You are on page 1of 56

TANAH

Tanah merupakan sumber semula jadi penting


yang perlu diuruskan dengan baik.
Tanah diperlukan untuk menyokong
kehidupan benda-benda hidup di bumi ini.
Istilah tanah merujuk lapisan atas permukaan
bumi.
Jenis tanah yang berlainan mempunyai lapis
yang berbeza dari segi ketebalan dan warna.
Perbezaan tersebut dipengaruhi oleh iklim,
topografi, bahan induk, tumbuhan asal dan
masa.
LAPISAN
TANAH LAZIM
DAN CIRI-
CIRINYA
SISA TUMBUHAN DAN HAIWAN
TANAH ATAS

TANAH BAWAH

BATUAN
Tanah Atas :
Permukaan lapisan tanah atas terdapat sisa
tumbuhan dan haiwan.
Lapisan ini mempunyai ketebalan lebih
kurang 15 cm dan merupakan lapisan tanah
yang paling subur berbanding dengan
lapisan lain.
Akar tumbuhan tumbuh dengan baik di
lapisan ini kerana pengudaraannya yang
baik serta kandungan bahan organiknya
yang lebih tinggi.
Lapisan ini juga merupakan tempat tinggal
hidupan tanah.
Tanah Bawah :
Lapisan tanah ini berada di bawah tanah
atas.
Lapisan ini lebih padat.
Lapisan ini mengandungi bahan yang
terkumpul melalui proses larut resap.
Lapisan yang keras ini menghalang
pertumbuhan akar dan pengaliran air.
Terdapat sedikit organisma hidup di
lapisan ini.
Batuan :
Bahan batuan ini mungkin
menjadi bahan induk kepada
tanah itu.
Bahan induk ini sedang
mengalami proses luluhawa di
bawah lapisan tanah bawah.
KEPENTINGAN
TANAH
Memberi sokongan mekanik kepada akar
tumbuhan.
Membekal nutrien kepada tumbuhan.
Membekal oksigen dan air kepada tumbuhan.
a) Air tanah wujud dalam beberapa bentuk :
- Filem yang meliputi kumin tanah.
- Wap dalam rongga tanah.
- Cecair yang dapat mengalir dalam
rongga tanah.
b) Udara kurang dalam gas oksigen kerana :
- Respirasi akar
- Respirasi organisma tanah
- Proses pereputan bahan organik
BAHAN MINERAL

Pepejal tanah terdiri daripada bahan inorganik


dan bahan organik.
Bahan inorganik terdiri daripada kumin
mineral yang dihasilkan melalui proses
luluhawa batuan.
Kumin mineral seperti pasir, kelodak dan liat
merupakan sebatian semula jadi yang
mengandungi dua atau lebih unsur yang
digabungkan secara kimia.
Kumin-kumin pasir biasanya terbentuk
daripada mineral kuarza, iaitu mineral yang
mengandungi silika dioksida.
KOMPONEN TANAH

Mengandungi 45% bahan


mineral
5% bahan organik
25% gas
25% air
BAHAN ORGANIK

Humus terbentuk apabila bahan organik


lengka oleh mikroorganisma.
Humus ialah hasil terakhir bahan organik.
Bahan ini stabil, berwarna gelap, larut
dalam air tetapi berupaya menyimpan air.
Bakteria dan kulat menguraikan sebatian
kompleks dalam bahan organik kepada
bahan ringkas.
KESAN BAIK BAHAN ORGANIK

Membekalkan nutrien kepada tumbuhan.

Membaiki stuktur tanah.

Manambahkan daya penampungan air


tanah.

Menghalang kehilangan nutrien dalam


tanah.
UDARA

Semua ruang dalam tanah yang tidak terisi oleh air


akan dipenuhi dengan gas tanah.
Gas tanah mempunyai lebih banyak karbon dioksida
berbanding dengan udara atmosfera.
Keadaan ini wujud kerana lebih banyak karbon
dioksida dihasilkan dalam tanah.
Peredaran gas karbon oksida di dalam rongga tanah
juga tidak begitu cekap.
Gas oksigen dalam tanah penring kerana bekalan
yang mencukupi akan menentukan aktiviti akar dan
organisma tanah berjalan dengan baik.
AIR

Tanah mengandungi air dan cecair yang


mengalir antara rongga-rongga tanah.
Rongga tanah yang halus dipenuhi cecair
sementara rongga yang lebih besar terisi gas.
Kandungan air tanah perlu dijaga supaya
berada pada paras tidak melebihi had muatan
medan.
Keadaan ini memastikan bekalan oksigen
mencukupi dan semua organisma yang
bermanfaat dapat hidup dengan baik.
MIKROORGANISM
A

ORGANISMA
TANAH

MAKROORGANISM
A
AKTINOMISI
BAKTERI T
A KULAT

JENIS
ORGANISMA

NEMATO
CACING D
TANAH ALGA
BAKTERIA KULAT

NEMATOD

ALGA CACING TANAH


BAKTERIA

Populasi bakteria paling tinggi betumpu


di kawasan yang berhampiran dengan
akar-akar tumbuhan.
Penting dalam peredaran karbon,
nitrogen, fosforus dan sulfur dalam
tanah.
Terlibat dalam proses pereputan sisa
organik yang terdapat dalam tanah.
AKTINOMISIT

Mempunyai ciri antara bakteria dengan


kulat.
Mengeluarkan hifa tetapi lebih halus
daripada kulat.
Penting dalam proses pereputan sisa
organik dalam tanah.
KULAT

Memainkan peranan penting dalam


proses pereputan bahan organik.
Terdapat kulat yang membentuk
hubungan simbiosis dengan akar
tumbuhan.
NEMATOD

Hidup bebas dapat menggunakan bahan


reput daripada bahan organik.
Membantu pereputan bahan organik
dalam tanah.
CACING TANAH

Menggaulkan hasil reputan daun di atas


tanah.
Membawa tanah dari satu lapisan ke
lapisan yang lain.
Membaiki pengudaraan dan saliran
tanah melalui lubang-lubang yang
digalinya.
Tinjanya yang mengandungi kalsium
menambahkan kesuburan tanah.
ALGA

Keperluan cahaya untuk menjalankan


proses fotosintesis.
Berperanan menukarkan karbon oksida
kepada oksigen di kawasan sawah padi.
Sesetengah jenis alga menyerap nitrogen
daripada udara dan menyampaikannya
kepada pokok padi.
TEKSTUR WARNA
TANAH TANAH

SIFAT FIZIKAL
TANAH

STRUKTUR
TANAH
WARNA
TANAH
MERAH

Menandakan kandungan oksida ferum di


dalam tanah.
Tanah jenis ini mempunyai saliran dan
pengudaraan yang baik.
Tanah ini biasanya terdapat di kawasan
lereng bukit.
Tanah ini sesuai untuk tanaman getah dan
kelapa sawit.
PERANG

Tanah ini mengandungi oksida ferum


yang bercampur dengan bahan organik.
Mempunyai saliran yang baik.
Tanah ini subur dan sesuai untuk
kebanyakan jenis tanaman.
KELABU

Menandakan kandungan oksida ferum dalam


tanah yang bekalan oksigennya telah
merosot.
Mempunyai saliran yang kurang baik untuk
menakung air.
Tanah jenis ini biasanya menakung air dan
kurang beroksida.
Pengudaraan kurang baik.
Pada amnya, tanah jenis ini tidak sesuai
untuk kebanyakan tanaman kecuali padi.
KEHITAM-
HITAMAN
Tanah jenis ini mempunyai kandungan galian
mangan oksida atau bahan organik yang tinggi.
Kawasan ini biasanya menakung air dan
mempunyai nilai pH yang rendah.
Bahan organik lambat reput kerana kekurangan
oksigen yang perlu dalam proses pereputan.
Tanah jenis ini tidak sesuai untuk kebanyakan
tanaman kerana tidak mampu memberi sokongan
kepada akar tumbuhan yang besar.
Tanaman yang sesuai untuk kawasan ini ialah
nanas dan sayur-sayuran.
PUTIH

Tanah yang berwarna putih mempunyai


banyak jenis galian tanah liat yang
dikenali sebagai koalinit.
KUNING

Warna kuning menunjukkan bahawa oksida


ferum telah berpadu dengan molekul-molekul
air.
Mempunyai saliran yang baik.
Tanah ini adalah lebih lembap berbanding
dengan tanah yang berwarna merah.
TEKSTUR
TANAH
PASIR
Saiz kumin yang paling besar.
Kumin berbentuk bulat atau tiada bentuk tetap.
Kandungan kimia kebanyakannya kuarza ( oksida silika ).
Tidak bercas.
Mempunyai rasa gerisik.
Daya penyimpanan air yang rendah.
Saliran yang baik.
Penyimpanan air dan nutrien adalah kurang baik.
Pengudaraan yang baik.
KELODAK
Saiz kumin adalah lebih kecil daripada kumin pasir.
Tiada bentuk tetap bagi bentuk kumin.
Kandungan kimia adalah kuarza.
Tidak bercas.
Rasanya licin seperti tepung.
Daya penyimpanan air yang sederhana.
Mempunyai saliran sederhana.
Daya penyimpanan air dan nutrien yang sederhana.
Pengudaraan yang sederhana.
LIAT
Saiz kumin paling halus.
Bentuk kumin adalah daripada kepingan nipis.
Kandungan kimia adalah silikat ( mengandungi silika, aluminium dan
magnesium ) serta unsur-unsur lain.
Bercas.
Berasa lekit apabila lembap, keras dan padat apabila kering.
Daya penyimpanan air yang tinggi.
Mempunyai saliran yang kurang baik.
Penyimpanan air dan nutrien adalah kurang ketetapan ir.
Pengudaraan yang kurang baik.
KEPENTINGAN TEKSTUR TANAH
KEPADA TANAMAN
Tanah yang bertekstur kasar seperti tanah pasir
membenarkan air mengalir dengan mudah.
Tanah bertekstur kasar mempunyai lebih banyak
liang untuk peresapan gas. Pertukaran gas yang
baik akan membekalkan oksigen yang mencukupi
untuk kegunaan organisma tanah.
Tekstur tanah akan mempengaruhi kandungan gas
dan air di dalam tanah.
Tekstur tanah yang lebih halus seperti tanah liat
membolehkan tanah menyimpan nutrien dan
melakukan proses penjerapan nutrien oleh kumin
liat.
STRUKTUR TANAH
Stuktur tanah ialah susunan kumin-kumin
tanah yang terdiri daripada pasir, kelodak dan
liat dalam bentuk-bentuk tertentu.
Melalui proses pembentukan tanah, kumin-
kumin tanah itu akan digabungkan mengikut
bentuk tertentu berdasarkan keadaan di
kawasan itu.
Susunan kumin-kumin itu dinamakan agregat
tanah dan akan wujud dalam pelbagai bentuk.
KEPENTINGAN STRUKTUR TANAH
KEPADA TANAMAN
Struktur tanah yang baik mengandungi rongga
antara agregat yang membenarkan air dan udara
meresap dengan mudah.
Keadaan ini menghalang air daripada bertakung,
oleh itu akar tanaman mendapat oksigen yang
mencukupi.
Struktur yang baik menambahkan daya tahan
tanah daripada kerosakan fizikal disebabkan
hakisan oleh timpaan hujan yang kuat.
Kumin yang terpisah mudah ditiup oleh angin atau
dilarikan air. Manakala kumin yang bergabung
menjadi binaan lebih besar sukar dipindahkan oleh
agen hakisan.
Struktur yang baik juga dapat mengurangkan
kesan ketoksikan gas karbon dioksida dalam tanah.
Gas ini lebih mudah meresap ke udara apabila
tanah mempunyai struktur yang baik.
UNSUR PERLU UNTUK
PERTUMBUHAN TUMBUHAN
Sesuatu unsur nutrien dianggap perlu jika :
Tumbuhan tidak dapat membesar dengan sempurna tanpa unsur
tersebut.
Tindakan unsur nutrien adalah spesifik dan tidak dapat diganti
oleh unsur nutrien lain.
Unsur nutrien tersebut bertindak secara langsung dalam
tumbuhan. Unsur ini tidak mempengaruhi penyerapan unsur lain.
Apabila tumbuhan kekurangan sesuatu unsur nutrien tambahan,
unsur tersebut akan memperbaiki keadaan kekurangan yang
berlaku.
CARA MEMBAIKI
KEADAAN TANAH
PEMBAJAAN
Baja dapat dikelaskan sebagai baja kimia
dan baja organik.
Baja kimia terdiri daripada bahan kimia.
Baja ini membekalkan satu nutrien utama
atau lebih.
Baja organik mengandungi nutrien utama
tetapi dalam kuantiti yang lebih rendah
daripada baja kimia.
JENIS-JENIS
BAJA DAN
CIRI-CIRINYA
BAJA LURUS

Membekalkan satu nutrien utama, manakala baja


campuran dan baja sebatian dapat membekalkan lebih
daripada satu nutrien utama.
BAJA CAMPURAN
Terdiri daripada bahan baja yang dicampur secara fizik
tetapi tidak disebatikan.
Baja ini biasanya mengandungi kandungan nutrien yang
rendah.
BAJA SEBATIAN
Mengandungi nutrien yang telah disebatikan secara kimia.
Kandungan nutriennya disediakan dalam pelbagai nisbah.
BAJA LENGKAP

Mengandungi kombinasi semua nutrien utama yang


diperlukan iaitu nitrogen, fosforus dan kalium.
Mikronutrien, campuran enzim dan pengawal tumbuhan
semula jadi juga terdapat dalam baja jenis itu.
KELEBIHAN MENGGUNAKAN BAJA
KIMIA

Baja kimia disediakan dalam bentuk granul yang mudah digaulkan


dengan tanah.
Baja kimia dapat dibekalkan kepada tumbuhan melalui semburan
daun.
Baja kimia membekalkan nutrien tunggal atau lebih daripada satu
nutrien.
Baja kimia disediakan dalam kandungan nutrien yang tinggi untuk
menjimatkan ruang penyimpanan serta kos pengangkutan.
KEKURANGAN MENGGUNAKAN
BAJA KIMIA

Baja kimia yang diletakkan terlalu dekat dengan biji benih


merosakkan biji benih itu.
Baja kimia yang berlebihan menyebabkan kerosakan secara
langsung kepada tumbuhan.
Baja jenis nitrat ataupun ammonium sulfat meninggalkan kesan
keasidan kepada tanah.
Baja kimia berlebihan akan mencemarkan bekalan air bawah tanah.
PENGAPURAN

Bahan kapur ialah bahan yang mengandungi kalsium (Ca).


Terdapat juga kapur yang mengandungi bahan tambahan
seperti magnesium (Mg).
Keberkesanan bahan kapur ditentukan oleh kehalusan bahan
kapur dan kandungan bahan kimianya.
TUJUAN PENGAPURAN IALAH :

Mengurangkan keasidan tanah.

Membekalkan nutrien tumbuhan.

Membaiki agregat tanah.


FAKTOR YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEBELUM
PENGAPURAN IALAH :

Jenis tanaman
Jenis bahan kapur
Jenis tanah
Kandungan bahan organik
PEMUGARAN
Pemugaran adalah proses memecah dan melonggarkan keadaan tanah yang
padat.
Ia merangkumi kerja menggembur tanah dan menghapuskan rumpai.
Sebelum menanam, beberapa operasi persediaan tanah biasa dijalankan.
Operasi ini dapat dibahagi kepada pemugaran primer dan pemugaran
sekunder.
Alat pemugaran primer seperti bajak sepak, bajak pring, bajak putar dan bajak
pahat digunakan untuk memugarkan tanah pada paras yang lebih dalam.
Alat pemugaran sekunder seperti bajak sikat dan penggembur digunakan
untuk menggembur tanah dan menghaluskan keadaan tanah di lapisan atas
atau pada paras yang cetek.
Menyediakan permukaan tanah yang
sesuai untuk dikerjakan oleh alat
pemugaran sekunder

TUJUAN
PEMUGARAN
PRIMER

Memecah dan
Memotong dan melonggarkan
membalikkan lapisan tanah
tanah keras
Menghasilkan keadaan tanah
yang cukup halus untuk
menanam atau menyemai

Menyediakan
batas
Memusnahkan TUJUAN
tanaman
rumput PEMUGARA
N
SEKUNDER

Mencampur baja Memusnahkan


dan kimia atau mengawal
Menimbus dan perosak
pengawal
menggaul sisa
perosak
tumbuhan
SEKIAN

You might also like