You are on page 1of 16

STPM 2020 (U)

1 (a) Huraikan proses pembentukan kerpasan. (3M)

Lembapan yang terdapat di atmosfera terpeluwap dan jatuh ke permukaan bumi dalam
pelbagai bentuk (salji, hujan batu, hujan, embun). Pembentukan kerpasan apabila awan
yang menampung titik air tidak mampu lagi untuk menampung jumlah air yang semakin
bertambah.

(b) Jelaskan tiga kepentingan kerpasan kepada aktiviti manusia (6M)

Sebagai bekalan air domestik. Air hujan yang ditakung dapat digunakan untuk
melaksanakan pelbagai aktiviti harian seperti air minuman, mencuci pakaian dan
peralatan mandi serta keperluan lain.

Aktiviti pertanian. Kerpasan dapat membantu para petani sebagai sumber air kepada
tanaman . Sistem tadahan air dapat menakung air hujan untuk mengalir ke kawasan
pertanian khususnya tanaman padi sawah yang memerlukan sumber air yang banyak.

Aktiviti perindustrian. Air hujan dapat digunakan sebagai sumber air yang digunakan
dalam sektor industry seperti industri memperoses dan industry pembuatan seperti
pembuatan pakaian, besi, dan keluli. Ia juga dapat digunakan sebagai pencuci dan
membersih alatan atau hasil perindustrian.

(c) Jelaskan tiga kesan lebihan air terhadap sektor ekonomi primer (6M)

Aktivi pertanian. Lebihan air akan menganggu aktiviti pertanian kerana banjir boleh
merosakan tanaman seperti penenggelaman kawasan sawah padi yang menyebabkan
hasil padi musnah.

Aktiviti perikanan. Semasa kejadian banjir, kolam ikan akan ditenggelami air sementara
sungai akan melimpah ke tebing yang boleh menyebabkan ikan yang diternak terbebas
keluar. Arus sungai yang deras boleh memusnahkan sangkar ikan yang dibina di tepi
sungai.

Aktiviti pembalakan. Kejadian banjir boleh mengganggu aktiviti pembalakan kerana jalan
raya akan bertakung air dan terputus. Aktiviti pengangkutan kayu balak ke kawasan
Hujan yang lebat menyebabkan berlaku larian air permukaan yang laju dan
kilang memperoses akan turut terganggu. menghakis permukaan cerun, pinggir bukit dan pinggir sungai- mempengaruhi
aktiviti pembalakan. keadaan tanah cerun bukit yang becak, struktur tanah yang
lembut menyukarkan aktiviti menghantar kayu balak oleh lori pengangkut dari
kawasan pedalaman
Aktiviti penternakan. Banjir boleh mengganggu aktiviti penternakan apabila kawasan
ragutan ternakan dan kandang ternakan akan ditengelami air. Semasa banjir, penternak
amat sukar untuk memindahkan ternakan mereka. Keadaan ini boleh menyebabkan
ternakan akan mati dan akhirnya merugikan penternak.
2 (a) Bagaimana aktiviti manusia menyumbang fenomena pulau haba bandar (12)

Aktiviti pengangkutan. Pembakaran bahan api fosil seperti petrol, diesel dan lain-lain
dalam kenderaan seperti kereta, bas, lori dan lain-lain. Keadaan ini menyebabkan
pembebas bahan pencemar ke udara seperti karbon dioksida, sulfur dioksida, nitrogen
dan lain-lain. Bahan pencemar ini memerangkap haba dan menghalang pembebasan
haba dari bumi. Oleh itu, aktiviti pengangkutan menyumbang fenomena pulau haba
bandar.

Aktiviti perindustrian. Pembakaran bahan api fosil seperti arang batu, petrol dan
lain-lain menghasilkan tenaga haba untuk pemprosesan bahan mentah di kilang seperti
kilang pemprosesan makanan, kilang elektronik dan lain-lain. Keadaan ini menyebabkan
pembebasan karbon dioksida, asap, debu, dan lain-lain ke udara. Kesannya akan berlaku
pertambahan tenaga haba di lapisan udara, suhu bandar menjadi tinggi. Oleh itu, aktiviti
perindustrian menyumbang fenomena pulau haba bandar.

Aktiviti pembinaan. Pembinaan bangunan terutamanya banggunan yang tinggi


yang didirikan rapat-rapat menyebabkan pergerakan udara terhalang di bandar.
Keadaan ini menyebabkan udara panas terkumpul di ruang udara bandar dan tidak
mampu bergerak keluar dari bandar. Kesannya udara menjadi panas menyebabkan suhu
bandar meningkat. Oleh itu, aktiviti pembinaan menyumbang fenomena pulau haba
bandar.

Aktiviti pembandaran. Permukaan yang berturap dan bersimen serta tepu bina
meningkatkan kadar pengaliran dan penyimpanan haba. Permukaan berturap dan
bersimen dapat menyerap bahang matahari dengan kadar yang cepat dan
membebaskan bahang tersebut ke udara. Oleh itu, aktiviti pembandaran menyumbang
fenomena pulau haba bandar.

Aktiviti petempatan. Pertambahan penduduk menyebabkan berlakunya


pembersihan hutan untuk pembinaan petempatan untuk menampung jumlah penduduk
yang ramai. Kekurangan pokok menyebabkan peningkatan suhu akibat kurang kadar
sejatpeluhan yang menjadikan udara kering. Oleh itu, aktiviti petempatan menyumbang
fenomena pulau haba bandar.

Aktiviti pembakaran terbuka. Penduduk bandar yang tidak bertanggungjawab


membakar sampah sarap secara terbuka. Keadaan ini akan melepaskan bahan
pencemar seperti karbon dioksida, asap dan lain-lain. Bahan pencemar ini akan
memerangkap pembebasan haba dari bumi dan berlakunya peningkatan suhu di
bandar. Oleh itu, aktiviti pembakaran sampah terbuka menyumbang fenomena pulau
haba bandar.

(b) Bincangkan enam langkah bukan perundangan bagi mengurangkan masalah


pulau haba.

Menanam lebih banyak tumbuhan. Program menghijaukan bandar dengan


menanam tumbuh-tumbuhan hijau di tepi jalan raya, kawasan petempatan dan lain-lain.
Tumbuhan hijau menjalankan proses fotosintesis yang mengurangkan kepekatan karbon
dioksida dan bahang bumi dapat dilepaskan ke angkasa. Oleh ituu, menanam lebih
banyak tumbuhan dapat mengurangkan maslah pulau haba.

Meningkatkan penggunaan kenderaan awam. Penggunaan kenderaan awam


seperti LRT, komuter, bas dan lain-lain dapat mengurangkan bahan pencemar seperti
karbon dioksida di bandar. Kesannya suhu di bandar dapat dikurangkan. Oleh itu,
meningkatkan penggunaan kenderaan awam dapat menggurangkan masalah pulau
haba.

Membina badan air dan pancutan air yang lebih banyak. Pihak berkuasa
membina kolam, tasik, pancutan air dan lain-lain di bandar. Ini akan menggalakkan
proses sejatan yang meningkatkan kelembapan udara di bandar. Kesannya suhu di
bandar akan turun. Oleh itu, membina badan air dan pancutan air yang lebih banyak
dapat menggurangkan masalah pulau haba.

Menggunakan tenaga alternatif. Tenaga alternatif dan mesra alam dapat


digunakan untuk menggantikan tenaga fosil seperti tenga hidro, solar elektrik dan lain-
lain. Keadaan ini akan menggurangkan bahan pencemar di udara seperti karbon dioksida
dan menggurangkan suhu di bandar. Oleh itu, menggunakan tenaga alternatif dapat
menggurangkan masalah pulau haba.

Melaksanakan kempen kesedaran. Kempen kesedaran seperti kempen Kongsi


Kereta, Bandar Lestari dan lain-lain di bandar. Kempen ini dapat dijalankan melalui
media massa seperti surat khabar serta media sosial. Kempen ini dapat meningkatkan
kesedaran masyarakat tentang kesan pulau haba. Oleh itu, melaksanakan kempen
kesedaran dapat menggurangkan masalah pulau haba.

Mengamalkan pendidikan alam sekitar. Melalui pengajaran subjek di peringkat


sekolah seperti Geografi, Biologi, Sains, Pendidikan Moral dan lain-lain. Ini dapat
meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan menjaga alam sekitar. Oleh itu,
mengamalkan pendidikan alam sekitar dapat menggurangkan masalah pulau haba.

Kesimpulannya, nilai murni yang diperoleh dalam menggurangkan masalah pulau


haba ialah nilai cinta akan alam sekitar dengan menjaga alam sekitar dengan tidak
mencemarkan alam sekitar melalui penggunaan kenderaan awam serta menggunakan
tenaga alternatif.
3(a) Bincangkan enam factor yang menjejaskan kualiti air bawah tanah. (12)

Faktor liang pori tanih yang kecil. Tanih yang mempunyai liang pori yang kecil akan
mempunyai keporosan tanih yang rendah. Kesannya kadar resapan air adalah rendah
dan menyebabkan kadar air bawah tanah rendah. Oleh itu, factor liang pori tanih yang
kecil menjejaskan kualiti air bawah tanah.

Faktor struktur tanih yang tidak telap. Tanih yang tidak telap akan menjejaskan
kadar resapan air bawah tanah menyebabkan kekurangan air bawah tanih seperti
batuan granit dan tanah liat. Kesannya air bawah tanah akan berkurangan. Oleh itu,
factor struktur tanah yang tidak telap akan menjejaskan kualiti air bawah tanah.

Factor intensity hujan yang rendah. Hujan yang sedikit atau pada musim
kemarau akan menyebabkan kadar air larian permukaan yang rendah sekaligus
menyebabkan kadar resapan yang rendah. Keadaan ini akan menyebabkan kadar air
bawah tanah kurang. Oleh itu, factor intensity hujan akan menjejaskan kualiti air bawah
tanah.

Factor litupan tumbuhan yang kurang. Litupan tumbuhan mempengaruhi proses


edaran air tanih. Litupan tumbuhan yang kurang menyebabkan kadar larian air
permukaan adalah laju. Keadaan ini menyebabkan kadar resapan adalah kurang dan
menyebakan air bawah tanah kurang. Oleh itu, factor litupan tumbuhan kurang akan
menjejaskan kualiti air bawah tanah.

Faktor aktiviti manusia. Proses pembandaran yang berlaku seperti permukaan


yang berturap dan bersimen akan menyebabkan permukaan menjadi tidak telap air.
Keadaan ini akan menghalang air daripada diresap ke tanah. Oleh itu, factor aktiviti
manusia akan menjejaskan kualiti air bawah tanah.
(b) Jelaskan enam aktiviti manusia yang menggunakan sumber air bawah tanah. (12)

Aktivit pertanian. Aktiviti pertanian memerlukan sumber bekalan air yang


banyak. Pada musim kemarau, sumber air tanih akan digunakan untuk menggantikan
sumber air kerpasan dengan menggali perigi, menggerudi tanah dan air akan dipam
keluar. Air bawah tanah dapat mengairi kawasan pertanian terutamanya padi sawah
yang memerlukan bekalan air yang banyak. Oleh itu, aktivit pertanian menggunakan
sumber air bawah tanah.

Aktiviti perindustrian. Kilang memerlukan sumber air yang banyak untuk


menjalankan operasi seperti mencuci dan menyejukan enjin atau generator kilang. Pada
musim kemarau, air akan dipamkan keluar untuk kegunaan kilang sebagai sumber air
alternatif. Oleh itu, aktiviti perindustrian menggunakan sumber air bawah tanah.

Aktiviti perlancongan. Sumber air bawah tanah dapat digunakan untuk tarikan
pelancong seperti telaga Artes iaitu pancutan yang keluar dari muka bumi di New
Zealand. Sumber air bawah tanah dapat diaplikasikan dalam sektor perlancongan
seperti Taman Tema Sunway Lagoon. Oleh itu, aktiviti perlancongan menggunakan
sumber air bawah tanah.

Aktiviti domestik. Air bawah tanah digunakan sebagai sumber alternatif air untuk
memenuhi keperluan penduduk pada musim kering ataupun bekalan air permukaan
tidak mampu menampung keperluan penduduk. Sumber air bawah tanah dapat
digunakan untuk kegunaan seharian seperti memasak, memandi dan sebagainya. Oleh
itu, aktiviti domestic menggunakan sumber air bawah tanah.

Aktiviti perikanan. Air bawah tanah diggerudu dan dipam keluar oleh penternak
untuk menternak ikan air tawar dalam kolam semasa kekurangan air daripada sungai.
Hal ini dapat membantu meneruskan aktiviti akuakultur pada musim kering. Oleh itu,
aktiviti perikanan menggunakan sumber air bawah tanah.

Aktiviti perlombongan. Aktiviti perlombongan memerlukan sumber air yang


banyak seperti perlombongan bijih timah.Sumber air bawah tanah dapat dijadikan
sebagai sumber air alternatif untuk menggantikan sumber air asas. Oleh itu, aktiviti
perlombongan menggunakan sumber air bawah tanah.
4 (a) Nyatakan tiga petunjuk pembangunan ekonomi di Malaysia. (3)
i. Petunjuk alam sekitar. Amalan pembangunan lestari.
ii. Petunjuk ekonomi. Peningkatan KDNK
iii. Petunjuk sosial. Indeks sosial dan kualiti hidup meningkat.
iv. Petunjuk demografi. Peningkatan kadar kelahiran
v. Petunjuk fizikal. Pembangunan fizikal dan infrastruktur meningkat.
vi. Petunjuk politik. Politik yang stabil dalam jangka masa yang panjang.

(b) Jelaskan tiga factor yang menyebabkan ketidakseimbangan pembangunan


antara kawasan di Malaysia.

i. Factor fizikal. Permukaan muka bumi tanah pamah menjadi pilihan


penduduk untuk menetap berbanding muka bumi bergunung ganang,
ii. Faktor sumber alam. Kawasan yang kaya dengan sumber alam akan
dimajukan berbanding kawasan yang kekurangan sumber alam.
iii. Factor sejarah. Dasar pecah dan perintah oleh Inggeris dan polisi yang
hanya memajukan kawasan berpotensi sahaja menyebabkan kawasan
tertentu terabai.
iv. Factor dasar kerajaan. Dasar kerajaan yang menumpukan kepada
rancangan pembangunan pertanian, perindustrian, infrastruktur jalan
raya dan pembandaran di kawasan yang terpilih sahaja seperti di Pantai
Barat Semenanjung Malaysia.
v. Factor proses perindustrian Taburan dan kemajuan ekonomi industri
serta rantaian ekonomi yang berkaitan yang hanya bertumpu di sesuatu
kawasan sahaja seperti Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
vi. Factor pembandaran. Perkembangan dan kewujudan bandar-bandar baru
yang banyak bertempat di Pantai Barat Semenanjung Malaysia
berbanding kawasan lainnya.
vii. Factor sosial. Kemudahan seperti pendidikan, institusi latihan,
kemudahan asas, utility, jaringan pengangkutan dan sebagainya yang
lebih tertumpu di kawasan tertentu.
(c) Jelaskan tiga fungsi koridor pembangunan ekonomi yang ditubuhkan bagi
menangani ketakseimbangan pembangunan antara wilayah di Malaysia.

i. Wilayah Pembangunan Koridor Utara (NCER). Terdiri daripada program dan


pendekatan yang bertujuan untuk merangsang pembangunan ekonomi di
kawasan tersebut.
ii. Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE). Membangunkan pertmbuhan
ekonomi Sarawak terutamanya wilayah tengah dan meningkatkan taraf hidup
rakyat Sarawak.
iii. Wilayah Ekonomi Koridor Timur (ECER). Merupakan projek pembangunan yang
memberi tumpuan kepada perlancongan, perlombongan minyak dan gas,
pertanian, dan pendidikan.
iv. Pembangunan Iskandar. Membangunkan Johor sebagai sebuah metropolis yang
dinamik dan bertaraf dunia.
v. Wilayah Pembangunan Ekonomi Sabah (SDC). Mengatasi isu kemiskinan tegar
dalam kalangan penduduk luar bandar dan menjadi anjakan penambahabaikan
ekonomi.
5 (a) BIncangkan enam sumbangan sektor perindustrian terhadap pembangunan
sesebuah negara. (12)

Menawarkan peluang pekerjaan. Sektor perindustrian dapat


menawarkan peluang pekerjaan yang luas kepada penduduk setempat dalam
pelbagai peringkat dalam kerja perindustrian seperti pemprosesan, pengeluaran,
pemasangan dan lain – lain.Ianya akan dapat meningkatkan taraf hidup dan
pendapatan penduduk, sebagai contoh sektor pembuatan seperti elektrik dan
elektronik, tekstil menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk
di kawasan terebut. Oleh itu, sumbangan sektor perindustrian ialah menawarkan
peluang pekerjaan.

Menyumbang kepada pendapatan negara dan pertumbuhan pesat ekonomi


serta Keluaran Kasar Dalam Negara(KDNK). Ianya akan menjadikan ekonomi negara
lebih kukuh.Selain itu ia akan turut menyumbang kepada pendapatan eksport
negara dan seterusnya dapat memperbaiki defisit imbangan dagangan
negara.Contoh barangan yang banyak di eksport seperti kereta nasional,alat
penghawa dingin dan lain-lain. Oleh itu, Sumbangan sektor perindustrian ialah
menyumbang kepada pendapatan negara.

Membantu perkembangan teknologi dan R&D dalam negara. Melalui


pemindahan teknologi,kepakaran dan mobiliti buruh mahir serta dapat
mempercepatkan program pembangunan dan penyelidikan . Industri perkilangan
bergantung kepada HITEC dan inovasi – inovasi baru untuk kekal dalam pasaran
antarabangsa sebagai contoh Malaysia mendapat pemindahan teknologi dan
kemahiran tinggi daripada negara Jepun dan Jerman. Oleh itu, sumbangan sektor
perindustrian ialah membantu perkembangan teknologi dan R&D dalam negara.

Membantu perkembangan industri yang berkaitan (industri hiliran). Industri


perkilangan bertindak sebagai pemangkin kepada perkembangan sektor-sektor yang
berkaitan dengannya sebagai contoh industri pembuatan minyak masak ,sabun dan
lilin akan membantu perkembangan industri memproses minyak sawit. Oleh itu,
Sumbangan sektor perindustrian ialah membantu perkembangan industry yang
berkaitan.

Memperluaskan pasaran. Malaysia banyak barangan terutama keluaran


perkilangan berkaitan barangan elektrik,elektronik menembusi pasaran
antarabangsa seperti ASEAN dan APEC.Dengan cara ini Malaysia dapat memperolehi
keuntungan yang lebih banyak.Ianya menyebabkan saiz pasaran dalam negara juga
berkembang pesat. Oleh itu, sumbangan sektor perindustrian ialah memperluaskan
pasaran.

Mempercepatkan pembangunan fizikal dalam negara. Pembangunan


infrastruktur,pembangunan kemudahan sosial dan sebagainya dapat dipercepatkan.
Kewujudan kawasan kilang dapat menyediakan pelbagai kemudahan asa kepada
penduduk seperti perumahan ,perkhidmatan dan perhubungan. Ianya juga
mewujudkan bandar industri seperti bandar baru Nilai dan Shah Alam.Begitu juga
dengan lebuh raya KESAS untuk mempercepatkan pengangkutan barangan industri
daripada Shah Alam. Oleh itu, Sumbangan sektor perindustrian ialah
mempercepatkan pembangunan fizikal dalam negara.

(b) Huraikan enam kesan negative sektor perindustrian terhadap alam sekitar fizikal di
sesebuah negara.

Berlaku pencemaran udara. Berlaku apabila asap daripada kilang yang


dibebaskan ke udara yang membebaskan bahan pencemar seperti karbon dioksida dan
asap. Pembebasan bahan pencemar ini akan menyebabkan jerebu. Oleh itu, kesan
negative sektor perindustrian terhadap alam sekitar fizikal ialah berlaku pencemaran
udara.

Berlaku pemanasan setempat. Aktiviti pembinaan akan menyebabkan tanah


menjadi gondola dan lapang. Keadaan ini akan menyebabkan pancaran matahari akan
terus samapai ke permukaan tanpa dihalang oleh tumbuhan. Kesannya akan berlaku
pemanasan setempat. Oleh itu, kesan negative sektor perindustrian terhadap alam
sekitar fizikal ialah berlaku pemanasan setempat.

Berlaku pencemaran air. Pencemaran air berlaku apabila sisa kilang yang
disalurkan ke dalam sungai. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pencemaran air yang
mengancam hidupan akuatik. Oleh itu, kesan negative sektor perindustrian terhadap
alam sekitar fizikal ialah berlaku pencemaran air.

Berlaku hakisan tanah. Kejadian hakisan tanah dan tanah runtuh boleh berlaku di
kawasan –kawasan pembinaan terutamanya di lereng-lereng bukit. Ketiadaan akar
tumbuhan untuk mencengkam tanah menyebabkan tanah menjadi longgar dan akhirnya
berlaku tanah runtuh. Oleh itu, kesan negative sektor perindustrian terhadap alam
sekitar fizikal ialah berlaku hakisan tanah.

Berlaku pencemaran bunyi. Bunyi bising yang datangnya daripada lori yang
mengangkut bahan kilang serta bunyi pemprosesan kilang. Ini akan mendatangkan
ketakselesaan penduduk setempat. Oleh itu, kesan negative sektor perindustrian
terhadap alam sekitar fizikal ialah berlaku pencemaran bunyi.

Berlaku pencemaran persekitaran. Pembuangan sisa pepejal dari kawasan


industry menyebabkan pencemaran persekitaran berlaku. Contohnya sisa kayu, plastic
dan lain-lain. Keadaan ini mengganggu pemandangan serta mendatangkan
ketakselesaan penduduk. . Oleh itu, kesan negative sektor perindustrian terhadap alam
sekitar fizikal ialah berlaku pencemaran persekitaran.
6(a) Mengapakah pelabur dari luar negara memilih Malaysia sebagai Destinasi
pelaburan.

Kestabilan politik negara. Politik Malaysia adalah stabil dantidak menghadapi


sebarang risiko peperangan. Kestabilan politik ini menyebabkan pelabur asing dating
melabur di Malaysia. Oleh itu, pelabur luar memilih Malaysia disebabkan kestabilan
politik negara.

Kemudahan infrastruktur yang lengkap. Prasarana yang lengkap seperti jalan


raya serta kemudahan asas yang lengkap menarik minat pelabur asing melabur dalam
negara. Hal ini kerana, prasarana yang lengkap membolehkan keuntungan dapat
ditingkatkan. . Oleh itu, pelabur luar memilih Malaysia disebabkan kemudahan
infrastruktur yang lengkap.

Kewujudan tenaga kerja professional. Tenaga kerja yang banyak dan


berkemahiran menarik minat pelabur asing ke dalam negara. Keadaan ini kerana tenaga
yang berkemahiran meningkatkan produktiviti barangan sekaligus meningkatkan
keuntungan. Oleh itu, pelabur luar memilih Malaysia disebabkan kewujudan tenaga
kerja professional.

Faktor dasar kerajaan. Dasar kerajaan yang menggalakkan kemasukan pelabur


dengan menawarkan pengecualian cukai kepada pelabur asing untuk suatu tempoh.
Keadaan ini menggalakkan pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Oleh itu, pelabur
luar memilih Malaysia disebabkan factor dasar kerajaan.

Faktor kestabilan ekonomi. Ekonomi Malaysia yang stabil menggalakkan pelabur


melabur di Malaysia. Keadaan ini kerana melabur di negara yang ekonomi yang stabil
akan meningkatkan keuntungan yang dialami. Oleh itu, pelabur luar memilih Malaysia
disebabkan factor kestabilan ekonomi.

Faktor birokrasi yang longgar. Faktor birokrasi yang tidak terlalu ketat
menyebabkan pelabur asing tertarik untuk melabur di dalam Malaysia. Keadaan ini
kerana pelabur asing tidak perlu menghadapi prosedur yang ketat dan mengambil masa
yang lama. Oleh itu, pelabur luar memilih Malaysia disebabkan factor birokrasi yang
longgar

(b) Bincangkan enam kesan globalisasi terhadap pembangunan ekonomi Malaysia.

Meningkatkan aliran perdagangan. Aliran perdagangan antara negara akan


meningkat kerana akibat perdagangan bebas antara negara. Negara akan menikmati
faedah penghapusan sekatan perdagangan dan cukai yang lebih rendah. Tambahan
pulam deficit imbangan perdagangan antara negara dapat dikurangkan. Oleh itu, kesan
globalisasi ialah meningkatkan aliran perdagangan.

Meluaskan pasaran. Pasaran bebas yang diamalkan dalam negara menyebabkan


saiz pasaran menjadi luas. Ini akan mengukuhkan hubungan antara rangkaian
pemasaran, pengilang, atau pengeluar. Keadaan ini akan menjamin bekalan barangan di
pasaran berterusan. Oleh itu, kesan globalisasi ialah peluasan pasaran

Menggalakkan persaingan melalui pilihan barangan yang lebih banyak kepada


pengguna. Kepelbagaian produk dari pelbagai negara akan menyebabkan pengguna
mempunyai banyak pilihan dan monopoli dapat dikurangkan. Persaingan ini akan
menyebabkan produk akan menjadi lebih murah dan semakin berkualiti. Oleh itu, kesan
globalisasi ialah menggalakkan persaingan melalui pilihan berangan yang lebih banyak.

Pengguasaan ekonomi oleh syarikat asing. Syarikat asing memiliki modal dan
saham yang besar mempunyai pemilikan terhadap syarikat tempatan. Ekuiti modal asing
tinggi kerana syarikat asing menjadi konglomerat yang mengambil alih syarikat
tempatan. Ini akan menyebabkan ekonomi dikawal oleh syarikat asing. Oleh itu, kesan
globalisasi ialah penguasaan ekonomi oleh syarikat asing.

Penghakisan kedaulatan negara. Dasar dan polisi ekonomi sesebuah negara


boleh dipengaruhi negara luar apabila terlalu bergantung kepada modal asing. Keadaan
ini menyebabkan negara terpaksa akur dan tunduk kepada kemahuan mereka. Oleh itu,
kesan globalisasi ialah penghakisan kedaulatan negara.

Mengancam industry kecil dan sederhana (IKS). IKS yang terlalu bergantung
kepada syarikat asing melalui skim vendor akan mengalami pergulungan jika syarikat
tersebut menarik pelaburan mereka. Selain itu, barangan tempatan akan menjadi tidak
laku akibat lambakan berangan daripada luar menyebabkan persaingan yang hebat
kepada produk tempatan menyebabkan produk tempatan menjadi lemah dan tidak
berkualiti berbanding produk asing. Oleh itu, kesan globalisasi ialah mengancam
industry kecil dan sederhana.

You might also like