You are on page 1of 15

TAJUK: KESAN PENEROKAAN

SUMBER TERHADAP
ALAM SEKITAR DI
MALAYSIA

Nama: Joanne Teng Bing Hwa

Kelas: 3.2

Guru Bimbingan: Puan Chan Mee Lee


Pengenalan

Penerokaan sumber seperti sumber mineral, sumber


hutan, petroleum dan gas asli di Malaysia merupakan
kegiatan yang penting bagi pembangunan negara.
Walau bagaimanapun, penerokaan sumber yang tidak
bertanggungjawab boleh mendatangkan kesan negatif
kepada alam sekitar.

Kesan ini termasuklah kemusnahan hutan, kejadian


hakisan dan banjir. Oleh itu, penerokaan sumber
terhadap lestari perlulah dilaksanakan bagi mencapai
pembangunan ekonomi dan pada massa yang sama akan
memelihara alam sekitar
KESAN PENEROKAAN SUMBER TERHADAP
ALAM SEKITAR DI MALAYSIA
PERUBAHAN PANDANG DARAT (landskap)

Perlombongan mengubah landskap sesuatu kawasan

Kegiatan melombong bijih timah, bijih besi, kuprum dan bauksit menyebabkan kawasan menjadi
lapang dan gersang

Bekas lombong terdapat di sekitar Lembah Klang, Kuala Langat, Selangor dan Lembah Kinta di
Perak

Kegiatan perlombongan juga mengubah sesuatu kawasan kepada petempatan

Pekan Kerteh (petempatan nelayan) telah berubah menjadi bandar disebabkan penerokaan petroleum

Kesan pembalakan, pertanian, pembukaan petempatan, bandar baru, perindustrian terhadap landskap

Penebangan hutan yang berlebihan dan tidak terkawal menyebabkan kepupusan kepada pokok-pokok
hutan yang berharga

Antara tumbuhan yang diancam kepupusan :

Keruing Meranti Jelutung


Merbau

cengal, resak, berlian, damar, minyak, orkid hutan, periuk kera

Antara hidupan liar yang diancam kepupusan :

Seladang Kambing gurun

Rusa Kijang

*Info Geografi ~

Hutan bertindak sebagai penutup bumi semula jadi serta melindungi tanah tanih daripadan hakisan air
dan angin. Pokok -pokok pula berfungsi sebagai pengikat dengan cara mencengkam tanih dengan
akarnya.
PENINGKATAN SUHU

Penebangan hutan secara besar-besaran menyebabkan permukaan bumi terdedah

Suhu meningkat kerana tiada litupan tumbuh-tumbuhan

Permukaan bumi yang menerima pancaran terus matahari akan mengakibatkan kelembapan udara
berkurang

Ketiadaan tumbuh-tumbuhan hijau untuk menjalankan proses transpirasi akan turut menyebabkan
udara menjadi kering

Kesan pembersihan hutan terhadap suhu :-

Suhu Tanah tinggi Cameron meningkat sebanyak 1.5 darjah selsius

Tanah Rata, Brinchang, Ringlet, Kampung Raja meningkat sebanyak 4 darjah selsius

Tanah Tinggi Cameron


KESAN HAKISAN

Pembersihan hutan menyebabkan permukaan bumi menjadi gondol

Ketiadaan tumbuh-tumbuhan mengakibatkan tiada akar yang dapat mencengkam tanah dan
mengakibatkan tanih menjadi longgar

Apabila hujan lebat, air larian permukaan akan menghakis permukaan bumiyang longgar terutama di
kawasan cerun dan membawa lumpur turun ke sungai

Air larian ini menuruni cerun yang gondol dengar arus yang kuat tanpa ada halangan dan
memusnahkan kawasan kitaraanya

Contohnya :-

Kejadian banjir lumpur di Pos Dipang, Ipoh adala disebabkan kegiatan penebangan hutan yang tidak
diurus dengan baik

Banjir lumpuh di Pos Dipang

KESAN BANJIR
Penggunaan pelbagai sumber hutan, mineral dan air secara tidak terkawal menyebabkan banjir

Pembalakan tidak terkawal menyebabkan hutan terdedah terus kepada air hujan dan terus mengalir ke
sungai

Sungai menjadi cetek, air melimpah dan terjadinya banjir di kawasan rendah contohnya di Sungai
Kelantan dan Sungai Pahang

Hutan yang telah gondol sudah tidak ada penapisan air hujan akibat ketiadaan pokok

KESAN PENCEMARAN

Bahan kelodak berpunca daripada hakisan menyebabkan berlakunya pencemaran sungai

Bahan terampai dalam sungai meningkat dan menyebabkan sungai kurang sesuai untuk digunakan
sebagai sumber domestik

Kegiatan perlombongan menggunakan banyak air untuk memisahkan mineral berharga daripada
bahan lain seperti pasir, lumpur dan kelodak

Air buangannya menyebabkan sungai tercemar

Kerja melombong kuprum di Mamut, Sabah menyebabkan pencemaran udara yang menjejaskan
kehidupan di sekitar

Proses pemecahan batu granit untuk membuat jalan dan batu kapur untuk membuat simen
menyebabkan pencemaran udara contohnya kerja memecah batu kapur di pinggir Ipoh

Pembakaran sisa gas di loji pemprosesan juga menyebabkan pencemaran udara

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar

1) Perubahan Pandang Darat (Landskap)

- perubahan terhadap komponen fizikal seperti penebangan hutan untuk tujuan pembinaan jalan raya
atau bangunan, ianya akan membentuk pandang darat budaya.

- penerokaan sumber seperti aktiviti perlombongan dan pembalakan pula akan mengubah pandang
darat (landskap) di kawasan berkenaan.

-cth: perlombongan bijih timah tinggalkan lubang-lubang bekas lombong yang dalam dan sukar
ditimbus.

-cth: penebangan hutan menyebabkan kawasan hutan menjadi gondol dan gersang.

-cth: pembinaan empangan spt Empangan Chenderoh, Empangan Kenyir, Empangan Batang Ai dan
Empangan Bakun bagi penjanaan kuasa hidroelektrik menyebabkan kawasan hutan berubah menjadi
tasik yang luas.

2) Kepupusan Sumber

- penerokaan sumber tanpa sebarang pengurusan yang cekap menyebabkan sumber berkenaan pupus,
terutamanya sumber-sumber alam yang tidak boleh diperbaharui.

- cth: sumber mineral dan gas asli : deposit petroleum dan gas asli negara Malaysia dijangka akan
habis dalam jangkamasa 18 tahun dari sekarang.

- spesies flora dan fauna diancam kepupusan.

- habitat haiwan turut musnah.

3) Peningkatan Suhu

- pemanasan global.

- penerokaan sumber hutan sebabkan permukaan bumi kehilangan litupan tumbuhan menyebabkan
bumi menerima pencaran matahari secara terus / langsung.

- proses sejatpeluhan tumbuh-tumbuhan berkurangan.

- kelembapan udara menurun dan udara menjadi kering (dry air).

- imbangan gas turut terganggu - peningkatan kadar gas rumah hijau terutamanya Karbon dioksida.
4) Hakisan

- Penebangan hutan dan kegiatan perlombongan bijih timah, jalan raya dan sebagainya adalah faktor
utama hakisan dan tanah runtuh.

- pembersihan hutan menyebabkan permukaan tanah terdedah kepada agen luluhawa dan hakisan spt
angin, hujan dan air mengalir.

- struktur tanah menjadi longgar dan cerun bukit tidak stabil.

- cth: Tragedi tanah runtuh di Genting Highland (1995).

- penebangan hutan bakau giatkan hakisan pantai.

- cth: Matang (Perak) & Kuala Rompin (Pahang) alami hakisan pantai yg serius.

- penerokaan mineral spt bijih timah turut akibatkan hakisan dan mendapan tanah.

- kaedah perlombongan menggunakan pam hidraulik rosakkan cerun-cerun bukit spt di Batu Gajah
dan Kampar di Perak suatu ketika dahulu.

Hakisan tanah.

5) Banjir

- air larian membawa tanih, kelodak dan bahan-bahan mendakan spt sisa-sisa lombong dsb ke dalam
sungai-sungai jadi cetek.

- hujan lebat dalam jangkamasa lama tidak berupaya menampung jumlah air yang banyak
menyebabkan berlakunya banjir, terutamanya banjir kilat di kawasan bandar.
Banjir kilat.

6) Pencemaran Udara

- Perlombongan batu di kuari (granit dan batu kapur) menyebabkan habuk dan debu berterbangan di
udara.

- cth: sekitar kawasan Penanti, Bukit Mertajam, Bukit Berapit dan Taiping menyebabkan udara di
kawasan berkenaan tercemar dengan ampaian habuk-habuk dan debu-debu batu.

- penebangan dan pembakaran terbuka wujudkan fenomena jerebu.

- penerokaan petroleum gas asli turut mencemari udara akibat pembakaran gas di pelantar minyak,
pembakaran plumbum, serta pembebasan karbon monoksida dan hidrokarbon di loji penapisan.

- peningkatan komponen asbut di ruang atmosfera.

7) Pencemaran Darat

- Pembuangan pelbagai sisa domestik spt sampah sarap dan sisa kilang mengancam kesihatan
penduduk setempat.

- timbulkan bau busuk yg tidak meyenangkan dan meloyakan dan merosakkan pemandangan
persekitaran.

Tapak pelupusan sampah mencemari tanih selain menjijikkan.


8) Pencemaraan Air

- air larian membawa tanah terhakis ke dalam sungai dan sistem saliran.

- pemprosesan dan penapisan petroleum dan gas asli serta pembuangan sisa efluen kilang-kilang
industri menyebabkan air tercemar.

- pengasingan mineral spt bijih timah menggunakan air mencemarkan sungai.

- akibatnya, ekosistem pinggir laut dan marin terjejas dan boleh mengancam pelbagai hidupan
akuatik.

Punca pencemaran sungai

Pencemaran yang dicipta oleh manusia melalui pelbagai aktiviti pembangunan sosioekonomi yang
tidak cekap mengancam manusia itu sendiri.
Kesan penerokaan sumber

Perubahan Pandang Darat

Perubahan pandang darat itu terdiri daripada komponen-komponen fizikal seperti bukit paya atau
dikenali sebagai pandangan darat fizikal yang mengalami perubahan akibat aktiviti manusia seperti
perlombongan dan perhutanan.

Kaedah kapal korek dan lombong dedah meninggalkan lubang-lubang yang berbentuk kolam bekas
lombong.

Penerokaan petroleum dan gas asli dipenuhi rangkaian paip serta tangki-tangki simpanan bahan bakar
berkenaan.

Pembinaan empangan Pembinaan jalan raya

Kegiatan perhutanan menyebabkan kawasan hutan yang luas menjadi gondola dan gersang.
Pembinaan empangan seperti Empangan Chenderoh dan Empangan Kenyir bagi menjana kuasa
elektrik pula mengubah landskap kawasan hutan tebal menjadi kawasan takungan air yang luas.

Pembinaan lebuh raya menyebabkan sebahagian besar kawasan hutan ditebang dan dimusnahkan.
Kepupusan Sumber Mineral

Penerokaan sumber semula jadi tanpa pengurusan yang cekap boleh mengakibatkan sumber

berkenaan pupus. Sumber semula jadi mineral seperti bijih timah, petroleum dan gas aslimerupakan

sumber yang tidak dapat diperbaharui. Penerokaan sumber tersebut secara berterusan boleh

menyebabkan sumber tersebut kehabisan. Sebagai contohnya, sumber petroleum dan gas asli di

negara kita dijangka akan kehabisan dalam temph 40 tahun. Lombong bijih besi di Bukit besi dan

lombong bijih timah di Sungai Lembing, Pahang telah ditutup kerana tidak ekonomik untuk

diusahakan.
Kepupusan Sumber Hutan

Penerokaan sumber hutan pula menyebabkan bekalan kayu balak pada masa depan akan semakin
berkurangan kerana pokok-pokok yang ditanam mengambil masa yang lama untuk tumbesar.

Selain itu, pembukaan tanah untuk pertanian atau pembangunan wilayah akan menyebabkan beberapa
jenis spesies flora dan fauna yang belum dikenalpasti kegunaannya di masa hadapan pupus begitu
sahaja. Peningkatan permintaan terhadap bekalan eektrik menyebabkan lebih banyak empangan
hidroelektrik dibina di kawasan hutan. Keadaan ini menyebabkan pelbagai jenis spesies flora dan
fauna menghadapi risiko kepupusan. Hal ini demikian kerana habitat haiwan di kawasan hutan
termusnah serta ekosistem hutan dan rantaian makanan haiwan terjejas. Sebagai contohnya, spesies
hidupan liar seperti badak Sumatera, beruang, orang utan, gajah, dan harimau semakin berkurangan di
negara kita.
Peningkatan suhu

Menurut Jabatan Kaji cuaca Malaysia, suhu di negara kita menunjukkan trend yang meningkat bagi
masa 40 hingga 50 tahun yang lepas terutamanya di Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi
Genting. Cameron Highland yang mempunyai purata suhu 18C telah menunjukkan peningkatan
antara 2C ke 3C suhu sejak kebelakangan ini kesan penerokaan hutan.

You might also like