You are on page 1of 4

2(a) Huraikan kesan positif apabila penduduk daerah Y lebih memilih untuk menggunakan LRT untuk ke tempat kerja.

( 4 markah ) *
4 points

2(b) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menggalakkan penduduk menggunakan LRT untuk ke tempat kerja? ( 4 markah ) *
4 points

Kesan positif apabila penduduk daerah Y lebih memilih untuk menggunakan LRT untuk ke
tempat kerja ialah kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan. Hal ini lantaran bilangan kenderaan
di jalan raya telah dikurangkan. Selain itu, kita juga dapat mengurangkan pencemaran udara. Hal
ini dikatakan demikian kerana LRT tidak akan membebaskan bahan toksik seperti karbon
monoksida dan karbon dioksida ke udara seperti kenderaan-kenderaan biasa. Seterusnya,
pemanasan global juga dapat dielekkan kerana tiada pembakaran bahan api fosil yang akan
berlaku jika kita menggunakan LRT

Pada pendapat saya, pihak kerajaan boleh menaikkan taraf perkhidmatan LRT di negara kita
untuk menggalakkan penduduk menggunakan LRT untuk ke tempat kerja. Sebagai contoh,
pemasangan penghawa dingin dan perkhidmatan rangkaian Internet percuma boleh
dilaksanakan terhadap perkhidmatan LRT. Selain itu, pihak kerajaan juga boleh mengadakan
kempen kesedaran yang mengenai kelebihan penggunaan LRT kepada masyarakat awam. Hal ini
dapat meningkatkan kesedran masyarakat tentang penggunaan LRT.

Pengurusan sumber semula jadi tersebut penting kepada alam sekitar dan manusia untuk
mengekalkan keseimbangan ekosistem. Hal ini lantaran haiwan akan mengalami kepupusan dan
kemudian mengganggu keseimbangan ekosistem jika habitat mereka, iaitu kawasan hutan dan
pokok-pokok dimusnahkan. Impaknya, kegiatan ekonomi manusia dan sumber makan serta air
turut akan terjejas.

Kesan penerokaan sumber semula jadi tersebut kepada alam sekitar ialah kawasan tadahan air
hujan akan terjejas. Hal ini akan menyebabkan kita kehilangan sumber bekalan air yang bersih.
Selain itu, penerokaan sumber semula jadi tersebut juga akan menyebabkan hakisan tanah.
Kesannya, kehidupan penduduk-penduduk yang berpenduduk di sekitarya akan dipengaruhi
secara negatif kerana mereka akan kehilangan tempat tinggal dan barang-barangan kehidupan.

Usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan dalam memastikan kelestarian sumber semula


jadi tersebut di Malaysia ialah menganjurkan aktiviti penanaman semula pokok di taman
penduduk masing-masing. Hal ini dapat meningkatkan bilangan pokok di bumi untuk
mengelakkan masalah pertambahan karbon dioksida dan penurunan oksigen dalam udara.
Selain itu, pihak berkuasa boleh mewartakan hutan simpan dan taman konservasi hutan. Hal ini
dapat memelihara dan memulihara kawasan hutan daripada kegiatan pembalakan. Seterusnya,
aktiviti pembangunan semula hutan juga boleh dijalankan oleh agensi kerajaan atau Jabatan
Perhutanan Negara. Hal ini adalah bertujuan untuk baik pulih kawasan hutan di negara kita.

Soalan 5: 5(a) Terangkan jenis sumber semula jadi di Malaysia. (4 markah) (b) Huraikan tiga jenis
kepentingan sumber semula jadi di Malaysia. (6 markah)

(a) Jenis sumber semula jadi di Malaysia termasuklah kawasan hutan yang terbentuk daripada
pokok-pokok. Misalnya, Malaysia mempunyai hutan hujan tropika akibat bentuk muka bumi kita
dan cuaca kita yang panas serta lembap sepanjang tahun. Hutan di negara kita berperanan
sebagai span berongga yang menyerap air secara semula jadi yang boleh menapiskan air dan
mengalirkan air yang bersih ke sungai. Selain itu, kita juga mempunyai banyak bekalan air
kerana sering menerima hujan yang lebat. Kesannya, air-air tersebut akan membentuk sungai,
tasik dan laut di negara kita. Seterusnya, kita juga mempunyai tenaga solar semula jadi yang
boleh menggantikan penggunaan tenaga elektrik.

(b) Kepentingan sumber semula jadi di Malaysia adalah dapat mengekalkan keseimbangan
ekosistem dan menerusi kelangsungan hidupan-hidupan di negara kita. Misalnya, hutan telah
membekalkan habitat kepada haiwan-haiwan untuk mengelakkan kepupusan spesies. Hutan
juga membekalkan sumber air yang bersih kepada manusia kerana hutan merupakan kawasan
tadahan air yang akan menapis dan mengalirkan air yang bersih ke sungai. Selain itu,
kepentingan sumber semula jadi juga termasuklah kegiatan ekonomi malaysia dapat dijalankan
dengan lancar. Hal ini dikatakan demikian kerana sungai telah mendorong aktiviti perikanan,
aktiviti pelancongan dan rekreasi serta bidang pengangkutan lautan. Di samping itu, sumber
semula jadi seperti sumber tenaga suria di Malaysia juga telah mengurangkan beban kehidupan
kita di samping membantu melestarikan alam sekitar. Hal ini lantaran panel suria boleh
menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga elektrik. Oleh itu, kita boleh menjimatkan kos untuk
membayar bil elektrik. Kualiti alam sekitar juga boleh dijaminkan dengan mengurangkan
kegunaan tenaga elektrik.

You might also like