You are on page 1of 6

MAJLIS PERSARAAN TUAN HJ ZULKIFLI BIN HUSAIN

(OTAI GIMNASTIK TERENGGANU)


PERARAKAN MASUK TN HJ ZUL (MENAIKI MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI)

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Tn Hj Zulkifli Bin Husain ( Otai Gimnastik Terengganu)
diiringi oleh

Yang Berbahagia

Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu beserta dif-dif
jemputan ke majlis.

Tn Hj Zulkifli datang penuh bergaya dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi

Sambutan dimeriahkan lagi dengan paluan gendang daripada pasukan gendang SK Bukit Payong

Seterusnya ialah persembahan gimnastik daripada pasukan gimnastik SK Bukit Payong yang juga
merupakan anak didik Tn Hj Zulkifli.Otai Gimnastik Terengganu

Majlis menjemput Tn Hj Zul untuk duduk bersemayam di atas singgahsana.

BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Marilah sama-sama kita menghayati bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang akan diperdengarkan oleh
Adik__________________________________dari Tahun_________.Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Adik__________________dari Tahun__________di atas bacaan


ayat-ayat suci Al-Quran sebentar tadi.
BACAAN DOA

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Bagi memberkati majlis, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Al Fadhil Ustaz Mujahidin
Bin Mat Yasin untuk memimpin bacaan doa.

Amin Ya Rabbal Alaminterima kasih diucapkan kepada Al Fadhil Ustaz Mujahidin Bin Mat Yasin
di atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

ALUAN PENGERUSI MAJLIS

BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum wbtSelamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Yang Diraikan Tn Hj Zulkifli Bin Husain ,

Yang Berbahagia Tn Hj Shafrudin Bin Hj Ali Husin Pengarah Pendidikan Negeri Terenganu,

Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu,

Yang Di Hormati En Adnan Bin Salleh Pegawai Pendidikan Daerah Marang ,

Yang Berusaha Tn Hj Sohairi Bin Mohd Rais Guru Besar SK Bukit Payong,

Yang Dikasihi Tn Hj Mohd Hishamudin Bin Dato Muda YDP PIBG SK Bukit Payong,

Ahli-ahli Jawatankuasa ,

Guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Pertama-tamanya selamat datang ke Majlis Persaraan Tn Hj Zulkifli Bin Husain ( Otai Gimnastik
Terengganu).dan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn Hj Shafruddin Bin Hj Ali Hussin
Pengarah Pendidikan Negeri Terenganu kerana sudi meluangkan masa bersama-sama kami warga
SK Bukit Payong pada hari ini.

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dapat kita berkumpul di dewan terbuka
SK Bukit Payong yang indah ini untuk menjayakan majlis persaraan Tn Hj Zul.

UCAPAN GB

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Memulakan aturcara majlis, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj
Sohairi Bin Mohd Rais Guru Besar SK Bukit Payong untuk menyampaikan ucapan.Dipersilakan..
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn Hj Sohairi Bin Mohd Rais Guru Besar SK Bukit
Payong di atas ucapan sebentar tadi.

PERSEMBAHAN GURU

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Majlis diserikan lagi dengan persembahan daripada guru-guru SK Bukit Payong. Berikan tepukan
yang gemuruh kepada guru-guru SK Bukit Payong.Dipersilakan.

Demikianlah tadi persembahan yang sungguh menghiburkan yang dijayakan oleh barisan guru SK
Bukit Payong. Tahniah diucapkan.

UCAPAN YDP PIBG

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Meneruskan majlis, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Dikasihi Tn Hj Mohd
Hishamudin Bin Dato Muda YDP PIBG SK Bukit Payong untuk menyampaikan ucapan.Dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dikasihi Tn Hj Mohd Hishamudin Bin Dato Muda YDP PIBG SK
Bukit Payong di atas ucapan sebentar tadi.

PERSEMBAHAN MURID

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Majlis diserikan lagi dengan persembahan _______________daripada pelajar-pelajar SK Bukit


Payong.Dipersilakan.

Demikianlah tadi persembahan ___________yang sungguh menghiburkan yang dijayakan oleh


pelajar-pelajar SK Bukit Payong. Tahniah diucapkan.

UCAPAN TUAN PPD

Hadirin yang dikasihi sekalian,


Meneruskan majlis, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Di Hormati En Adnan Bin
Salleh Pegawai Pendidikan Daerah Marang untuk menyampaikan ucapan.Dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada Yang Di Hormati En Adnan Bin Salleh Pegawai Pendidikan Daerah
Marang di atas ucapan sebentar tadi.

PERSEMBAHAN GURU

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Majlis diserikan lagi dengan persembahan daripada guru-guru SK Bukit Payong. Berikan tepukan
yang gemuruh kepada guru-guru SK Bukit Payong.Dipersilakan.

Demikianlah tadi persembahan yang sungguh menghiburkan yang dijayakan oleh barisan guru SK
Bukit Payong. Tahniah diucapkan.

UCAPAN TUAN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU

Meneruskan majlis, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Yang Berbahagia,

Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu untuk
menyampaikan ucapan.Dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada

Yang Berbahagia,

Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu di atas ucapan
sebentar tadi.
PERSEMBAHAN MURID

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Majlis diserikan lagi dengan persembahan _______________daripada pelajar-pelajar SK Bukit


Payong.Dipersilakan.

Demikianlah tadi persembahan ___________yang sungguh menghiburkan yang dijayakan oleh


pelajar-pelajar SK Bukit Payong. Tahniah diucapkan.

BACAAN BIODATA

Majlis diserikan lagi dengan menjemput_________________________________untuk


membacakan biodata Yang Diraikan Tn Hj Zulkifli Bin Hussin.Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada _______________________________di atas bacaan biodata Tn Hj


Zulkifli Bin Husain sebentar tadi.

TAYANGAN VIDEO

Seterusnya marilah sama-sama kita menonton dan menghayati tayangan video memori bersama Tn
Hj Zulkifli Bin Husain..sama-sama kita saksikan.

Demikianlah tadi tayangan video Tn Hj Zulkifli Bin Husain yang telah dijayakan oleh Pn Azrina Aziz.
Terima kasih diucapkan.

UCAPAN TUAN HJ ZULKIFLI BIN HUSAIN (OTAI GIMNASTIK TERENGGANU)

Kini tibalah kita ke aturcara yang ditunggu-tunggu.

Dengan itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Diraikan Tn Hj Zulkifli Bin Husain

( Otai Gimnastik Terengganu) untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada Yang Diraikan Tn Hj Zulkifli Bin Husain ( Otai Gimnastik Terengganu)

di atas ucapan dan pesanan sebentar tadi.


PENYAMPAIAN HADIAH

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan cenderamata sebagai tanda terima kasih
dan kenang-kenangan

Dengan itu , majlis mempersilakan Yang Diraikan Tn Hj Zulkifli Bin Husain diiringi oleh Yang
Berbahagia

Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu

Tuan PPD Marang

Tuan Guru Besar serta YDP PIBG SK Bukit Payong untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj Zul dan semua dif-dif jemputan kerana sudi
menyempunakan majlis.

PENUTUP DAN JAMUAN

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah dan cenderamata sebentar tadi maka berakhirlah Majlis
Persaraan Tuan Hj Zulkifli Bin Husain ( Otai Gimnastik Terengganu). Sama-sama kita laungkan
TERIMAKASIH HJ ZUL sebanyak 3 kali.TK HJ ZUL 3x

Saya sudahi majlis dengan lafaz wabiilahitaufikwalhidayah wasaalamualaikum wbt..

Dijemput hadirin untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

You might also like