You are on page 1of 1

TANAH

Tanah ialah bahan yang terdapat di permukaan bumi. Tanah sangat penting dalam kehidupan.

Jenis-Jenis Tanah

Terdapat beberapa jenis tanah di sekeliling kita, contohnya tanah liat, tanah kebun dan pasir.

Pengaliran Air Dalam Tanah

Tanah membenarkan air melaluinya. Keupayaan air mengalir setiap tanah adalah berbeza.

Tanah Liat : pengaliran air yang paling lambat

Tanah Kebun : pengaliran air yang sederhana

Pasir : pengaliran air yang paling laju

Kesesuaian Tanah

 Kita perlu memilih tanah yang sesuai dengan tumbuhan supaya tanaman yang kita tanam
boleh hidup subur. Tumbuhan-tumbuhan mempunyai tabiat pertumbuhan yang tersendiri

 Contohya, pokok padi memerlukan air yang banyak semasa membesar dan akarnya sesuai
berendam dalam air bertakung. Tanah yang sesuai untuk menanam pokok padi ialah tanah
liat.

 Pokok kaktus pula tidak memerlukan air yang banyak kerana batangnya boleh menyimpan
air. Tanah yang sesuai untuk menanam pokok kaktus ialah tanah pasir.

 Manakala pokok jagung memerlukan air yang banyak untuk membesar tetapi akan mati jika
akarnya terendam dalam air. Tanah yang sesuai untuk menanam pokok jagung ialah tanah
kebun.

You might also like