You are on page 1of 2

Sebagai setiausaha sidang redaksi majalah sekolah, anda ditugaskan untuk

menyediakan laporan tentang Program Cintai Sungai Kita anjuran Kelab Alam
Sekitar di sekolah anda.

Sediakan laporan itu selengkapnya.

Laporan Program Cintai Sungai Kita

Kelab Alam Sekitar, Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang

Pada 3 Mac yang lalu, Kelab Alam Sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan
Permatang telah mengadakan Program Cintai Sungai Kita. Sungai yang terlibat dalam
program ini ialah Sungai Kenari yang terletak lebih kurang satu kilometer dari sekolah.
Program yang berlangsung selama sehari ini telah mendapat kerjasama daripada
Persatuan Alam Sekitar Kuala Nerang. Program ini melibatkan peserta sebanyak enam
puluh orang yang terdiri daripada murid tingkatan empat dan tingkatan lima. Selain itu,
program ini bersifat serampang dua mata, iaitu untuk meningkatkan kesedaran akan
kepentingan penjagaan sungai dan mengeratkan kerjasama dalam pasukan. Program
bermula pada pukul tujuh pagi dan berakhir pada pukul lima petang.

Keadaan di sepanjang kiri dan di kanan Sungai Kenari sangat semak kerana tidak
terjaga. Keadaan tersebut menyebabkan tiada tarikan di sepanjang sungai itu untuk
menarik orang ramai mengunjunginya. Orang ramai tidak dapat mendekati kawasan
sungai itu kerana ditumbuhi semak samun. Oleh sebab itu, kami terpaksa menebas
semak samun dahulu sebelum dapat merapati tebing sungai. Anggota Persatuan Alam
Sekitar Kuala Nerang telah mengetuai kerja-kerja untuk membersihkan semak samun
tersebut. Contohnya, terdapat pokok paku pakis yang berduri di sepanjang sungai
hingga menyekat laluan orang ramai untuk ke tebing sungai. Jadi, usaha yang dilakukan
berjaya mengatasi masalah semak samun walaupun hanya melibatkan sepanjang satu
kilometer di tebing sungai.

Kami berasa sedih apabila melihat sampah sarap yang memenuhi permukaan
sungai itu. Keadaan tersebut jelas menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab
terhadap alam sekitar. Kami tidak dapat melihat air dan permukaan sungai kerana
dipenuhi sampah sarap. Kami mendapat maklumat bahawa keadaan tersebut berpunca
daripada sikap penduduk yang tinggal di persekitaran tebing sungai dan peniaga yang
berniaga di kawasan itu. Mereka mengambil jalan mudah untuk menghapuskan sampah
sarap dan sisa buangan dengan melemparkannya ke dalam Sungai Kenari. Antara
sampah sarap yang terapung di permukaan sungai termasuklah tin kosong,lampin pakai
buang,dan barangan plastik. Akibat perbuatan yang tidak bermoral itu, Sungai Kenari
menjadi tong sampah yang dipenuhi sampah sarap sehingga merosakkan keindahan
sungai tersebut.

Air sungai yang berwarna kemerah-merahan dan keruh membuktikan bahawa sungai
itu telah tercemar. Jika pelancong asing melihat sungai ini,tentu sekali mereka akan
mendapat gambaran tentang sikap buruk masyarakat yang tidak menghargai alam
sekitar. Penebangan hutan dikatakan menjadi faktor utama keadaan ini berlaku. Lumpur
yang dihanyutkan air dari kawasan pembalakan telah menyebabkan air sungai menjadi
keruh. Untuk membuktikan keadaan pencemaran tersebut,contoh air sungai itu telah
dimasukkan ke dalam botol plastik. Sesungguh memeranjatkan apabila melihat air itu
menyerupai the susu,iaitu berwarna kuning pekat. Tiada sesiapa menduga bahawa air di
dalam botol itu ialah air sungai. Secara tuntasnya,air sungai yang keruh telah
menghilangkan minat orang ramai untuk menjadikan sungai sebagai kawasan rekreasi.

Keadaan di sepanjang sungai menjadi bersih setelah hampir sepuluh jam kami
membersihkannya. Kami berasa letih kerana banyak menggunakan tenaga untuk
melakukan kerja-kerja pembersihan tersebut tetapi kami sungguh gembira apabila
melihat kawasan sungai yang semak menjadi bersih dan indah semula. Kami juga
berasa lega apabila melihat air sungai yang pada mulanya tersekat akibat dipenuhi
sampah sarap dapat mengalir semula. Usaha gigih kami telah mengubah keadaan
sungai itu dan kawasan persekitarannya. Contohnya,tiada lagi sampah sarap di
permukaan sungai dan tiada lagi semak samun di sepanjang tebing sungai kerana telah
kami bersihkan. Lantaran itu, sungai yang bersih akan menyebabkan masyarakat
sayang dan manghargai sungai yang menjadi nadi kehidupan kita. Sungai yang bersih
dan indah sesuai dijadikan kawasan rekreasi.

Panorama yang indah di sepanjang sungai itu talah berjaya menarik perhatian
orang ramai yang melalui kawasan tersebut. Pemandu membunyikan hon kenderaan
masing-masing sebagai tanda sokongan terhadap usaha yang kami lakukan. Ada juga
pemandu yang memberhentikan kenderaan untuk meninjau kawasan sungai yang telah
berubah suasana dan rupa. Contohnya, ketika sesi pelaporan oleh ketua kumpulan,kami
dihampiri sekumpulan penduduk yang tinggal di sekitar tebing sungai. Mereka
mengucapkan terima kasih atas usaha yang kami lakukan. Mereka juga berjanji akan
menjaga persekitaran sungai agar kekal indah dan bersih. Jelas sekali bahawa
persekitaran sungai yang bersih dan cantik telah Berjaya menarik perhatian orang ramai
untuk menyayangi dan menjaga sungai. Secara tidak langsung, perasaan sayang akan
alam sekitar telah tersemai dalam diri mereka.

Program yang julung-julung kali kami adakan ini berakhir pada pukul lima petang.
Jamuan ringan telah diadakan oleh penduduk bagi meraikan kesungguhan kami. Kami
keletihan tetapi berasa gembira kerana berjaya membersihkan sungai tersebut.
Persatuan Alam Sekitar Kuala Nerang turut memberikan sijil penghargaan kepada
semua murid yang terlibat. Pada hari Isnin yang berikutnya, kami telah diberi
penghormatan oleh pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru atas usaha murni kami itu.
Kami menerima plak dan sehelai tuala besar yang tertulis perkataan”ANDA WIRA
SUNGAI”. Secara keseluruhannya, program ini sangat bermanfaat kepada masyarakat
kerana memberikan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan sumber alam.

Laporan disediakan oleh, Tarikh

………………………..

You might also like