You are on page 1of 40

Pemuliharaan Tanah

Tanah di Bumi

• 30 peratus permukaan bumi terdiri daripada


tanah.
• Hanya 8 peratus daripadanya boleh digunakan
sebagai tempat tanaman. (Keluasan tanah lebih
kurang kepada negara Rusia)
• Selebihnya merupakan gunung, tanah berlitupan
salji, tanah kering.
Bahan Organik
Daun reput/ haiwan mati

Mikroorganisma
Cacing/ bakteria

Mineral
Batu
Kepentingan tanah :

• Medium untuk pertumbuhan tumbuhan.

• Penapisan air

• Decompositon of waste. ( Penguraian sisa)

• Kawalan suhu.

• Habitat haiwan.
Medium untuk pertumbuhan tumbuhan.
• Cengkaman akar memberi sokongan kepada tumbuhan agar tumbuhan
tumbuh tegak.

• Bahan organik yang terkandung dalam tanah membekal nutrien dan


mineral yang diperlukan oleh tumbuhan.

• Mengelakkan daripada berlaku hakisan tanah agar tumbuhan tidak


dimusnahkan.

• Menyerap air supaya membekalkan tahap kelembapan yang sesuai


untuk pertumbuhan tumbuhan.
Decomposition of waste ( Penguraian sisa )

• Tanah digunakan untuk mengurai bahan buangan agar menjadi


bahan yang berfaedah. Contohnya, sisa makanan boleh
menjadi baja kepada tumbuhan.

• Tumbuhan yang mati boleh menjadi humus. Humus berperanan


penting bagi menjamin kesuburan tanah. Tanah yang subur
membawa manfaat kepada pertumbuhan tumbuhan.
Penapisan air
• Tanah berperanan sebagai span untuk mengelakkan semua air
mengalir ke dalam sungai. Dengan ini, banjir kilat dapat dielakkan.

• Jika air hujan mengandungi bahan toksik, tanah berfungsi sebagai

penapis untuk menapis bahan yang berbahaya kepada sungai.


Kawalan suhu

• Suhu tanah memainkan peranan yang penting dalam banyak


proses. Tindak balas biologikal dan kimia dapat dijalankan
dalam suhu tanah yang optimum. Antaranya adalah seperti
percambahan benih.

• Tanah juga berperanan sebagai “carbon sink” yang mengawal


karbon dioksida di atmosfera.
Tanah berperanan sebagai “carbon sink” dan membantu dalam kitaran karbon dengan
mengurangkan karbon dioksida dalam udara. Dengan ini, suhu atmosfera dapat
diturunkan.
Tanah menyerap nitrogen atmosfera dan menyesuaikan kandungan nitrogen
yang diperlukan oleh tumbuhan untuk mengimbangkan kitaran nitrogen.
Habitat
• Tanah adalah habitat bagi serangga dan organisme.
• Tanah membekal tempat untuk organisme-organisme seperti
serangga untuk melahirkan anak.
Kesan Pencemaran Tanah
Kerosakan
tanah dan
kualitinya

Menyebabkan
pencemaran Hakisan Tanah
lain Kesan
pencemaran
tanah

Membunuh
haiwan bawah Tanah Beracun
tanah
Kerosakan tanah dan kualitinya
• Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kilang akan
menjadikan tanah kurang berkualiti. Ini akan menyebabkan
tumbuhan yang ditanam hidup dengan kurang subur.
• Perlombongan dan penebangan hutan yang lampau menyebabkan
tanah terhakis.
• Racun serangga yang digunakan dalam sektor pertanian akan
mengurangkan kualiti tanah. Kualiti tanah yang rendah juga akan
menyebabkan berlakunya masalah kesihatan manusia.
Hakisan Tanah
• Hakisan tanah berlaku disebabkan pembalakan, penebangan
hutan dan pencemaran tanah.

• Hakisan tanah akan mengancam keselamatan manusia.


Contohnya, tanah runtuh dan gempa bumi.

• Punca hakisan tanah berlaku apabila tidak ada tumbuhan yang


menahan tanah daripada dialirkan bersama dengan air apabila
berlaku hujan lebat.
Tanah Beracun

• Salah satu kesan pencemaran tanah adalah tanah beracun. Ia


akan mengancam kesihatan manusia dan hidupan lain.

• Hal ini berlaku kerana manusia akan

• Contohnya, kepekatan merkuri dan plumbum yang tinggi akan


membahayakan fungsi buah pinggang dan hati.
Membunuh haiwan bawah tanah

• Racun serangga yang disembur masuk ke dalam tanah akan


membunuh haiwan-haiwan bawah tanah.

• Bahan-bahan cemar seperti sisa toksik juga akan membunuh


haiwan-haiwan bawah tanah.
Menyebabkan pencemaran lain

• Bahan pencemaran di tanah akan mengalir ke dalam sungai


menyebabkan pencemaran air berlaku.
Isu Berkenaan Pencemaran Tanah
(Zulhisham Isahak, 2011)
(Zulkiflee Bakar, 2008)
(Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek, 2015)
(Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek, 2015)
(Yip, Y. T., 2013)
Cara Pemuliharaan Tanah
Pemuliharaan
pembajakan
• Daripada hanya membaja padang dan membiarkan
padang kosong, petani menggunakan mesin untuk
memecahkan tanah bawah tanah.
• Cara ini meninggalkan batang mati dan rumpai pada
padang untuk menahan tanah atas pada tempatnya.
Penanaman
secara
berteres
• Pertanian jenis ini menggunakan topografi tanah untuk
memperlahankan aliran air melalui satu siri teres.
Penanaman
secara kontur
atau berjalur
Penanaman kontur atau jalur
Petani menanam secara bersilih ganti antara tanaman tinggi
dengan rendah seperti jagung dan labu.

Tanaman yang pendek mengelakkan air daripada terus mengalir


keluar daripada tanaman tinggi.

Aliran air turun secara terus sepanjang lereng bukit dielakkan.

Hakisan tanah dikurangkan sebanyak 50 peratus.


Tanaman
penghadang
angin
• Barisan pokok (tanaman penghadang angin) ditanam di
sepanjang tepi ladang.
• Ia dapat mencegah hakisan tanah dengan memperlahankan
rintangan angin ke atas tanah lapang/terbuka.
• Tanaman penghadang angin adalah spt pokok buah-buahan
atau kacang.
Berdasarkan kepada langkah-langkah
pemuliharaan tanah persekitaran,
bagaimanakah kami boleh aplikasikan
dalam kehidupan seharian?
Kami boleh menanam tanaman
penghadang angin. Dengan ini,
perlindungan rumah daripada hakisan
angin dapat dikurangkan.

Sekiranya kawasan rumah ada kolam


kecil, batu boleh digunakan sebagai
pelapik bahagian tepi kolam. Dengan ini,
hakisan terhadap tepi kolam dikurangkan.
Bagaimanakah anda memupuk
kesedaran pemuliharaan tanah dalan
kalangan ahli keluarga anda?
Rujukan
Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek. (2015, Jun 22).
Pengurusan Pertanian di Tanah Cerun. Kosmo Online.
Diakses daripada http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/
content.asp?y=2015&dt=0622&pub=Kosmo&sec=Varia&pg
=va_01.htm
Morgan, R.P. (2005). Soil Erosion and Conservation. USA:
Blackwell Publishing Company.
Spaulding, N. E. (2007). Earth science. Evanston: McDougal
Littell.
Rinkesh. (2009). Remarkable Ways to Conserve and Protect Soil.
Diakses daripada https://www.conserve-energy-future.
com/remarkable-ways-to-conserve-and-protect-soil.php
Yip, Y. T. (2013, Julai 11). Illegal Logging Exposes Large Tract of Sungai
Tekali Forest to Soil Erosion. The Star Online. Diakses daripada
https://www.thestar.com.my/news/community/2013/07/11/de
nuded-of-rubber-trees-illegal-logging-exposes-large-tract-of-
sungai-tekali-forest-to-soil-erosion/
Zulhisham Isahak. (2011, 05 September). Tanah Runtuh: 24
Orang Termasuk Kanak-kanak Tertimbus. Utusan Online.
Diakses daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.
asp?y=2011&dt=0521&sec=Terkini&pg=bt_18.htm
Zulkiflee Bakar. (2008, 07 Disember). 4 Mati, 14 Cedera, 1 Hilang.
Utusan Online. Diakses daripada http://ww1.utusan.com.
my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1207&pub=utusan_malay
sia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive

You might also like