You are on page 1of 6

TEKS UCAPAN YANG BERTEMAKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN BAGI MELAHIRKAN MODAL INSAN BERKUALITI KE ARAH MENCAPAI WAWASAN 2020.

Terima kasih diucapkan kepada saudara pengerusi majlis. Yang dihormati, Dato Haji Adnan Bin Ahmad, Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Pahang Darul Makmur, Yang Berbahagia, Dato Haji Ahmad bin Zakaria, tuan pengarah Institut Pendidikan Guru Kota Bharu, yang berusaha, Encik Halim Bin Saad, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Tembeling, guru guru, guru-guru pelatih serta hadirin sekalian. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakathu, selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.

Syukur kita kehadrat illahi kerana limpah dan kurnia Nya dapatlah kita berkumpul di dalam sebuah majlis ilmu di pagi yang serba indah ini. Para hadirin yang dihormati sekalian, pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan kerana memberikan saya peluang untuk berucap di majlis yang mulia ini. Pada pagi yang indah ini, saya ingin menyampaikan ucapan yang bertajuk, Transformasi Pendidikan Dalam Melahirkan Modal Insan Yang Berkualiti Selaras Dengan Wawasan 2020. Tuan tuan dan puan puan yang saya hormati, adakah anda tahu konsep sebenar Transformasi Pendidikan? Apakah objektif konsep ini dalam melahirkan modal insan selaras dengan kehendak Wawasan 2020? Perubahan globalisasi kini telah menyebabkan pelbagai saingan sama ada dalam bidang ekonomi,politik sosial dan bidang pendidikan. Oleh itu,transformasi pendidikan perlu dilakukan bagi melahirkan modal insan yang berkualiti ke arah mencapai wawasan 2020. Begitulah tema ucapan saya pada pagi yang mulia ini.

Sidang hadirin sekalian, Sebelum saya menjelaskan cara pembentukan modal insan yang berkualiti berdasarkan transformasi pendidikan untuk mencapai Wawasan 2020,izinkan saya memberi definisi Transformasi Pendidikan. Merujuk kepada muka hadapan akhbar

berita harian bertarikh 15 Disember 2008 yang bertajuk Rombakan Subjek Akademik,Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju untuk membuat satu transformasi pendidikan pada peringkat sekolah rendah iaitu dengan menggugurkan beberapa subjek dan memperkenal beberapa subjek baru yang memberi penekanan terhadap latihan amali selaras dengan transformasi sistem pendidikan yang akan dilaksanakan mulai 2010.Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah menyatakan bahawa pengenalan subjek baru ini lebih bersifat pratikal bertujuan untuk menilai kebolehan pelajar secara menyeluruh,adil dan tidak hanya bergantung kepada peperiksaan semata-mata. Secara khususnya,transformasi begini amatlah diperlukan dalam sistem pendidikan negara ini. Kamus Dewan Edisi Ketiga memberikan maksud Transformasi sebagai perubahan bentuk(sifat,rupa atau keadaan). Sistem pendidikan negara kita sememangnya perlu diubah bagi memastikan pembangunan insan seimbang dapat dilaksanakan. Oleh itu,transformasi pendidikan perlu dilakukan bagi melahirkan modal insan yang seimbang selaras dengan kehendak Wawasan 2020 bagi melahirkan insan yang berkualiti. Perkara ini bukanlah perkara baru kepada dalam sistem pendidikan negara tetapi sebelum ini perkara ini hanyalah teori di atas kertas semata-mata kerana perkara ini sudah lama tertulis dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 yang menyebut Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani.

Pembentukan modal insan berdasarkan transformasi yang dijalankan adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan yang seimbang selaras dengan kehendak Wawasan 2020. Transformasi Pendidikan perlu dilakukan bagi membuat perubahan terhadap sistem pendidikan yang sedia ada. Jika dilihat sebelum berlakunya transformasi pendidikan,pelaksanaan pendidikan adalah tidak menyeluruh kerana sistem pendidikan sekarang dilihat lebih menekankan dalam aspek peperiksaaan yang melibatkan akademik atau intelek semata-mata. Sistem pendidikan yang terlalu berorientasikan peperiksaan menyebabkan bilangan A menjadi keutamaan dan pencapaian CGPA menjadi ukuran. Sememangnya tidak dapat dinafikan A dan CGPA merupakan terjemahan kepada kefahaman pelajaran,namun penghayatan

yang membawa kepada pengaplikasian dalam kehidupan sebenar kurang dittik beratkan. Justeru,tidak hairanlah apabila sesetengah pihak mendakwatahu belajar,tapi tak tahu kerja. Oleh itu,saya merasakan tindakan menerapkan nilai soft skills pada peringkat universiti merupakan satu tindakan terlambat dan lebih kepada tindakan terdesak untuk melahirkan graduan yang berkebolehan. Namun,proses itu lebih baik jika diterapkan di dalam transformasi pendidikan lebih awal lagi kerana jikan ingin melahirkan modal insan yang berkualiti dan seimbang,seseorang insan itu tidak hanya bijak dalam akademik malah bijak dalam mengaplikasikan kebaikan yang telah diperolehi daripada proses pembelajaran. Matlamat bagi melahirkan modal insan yang berkualiti akan berjaya sekiranya trasnformasi pendidikan dilakukan bagi mencapai Wawasan 2020.

Para hadirin sekalian, Transformasi Pendidikan merupakan satu medium yang boleh melahirkan modal insan yang berkualiti selaras dengan kehendak Wawasan 2020. Dalam hal ini,transformasi pendidikan memainkan peranan yang penting dalam meningkat pencapaian pelajar dalam alademik berasaskan transformasi yang dilaksanakan. Seperti yang kita ketahui,Malaysia telah mencapai kejayaan cemerlang dalam sistem pendidikannya dalam tempoh 50 tahun yang lalu termasuklah pencapaian kadar literasi dewasa sebanyak 92%,kadar penyertaan peringkat rendah yang universal,serta kadar pertumbuhan penyertaan peringkat menengah antara yang tertinggi berbanding dengan negara-negara Malaysia kini membangun telah yang lain. Walaubagaimanapun,kita negara-negara tidak seperti seharusnya berpuas hati dengan pencapaian ini. Keberhasilan pendidikan ketinggalan berbanding Singapura,Hong Kong dan korea. Sebagai contoh, jurang perbezaan keberhasilan di antara pelajar di Malaysia juga terus meluas,misalnya hampir 20% daripada pelajar-pelajar Malaysia gagal mencapai tahap minimum Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dalam Matematik dan Sains pada tahun 2007,berbanding hanya 5 hingga 7% pada tahun 2003. Oleh itu,meningkatkan atau memperbaiki keberhasilan pendidikan adalah penting untuk menbina satu tenaga kerja yang berdaya

saing bagi melahirkan modal insan yang berkualiti selaras dengan Wawasan 2020 yang ingin mewujudkan insani Malaysia yang sentiasa berfikiran ke hadapan. Transformasi pendidikan juga perlu dilaksana dalam sistem pendiidikan hari ini bagi melahirkan modal insan yang berkualiti selaras dengan Wawasan 2020 iaitu dengan melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian dan latihan supaya pendidikan yang diamalkan berkualiti dan relevan dengan keperluan semasa. Arus perubahan globalisasi yang tinggi telah menyebabkan sistem pendidikan menjadi medium utama dalam menerapkan pelbagai ilmu untuk diaplikasikan di dalam era yang serba moden kini. Keadaan ini telah menyebabkan satu transformasi pendidikan perlu dilaksanakan bagi melahirkan generasi yang berada dalam keadaan yang sentiasa berfikiran secara progresif untuk menempuh segala peradaban dunia akan datang. Selain itu,transformasi pendidikan ini juga mampu melahirkan modal insan yang dapat memberikan sumbangan kepada negara atau pun ke peringkat antarabangsa selaras dengan Wawasan 2020 mengikut Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Oleh itu,penerepan transformasi pendidikan wajar dilaksana bagi melahirkan modal insan yang sempurna,berakhlak mulia,budi pekerti,berilmu tinggi selaras dalam mencapai Wawasan 2020 yang kita tempuhi pada masa akan datang.

Para hadirin sekalian, Melahirkan modal insan melalui transformasi pendidikan amatlah bertepatan dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA),terutama yang lebih merujuk kepada bidang masyarakat pendidikan inovatif masa dan kini. Perubahan yang bagi membangunkan kreatif mempunyai

pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan,mampu menjadi seseorang individu itu lebih berdaya saing sama ada peringkat negara atau di peringkat antarabangsa. Keadaan ini juga akan memberi keyakinan kepada seseorang individu itu untuk lebih menonjolkan diri dengan kemahiran yang

telah diperolehi dan mempunyai kebolehan dalam mengaplikasi segala ilmu yang dipelajari. Oleh itu,transformasi pendidikan melalui dasar Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) perlu dilaksanakan bagi melahirkan modal insan yang berkualiti selaras dengan kehendak Wawasan 2020 melalui objektif yang ke-6 iaitu ingin mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan,yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya,mari kita bersama-sama mengimbas kembali konsep transformasi pendidikan. Seperti yang telah saya sampaikan,transformasi pendidikan adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti selaras dengan kehendak Wawasan 2020. Bagi mencapai matlamat tersebut,Bidang Keberhasilan Utama Negara(NKRA) mealului bidang pendidikan telah melaksanakan satu perubahan di dalam sistem pendidikan yang tidak hanya berteraskan kepada ilmu dan akademik semata-mata,sebaliknya turut memberi penekanan dalam proses pengaplikasian dan penguasaan dalam setiap bidang yang diceburi. Proses ini juga mampu melahirkan seseorang individu yang boleh berdaya saing dam progresif dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Seperti yang kita ketahui,pemikiran pada abad kini sentiasa berdaya saing antara satu sama lain untuk mencapai sesuatu perkara dengan lebih bijak dan sempurna. Oleh itu,transformasi pendidikan perlu dilaksanakan bagi melahirkan insan yang sentiasa mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis dalam mencapai sesuatu serta mempunyai bakat yang tinggi untuk menceburinya. Kerjasama daripada semua pihak amat digalakkan kerana rumah tidak akan berdiri tanpa tiangnya yang memberi maksud bahawa jika tiada kerjasama bersama dalam menjayakan perubahan ini,transformasi ini akan menjadi tidak sempurna kerana tiadanya sokongan yang mendalam. Sehubugan dengan itu,kita juga tidak wajar mementingkan diri sendiri bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing kerana perubahan dalam pendidikan juga memerlukan kerjasama yang kuat dari semua pihak. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya,izinkan saya menyampaikan dua rangkap pantun yang berbunyi,

Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan didalam peti, Kalau ada silap dan salah, Jangan disimpan di dalam hati,

Kalau ada sumur diladang, Bolehlah saya menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Bolehlah kita berjumpa lagi.

Dengan

ini,saya

sudahi

ucapan

saya

dengan

lafaz

assalamualaikum

waramatullahiwabarakahtuh. Sekian,terima kasih.

You might also like