You are on page 1of 4

Teks Pengacara Majlis

Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah


31 Oktober 2023
Perkara Teks Catatan
Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati Sarjan Mohd Khairul Fikri
Tetamu Bin Hassin, Polis Diraja Malaysia merangkap Pegawai Perhubungan
Jemputan Sekolah.

Diiringi oleh Yang Berusaha Puan Fuziah Binti Zainal Abidin, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Perik.

Yang berbahagia, Encik Ahmad Shukri Bin Yahya,


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Perik.

Lagu Hadirin diminta berdiri bagi menyanyikan lagu


Negaraku lagu sekolah dan lagu negeri Kedah
………Nyanyian…………

Ikrar Rukun Seterusnya bacaan ikrar daripada Saudari


Negara ______________________________________________________
Hadirin dipersilakan duduk.

Salutasi Indah sungguh si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal Bismillah Pembuka Bicara.

Bismillahirrahmanirahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Yang Dihormati Sarjan Mohd Khairul Fikri Bin Hassin, Polis Diraja
Malaysia merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah.

Yang Berusaha Puan Fuziah Binti Zainal Abidin, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Perik.

Yang berbahagia, Encik Ahmad Shukri Bin Yahya,


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Perik.

Yang berbahagia, Encik Mohd Zainodin Bin Rohim


Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan
Perik.
Barisan penolong kanan, AJK PIBG, guru-guru seterusnya murid-murid
Sekolah Kebangsaan Perik yang dirahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke majlis Pelancaran Duta Sahsiah


PemangkinPembentukan Karakter Karamah Insaniah

Bacaan Doa Hadirin sekalian,

Raut-raut sebatang buluh


Buluh disusun bertingkat-tingkat
Angkat tangan jari sepuluh
Doa dibaca memohon berkat

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-sama
kita mengaminkan doa yang dipimpin oleh
___________________________________________. Dipersilakan..

Amin-amin ya Rabbal-alamin.

Terima kasih diucapkan kepada _______________________ atas bacaan


doa itu tadi.

Aluan Majlis Terlebih dahulu, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi


kerana dengan limpah dan kurniaNya, kita dapat berhimpun bagi
menjayakan Majlis Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter
Karamah Insaniah.

Majlis turut merangkaikan ucapan setinggi-tinggi perghargaan dan


ribuan terima kasih kepada Yang Dihormati Sarjan Mohd Khairul
Fikri Bin Hassin atas kesudian hadir ke majlis kita pada hari ini.

Untuk makluman semua,


Program Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah
Insaniah ini merupakan program anjuran bahagian pengurusan sekolah
harian KPM dengan kerjasama Polis diRaja Malaysia. Program
kerjasama ini dahulunya dikenali sebagai Majlis Permaufakatan KPM
dan PDRM: Jom ke Sekolah dan kinitelah dijenamakan semula sejajar
dengan aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan
integriti.

Ucapan YDH Program diteruskan dengan menjemput Yang dihormati Sarjan Mohd
Khairul Fikri Bin Hassin, Polis Diraja Malaysia merangkap Pegawai
Perhubungan Sekolah untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan….
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang dihormati Sarjan
Mohd Khairul Fikri Bin Hassin atas ucapan yang disampaikan.

Pepatah-petitih Adat Melayu


Ucapan Guru Warisan amalan sejak dahulu
Besar Pohon keizinan barang sewaktu
Ucapan Guru Besar amat dialu

Majlis berbesar hati menjemput Puan Fuziah Binti Zainal Abidin, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Perik ke pentas untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Fuziah Binti


Zainal Abidin atas ucapan sebentar tadi.

Simbolik Seterusnya, dijemput


pelancaran Yang Dihormati Sarjan Mohd Khairul Fikri Bin Hassin, Polis Diraja
Malaysia merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah.

Diiringi oleh
Yang Berusaha Puan Fuziah Binti Zainal Abidin, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Perik.

Untuk naik tampil ke hadapan bagi aturcara memotong reben sebagai


simbolik pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter
Karamah Insaniah dan penyerahan sijil serta button badge kepada murid
yang dipilih menjadi duta sahsiah Sekolah Kebangsaan Perik.
Dipersilakan.
Nama 10 orang murid

Seterusnya,
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Dihormati
Sarjan Mohd Khairul Fikri Bin Hassin atas kesudian menyempurnakan
simbolik pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter
Karamah Insaniah peringkat sekolah.

Seterusnya, majlis menjemput adik Muhamad Haziq Bin Muhamad


Khairil untuk membacakan mesej duta.

Penutup dan Hadirin Sekalian, kini tibalah kita ke penghujung majlis. Oleh itu, majlis
jamuan sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang
Dihormati Sarjan Mohd Khairul Fikri Bin Hassin

Serta hadirin yang hadir atas kesudian menyerikan lagi program pada
hari ini.
Saya mewakili warga kerja menyusun sepuluh jari andai ada kekurangan
dan kesilapan sepanjang majlis ini berlangsung.

Sekian, Assalamualaikum Warahmahtulahi Wabarakatuh dan Salam


sejahtera.

You might also like