You are on page 1of 3

Bissmillah.. Assalamualaikum W.B.

T, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia, Yg Berbahagia Tn Hj Mohd Amir b Haris (PJK), YDP PIBG SKBBST Yg Berbahagia Tn Hj Abdul Rahim b Ahmad, Yg Berbahagia Pn Rahimah bt Alias, Yg Berusaha En Yahaya b Om, NYDP PIBG SKBBST AJK PIBG SKBBST Guru Besar SKBBST

Guru-guru penolong Kanan, Tetamu-tetamu yang diraikan iaitu 1) Pn Shazilawati bt Mat Saha 2) Pn Zaleha bt Harun 3) Pn Iasah bt Ismail Guru-guru, kakitangan dan semua warga SKBBST. Selamat datang ke Majlis Jamuan Akhir tahun & Majlis Perpisahan SKBBST bagi tahun 2010.

Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Muhammad Fahmi b Ahmad bagi membacakan doa. Majlis mempersilakan.

GENDANG GENDUT TALI KECAPI, APA TUNGGU TUNGGU LAGI!!

Dengan ini majlis menjemput semua tetamu dan hadirin sekalian untuk menjamu selera. Dipersilakan.

Alhamdulillah hillazi atamana.. MAKAN SUDAH, DOA PUN SUDAH, SUDAH-SUDAH LAH MENTEKEDARAH!!

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Pn Anita bt Saridin, Pengerusi Badan Kebajikan Guru & Kakitangan SKBBST untuk memberikan ucapan. Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Pn Anita bt Saridin di atas ucapan sebentar tadi

Seterusnya majlis mempersilakan En Yahaya b Om, Guru Besar SKBBST untuk menyampaikan sepatah dua kata. Majlis dengan ini mempersilakan.

Terima kasih di atas ucapan Tuan Guru Besar itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan YDP PIBG SKBBST, Tn Hj Mohd Amir b Haris (PJK) untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada YDP di atas ucapan itu tadi.

Sekarang, tibalah acara penyampaian hadiah dan cenderahati kepada tetamu-tetamu yang diraikan pada majlis ini. Majlis dengan mempersilakan En Yahaya b Om, diiringi Pn Anita Saridin untuk menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada tetamu-tetamu yang diraikan.

Mula berkhidmat di SKBBST pada tahun 1997 sehingga jun 2010 (14 tahun). Antara jawatan yang pernah disandang semasa di SKBBST ialah, Pengerusi BKGK (2006 2009), Ketua Panitia Pendidikan Islam (1998 2009), Guru Pembimbing JQAF (2005-2008). Di jemput Pn Shazilawati bt Mat Saha untuk menerima cenderahati dan juga memberikan sedikit ucapan ringkas. Terima kasih diucapkan kepada Pn Shazilawati.

Tetamu kedua yang kita raikan pula mula berkhidmat di SKBBST pada tahun 2002 sehingga Sept 2010 (8 tahun). Beliau pernah menjadi Pengerusi BKGK (2003 - 2005), Ketua Panitia Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik dan Kenegaraan, Jurulatih linus sehinggalah dipanggil untuk berkhidmat di Pejabat Pelajaran Daerah Sepang Majlis dengan ini mempersilakan Pn Zaleha bt Harun untuk menerima cenderahati dan juga memberikan sedikit ucapan. Terima kasih diucapkan kepada Pn Zaleha

Terima kasih kepada En Yahaya b Om kerana sudi menyampaikan cenderahati itu tadi.

Majlis seterusnya mempersilakan Tn Hj Mohd Amir b Haris (PJK) YDP PIBG SKBBST diiringi Pn Rosnani bt Baba untuk menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada tetamu kita yang terakhir ini. Dipersilakan

Tetamu yang diraikan ini agak istimewa kerana beliau akan bersara pada 23.11.2010 ini. Berikut adalah sedikit biodata tentang tetamu yang kita raikan ini. (BACA TEKS)

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn Iasah bt Ismail untuk menerima hadiah dan cenderahati seterusnya memberikan sepatah dua kata. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Mohd Amir b Haris kerana sudi menyampaikan hadiah dan cenderahati itu tadi.

Majlis menjemput Pn Aisyah bt Abd Rani untuk menyampaikan sumbangan hadiah daripada beliau dan rakan-rakan kepada Pn Iasah bt Ismail. Dipersilakan.

You might also like