You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS SEMINAR PENDIDIKAN KEIBUBAPAAN PERINGKAT NEGERI JOHOR.

Ketibaan, Yang Berbahagia, Tn Hj Abdul Hamid bin Abu Hassan Wakil Rasmi Pengarah Pendidikan Johor.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Yang Berbahagia Tn Hj Abdul Hamid bin Abu Hassan wakil rasmi Pengarah Pendidikan Johor,

Yang Berusaha, Dr Hjh Hasmah bt Ahmad wakil rasmi Pengarah Institut Aminuddin Baki

Yang Berusha Tn Hj Kamaruddin bin Abu Pegawai Pendidikan Daerah Kluang

Dif-dif kehormat, Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Johor Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, Pengetua-pengetua Guru-guru besar Jawatankuasa PIBG Guru-guru serta hadirin hadirat sekalian

Selamat Datang ke Majlis Seminar Pendidikan Keibubapaan Peringkat Negeri Johor bagi tahun 2004.

Bagi memulakan majlis pada pagi ini dijemput Al Fadil Ustaz Mohd Khairo Faizi bin Abdul Hamid untuk memimpin bacaan doa

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

BACAAN DOA Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Mohd Khairol Faizi bin Abdul Hamid atas bacaan doa itu tadi.

Seterusnya majlis beralih ke acara ucapan Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Yang Berusaha Dr Hjh Hasmah bt Ahmad wakil rasmi Pengarah Institut Aminuddin Baki untuk menyampaikan ucapan alu-aluan Dipersilakan puan.

UCAPAN WAKIL RASMI IAB

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Dr Hjh Hasmah bt Ahmad atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu, ucapan tetamu khas.

Dengan ini majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Abdul Hamid bin Abu Hassan wakil rasmi Pengarah Pendidikan Johor merangkap Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Johor menyampaikan ucapan seterusnya menutup rasmi Seminar Pendidikan Keibubapaan Negeri Johor bagi tahun 2004.

Dengan segala hormatnya dipersilakan tuan.

UCAPAN TETAMU KHAS

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn Hj Abdul Hamid bin Abu Hassan atas ucapan perasmian penutup itu tadi.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih dipersilakan Tn Hj Kamaruddin bin Abu Pegawai Pendidikan Daerah Kluang mengiringi Tn Hj Abdul Hamid bin Abu Hassan wakil rasmi Pengarah Pendidikan Johor untuk menyampaikan cenderamata kepada para penceramah. Dipersilakan tuan

PENYAMPAIAN HADIAH PENCERAMAH

Dipersilakan penceramah pertama Dr Hjh Hasmah bt Ahmad

Penceramah kedua Pn Hjh Saleha bt Mohamed

Seterusnya dipersilakan Tn Hj Kamaruddin bin Abu menyampaikan cenderamata kepada Tn Hj Abdul Hamid bin Abu Hassan wakil rasmi Pengarah Pendidikan Johor

Majlis merakamkan terima kasih kepada Tn Hj Abdul Hamid bin Abu Hassan dan Tn Hj Kamaruddin bin Abu kerana sudi menyampaikan hadiah itu tadi. Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi maka berakhirlah Seminar Pendidikan Keibubapan Peringkat Negeri Johor bagi tahun 2004.

Majlis mempersilakan Tn Hj Kamaruddin bin Abu, Pegawai Pendidikan Daerah Kluang mengiringi tetamu utama dan dif-dif jemputan ke bilik makan kantin untuk menikmati jamuan yang disediakan

Dipersilakan para tetamu ke kantin untuk menikmati jamuan. Sekian wassalamualaikum w.b.t.

You might also like