You are on page 1of 9

EKOSISTEM PANTAI

Pengenalan :

Ekosistem pantai didefinisikan sebagai ekosistem yang wujud di kawasan antara air
laut dan darat yang dipisahkan oleh garis pantai yang bergerak mengikut pasang surut air laut
dan hakisan yang berlaku. Garis pantai dijadikan sebagai sempadan antara kawasan darat dan
kawasan lautan. Kawasan darat merupakan kawasan yang terletak di atas permukaan tanah
bermula dari garis sempadan pantai, manakala kawasan lautan pula terletak di bawah paras
laut bermula dari tepi laut pada garis air surut yang paling rendah.
Ekosistem ini terdiri daripada dua komponen iaitu komponen abiotik (persekitaran
fizikal) dan komponen biotik (pelbagai jenis hidupan). Komponen abiotik merangkumi
topografi pantai, cahaya matahari, suhu, air, kelembapan pasir, pH, kelajuan angin, oksigen
terlarut dan kemasinan air laut. Manakala komponen biotik meliputi semua jenis hidupan
yang ada dalam ekosistem ini. Menurut Sowarno (2009), komponen biotik terdiri daripada
tiga kumpulan iaitu organisma autotrof, heterotrof dan pengurai.
Menurut Nybakken (2001), komuniti pantai adalah berbeza-beza bergantung kepada
jenis substratum pantai. Perbezaan substratum pantai menghasilkan keadaan persekitaran dan
kepelbagaian spesies flora dan fauna yang berbeza-beza antara kawasan ke kawasan yang
lain. Subtratum pantai terdiri daripada tiga jenis iaitu pantai berbatu, pantai berpasir dan
pantai berlumpur.
Pantai berbatu merupakan kawasan yang terdiri daripada batu-batu keras dan paling
terdedah kepada pukulan ombak kuat. Kawasan ini menyediakan habitat kepada pelbagai
jenis organisma seperti alga, Littorina, teritip, tiram, moluska dan krustasea. Selain itu,
kawasan ini juga menjadi kawasan interaksi antara organisma dalam mewujudkan jaringan
rantaian pemakanan.
Pantai berpasir merupakan kawasan yang mempunyai interaksi antara pasir, ombak
dan pasang surut air laut. Ketika ombak besar, tenaga ombak dilepaskan melalui pergerakan
air laut yang membawa pasir keluar dari kawasan pantai dan kemudian membawa kembali
pasir ke kawasan pantai ketika ombak tenang. Kawasan ini dihuni oleh haiwan penggali
lubang seperti ketam hantu, moluska dan cacing-cacing poliket.
Pantai berlumpur pula merupakan kawasan yang terlindung daripada ombak kuat dan
mempunyai substrat yang sangat halus dengan diameter kurang daripada 0.002mm. Kawasan
ini menjadi habitat yang nyata bagi tumbuhan bakau, dan genus utama yang boleh dijumpai
dalam negara kita ialah Avicennia, Rhizophora, Sonneratia dan Bruguiera.
Objektif Kajian :

- Mengkaji dan merekodkan data kajian fisio kimia seperti kecerunan pantai, keamatan
cahaya matahari, suhu dan kemasinan air laut, kelajuan angin, penentuan pH air laut dan
kelembapan relatif.
- Mengkaji dan merekodkan data kajian biologi seperti kepelbagaian flora dan fauna,
kawasan yang mempunyai spesies organisma yang tinggi dan rangkaian pemakanan di
setiap tapak kajian.

Kaedah dan Radas :

Kerja lapangan ini telah dijalankan di Pantai Bersih RnR Bagan Ajam, Pulau Pinang
(Gambar 1) bagi mengkaji tiga tapak kajian pantai iaitu tapak A di pantai berbatu (Gambar
2), tapak B di pantai berpasir (Gambar 3) dan tapak C di laut (Gambar 4). Kajian fisio kimia
dan kajian biologi dilakukan sebanyak dua kali di semua tapak kajian bagi mendapatkan
jumlah purata data, dan data adalah direkodkan di dalam Jadual 1, 2, 3, dan 4.

Gambar 1 : Pantai Bersih RnR Bagan Ajam Gambar 2 : Tapak A (Pantai berbatu)

Gambar 3 : Tapak B (Pantai berpasir) Gambar 4 : Tapak C (Laut)


Bagi mengkaji organisma dalam tapak kajian B dan C, radas yang digunakan adalah
‘Mesh sieve’ atau ayak besi dengan menggali pasir di kawasan tapak kajian. Antara
organisma yang ditemui di tapak kajian B dan C adalah kerang-kerangan, siput dan ketam
(Gambar 5 dan 6). Manakala kajian komponen abiotik pula dilakukan dengan menggunakan
beberapa parameter seperti termometer bagi mengukur suhu, anometer bagi mengukur
kelajuan angin, clinometer bagi mengukur kecerunan dan Whirling Hygrometer bagi
mengukur kelembapan.

Gambar 5 : Kerang dan siput Gambar 6 : Ketam

Jadual Data dan Keputusan :

Jadual 1 : Faktor abiotik

Komponen abiotik Tapak A Tapak B Tapak C


1. Zon litoral (cm)
a. Atas
b. Tengah
c. Bawah
2. Kecerunan (°) 18 20 23
3. Keamatan cahaya (lux)
(28.9+28.9)/2 (30+30.3)/2 (28.9+28.7)/2
4. Suhu air (°C)
= 28.9 = 30.2 = 28.8
5. Oksigen terlarut (mg/L)(ppm) 7.4 7.4 7.4
6. Kemasinan (ppt) 30 30 30
(1.2+1.3)/2 (1.4+1.6)/2 (1.7+1.8)/2
7. Kelajuan angin (m/s)
= 1.3 = 1.5 = 1.8
Wet : 29 Wet : 29 Wet : 29
8. Kelembapan relative (%)
Dry : 26 Dry : 25 Dry : 26
9. Konduktiviti
10. pH - - 8.1
11. Penembusan cahaya (cm)
Jadual 2 : Faktor biotik

Kepelbagaian flora Tapak A Tapak B Tapak C

Zon Supralitoral

a. Depan Teritip Kerang-kerangan Zooplankton


b. Tengah Isopoda Ketam Fitoplankton
c. Belakang Tapak sulaiman Ikan-ikan kecil Anemon laut
Zon Litoral

a. Atas
Tapak sulaiman Alga Sea lettuce
(berhampiran supralitoral)
b. Tengah Teritip Ketam Anemon laut
c. Bawah
Siput Isopoda Terumbu karang
(berhampiran sublittoral)
Zon Sublitoral

Kerang-kerangan Siput Ikan besar

Jadual 3 : Rantai makanan

Tapak A Tapak B Tapak C

Pengeluar

1
Cahaya matahari Cahaya matahari Cahaya matahari
.
2
Rumput Tumbuh-tumbuhan pantai Tumbuh-tumbuhan pantai
.
3
Tumbuh-tumbuhan pantai Alga Fitoplankton
.
4
Alga - Alga
.

Pengguna

1
Kerang-kerangan Burung Zooplankton
.
2 Teritip Udang kecil Ikan-ikan kecil
.

Perbincangan :

a. Bandingkan ciri-ciri abiotik di setiap tapak kajian (A, B dan C). Adakah terdapat
perbezaan? Mengapa?

Jawapan : Ya, setiap tapak kajian A, B dan C mempunyai ciri-ciri atau komponen abiotik
yang berbeza kerana dipengaruhi oleh topografi pantai, keamatan cahaya, suhu air,
kecerunan, kemasinan, kelajuan angin, pH, kelembapan relatif dan penembusan
cahaya. Tapak kajian A merupakan kawasan berbatu keras, tapak kajian B pula
merupakan kawasan yang berpasir manakala tapak kajian C pula merupakan
kawasan lautan.

b. Bandingkan senarai organisma di zon supra litoral, litoral dan sub litoral di tapak A
dan B. Adakah pembahagian zon di kedua-dua tempat adalah sama? Jika tidak,
apakah yang menyebabkan perbezaan antara kedua-dua zon?

Jawapan : Tidak sama, kerana kedua-dua zon ini mempunyai topografi dan abiotik yang
berbeza. Oleh itu, kedua-dua zon ini mempunyai habitat dan organisma yang
berbeza mengikut kesesuaian organisma.

Tapak A Tapak B

- Ketam
Supra litoral - Teritip volcano - Ikan kecil
- Kerang dan siput

- Teritip bintang
- Ketam
- Ikan kecil
Litoral - Ikan kecil
- Fitoplankton
- Zooplankton
- Zooplankton
- Teritip
- Ikan besar
- Ikan besar
Sub Litoral - Fitoplankton
- Fitoplankton
- Zooplankton
- Zooplankton

c. Pada setiap tapak kajian, adakah terdapat perbezaan taburan kepelbagaian spesies
pada :
i. Atas, tengah atau bawah zon litoral pada pantai berbatu?
Jawapan : Tidak, kerana zon litoral pantai berbatu mempunyai taburan spesies yang
sama.

ii. Zon litoral berdekatan tanah, pinggir pantai dan pantai berpasir?
Jawapan : Ya, terdapat spesies yang berbeza mengikut ciri-ciri abiotik di ketiga-tiga
tapak kajian.

iii. Di kawasan terdedah atau terlindung cahaya matahari?


Jawapan : Ya, kerana teritip volcano ditemui di kawasan terdedah cahaya matahari
manakala teritip bintang dan pelbagai jenis plankton ditemui di kawasan
terlindung cahaya matahari.

iv. Di kawasan terdedah dengan ombak atau kawasan terlindung daripada ombak
atau kawasan di bawah batu?
Jawapan : Ya, kerana teritip bintang menduduki kawasan terlindung daripada ombak
dan berada di kawasan bawah batu bagi menangkap mangsa dan dijadikan
sebagai bahan makanan bersesuaian dengan bentuk fizikalnya. Manakala
teritip volcano pula berada di kawasan terdedah dengan ombak dan ia
bergantung kepada aliran ombak dalam mendapatkan sumber makanan.

v. Kawasan yang mempunyai bahan-bahan ditirus (bahan organik) dan kawasan


pantai yang bersih?
Jawapan : Ya, kerana teritip volcano banyak ditemui melekat pada dahan pokok reput
iaitu kawasan yang mempunyai bahan-bahan ditirus (bahan organik)
manakala ketam banyak ditemui membuat tempat perlindungan di kawasan
pantai bersih.

d. Di manakah haiwan terbesar boleh dijumpai? Mengapa?


Jawapan : Haiwan terbesar biasanya dijumpai di tapak C kerana dipengaruhi oleh faktor
abiotik dan faktor biotik. Contohnya, ikan besar mempunyai habitat di kawasan
laut air dalam bagi mendapatkan sumber makanan dan proses pertukaran gas
berlaku.

e. Sila beri beberapa contoh organisma herbivor, karnivor dan omnivor yang boleh
dijumpai di kawasan tapak kajian.
Jawapan :

Zooplankton, dan diet utama adalah fitoplankton yang banyak


Herbivor
ditemui di kawasan tapak kajian.
Karnivor Ikan-ikan pemangsa yang memakan ikan-ikan kecil.
Ikan-ikan kecil yang memakan zooplankton, phytoplankton, alga
Omnivor
dan tertitip.

f. Jelaskan bentuk dan kandungan sampah organik dan bukan organik yang boleh
dijumpai di kawasan tapak kajian. Dari manakah sampah tersebut datang?
Jawapan : Sampah organik merupakan jenis sampah yang boleh diuraikan atau mereput tanpa
mencemarkan alam sekitar. Kebiasaannya, jenis sampah ini terdiri daripada kulit
kerang, bangkai haiwan dan kulit buah-buahan. Manakala sampah bukan organik
pula merupakan jenis sampah yang tidak boleh diuraikan atau hancur sehingga
menyebabkan pencemaran alam sekitar. Biasanya, jenis sampah ini dibawa oleh
manusia ke kawasan tapak kajian dan tidak dibuang dengan betul. Contohnya,
botol plastik dan bekas makanan.

g. Huraikan kepelbagaian phytoplankton dan zooplankton di kawasan sub litoral (tapak


C). Bagaimanakah cara anda membezakannya?
Jawapan : Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan ke atas spesies fitoplankton yang telah
ditemui, spesies yang ditemui di kawasan sub litoral (tapak C) adalah sangat
minimal. Hal ini mungkin disebabkan taburan kepelbagaian fitoplankton dan
zooplankton adalah sangat kecil di kawasan sub litoral (tapak C).

h. Lukis diagram rantai makanan yang anda rasa wujud di ekosistem pantai. Apakah
yang akan terjadi sekiranya terdapat kepupusan pada salah satu spesies terutamanya
pada bahagian awal rantai makanan?
Jawapan :

(Karnivor)
(Pemangsa)
(Autotroph) (Herbivor) - Ikan-ikan
- Ikan besar
- Fitoplankton - Zooplankton kecil
- Burung helang
- Sotong
Setiap spesies yang ada di dalam pautan dalam rantaian makanan merupakan
kitaran
Bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem tertentu. Sekiranya berlaku kepupusan
pada salah satu spesies terutamanya pada bahagian awal rantaian makanan, ia
boleh
menyebabkan ketidakseimbangan dalam rantaian makanan sekali gus ia mampu
memadamkan spesies tertentu. Sekiranya perkara ini berlanjutan, ia juga boleh
merosakkan keseimbangan ekologi dalam jangka masa panjang.

i. Berdasarkan aspek pemerhatian, adakah kawasan pantai yang anda kaji tercemar? Jika
ya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil? Berikan pandangan anda.
Jawapan : Ya, namun masih dalam keadaan yang terkawal. Oleh itu, langkah-langkah bagi
mengekalkan kebersihan kawasan pantai perlulah diambil dan ia melibatkan semua
pihak sama ada secara individu, masyarakat, badan-badan NGO dan juga pihak
kerajaan. Bagi seseorang individu, seseorang itu haruslah memupuk cintai alam
sekitar dengan tidak membuang sampah merata-rata. Bagi masyarakat pula,
gotong-
royong boleh diadakan untuk membersihkan kawasan pantai seperti mengutip
sampah sarap dan mengajar anak-anak kecil untuk turut serta dalam aktiviti
tersebut.
Bagi pihak badan-badan NGO, penyediaan tong sampah yang mencukupi juga
boleh
membantu dalam mengekang pencemaran persekitaran pantai. Selain itu, badan-
badan NGO juga boleh bekerjasama dengan pihak kerajaan bagi mengadakan
kempen kesedaran akan kepentingan penjagaan alam sekitar dan kempen “Go
Green’. Pihak kerajaan pula haruslah mengenakan tindakan yang sewajarnya
kepada
pelaku yang tidak menjaga kebersihan alam sekeliling seperti mengenakan denda
atau saman.

Kesimpulan :
Ekosistem pantai merupakan ekosistem yang terbesar namun masih kurang difahami.
Ia mempunyai jaringan spesies dan juga sangat penting bagi menjamin kesihatan keseluruhan
kedua-dua persekitaran antara laut dan darat. Ekosistem ini sering kali dikaitkan dengan
pencemaran, oleh itu kebersihan ekosistem ini bergantung sepenuhnya kepada kita dalam
mengekalkannya.

Rujukan :
Desy Fatma. (06/06/2016). Ekosistem Pantai : Ciri-ciri, Komponen, Jenis, dan Manfaatnya.
https://ilmugeografi.com/ilmu-bumi/laut/ekosistem-pantai

James W. Nybakken. (2001). Marine Biology: An Ecological Approach, 5th Edition. Pearson.

Ojel. (14/03/2022). Ekosistem Pantai. Dosen Pendidikan 2.


https://www.dosenpendidikan.co.id/ekosistem-pantai/

You might also like