You are on page 1of 2

Transformasi dalam sistem pendidikan mampu melahirkan generasi yang

pintar, kreatif, dan inovatif.

Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah transformasi pendidikan negara.


Lengkapkan pelindungan dengan perkataan yang sesuai.

Masyarakat yang berilmu ialah masyarakat yang selalu melihat potensi masa depan
dengan cara lebih positif. Mereka boleh mempertingkatkan taraf hidup berpandukan ilmu
pengetahuan yang dikutip dalam system pendidikan. Negara kita telah pun
mencurahkan usaha yang banyak unutk membina masyarakat yang berilmu sejak
merdeka lagi. Sepanjang masa ini, pendidikan telah dijadikan agenda utama Negara.

Walau bagaimanapun, proses perubahan masa yang berlaku menyebabkan system


pendidikan tidak boleh jumud, sebaliknya perlu ditransformasikan agar ilmu yang
diajarkan sentiasa relevan gengan kehendak semasa. Atas kehendak tersebutlah,
Malaysia tidak ketinggalan dalam melakukan transformasi dan penambahbaikan kepada
sistem pendidikan yang sedia ada. Sudah sewajarnya segala sistem yang digubalkan itu
dapat member impak yang positif kepada generasi pelapis.

Perubahan dalam kurikulum adalah antara perkara terpenting yang sentiasa diberi
perhatian dalam sistem pendidikan di Malaysia. Oleh itu, perubahan dalam aspek isi
kandungan, bahan pelajaran, dan teknik pengajaran mampu menjanakan murid yang
bijak berfikir. Sebagai contoh, suatu perubahan yang paling drastic yang telah berlaku di
sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an melalui perubahan dalam sistem kurikulum lama
kepada kurikulum lama kepada kurikulum baharu yang melibatkan sistem persekolahan
rendah dan menengah. Kesan yang cukup ketara dalam perubahan sistem ini ialah
murid-murid pada hari ini lebih aktif, berani, dan kreatif. Hasilnya, halangan seperti takut
dan malu seperti anak-anak masa lalu semakin menipis dalam kalangan remaja
mutakhir ini.

Perubahan drastic dalam sistem pendidikan menengah seperti dalam KBSM telah
Berjaya menganjak sikap murid kepada lebih berani, berinovasi, dan interaktif. Hal ini
amatlah jelas apabila rata-rata murid yang dalam usia remaja sangat aktif menyertai
pelbagai program. Subjek-subjek yang berteraskan inovatif, ICT serta sains dan
teknologi menjadi pilihan utama remaja masa ini. Kejayaan Malaysia dalam beberapa
siri pertandingan robotik dan inovasi pada peringkat antarabangsa menjadi bukti bahawa
transformasi dalam sistem pendidikan adalah amat penting. Sesungguhnya, segala
perubahan yang dilakukan adalah dengan hasrat untuk melahirkan rakyat yang lebih
besedia untuk bersaing di arena global.

Inovasi turut dimasukkan sebagai strategi untuk member ruang kepada murid
mengemukakan idea, kebolehan, dan kemahiran. Hal demikian ini amat sesuai dalam
usaha mencungkil bakat dan potensi diri murid. Pengajaran interaktif yang berbantukan
komputer telah membuka peluang yang seluas-luasnya kepada remaja untuk melayari
maklumat dalam alam maya. Pada hari ini melalui inovasi ICT, pelbagai gajet telah
dihasilkan dan menatijahkan anak-anak seusia tiga tahun sudah pantai menekan
kekunci computer Masyarakat yang fobia computer dalam masa sedekad lalu kini telah
menjadikan pelbagai gajet sebagai “teman hidup” mereka.

Perubahan juga dilakukan dalam aspek kokurikulum. Kokurikulum turut berjalan


seiring dengan kurikulum dalam usaha melahirkan murid yang kompeten dan seimbang
dari aspek mental, jasmani, dan rohani. Oleh itu, penekanan dalam Falsafah Pendidikan
Negara telah memberikan sinar baharu kepada murid yang aktif dalam aktiviti
kokurikulum untuk terus menggilap potensi diri. Langkah tersebut telah menunjukkan
impak yang positif apabila murid mula berminat dalam pelbagai aktiviti persatuan, kelab,
dan sukan. Strategi serampang dua mata ini telah Berjaya melahirkan murid yang bukan
sahaja pintar mindanya, malah cergas jasmaninya. Insentif 10 peratus markah
kokurikulum sebagai merit ke university menjadi suatu lagi anjakan dalam transformasi
sistem pendidikan kita.

Kesimpulannya, transformasi dalam sistem pendidikan merupakan suatu perkara


yang perlu dilaksanakan sesuai dengan perubahan waktu dan kehendak masyarakat.
Seandainya usaha ini diperkasakan dengan komitmen yang tinggi dan diberi pengisian
yang berimpak tinggi, nescaya matlamat merealisasikan hasrat Wawasan 2020 untuk
melahirkan rakyat yang prugresif dan berdaya saing sudah pasti akan terlaksana. Setiap
perubahan yang dilakukan itu perlu mendapat respons yang positif daripada semua
pihak.

You might also like