You are on page 1of 2

LAPORAN KESAN KEGIATAN PENEBANGAN HUTAN TERHADAP TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR

Dalam usaha mengejar pemodenan dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan. Namun begitu manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat dari ushaa tersebut. Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modenisasi secara terburu-buru semakin ketara dan hal ini mengakibatkan berlakunya pencemaran alam sekitar yang teruk. Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi dan bumi itu sendiri.

Hutan merupakan khazanah alam yang amat berharga kepada umat manusia. Hutan bukan sahaja berfungsi membekalkan oksigen kepada kita, malah menyediakan habitat kepada flora dan fauna. Namun, pokok-pokok di hutan ditebang untuk kegiatan pembalakan dan pertanian ladang. Penebangan pokok di hutan tanpa kawalan boleh mengurangkan kawasan kediaman, pembiakan dan sumber makanan hidupan liar. Keadaan ini menjejaskan keseimbangan ekosistem kawasan tersebut. Penerokaan hutan juga mengancam spesis flora atau tumbuh-tumbuhan semula jadi kerana tumbuh-tumbuhan ini juga akan kehilangan habitat semula jadi. Penebangan pokok dan pengurangan pokok dalam hutan akan menghentikan proses pereputan kayu, dahan dan daun pokok yang biasanya berlaku secara semula jadi. Pereputan pokok mati akan membentuk humus yang mempunyai nutrien yang boleh menyuburkan tanah. Tanpa proses ini, humus dan nutrian dalam tanah akan berkurangan. Lapisan atas tanah akan terdedah kepada hakisan air. Hakisan air boleh menambahkan kesan buruk kepada tanah kerana kandungan nutrien dalam tanah turut berkurang bersama hakisan, seterusnya menyebabkan tanih menjadi tandus, tidak subur dan gersang. Tanpa pokok, permukaan bumi yang gondol akan terdedah kepada hakisan hujan, iaitu hakisan titisan air hujan yang jatuh ke muka bumi dari langit dan hakisan air larian permukaan. Tanpa akar pokok yang menjadi pengikat butiran tanih, membolehkan aliran air hujan lebih mudah menghakis tanah. Tanah yang terhakis dibawa ke sungai berhampiran dan akan mendap di dasar sungai, menjadikan dasar sungai tersebut cetek. Apabila hujan lebat turun, sungai tidak dapat menampung air hujan yang banyak maka berlakulah kejadian banjir. Tanah yang mendap di dasar sungai juga menyebabkan air sungai menjadi keruh dan berkelodak yang seterusnya menyebabkan berlakunya pencemaran sungai. Seterusnya, kekurangan hutan akan menyebabkan suhu dunia akan meningkat. Hal ini demikian kerana bumi akan terdedah kepada pancaran matahari yang sampai ke permukaan tanpa halangan. Udara menjadi panas kerana permukaan bumi yang panas, akibatnya suhsu permukaan bumi meningkat. Kekurangan tumbuh-tumbuhan juga mengurangkan proses fotosintesis untuk menyerap gas karbon dioksida. Gas karbon dioksida akan memerangkap haba dalam udara menyebabkan suhunya meningkat. Kehadiran tumbuh-tumbuhan dapat menyerdahanakan suhu udara melalui proses perpeluhan, iaitu proses kehilangan air daripada tumbuh-tumbuhan di atmosfera dalam bentuk wap air. Penebangan pokok secara berleluasan mengurangkan proses perpeluhan oleh tmbuh-tumbuhan, menyebabkan sedikit sahaja wap air dibebaskan ke udara. Suhu udara akan terus meningkat apabila lebih banyak pokok ditebang.

Alam sekitar telah dianugerahkan dan diamanahkan oleh Tuhan kepada manusia. Manusia haruslah menjaganya dengan penuh tanggungjawab kerana alam sekitar tidak sepatutnya dikorbankan dalam arus pemodenan dan pembangunan sesebuah negara. Seandainya masalah ini dibiarkan, kesannya akan memudaratkan manusia itu sendiri walaupun hidup dalam kemewahan. Adakah pemodenan negara lebih penting daripada keindahan alam sekitar? Adakah kita menginginkan kemewahan hidup semata-mata tanpa mengharapkan kesihatan? Tepuk dada tanyalah selera. Dengan itu, penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada pencemaran memerlukan kerjasama, kesedaran dan keprihatinan daripada setiap lapisan masyarakat. Mudahmudahan generasi akan datang dapat menikmati keindahan dan kelestarian alam sekitar yang dianugerahkan kepada manusia.

Disediakan oleh, .. Mujahidah Solehah

23 Oktober 2013

You might also like