You are on page 1of 3

Burung Merak, burung istana, raja bertahta negeri

selasih, awal bismillah pembuka bicara, salam diberi


mengikat kasih.
Bismillahirrahmanirrahim
Yang berusaha, tuan pengetua ayahanda Isharuddin bin
Ismail, pengetua Sekolah Menengah Islam dan Ma’had
Tahfiz Al – Quran Hira’, yang berbahagia, timbalan
pengetua, Muallimah Munira binti Abdul Majed,
barisan penolong kanan, para muallim dan muallimah
serta semua pelajar Sekolah Menengah Islam dan
Ma’had Tahfiz Al – Quran Hira’ yang dirahmati Allah
sekalian.
Alhamdulillah, dapat kita bertemu di Musolla pada pagi
yang mulia ini, bagi meraikan majlis pelancaran
program Kemerdekaan Tahun 2023.
Bagi memberkati majlis ini pada pagi ini, marilah kita
bersama-sama mengaminkan doa yang akan dibaca oleh
saudara ( )
Terima kasih kepada saudara ( ) atas
bacaan doa sebentar tadi.
Seterusnya bagi meneruskan majlis ini, majlis
mempersilakan saudara (Shafiq Danish) selaku
pengarah Program Kemerdekaan untuk
menyampaikan ucapan beliau
Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan
Majlis mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada
saudara Shafiq Danish atas ucapan yang telah
disampaikan tadi
Tanpa membuang masa, marilah sama - sama kita
saksikan sebuah persembahan lakonan oleh Pelajar
Banin Tingakatan 4 Batch Zata Miraeki sekaligus
merasmikan Program Kemerdekaan tahun 2023
Majlis mengucapkan tahniah kepada semua pelajar
yang terlibat dalam lakonan yang telah dipersembahkan
sebentar tadi
Seterusnya, marilah kita berdiri tegak, tangan
disisi untuk menyanyikan lagu-lagu patriotik negara
kita
Sekarang dijemput pula saudara ( ) bagi
mengetuai bacaan rukun negara. Dengan segala
hormatnya, majlis mempersilakan
Seterusnya dipersilakan, tuan pengetua ayahanda
Isharuddin bin Ismail pengetua ayahanda Isharuddin bin
Ismail untuk menyampaikan ucapan beliau
Terima Kasih kepada ayahanda Isharuddin bin Ismail
atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi
Dengan ini, Perhimpunan kita sudah sampai di
penghujungnya. Saya wakil bagi pihak pengajur
mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi hadir paa
majlis pada pagi ini, kita akhiri majlis pada harini
dengan tasbih kaffarah dan Surah Al-A’rs

You might also like