You are on page 1of 9

Kesan-kesan negatif aktiviti pembalakan:

Peningkatan suhu kawasan setempat

Memang tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti pembalakan memberi banyak manfaat bagi
negara kita. Namun, kesan negatif akibat daripada aktiviti ini juga perlu dititikberatkan.
Secara umumnya, perubahan dalam ekologi hutan boleh meningkatkan suhu kawasan
setempat. Mengikut kajian yang diperoleh dari National Oceanic Atmospheric Administration
(NOAA), purata suhu dunia selama tiga bulan dari Jun hingga Ogos tahun 2013 adalah suhu
yang paling panas dalam sejarah iaitu 16.4 (National Geographic Indonesia, 2013).
Di Sarawak, Jabatan Perhutanan Sarawak sentiasa memantau aktiviti pembalakan supaya
tidak menjejaskan kawasan setempat. Jika terlalu banyak pokok yang dibalak, lalu ketiadaan
pelindung yang menghadang pancaran matahari akan menyebabkan lebihan kandungan gas
karbon dioksida dalam atmosfera. Seperti yang diketahui, pokok menyerap gas karbon
dioksida untuk proses fotosintesis bagi menghasilkan gas oksigen. Apabila tiada lagi pokok
yang menyerap gas karbon dioksida ini, maka akan berlakulah peningkatan CO2 dan tiada
lagi penghasilan bagi gas oksigen dalam kawasan setempat itu.
Dengan kadar CO2 yang tinggi ini, ia akan mengurangkan hujan atau mengubah corak hujan
yang lazimnya berlaku sehingga mewujudkan fenomena kemarau. Pengurangan kelembapan
udara ekoran daripada fungsinya untuk membebaskan wap-wap air ke udara melalui proses
transpirasi sudah hilang atau berkurangan. Udara sekitar menjadi kering dan cuaca menjadi
panas. Hutan tidak lagi mampu berfungsi untuk menyederhanakan suhu dengan cara
memerangkap bahang matahari dan membebaskan wap-wap air menerusi proses perpeluhan.
Berdasarkan jadual 1, suhu maksimum adalah 32.9
Peningkatan suhu sebanyak 0.6

di Sri Aman pada tahun 2009.

ini berbanding tahun sebelumnya adalah sedikit

sebanyak berpunca daripada pengurangan jumlah pokok akibat aktiviti pembalakan.

Jadual 1: Purata Suhu di Sarawak tahun 2008 hingga 2012


Stesen Meteorologi

Tahun

Terpilih

Suhu minimum

Suhu maksimum

KUCHING

2008
2009
2010
2011
2012

23.2
23.5
23.6
23.3
23.5

31.2
31.9
31.6
31.7
32.4

MIRI

2008
2009
2010
2011
2012

23.4
23.8
23.9
23.8
23.8

30.4
30.9
30.9
30.9
31.2

SIBU

2008
2009
2010
2011
2012

23.2
23.2
23.3
23.2
23.3

31.9
32.1
32.1
32.2
32.4

SRI AMAN

2008
2009
2010
2011
2012

23.2
32.3
23.4
32.9
23.7
32.8
23.2
32.6
23.1
32.8
(SUMBER: Jabatan Statistik Negara, 2013)

Perubahan ekologi di Sarawak sememangnya memberi kesan kepada iklim dan cuaca
setempat. Dengan peningkatan bilangan komuniti setempat, gas oksigen amat diperlukan bagi
tujuan pernafasan. Namun, dengan pengurangan jumlah pokok yang menghasilkan gas
penting ini, maka dari sumber mana lagi perlu manusia bergantung? Natijahnya, kita akan
mengalami El-Nini sedangkan kedudukan negara kita terletak di garisan khatulistiwa.Secara
faktanya,negara kita mengalami iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun tetapi kenapa
kita ingin negara kita mengalami kemarau yang berpanjangan.Justeru, setiap individu perlu
sedar akan kesan yang perlu dihadapi sebelum terlalu menggiatkan aktiviti pembalakan ini
walaupun ianya dapat meningkat hasil pendapatan negara.

Faktor-faktor aktiviti pembalakan:


Meningkatkan hasil pendapatan negara
Negara Malaysia terkenal dengan kekayaan hutan hujan khatulistiwa dan dianggap yang
tertua di dunia. Keluasan hutan yang terbesar dicatatkan di Sarawak (43.6%) diikuti
Semenanjung Malaysia (31.9%) dan Sabah (24.5%). Menurut Jabatan Perhutanan

Sarawak(2012), kawasan berhutan bagi negeri itu ialah sebanyak 8.4 milllion ha. Aktiviti
pembalakan di Sarawak melibatkan hutan paya gambut, hutan bukit dipterokap dan hutan
paya bakau. Kawasan hutan paya gambut yang terbesar di Malaysia adalah terdapat di
Sarawak. Keluasan hutan paya gambut di Sarawak telah menurun kepada 704.5 ribu hektar
pada 2012 berbanding 705.0 ribu hektar pada 2011 akibat aktiviti pembalakan( Jabatan
Statistik negara, 2012).
Carta 1: Pengeluaran produk kayu-kayan utama, Malaysia, 2011 dan 2012
18
16
14
12
10

2011

2012

6
4
2
0
kayu balak kayu gergaji papan lapis

venir

papan blok kayu kumai

Berdasarkan carta 1, dapat dilihat bahawa pokok balak dari Malaysia sentiasa mendapat
permintaan dari negara-negara lain. Pengeluaran kayu balak kekal penyumbang terbanyak
dalam pengeluaran produk kayu-kayan utama dengan 63.9 peratus. Hutan juga membekalkan
kayu-kayan seperti meranti, cengal, dan keruing yang sesuai untuk pembinaan rumah,
industri pembuatan perabot dan sebagainya. Sumber-sumber tersebut juga menyumbang
kepada pendapatan negara.
Langkah-langkah untuk mengatasi masalah yang wujud akibat pembalakan:
1) Kempen kesedaran
Kempen kesedaran memainkan peranan yang penting bagi memupuk semangat
cintakan hutan negara kita. Dengan mengadakan kempen secara kerap di seluruh

Malaysia, tidak mustahil rakyat negara kita akan bekerjasama bagi menjaga hutan
demi masa depan yang masih panjang lagi. Antara contoh kempen yang telah
dijalankan ialah The Green World Campaign.
Setelah aktiviti pembalakan meninggalkan kesan negatif kepada alam sekitar, maka
kita sebagai rakyat yang prihatin perlu menyertai setiap kempen yang dianjurkan
kerajaan mahupun badan-badan swasta. Green World Campaign adalah kempen
peringkat global dimana setiap negeri di negara kita mengambil panduannya untuk
memelihara hutan negara. Kempen ini sedikit sebanyak telah menyedarkan rakyat
negara kita betapa pentingya hutan bagi kita meneruskan kehidupan.
Berdasarkan majalah Natural Resources Defense Council, antara agenda utama
kempen ini adalah mengubah tanah gondol menjadi hijau semula, meningkatkan taraf
hidup komuniti di pendalaman, mengatasi perubahan iklim serta memikirkan cara
yang holistik bagi menyelamatkan hutan di dunia.
GWC[ Green World Campaign] berhubung dengan orang diserata dunia yang ingin
membantu dan bekerjasama bagi mewujudkan dunia yang mapan dengan
menfokuskan ubtuk menyediakan faedah dari segi sosial dan ekologikal. Kempen ini
bergerak secara menyeluruh bagi menyebarkan matlamat utama. Antara tempat yang
mereka lawati ialah sekolah dan insitusi pendidikan tinggi. Dengan menfokuskan
generasi muda bagi menyampaikan tujuan, maka tidak mustahil peneraju dunia akan
datang lebih mementingkan bumi hijau berbanding aktiviti yang boleh merosakkan
bumi.

2) Penanaman semula pokok


Penanaman semula pokok-pokok bagi menggantikan pokok yang telah ditebangkan
haruslah dilakukan dengan segera. Spesies pokok tertentu yang dikenal pasti cepat
membesar sepatutnya ditanam untuk menutupi permukaan bumi yang tandus. Secara
tidak langsung, habitat haiwan liar juga akan terpelihara. Antara pokok yang cepat
tumbesarannya ialah spesis pokok kayu keras seperti akasia, yemane, dan batai.

Dalam tempoh 15 tahun, bumi telah dilitupi hutan yang menghijau kembali. Projek
penanaman semula ini dijalankan di negeri-negeri seperti Pahang, Johor, Selangor,
Negeri Sembilan , Perak , Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.
Bagi Program Menanam 26 Juta Pokok, program ini dianjurkan oleh Jabatan
Perhutanan Negeri Semenanjung Malaysia. Program ini dengan tema "Hijaukan
Bumi: Satu Warga Satu Pokok" melibatkan penanaman sejumlah 26 juta pokok iaitu
bersamaan dengan 26 juta penduduk Malaysia telah dilancarkan secara serentak pada
22 April 2010 bersempena dengan Sambutan Hari Bumi Sedunia. Langkah ini juga
sejajar persetujuan Malaysia mengekalkan 50 peratus keluasan negara sebagai
kawasan hutan atau kawasan hijau mengikut Agenda 21 Persidangan Kemuncak
Dunia di Rio de Janeiro. Matlamat utama program ini ialah memupuk semangat
cintakan kehijauan pokok-pokok yang berperanan penting dalam memberikan
keselesaan dan kesejahteraan kehidupan seharian kepada masyarakat serta
meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar.
Jadual 3
Tahun
Jumlah Pokok
Jumlah keseluruhan
15,367,971 pokok (14,991.24 hektar)
2010
5,755,209 pokok (3,157.40 hektar)
2011
4,708,482 pokok (6,143.31 hektar)
2012
4,904,280 pokok (5,690.53 hektar)
(sumber: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia,2012)

Jabatan Perhutanan negeri Sarawak turut menggiatkan kempen ini di seluruh negeri
Sarawak sejak dari kempen itu dilancarkan lagi. Pada November 2013, Jabatan
Perhutanan Sarawak telah menganjurkan kempen Penanaman Pokok Bakau di Taman
Negara Tanah Bencah, Sungai Lemidin. Kempen ini bermatlamat untuk menanam
sebanyak 10000 anak pokok bakau menjelang tahun 2015. Setakat tahun 2013, anak
pokok bakau yang berjaya ditanam ialah 7430 batang di seluruh Malaysia dan sasaran
10000 batang menjelang tahun 2015 adalah tidak mustahil untuk dicapai. Difahamkan

bahawa, pokok bakau dapat menyerap karbon dioksida tiga kali lebih berbanding
pokok biasa (Borneo Post Online, 2013).

KAJIAN LEPAS :

Berdasarkan sebuah jurnal antarabangsa yang bertajuk, Current Situation of Illegal Logging
in Peninsular Malaysia (Gani, 2013), kajian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan
diantara jumlah keluaran hasil pembalakan dengan hasil keluaran pembalakan secara haram
di dalam sesebuah negara. Data dan maklumat yang dikumpul adalah daripada tahun 2001
hingga tahun 2010. Setelah kajian dilaksanakan, didapati bahawa pengeluaran balak bagi

ekonomi negara dan pengeluaran balak secara haram adalah tidak signifikan. Hal ini
bermakna korelasi diantara pengeluaran balak adalah tidak dipengaruhi oleh pengeluaran
balak secara haram di dalam negara. Aktiviti pembalakan ini perlu dikawal supaya tidak
menjejaskan ekosistem hutan. Salah satu langkah yang boleh dilaksanakan ialah dengan
merombak semula dasar perhutanan dan mengehadkan aktiviti pembalakan dari semasa ke
semasa.

Sebuah jurnal yang bertajuk, Keperluan mengawal syarikat pembalakan transnasional: kajian
kes di Malaysia hasil karya World Rainforest Movement dan Forests Monitor Ltd pada tahun
1998 pula menekankan supaya syarikat-syarikat pengeluaran kayu balak diselia dan dikawal
ketat. Hasil kajian mendapati bahawa, kerajaan Malaysia telah menyuarakan kebimbangan
bahawa sesetengah syarikat mencemarkan reputasi Malaysia ketika beroperasi di luar negara;
sebahagian daripada syarikat balak terbesar di Malaysia tidak dikawal dengan ketat dalam
negara; syarikat yang berpusat di Malaysia memainkan peranan penting dalam dagangan
antarabangsa kayu balak tropika dan produk balak serta Malaysia turut memainkan peranan
penting dalam lingkungan G77 berhubung rundingan pelbagai hala mengenai isu hutan.
Kesan daripada aktiviti pembalakan ini adalah kepupusan pelbagai hidupan, hakisan tanah,
kebergantungan hidup sesetengah komuniti di pendalaman musnah dan juga suhu setempat
meningkat.

RUJUKAN

Perhutanan. (2010). Retrieved November 2014, from Jabatan Statistik Negara:


http://www.statistics.gov.my/portal/download_Economics/files/DATA_SERIE
S/2011/pdf/12Perhutanan.pdf
KEMPEN MENANAM 26 JUTA POKOK (2010-2014). (2012). Retrieved 2014, from
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia:

http://www.forestry.gov.my/index.php/my/kempen-menanam-26-jutapokok-2010-2014-3?id=679
Selama Juni-Agustus, Suhu Bumi Terpanas Sepanjang Sejarah. (2013). Retrieved
November 2014, from National Geographic Indonesia:
http://nationalgeographic.co.id/berita/2014/09/selama-juni-agustus-suhubumi-terpanas-sepanjang-sejarah
Swasta Prihatin Konservasi Hutan. (2013). Retrieved 2014, from Borneo Post
Online: http://www.theborneopost.com/2013/11/24/swasta-prihatinkonservasi-hutan/
Regreen the world. (2014). Retrieved from Green World Campaign:
http://greenworld.org/what-we-do
Gani, I. Q. (2013). Current Situation of Illegal Logging in Peninsular Malaysia.
International Journal of Sciences.
ltd, W. R. (1998). Keperluan mengawal syarikat pembalakan transnasional: kajian
kes di Malaysia.

You might also like