You are on page 1of 3

Kesan Pembalakkan Haram

Isi:-

- Kemusnahan habitat,ekosistem dan biodiversity


- Memusnahkan edaran nutrien tanah
- Mengubah cuaca dunia atau pemanasan setempat
- Meningkatkan kadar hakisan
- Kesan keatas system hidrologi
- Kesan keatas sistem geomorfologi

Huraian:-

- Kemusnahan habitat,ekosistem dan biodiversiti : pelbagai spesies fauna dan flora diancam
kepupusan dan kemusnahan akibat daripada pembalakan yang melampau. Apabila hutan
dimusnahkan,fungsi pokok sebagai pengeluar utama akan turut mengalami kemusnahan.
Hidupan yang bergantung kepada tumbuh-tumbuhan seperti herbivor akan kehilangan
sumber-sumber makanan. Contohnya ,gajah,rusa,monyet dan lain-lain. Kerosakan ekosistem
seperti kemusnahan rantaian makanan, kitar tenaga komponen biotik dan abiotik yang kelak
menganggu keseimbangan ekologi setempat. Gangguan ekologi secara menyeluruh akan
berlaku apabila hutan-hutan dimusnahkan

- Memusnahkan edaran nutrien tanah : selain itu, kesan akibat aktiviti pembalakan juga akan
memusnahkan edaran nutrien dalam tanah. Dalam keadaan semula jadi edaran nutrien akan
berlaku dengan lengkap dan sempurna di bawah pokok hutan. Namun begitu, jika berlaku
penebangan hutan, rantaian dan nutrien tanah akan hilang dengan cepat kerana larian air
permukaan bertambah dengan mendadak di kawasan hutan gondol. Proses fotosintesis juga
akan turut terganggu yang sekaligus memusnahkan edaran nutrien.

- Mengubah cuaca dunia atau pemanasan setempat: peningkatan suhu sekitar disebabkan
ketiadaan pelindung yang menghalang pancaran matahari, dan lebihan gas karbon dioksida
dalam atmosfera. Seterusnya akan mengurangkan hujan atau mengubah corak hujan yang
lazimnya berlaku sehingga mewujudkan fenomena kemarau. Pengurangan kelembapan
udara ekoran daripada fungsinya untuk membebaskan wap-wap air ke udara melalui proses
transpirasi sudah hilang atau berkurangan. Udara sekitar menjadi kering dan cuaca menjadi
panas. Hutan tidak lagi mampu berfungsi untuk menyederhanakan suhu dengan cara
memerangkap bahangan matahari dan membebaskan wap-wap air menerusi proses
perpeluhan.

- Meningkatkan kadar hakisan: kesan pembalakan turut menyumbang kepada berlakunya


hakisan tanah. Apabila hutan ditebang, akar-akar pokok tidak lagi mencengkam tanah di
bawah permukaan bumi. Apabila tiada akar untuk mencengkam tanah, menyebabkan
struktur tanah menjadi longgar. Apabila hujan turun, aliran air hujan akan menyebabkan
struktur tanah menjadi lembut dan lincin. Tanah yang lembut dan lincin akan bergerak
menuruni cerun-cerun bukit dan berlakulah tanah runtuh. Kejadian tanah runtuh bukan
sahaja merosakkan ekosistem hutan, tetapi turut membahayakan nyawa manusia seperti
yang berlaku di Bukit Antarabangsa.
- Kesan keatas sistem hidrologi: pembalakan juga menyebabkan kitaran hidrologi menjadi
tidak stabil. Pembalakan juga mengurangkan kadar susupan air ke dalam tanah dan
seterusnya menurunkan paras air dalam tanah. Hal ini akan menjejaskan kawasan tadahan
air dan bekalan air kepada sungai,tasik,kolam dan paya. Pembalakan juga menyumbang
kepada kadar larian air permukaan yang membawa banyak kelodak dan lumpur ke dalam
sungai yang seterusnya menggalakkan kejadian banjir.

- Kesan keatas sistem geomorfologi: penebangan hutan akan mendedahkan permukaan bumi
secara langsung kepada pelbagai proses geomorfologi seperti luluhawa, hakisan, larian air
permukaan, serta pelbagai jenis pergerakan jisim. Permukaan bumi yang kehilangan
pelindung, daya pengikat, dan cengkaman tanah oleh akar-akar pokok menyebabkan
struktur tanah menjadi longgar dan cerun-cerun bukit menjadi tidak stabil.

Usaha-usaha mengekalkan kawasan hutan:


1. Mewartakan hutan simpan
~Hutan merupakan warisan semulajadi yang berharga dan perlu dilindungi. Pembalakan,
pemburuan dan sebarang pembangunan tidak dibenarkan di kawasan hutan simpan. Contoh : Hutan
Simpan Lembah Danum di Sabah dan Hutan Simpan Lembah Belum di Perak.

2. Mewujudkan taman negara


~Taman-taman negara telah diwartakan sejak tahun 1939 lagi.
Contoh : Taman Negara (sempadan Kelantan, Terengganu dan Pahang), Taman Negara Endau
Rompin (sempadan Pahang dan Johor), Taman Negara Kinabalu, Taman Negara Crocker dan Taman
Negara Tawau (Sabah), Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Mulu, Taman Negara Niah
(Sarawak).
3. Mengawal Kegiatan Pembalakan Haram/Penguatkuasaan Undang-undang.
~Pembalakan haram diawasi melalui udara menggunakan helikopter dan gambar/foto udara.
Pembalak haram yang ditangkap dikenakan tindakan undang-undang seperti denda dan penjara.
~Pemantauan di udara bukan sahaja dapat mengesan kegiatan pembalakan haram tetapi juga
dapat mengawal kegiatan pertanian pindah yang dijalankan oleh orang-orang asli. Kejadian
kebakaran hutan juga dapat dipantau melalui penggunaan helikopter.
4. Pendidikan Alam Sekitar
~Bertujuan menanam rasa prihatin masyarakat terhadap hutan. Diharap kerosakan hutan dapat
dikurangkan. Antara mata pelajaran yang menyemaikan rasa cinta kepada alam sekitar ialah Kajian
Tempatan, Geografi dan Sains. Melalui kelab/persatuan juga boleh memainkan peranan ini,
contohnya Persatuan Pencinta Alam (MNS) yang bergiat aktif di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
5. Kempen Alam Sekitar
~ Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti MNS dan WWF turut memainkan peranan aktif dalam
menyedarkan masyarakat melalui aktiviti seperti kempen, ceramah dan seminar. Antara kempen
yang dijalankan Hari Bumi atau Earth Day yang disambut pada 22 April setiap tahun.
ISU PEMBALAKKAN HARAM

Hasil kajian yang telah kami pilih ialah berkaitan isu pembalakan haram yang semakin
berleluasa pada masa kini. Di Sarawak, isu ini semakin meningkat kerana pihak yang
bertanggungjawab tidak mengambil berat tentang isu ini. Oleh yang demikian, hal ini amat
membimbangkan semua pihak terutama sekali di sekeliling.
Pembalakan haram yang semakin berterusan ini akan mendatangkan kesan buruk
kepada masyarakat antaranya ialah bencana alam. Bencana alam ini berlaku akibat permukaan
muka bumi yang telah gondol dan terdedah kepada suhu bumi yang sentiasa
berubah seterusnya menyebabkan berlaku nya hakisan tanah kerana keadaan muka bumi yang
tidak diliputi tumbuhan, tiada cengkaman akar pokok untuk menahan tanah. Menurut kajian ,
sebatang pokok mampu membekalkan oksigen kepada dua orang manusia. Disamping itu,
pembalakan haram juga menyebabkan air sungai menjadi keruh dan cetek, seterusnya
menyebabkan bekalan air semakin berkurangan dan kehidupan air turut terjejas. Kehidupan
flora dan fauna juga akan kehilangan tempat tinggal dimana banyak kehidupan liar akan
berkeliaran di jalanan, perkampungan dan turut memusnahkan kebun penduduk yang terdekat.
Kesan kedua ialah kesan rumah hijau. Kesan rumah hijau menyebabkan suhu bumi meningkat
kerana kurang nya oksigen yang dibekalkan oleh tumbuhan. Gas karbon dioksida yang
terlampau tinggi akan menyebabkan suhu bumi meningkat dan mengakibatkan penipisan ozon
bumi.
Jika pembalakan haram ini tidak dibendung, generasi muda pada masa akan datang
tidak akan mengerti dan menghayati keindahan alam semula jadi. Diharapkan pihak berkuasa
sama ada dari pihak kerajaan mahupun pihak swasta mewartakan lebih banyak hutan simpan
dan berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap individu
yang bersalah bukan dengan hanya menutup sebelah mata dan menunding jari antara satu sama
lain.Seterusnya dengan harapan semua pihak akan menjalankan tanggungjawab masing-
masing demi mengekalkan kestabilan alam sekitar.

You might also like