You are on page 1of 4

Banjir Kilat di Sungai Lembing Kuantan

Banjir kilat yang berlaku dalam masa yang singkat (kurang daripada 6 jam)
berupaya untuk
meningkatkan paras air sungai secara mendadak. Kebanyakan banjir kilat yang
berlaku memberi
perhatian kepada banjir di kawasan tanah rendah. Bagaimanapun, kajian di Sungai
Lembing yang
terletak di kawasan tanah tinggi, lebih kurang 45 km dari pinggir pantai Pahang
telah dipilih sebagai
kawasan kajian. Kajian ini cuba meneliti kesan perubahan guna tanah dan
perubahan hidrologi di
Lembangan Sg Kuantan bermula pada 1980 sehinggalah pada tahun 2002. Kajian
ini mendapati
penyahhutanan kawasan tanah tinggi (khususnya pada tahun 1990-2000) telah
mengubah entiti kitaran
hidrologi lembangan dan juga mengubah aliran rendah sungai berkenaan.
Modifikasi alur termasuk
pelurusan sungai dan pembinaan tebing konkrit meningkatkan puncak luahan di
kawasan tanah
rendah terutamanya di Jalan Panching dan Sg Isap, Kuantan. Pengurangan litupan
vegetasi di tanah
tinggi juga telah mengurangkan masa memuncak hidrograf. Hasil soalselidik dan
temubual penduduk
dan pengusaha chalet juga telah mengesahkan faktor aktiviti pembalakan haram
merupakan faktor
pencetus kepada banjir kilat di kawasan tersebut

Konsep Banjir Kilat


-Satu fenomena banjir yang berlaku dalam tempoh yang singkat/beberapa
jam sahaja. Akibat curahan
hujan yang lebat dalam jangka masa yang singkat terutamanya di kawasan
yang tertutup dengan bitumen/aspalt seperti di kawasan bandar.

Punca-punca Banjir Kilat


1. Kegiatan ekonomi
-Pertanian, Pengangkutan, Perindustrian.
2. Proses Pembandaran/Urbanisasi- kawasan bandar diturap menyukarkan
proses resapan.
3. Pengurusan Peparitan yang tidak cekap.
4. Sungai yang cetek disebabkan bahan mendap/pembuangan sampah
sarap.
5. Jumlah hujan yang lebat.
6. Aktiviti penyahhutanan untuk pembangunan seperti petempatan,
pembandaran, perindutsrian.
7. Pembalakan di kawasan tadahan hujan.

Kesan-kesan
1. Merosakkan harta benda: barang-barang perniagaan
2. Menjejaskan aktiviti harian: sekolah, perniagaan dll.
3. Menjejaskan sistem lalulintas: jalanraya dinaiki air.
4. Merosakan tanaman.
5. Pencemaran sampah sarap dan bau

Langkah-langkah mencegah banjir kilat


1. Menguat kuasa undang-undang di bawah Akta Alam Sekitar 1974 seperti
mengenakan denda, kompaun, menarik lesen terhadap pihak yang
membuang sampah ke dalam sungai, menyebabkan hakisan tanah dll.
2. Mengawal proses pembandaran.
3. Menghadkan ativiti penyahutanan dan pembalakan.

4. Mengekalkan kawasan tadahan air dan kawasan yang mampumenakung


air di bandar.
5. Memperdalamkan sungai dan meningkatkan aspek pengurusan sistem
perparitan.
6. Kempen sayangilah sungai dan gotong royong membersihkan sungai.

7. Laporan EIA untuk projek-projek pembangunan.

You might also like