You are on page 1of 3

45 A MOHD HERMAN BIN HAMID

Penghutanan Bandar Dan Kesihatan Ekosistem Lembangan :


Pengalaman Dari ST Helens, United Kingdom.
(Noorazuan Md Hashim)

Kajian (Noorazuan Md Hasyim, 2006) ini, mengisahkan tentang tahap keterbukaan

lembangan kepada bencana persekitaran, akibat daripada peningkatan proses

pembandaran dan juga akibat dari revolusi perindustrian. Kajian yang diambil

berdasarkan pengalaman dari Bandar St Helens, United Kingdom ini, adalah bertujuan

untuk mencontohi usaha-usaha yang telah dijalakan oleh pelbagai pihak untuk

menyelamatkan ekosistem lembangan. Perubahan yang berlaku ke atas St Helens

akibat proses pembandaran sejak dari 200 tahun yang lampau, telah mengakibatkan

perilaku sungai berubah dan seterusnya menghasilkan banjir kilat serta masalah

pencemaran air dan alam sekitar yang teruk, malah lembangan saliran Sg. Sankey yang

terletak di dalam Lembangan luas Sg. Mersey, Baratlaut England, merupakan

lembangan bandar yang paling tercemar kualiti airnya malah pernah dirujuk sebagai

yang terkotor dan tercemar di Eropah pada tahun 1970an (Tippet 2001). Kajian ini

membuktikan potensi pemuliharaan lembangan, sekirangan terdapat usaha-usaha yang

berterusan dilakukan secara mampan dan mesra alam oleh pihak-pihak yang terlibat

boleh mengelakkan daripada berlakunya kesan pencemaran. Secara tidak langsung,

kajian ini juga mendapati pendekatan tidak berstruktur boleh membuahkan hasil iaitu ia

berjaya meningkatkan kualiti ekosistem lembangan. Adalah tidak memeranjatkan pada

tahun 2000, kerjasama pihak kerajaan tempatan, badan bukan kerajaan dan juga pihak

awam menerusi Kempen Lembangan Luas Sg. Mersey (Greenwood 1999), pihak

pengurusan tersebut telah mendapat pengiktirafan antarabangsa (International River

Prize for best management practices) kerana usaha untuk meningkatkan kualiti

ekosistem lembangan secara mampan (Tippett 2001). Pada tahun 2000, satu lagi berita
menarik tentang kejayaan kempen berkenaan iaitu spesis ikan salmon telah pun

membentuk habitat baru mereka di muara sungai berkenaan setelah hampir 35 tahun

kehilangan habitat berkenaan akibat pencemaran air yang serius (Mersey Basin

Campaign 2004). Kajian yang dilakukan ini menunjukkan satu lagi perspektif baru dalam

kejayaan program pemulihan semula bandar iaitu petunjuk ciri-ciri luahan sungai ke arah

petanda yang semakin sihat dan sejahtera. Apakah program pemulihan Bandar yang

dilakukan di sankey dapat dijadikan contoh dan ikutan di Malaysia. Lihatlah kesan-kesan

perbandaran dan permodenan Bandar Kuala Lumpur, ke atas sungai-sungai di sekitar

Bandar itu. Sehingga kini, kerajaan telah membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk

proses pemulihan dan ekosistem sungai-sungai tersebut, namun apa yang pasti kita

terus menemui jalan buntu bagaimana untuk mengekalkan ekosistem dan seterusnya

menghindari pencemaran dari terus berlaku ke atas sungai-sungai tersebut. Persoalan

itu tidak dapat dijawab sekiranya tidak ada kerjasama yang erat di antara kerajaan,

badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan juga penduduk setempat. Kajian Noorazuan

(2006), mendapati dengan menggunakan siri peta guna tanah OS Landranger dan peta

digital OS Mantermap (11974-2001). Kajian menunjukkan hasil daripada itu, proses

pemulihan bandar termasuk bekas lombong dan peninggalan tapak industri telah

mengubah landskap bandar berkenaan kepada lebih hijau dan mesra alam. Selain itu,

aspek perkongsian bijak (smart partnership) yang didokong hampir 90 peratus di antara

pihak kerajaan, swasta dan juga orang awam menjadi asas kepada kejayaan program

yang dijalankan di lembangan tersebut. Sebagai contoh, program “wasteland to

woodland” dan “brownfield to Greenfield”, berjaya mengubah beberapa premis dan

tapak industri kepada kawasan rekreasi dan taman awam, khususnya di sekitar Bandar

St Helens. Semasa proses rebakan bandar, sebanyak 1500 hektar tanah terbiar dan

bekas tapak industri dimajukan sebagai kawan hijau. Lebih kurang 600,000 batang

pokok pelbagai jenis cantohnya seperti Oak, Ash, Birch dan juga Scottish Pine telah
ditanam. Adakah komuniti di Malaysia mempunyai kepekaan persekitaran yang tinggi

sebagaimana penduduk di Bandar St Helens. Kepekaan terhadap pemuliharaan alam

persekitaran memerlukan kefahaman yang mendalam. Dalam konteks masyarakat

Malaysia, kepekaan terhadap isu alam sekitar dan pembanggunan sangat bergantung

kepada sifat latar belakang kebudayaan dan pendidikan masyarakat. Sekiranya

masyarakat itu sendiri tidak mengambil berat tentang pengurusan alam sekitar, maka

bagaimana mungkin terjelmanya satu kaedah pembangunan yang seimbang antara

sektor ekonomi, sosial dan ekologi. Ditambahkan pula dengan dasar kerajaan yang

menggalakkan kemasukkan pekerja-pekerja asing dari negara seperti Indonesia,

Bangladesh, India, Nepal, Vietnam, dan sebagainya untuk menampung kekurangan

pekerja di sektor-sektor perkilangan menambahkan lagi bebanan kerajaan dari segi

penjagaan dan pengurusan kebersihan bandar serta alam sekitar. Ini kerana ada

dikalangan pekerja-pekerja asing ini mengamalkan sikap sambil lewa serta langsung

tidak mahu menjaga kebersihan alam sekitar, malah berlagak seperti di negara mereka

sendiri. Dari aspek etika persekitaran, sukar dinilai sama ada masyarakat Malaysia

mempunyai satu bentuk sistem nilai berhemah terhadap alam sekitar seperti yang telah

ditunjukkan oleh komuniti di Barat, khususnya warga St Helens. Walaupun belum ada

analisis terperinci yang dijalankan terhadap kepekaan masyarakat di Malaysia terhadap

pemuliharaan alam sekitar, khususnya kesan-kesan dari pembandaran. Namun

beberapa kajian tempatan menunjukkan tahap berubah-berubah mengikut kelas-kelas

komuniti serta pengalaman yang dialami di dalam sesuatu masyarakat. Contohnya

apabila berlaku kejadian dari kesan pencemaran alam seperti banjir kilat atau

sebagainya, kajian menunjukkan masyarakat di kawasan-kawasan yang pernah

mengalami kejadian seperti itu mempunyai kesedaran yang lebih tinggi berbanding

masyarakat di kawasan lain.

You might also like