik.
Kumpulan satu dikehendaki menyusun anak pokok yang kecil dalam poly bag di
tempat yang disediakan dengan kemas mengikut jenis anak pokok. Kumpulan kedua pula
menyediakan tanah campuran untuk menanam pokok baru dalam pasu. Manakala
kumpulan ketiga memindahkan anak pokok yang sudah matang dari poly bag ke dalam
pasu. Kumpulan keempat dikehendaki membuang pokok yang rosak dan layu serta
membuang rumput lebihan dalam pasu. Kami juga membantu satu sama lain walaupun
diagihkan dalam kumpulan.
Walaupun kerja menyusun pokok mengikut kategori jenis pokok tidak dapat
dihabiskan pada masa yang ditetapkan. Pengerusi diminta semua ahli untuk
menyempurnakan tugas-tugas yang tidak dapat dihabiskan pada hari esok. Sebelum balik,
kami menyiram pokok yang telah dipindahkan ke dalam pasu dan membersihkan kawasan
serta menyusun alatan yang digunakan supaya memudahkan kerja pada hari esok.

You might also like