You are on page 1of 10

Bismilahirahmanirahim Bagi memulakan aturcara Majlis Seminar Integriti kita pagi ini,semua hadirin di minta berdiri tegak bagi

menghormati menghormati Lagu Negaraku dan Lagu Guru Malaysia.

Yang Berhormat Tuan Hj Julaihi Hj Narawi Ahli Dewan Undangan Negeri N22 Sebuyau Yang dihormati Encik Ahmat b Hj Sah Pegawai Pelajaran Daerah Simunjan Yang dihormati Tn Hj Sahat b Suhai Yang dipertua Majlis Guru Besar Daerah Simunjan Pegawai-pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah Simunjan Barisan exco Majlis Guru Besar Daerah Simunjan Ketua-ketua Jabatan Guru-guru besar,guru-guru penolong kanan Guru-guru Anak-anak didik yang dikasihi Tuan-tuan, puan-puan Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Yang Berusaha Encik Zainul Abidin b Haji Hussain Pegawai Daerah Simunjan Merangkap Pengerusi Program Semarak Merdeka Jalur Gemilang 1 Malaysia 2010 Peringkat Daerah Simunjan. Ketua-ketua Jabatan Asalamualaikum,salam sejahtera dan dalam 1 Malaysia Selamat datang ke Majlis Pelancaran Program 1 Malaysia 1 Sukan 2011 Peringkat Daerah Simunjan.

Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Hajah Nancy Haji Syukri Ahli Parlimen P 200 Batang Sadong dan Yang Berhormat Haji Julaihi b Haji Nerawi ADUN N22 Sebuyau dalam Masjlis 1 Malaysia 1 Sukan Peringkat daerah Simunjan tahun 2011. Sesungguhnya kehadiran Yang Berhormat kita pada pagi telah menterjemahkan sokongan serta dokongan terhadap Program 1 Malaysia 1 Sukan dan pastinya akan merangsang para peserta agar terus memantapkan iltizam dan kesungguhan 1 Malaysia 1 Sukan.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini,majlis dengan segala hormatnya menjemput Al-Fadil Ustaz Maruan b Mohd Salleh untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Insya-Allah semoga majlis Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa itu tadi. Aturcara majlis diteruskan dengan menjemput Cikgu Asri Om Timbalan Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Simunjan bagi mengetuai lafaz Ikrar Integriti. Dengan hormatnya dipersilakan Demikianlah tadi lafaz ikrar Integriti yang diketua oleh Cikgu Asri Om.Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Bismillahirahmanirahim. Yang Berhormat Hajah Nancy Hj Syukri Ahli Parlimen P 200 Batang Sadong Yang Berhormat Tuan Hj Julaihi Hj Narawi Ahli Dewan Undangan Negeri N22 Sebuyau Yang Berusaha Encik Zainul Abidin b Haji Hussain Pegawai Daerah Simunjan Merangkap Pengerusi Program Semarak Merdeka Jalur Gemilang 1 Malaysia 2010 Peringkat Daerah Simunjan. Yang Berusaha Encik Mohd Subhi Abang Pegawai Penerangan Daerah Simunjan Yang dihormati Cik Hajah Norhalimah bt Haji Hamni Setiausaha Majlis Daerah Simunjan Yang dihormati Encik Ahmat b Hj Sah Pegawai Pelajaran Daerah Simunjan Ketua-ketua Jabatan Ketua-ketua Parti/Pengerusi-pengerusi persatuan

Penghulu-penghulu/ketua-ketua kaum Para Peserta Ibubapa-ibubapa, Tuan-tuan sekelian. dan puan-puan,hadirin hadirat yang dihormati

Asalamualaikum,salam sejahtera dan dalam 1 Malaysia Selamat datang ke Majlis Pelancaran Program Semarak Merdeka Jalur Gemilang 1 Malaysia 2010 Peringkat Daerah Simunjan. Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Hajah Nancy Haji Syukri Ahli Parlimen P 200 Batang Sadong dan Yang Berhormat Haji Julaihi b Haji Nerawi ADUN N22 Sebuyau dalam Masjlis Pelancaran Program Semarak Merdeka Jalur Gemilang 1 Malaysia Peringkat daerah Simunjan tahun 2010. Sesungguhnya kehadiran 2 orang Yang Berhormat kita menterjemahkan sokongan serta dokongan terhadap Program Semarak Merdeka pagi ini dan pastinya akan merangsang para peserta agar terus memperkasakan iltizam demi merealisasikan 1 Malaysia Menjana Tranformasi

(Bacaan Doa.) Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini,majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Rehal b Hossen Imam 2 Masjid Daerah Simunjan untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan. (Selesai Doa.) Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

(Ucapan Aluan Pegawai Penerangan)

Memulakan ucapan kini majlis menjemput Encik Mohd Subhi b Abang Pegawai Penerangan Daerah Simunjan untuk menyampaikan ucapan alualuan. Dengan itu majlis mempersilakan. (Selesai Ucapan) Demikian tadi ucapan Alu-aluan oleh Encik Mohd Subhi Abang merangkap Timbalan Pengerusi Program Semarak Merdeka Jalur Gemilang 1 Malaysia 2010 Peringkat Daerah Simunjan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih. 1 Malaysia menjana Transformasi Bersemangat juang penuh dedikasi Harap semua sabar menanti Ucapan YB Haji Julaihi selepas ini Majlis dengan segala hormat dan takzimnya menjemput Yang Berhormat Haji Julaihi Haji Nerawi ADUN N22 Sebuyau untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Demikianlah tadi ucapan pembakar semangat daripada Yang Berhormat Haji Julaihi Haji Nerawi ADUN N22 Sebuyau. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Buah pisang buah keladi Dimakan bersama buah kuini Ambil ikhtibar dan semat di hati Ucapan YB Hajah Nancy pernuh berisi (Ucapan Perasmian) Kini tibalah saat yang ditunggu-tunggu, dengan segala hormat dan takzimnya majlis menjemput Yang Berhormat Hajah Nancy Haji Syukri Ahli Parlimen P 200 Batang Sadong untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran Program Semarak Merdeka Jalur Gemilang 1 Malaysia 2010 Peringkat Daerah Simunjan. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan (Selesai Ucapan Perasmian)

Demikianlah tadi ucapan perasmian Majlis Pelancaran Program Semarak Merdeka Jalur Gemilang 1 Malaysia 2010 Peringkat Daerah Simunjan oleh Yang Berhormat Hajah Nancy Haji Syukri Ahli Parlimen P 200 Batang Sadong. Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Nelayan peladang juga petani Dulu bersampan kini berferi Terima kasih YB-YB kami Tahun depan hulur-hulurlah lagi

Majlis kita pagi ini diserikan lagi dengan mempersilakan En.Zainul Abidin Haji Hussain Pegawai Daerah Simunjan dan Encik Mohd Subhi Abang Pegawai Penerangan Daerah Simunjan untuk menjemput Yang Berhormat Hajah Nancy Haji Syukri Ahli Parlimen P 200 Batang Sadong dan Yang Berhormat Haji Julaihi Haji Nerawi ADUN N22 Sebuyau bagi menyempurnakan Pelepasan Flag OffLarian Merdeka Komuniti BESTARI Dengan segala hormatnya dipersilakan Tepukan Gemuh Untuk makluman kedua-dua YB kesayangan kita dan para jemputan,bersama-samalah kita saksikan Ketibaan Larian Merdeka Komuniti Bestari ke kawasan penamat Aturcara Majlis Pelancaran Program Semarak Merdeka Jalur Gemilang 1 Malaysia 2010 Peringkat Daerah Simunjan diceriakan lagi dengan aktiviti kelolaan PPWS daerah Simunjan. Dipersilakan Untuk makluman semua, Majlis Penyampaian Hadiah akan disampaikan sebaik sahaja selesai Aktiviti Kelolaan PPWS daerah Simunjan tamat.

(Majlis Penyampaian Hadiah) Majlis kita diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah. Bagi menyempurnakannya, majlis dengan hormat dan takzimnya menjemput Yang Berhormat Hajah Nancy Haji Syukri Ahli Parlimen P 200 Batang sadong dan Yang Berhormat Haji Julaihi Haji Nerawi ADUN N22 Sebuyau dan diiringi oleh Encik Zainul Abidin Haji Hussain Pegawai Daerah Simunjan, En Mohd Subhi Abang Pegawai Penerangan Daerah Simunjan dan Cik Hajah Norhalimah Haji Hamni Setiausaha Majlis Daerah Simunjan. Majlis mempersilakan.

(Rujuk Jawatankuasa Hadiah) Pemenang

Bil

Nama Pemenang

Kategori

Kedudu kan

(Cenderamata YB)

Akhirnya bagi menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih majlis mempersilakan Encik Zainul Abidin Haji Hussain,Pegawai Daerah Simunjan untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berhormat Hajah Nancy Haji Syukri Ahli Parlimen P 200 Batang Sadong. .Dipersilakan. Seterusnya majlis mempersilakan Encik Mohd Subhi Abang,Pegawai Penerangan Daerah Simunjan untuk menyampaikan Cenderamata kepada Yang Berhormat Haji Julaihi haji Nerawi ADUN N22 Sebuyau. Dipersilakan.

(Selepas cenderamata) Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Encik Zainul Abidin Haji Hussain Pegawai Daerah Simunjan dan Encik Mohd Subhi Abang,Pegawai Penerangan Daerah Simunjan di atas kesudian menyampaikan cenderamata-cenderamata itu tadi. Kampung Sebuyau dekat Tebelu Sungai Arus jirannya Sebangan Adat belajar mendapat ilmu Adat majlis menikmati hidangan Untuk itu,majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Zainul Abidin Haji Hussain Pegawai Daerah Simunjan dan Encik Subhi Abang Pegawai Penerangan Daerah Simunjan untuk mempersilakan Yang Berhormat Hajah Nancy Haji Syukri Ahli Parlimen P 200 Batang Sadong dan Yang Berhormat Haji Julaihi Haji Nerawi ADUN N22 Sebuyau dan para jemputan bagi menikmati hidangan ringan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Bunga melor bunga melati Di tanam orang di tepi perigi

Terima kasih YB Hajah Nancy dan YB Haji Julaihi Kerana sudi bersama kami Sekian,saya sudahi dengan wahidayah.asalamualikum. wabilahitaufik

You might also like