You are on page 1of 7

BAB 9

SUMBER MINERAL DAN TENAGA DI MALAYSIA

MINERAL DI NEGARA MALAYSIA


1. Sumber mineral dan tenaga sangat penting bagi pembangunan sesebuah
negara.
2. Sejak dahulu lagi, manusia telah menggunakan unsur-unsur daripada bumi
untuk menjalankan aktiviti harian.
3. Sumber boleh dibahagikan kepada:
a) Sumber yang boleh diperbaharui seperti sumber tenaga suria, tenaga
angin, tenaga air dan tenaga ombak.
b) Sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti mineral logam dan bukan
logam.
4. Mineral jenis logam adalah seperti bijih timah, bijih besi, kuprum da emas.
5. Malaysia kaya dengan berbagai jenis mineral seperti petroleum, gas asli, bijih
timah, bijih besi, bauksit dan emas.
6. Petroleum, gas asli dan bijih timah ialah mineral-mineral yang paling penting
di negara kita.
PETROLEUM DAN GAS ASLI
1. Petroleum berasal daripada berjuta-juta organisma haiwan dan tumbuhan
halus yang telah mati dan mendap di dasar laut.
2. Organisma ini ditimbuni oleh lumpur dan pasir yang dibawa oleh arus sungai.
3. Selepas berjuta-juta tahun, lumpur dan pasir menjadi batuan mendak yang
keras manakala organisma yang mati itu reputdan berubah menjadi minyak.
4. Petroleum adalah bahan eksport dalam bentuk mineral yang utama di
Malaysia.
5. Kawasan-kasawan pengeluaran petroleum yang utama ialah:
a) Luar pantai Terengganu
b) Luar pantai Sarawak
c) Luar pantai Sabah
6. Di negara kita, petroleum dilombong di dasar laut. Sebelum petroleum
dilombong, kerja mencarigali minyak dijalankan di sesebuah kawasan untuk
menentukan dengan tepat tempat simpanan petroleum.
7. Selepas ditentukan kedudukan lapisan petroleum di dasar laut, sebuah
pelantar minyak dibina dan alat-alat menggerudi disediakan.
8. Dasar laut digerudi hingga ke lapisan batuan yang mengandungi petroleum
mentah.
9. Petroleum mentah yang dilombong disalurkan melalui saluran paip yang
dibina di dasar laut ke kilang penapisan petroleum di pinggir laut.
10.Di kawasan perlombongan petroleum juga terdapat gas asli. Kawasankawasan perlombongan gas asli ialah:
a) Luar pantai Terengganu
b) Luar pantai Sarawak
c) Luar pantai Sabah
11.Loji penapisan petroleum di Malaysia terletak di:
a) Kerteh, Terengganu
b) Lutong, Sarawak
c) Tangga Batu, Melaka
d) Port Dickson, Negeri Sembilan

BIJIH TIMAH
1. Pada masa dahulu sekitar abad ke-19, bijih timah pernah menjadi bahan
eksport mineral yang terbesar bagi negara kita. Kini, pengeluaran bijih timah
sudah susut.
2. Pada tahun 2002, hanya terdapat 24 buah lombong bijih timah yang masih
aktif menjalankan kegiatan perlombongan di negara kita.
3. Pengeluaran bijih timah semakin merosot kerana:
a) Simpanan bijih timah semakin berkurangan
b) Banyak lombong ditutup kerana pengeluaran yang tidak menguntungkan
4. Kawasan perlombongan bijih timah di Malaysia ialah:
a) Lembah Kintar di Perak
b) Dengkil dan Kuala Langat di Selangor
c) Kaki Bukit di Perlis
d) Kota Tinggi di Johor
5. Di Malaysia, bijih timah dilombong dengan menggunakan kapal korek, pam
kelikir dan mendulang.
6. Kapal korek mengorek tanah yang mengandungi bijih timah serta
mengasingkannya daripada bahan-bahan lanar. Cara ini biasanya digunakan
oleh syarikat-syarikat yang besar kerana kos sebuah kapal korek adalah
sangat tinggi.
7. Pam kelikir memancutkan air pada tebing tanah untuk memecahkan tanah
tersebut. Tanah itu kemudiannya dihanyutkan ke sebuah kolam.
8. Bahan-bahan dalam kolam disedut dan dibiarkan mengalir turun ke sebuah
palung. Pada palung ada sekatan-sekatan kayu yang menyekat bijih timah.
Bijih timah ini akan dikumpulan dan dibersihkan.
9. Mendulang biasanya dijalankan oleh kaum wanita di tebing sungai.
MINERAL-MINERAL YANG LAIN
1. Bijih besi dilombong di Temangan (Kelantan), Kota Tinggi dan Endau (Johor)
dan Yan (Kedah).
2. Bijih besi dieksport dan dileburkan di loji-loji besi dan keluli tempatan.
3. Bauksit dilombong di Teluk Ramunia, Johor. Mineral ini digunakan untuk
membuat aluminium.
4. Lombong kuprum atau tembaga terdapat di Mamut, Sabah.
5. Sedikit emas dilombong di Bau, Sarawak.
6. Granit, batu kapur, batu marmar, tanah liat, pasir dan pasir silika dilombong
untuk kegunaan dalam negeri.
7. Batu kapur dilombong di Tasek, Perak dan di Pulau Langkawi.
8. Tanah liat digunakan untuk membuat barang-barang tembikar.
9. Batu granit dan pasir digunakan dalam pembinaan jalan raya dan bangunan.
KESUSUTAN DAN PEMELIHARAAN SUMBER NEGARA
1. Perlombongan yang dijalankan secara berterusan boleh menyebabkan
sumber mineral kehabisan.
2. Beberapa buah lombong telah pun ditutup seperti lombong besi di Sri Medan
(Johor), Rompin (Pahang) dan Bukit Besi (Terengganu).
3. Kesusutan sumber mineral membawa kesan yang buruk kepada
pembangunan dan kemakmuran negara.

4. Ramai penduduk kehilangan pekerjaan dan mata pencarian jika lebih banyak
lombong ditutup.
5. Bagi mengatasi masalah ini, beberapa pihak seperti Petroleum Nasional
Berhad (PETRONAS), Perbadanan Perlombongan Malaysia (MMC) dan
Perbadanan Nasional (PERNAS) menjalankan kerja-kerja mencari gali uutuk
mengesan longgokan mineral yang baru.
6. Langkah juga telah diambil untuk mengurangkan penggunaan petroleum dan
gas asli sebagai bahan api.
7. Negara kita mempunyi potensi tenaga suria yang besar kerana pancara
cahaya matahari yang dialami adalah kira-kira 6 jam sehari.
8. Hujan yang lebat dan sungai yang banyak di Malaysia membolehkan banyak
stesen janakuasa hidroelektrik didirikan.
9. Penyelidikan yang dijalankan pada sisi-sisi pertanian seperti sekam padi dan
hampas buah kelapa sawit menunjukkan ianya boleh digunakan sebagai
bahan api untuk menjanakan kuasa elektrik.
10.Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit (PORIM) telah menghasilkan minyak
diesel daripada minyak kelapa sawit.
11.Negara kita mempunyi satu pusat penyelidikan tenaga nuklear di Bangi,
Selangor iaitu Pusat Penyelidikan Atom Tun Dr Ismail atau PUSPATI.
12.Tenaga nuklear amat berbahaya dan pengeluarannya harus dilaksanakan
secara teliti.
KEPENTINGAN MINERAL
1. Bahan eksport mineral Malaysia ke negara-negara seperti Jepun, Britain,
Korea Selata, Singapura dan Amerika Syarikat menghasilkan pertukarna wang
asing.
2. Pertukaran wang asing ini digunakan untuk membiayai perbelanjaan
pembangunan negara seperti pembinaan jalan raya, sekolah dan hospital.
3. Perlombongan mineral juga menyediakan banyak peluang pekerjaan bagi
penduduk.
4. Perlombongan petroleum telah menggalakkan perkembangan industri-industri
baru seperti kilang petrokimia dan kilang urea.
5. Hasil dari perlombongan, banyak bandar telah berkembangan dengan pesat.
Contohnya Ipoh dan Kuala Lumpur yang menjadi bandar-bandar besar kerana
perlombongan bijih timah.
6. Kerteh di Terengganu dan Bintulu di Sarawak dijangka akan menjadi kawasankawasan perindustrian yang penting disebabkan penapisan petroleum.
7. Petroleum dan arang batu boleh digunakan untuk menjana kuasa elektrik
bagi kegunaan kilang dan rumah.
8. Bijih timah ada pelbagai kegunaan seperti membuat pateri, dijadikan bahan
sadur dan bahan penyalut.
9. Penapisan petroleum menghasilkan gas, minyak pelincir, minyak tar dan
bahan kimia yang digunakan dalam pelbagai industri petrokimia.

BAB 10

PENDUDUK DAN PETEMPATAN DI MALAYSIA

PETEMPATAN AWAL DI NEGARA KITA


1. Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan petempatan ialah:
a) Keselamatan
b) Mata pencarian
c) Kemudahan
d) Perhunbungan
e) Keadaan muka bumi
2. Sejak Zaman Batu, kira-kira 40 000 tahun dahulu, manusia telah pun
mendiami negara kita.
3. Manusia Zaman Batu kebanyakannya tingga di dalam gua kerana gua
melindungi mereka daripada cuaca buruk dan binatang buas.
4. Petempatan awal bagi orang Zaman Batu di Malaysia ialah Gua Niah dan
sekitar Teluk Darvel di Sabah.
5. Lembah Bujang berhampiran dengan Gunung Jerai di Kedah dan tebing
Sungai Melaka adalah dua buah petempatan awal.
6. Dalam kurun ke-7, Lembah Bujang menguasai jalan perdagangan utam dari
timur ke barat melalui Segenting Kra.
7. Kedudukan Melaka yang terletak di tepi sungai dan juga menghadap Selat
Melaka adalah strategik dari segi perhubungan. Ini membolehkan Melaka
menjadi sebuah pelabuhan perdangangan antarabangsa.
8. Terdapat satu bukit rendah di Melaka yang telah dijadikan kubu pertahanan
penduduk Melaka zaman dahulu.
9. Petempatan di Johor Lama di muara Sungai Johor telah bertapak kerana
sebab-sebab keselamatan dan perdagangan. Kedudukan petempatan di tepi
Sungai Johor memudahkan pertahanan dan perhubungan.
10.Kedudukannya yang strategik juga telah mengalakkan kapal perdagangan
dari India, China, Eropah dan negara-negara Asia Tenggara datang ke Johor
Lama.
11.Orang Belanda telah membina kota-kota di Pulau Pangkor, Perak dan Bukit
Melawati, Selangor untuk menguasai bijih timah di Lembah Kinta dan Lembah
Klang.
12.Georgetown di Pulau Pinang telah berkembang maju kerana pelabuhannya
yang terlindung dan air lautnya yang dalam. Kedudukannya yang strategik
menjadikannya pintu masuk ke Selat Melaka dan Lautan Hindi.
13.Ipoh yang terletak di tepi Sungai Kinta dan Kuala Lumpur yang terletak di
persimpangan Sungai Klang dan Sungai Gombak berkembang kerana
perlombongan bijih timah.
14.Sungai-sungai itu digunakan untuk mengangkut bijih timah dan
menghubungkan kawasan perlombongan ke tempat-tempat lain.
15.Kuala Terengganu, Melaka dan Kota Bahru adalah bandar-bandar yang
bermula sebagai perlabuhan perikanan.
16.Bandar-bandar yang bermula sebagai bandar-bandar pertanian ialah Alor
Setar, Pekan dan Bagan Serai.

TABURAN PENDUDUK MALAYSIA


1. Berdasarkan Banci Penduduk dan perumahan Malaysia tahun 2000, jumlah
penduduk Malaysia ialah 23.3 juta orang. Kiri-kira 79.9% daripada jumlah
penduduk Malaysia tinggal di Semenanjung Malaysia, 11.2% di Sabah dan
8.9% di Sarawak.
2. Taburan penduduk di Malaysia adalah tidak sekata. Kebanyakkan penduduk
tertumpu di dataran pantai barat dan bahagian pantai timur laut
Semenanjung Malaysia.
3. Dataran pantai barat Semenanjung Malaysia mempunyai penduduk yang
paling padat kerana:
a) Dataran aluvium yang luas dan subur
b) Terlindung dari tiupan angin monsun yang kencang
c) Kegiatan-kegiatan ekonomi yang berkembang maju sejak zaman dahulu
d) Terdapat sistem pengangkutan dan perhubungan yang baik
4. Beberapa kawasan yang mempunyai penduduk yang ramai ialah:
a) Lembah Klang
b) Lembah Kinta
c) Dataran Kelantan
d) Kuching
e) Kota Kinabalu
5. Di dataran pantai timur Semenanjung Malaysia, penduduk tertumpu di Kota
Bahru, Kuala Terengganu dan Kuantan. Tanah aluvium di tempat-tempat ini
mengalakkan penanaman padi.
6. Kawasan bergunung-ganang dan berhutan tebal di bahagian tengah
Semenanjung Malaysia dan kawasan paya di pinggir pantai mempunyai
penduduk yang sikit.
7. Orang asli menduduki kawasan bergunung-ganang dan berhutan tebal.
Mereka menjalankan pertanian pindah, memburu binatang dan mengumpul
hasil hutan.
8. Kawasa-kawasan seperti lembah sungai, kampung dan pekan mempunyai
penduduk yang sederhana ramai. Kawasan-kawasan ini seperti Kuala Lipis,
Mentakab dan Pontian menjalankan kegiatan pertanian.
9. Di Sabah dan Sarawak, penduduk tertumpu di bandar-bandar besar iaitu Kota
Kinabalu dan Sandakan di Sabah dan Kuching, Sibu dan Miri di Sarawak.
10.Sedikit penduduk di Sabah dan Sarawak tinggal di kawasan pedalaman yang
bergunung-ganang dan berhutan tebal serta di kawasan paya di pantai. Ini
disebabkan kawasan-kawasan ini kurang maju dalam pertanian dan
pengangkutan.
POLA PETEMPATAN DI NEGARA KITA
1. Sebuah petempatan wujud apabila manusia hidup berkelompok. Sebuah
petempatan adalah juga pusat perniagaan.
2. Terdapat tiga jenis pola petempatan yang biasa di Malaysia iaitu:
a) Petempatan berpusat
b) Petempatan berjajar atau linear
c) Petempatan berselerak
3. Petempatan berpusat mempunyai susunan rumah atau bangunan yang rapat.
Petempatan jenis ini terdapat di pekan, bandaraya dan pelabuhan.

4. Petempatan berjajar atau linear mempunyai rumah atau bangunan yang


tersusun di sepanjang tebing sungai, pinggir pantai, terusan, jalan raya dan
jalan keretapi.
5. Petempatan berselerak mempunyai rumah dan bangunan yang terletak jauh
antara satu dengan yang lain. Contoh petempatan jenis ini ialah kampungkampung kecil di kawasan pedalaman.
FUNGSI DAN LOKASI BANDAR
1. Setiap kawasan mempunyi kegiatan yang utama. Kegiatan yang dijalankan
ialah fungsi sesebuah petempatan.
Misalnya:
a) Kuala Lumpur berfungsi sebagai pusat perniagaa, pengangkutan dan
pentadbiran.
b) Bintulu berfungsi sebagai pusat menapis petroleum.
c) Pelabuhan Klang berfungsi sebagai pusat persinggahan kapal-kapal
dagang.
2. Kawasan luar bandar membekalkan bahan makanan untuk penduduk di
bandar. Bahan-bahan mentah seperti getah dan kelapa sawit juga dibawa dari
kawasan luar bandar untuk diproses di kilang-kilang.
3. Kawasan bandar pula membekal barang-barang keperluan yang telah
diproses di kilang serta menyediakan kemudahan dan perkhidmatan seperti
pejabat pos dan hospital.
4. Perkhidmatan dan barangan yang disediakan di sebuah kawasan kecil hanya
dapat memenuhi keperluan penduduk kawasan tersebut dan kawasan
sekitarnya.
5. Di kawasan yang lebih besar seperti bandaraya, perkhidmatan dan barangan
yang disediakan dapat memenuhi keperluan penduduk sesebuah kawasan
yang lebih luas.
6. Sejauhmana perkhidmatan dan barangan yang disediakan di sebuah kawasan
itu dapat memenuhi keperluanpenduduk di situ dikatakan lingkungan
pengaruh.
7. Sebuah kawasan petempatan kecil mempunyi kawasan lingkungan pengaruh
yang kecil. Sebuah kawasan petempatan yang besar mempunyai lingkungan
pengaruh yang lebih besar.
PERKEMBANGAN BANDAR-BANDAR
1. Petempatan-petempatan yang bertapak di muara sungai atau di pinggir laut
biasanya mempunyi pelabuhan semula jadi yang terlindung dan air laut yang
dalam. Contohnya, Georgetown di Pulau Pinang yang telah berkembangan
menjadi pusat pelabuhan.
2. Petempatan di tebing-tebing sungai berkembang kerana fungsinya sebagai
perlabuhan sungai. Sibu, Sarikei dan Kuching di Sarawak adalah bandarbandar pelabuhan.
3. Petempatan sesuai didirikan di tanah pamah yang subur kerana:
a) Pertanian boleh dijalankan
b) Jalan raya dan jalan keretapi mudah dibina
4. Petempatan di tanah pamah berkembang pesat sebagai pusat pentadbiran
dan perniagaan bagi hasil pertanian.

5. Alor Setar di Dataran Kedah dan Kota Bharu di Delta Kelantan adalah bandarbandar di tanah pamah yang berkembang pesat kerana kegiatan pertanian.
6. Petempatan ini berkembang kerana kedudukannya di kawasan yang kaya
dengan mineral. Contohnya bandar Kuala Lumpur, Ipoh dan Seremban
terletak di kawasan perlombongan bijih timah.
7. Bandar-bandar ini mempunyai banyak jenis barangan dan perkhidmatan.
Bandar-bandar ini berfungsi sebagai pusat pentadbiaran kerajaan, pendidikan
dan perlancongan.
8. Bandar-bandar mempunyai penduduk yang padat sebab terdapat banyak
peluang pekerjaan di situ.
9. Kuala Terengganu, Kuantan dan Mersing adalah petempatan yang bermula
sebagai kampung nelayan dan kemudiannya berkembang menjadi bandar
kecil.
10.Di samping menjadi pengeluaran ikan, bandar-bandar ini juga adalah pusat
pentadbiran sesebuah daerah, kawasan perindustrian dan pelabuhan kecil.
11.Bandar-bandar yang bertapak di persimpangan jalan telah menjadi bandar
perdagangan yang memberi perkhidmatan kepada ladang-ladang getah dan
kelapa sawit. Sungai Petani, Mentakab dan Segamat adalah bandar-bandar
yang berfungsi sedemikian.
12.Di kawasan-kawasan luar bandar, banyak petempatan yang terancang seperti
kampung-kampung rancangan Felda didirikan. Kampung-kampung ini
menjalankan kegiatan pertanian.
KAJIAN KES: KUALA LUMPUR
1. Kuala Lumpur terletak di Lembah Kelang. Pada asalnya ia adalah pekan
perlombongan bijih timah.
2. Bijih timah dilombong di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan dihantar ke
Pelabuhan Kelang melalui sungai Kelang.
3. Pada masa dahulu, kegiatan pertanian juga giat dijalankan di Kuala Lumpur.
4. Kegiatan melombong bijih timah telah menarik ramai orang ke Kuala Lumpur.
Pada awal kurun ke-20, Kuala Lumpur telah berkembang menjadi bandar
perlombongan, pertanian dan perniagaan yang utama.
5. Kedudukan di tengah-tengah negara menjadikannya pusat pengangkutan dan
pusat pentadbiran negara.
6. Peda hari ini pembangunan ekonomi semakin pesat di kasawan sekitar Kuala
Lumpur. Banyak kawasan perindustrian didirikan berhampiran dengan Kuala
Lumpur seperti Petaling Jaya, Batu Tiga dan Shah Alam.
7. Kuala Lumpur adalah juga pusat perdagangan yang penting di Malaysia.
Terdapat banyak syarikat perniagaan, bank dan pusat membeli belah di sini.

You might also like