You are on page 1of 15

PAYA BAKAU

Nama ahli kumpulan:


-Nur Khairunnisa binti Noorhizam
-Teo Chin Ee
-Muhammad Zairi bin Ashar
Kelas: 4 Alpha
Nama guru: Puan Ninie Mazira binti Hj
Mokhtar

INDEKS
BIL. INDEKS M/S
1 Abstrak 1
2 Ciri Penyesuaian Paya Bakau 3
3 Sistem Akar Paya Bakau 5
4 Spesies Perintis 8
5 Spesies Penyesar 11
6 Spesies Dominan 12
7 Komuniti Klimaks 13
ABSTRAK
Kawasan paya bakau merupakan kawasan air tawar
bakau ini boleh dijumpai di kawasan tropika dan
subtropika antara latitud 32 darjah Utara dan 38
darjah Selatan. Paya bakau ini mengandungi
kepekatan garam yang tinggi dan kandungan
oksigen yang rendah berikutan mempunyai tanah
yang lembut. Dalam pada itu, kawasan paya bakau
terdedah kepada keamatan cahaya yang tinggi.

Terdapat beberapa ciri penyesuaian khas bagi


pokok bakau yang terdapat di paya bakau ini. Ia
adalah daunnya yang bersifat sukulen. Seterusnya,
biji benihnya bercambah semasa masih melekat
pada induk. Selain itu, akarnya yang utuh bagi
mengekalkan kedudukannya dan menyokong
sesuatu pokok tersebut.
Terdapat tiga sistem akar pokok paya bakau
yang membantunya untuk menjalankan
kemandirian spesies. Pertama, akar pneumatofor.
Kedua, akar jangkang. Ketiga, akar banir.

Kawasan paya bakau pada mulanya diduduki


oleh spesies perintis. Terdapat dua jenis spesies
perintis iaitu Avicennia sp. dan Sonneratia sp.
Kemudian, tumbuhan itu telah membesar atau mati
dan diduduki pula oleh spesies penyesar iaitu
Rhizophora sp. Diikuti pula dengan spesies
dominan iaitu Bruguira sp dan akhir sekali ialah
komuniti klimaks dimana ia adalah hutan paya
bakau.
CIRI PENYESUAIAN KHAS PAYA
BAKAU
-Daun
>.<Daun dengan kutikel tebal dan stoma terbenam

>.<Daun sukulen untuk


menyimpan air
>.<Garam berlebihan di sap sel
akar dibuang melalui hidatod
yang terdapat pada pinggir daun

-Biji Benih
>.<Mempunyai biji benih
vivipariti (bercambah semasa masih melekat pada pokok induknya)
untuk meningkatkan
peluang kemandirian.
>.<Radikel yang panjang akan
terpacak di tanah lembut apabila
jatuh dari pokok.

-Akar
>.<Spesies perintis-Avicennia sp.
dan Sonneratia sp. mempunyai
sistem akar yang meluas untuk
memberi sokongan.
>.<Rhizophora sp. mempunyai
akar jangkang untuk
menyokongnya dalam tanah
lembut.
>.<Brugueira sp. mempunyai akar
banir untuk menyokongnya.
>.<Avicennia sp. dan Sonneratia
sp. mempunyai akar ceracak
(pneumatofor) yang tumbuh
menegak
menegak ke atas astmosfera
untuk pertukaran gas.
>.<Bruguiera sp. mempunyai
pneumatofor berbentuk
lutut untuk pertukaran gas
SISTEM AKAR PAYA BAKAU

a) Akar Pneumatofor (Avicennia sp.)


^.^Mempunyai sistem akar yang bercabang luas
-Menyokongnya dalam tanah yang lembut dan berlumpur
-Melindunginya daripada angin laut yang kuat
^.^Menghasilkan ratusan akar pernafasan tegak yang disebut
pneumatofor
^.^Berada di atas permukaan tanah di sekeliling pokok
^.^Permukaan pneumatofor mempunyai banyak liang yang
disebut lentisel untuk membolehkan akar pokok
menjalankan pertukaran gas dengan atmosfera

b) Akar jangkang (Rhizophora sp.)

^.^Akar ini tumbuh di bahagian bawah pangkal batang


batang pokok dan masuk ke dalam lumpur
^.^Akar udara
-Menyokong pokok dalam tanah berlumpur
-Membantu pokok bernafas
^.^Mempunyai hidatod pada epidermis bawah daun
untuk menyingkirkan garam berlebihan
^.^Daun-daun berlilin, tebal dengan stomata terbenam
untuk mengurangkan kehilangan air melalui
transpirasi
^.^Mempunyai biji benih vivipariti
c) Akar banir (Bruguiera sp.)
^.^Akar banir terkeluar dari tanah untuk memerangkap lebih mendapan dan
lumpur
^.^Akar banir berfungsi untuk:
-Mempertahankan kekukuhan pokok
-Menyokong batang pokok bersaiz besar dan pangkalnya yang besar agar tidak
mudah tumbang kerana hempasan angin
^.^Akar yang berbentuk papan
^.^Pembentukan akar papan dan banir dapat diwariskan dengan tahap
berbeza-beza

SPESIES PERINTIS

Yang menghadap laut Yang menghadap sungai


(Avicennia sp.) (Sonneratia sp.)
Fungsi:

- Membantu pokok untuk memerangkap lumpur


dan bahan organik yang dibawa oleh air pasang
- Pengumpulan lumpur secara beransur-ansur di
kawasan ini menyebabkan tanah menjadi lebih
tinggi dan lebih padat

CIRI-CIRI SPESIES PERINTIS


AVICENNIA SP. SONNERATIA SP.
-Pohonnya selalu hijau
-Kulit kayunya berwarna putih hingga coklat
-Tangkai bunga pohon ini tumpul dengan panjang 1 cm
-Daun sepal warnanya putih, mudah lentur
-Buahnya seperti bola, hujung bertangkai dan kelopak bunga terbungkus
-Banyak stamen, filamennya berwarna putih dan anternya berwarna kuning serta mudah lentur
-Mempunyai 6-8 kelopak bunga
-Bahagian luarnya berwarna hijau namun di dalamnya berwarna kemerahan
-Akarnya berselirat di bawah tanah dan muncul di atas permukaan tanah sebagai akar
pneumatofor yang berbentuk rumput
-Daunnya berkulit, berbentuk bulat dan hujungnya membundar

Avicennia sp.
Ekologi:
-Merupakan jenis perintis pada habitat paya bakau di lokasi pantai yang terlindung, juga di
bahagian yang lebih masin di sepanjang pinggir sungai yang dipengaruhi pasang surut, serta
di sepanjang garis pantai.
-Mereka umumnya menyukai bahagian teluk. Akarnya dapat membantu mengikat sedimen
dan mempercepat proses pembentukan daratan. -Perbungaan terjadi sepanjang tahun.
-Genus ini kadang-kadang bersifat vivipar, di mana sebahagian buah membiak ketika masih
melekat di pokok.

Sonneratia sp.
Ekologi:
-Jenis perintis, tidak menetap di kawasan air tawar dalam tempoh
yang lama. -Menyukai tanah yang bercampur lumpur dan pasir, kadang
kadang pada batuan dan karang.
-Sering ditemui di pesisir yang terlindung dari angin monsun, juga
di muara dan sekitar pulau berdekatan pantai.
- Pokok ini juga berada di kawasan dimana tumbuhan lain telah
ditebang, maka jenis ini dapat membentuk satu populasi yang padat.
-Perbungaan terjadi sepanjang tahun.
-Bunga hidup tidak terlalu lama dan mengembang pada malam hari,
mungkin didebungakan oleh rama-rama, burung dan kelawar pemakan
buah.
-Di persisiran pantai yang berbatu, mereka tersebar secara
vegetatif. -Kunang-kunang sering melekat pada pokok ini pada waktu
malam.
SPESIES PENYESAR
(Rhizophora sp.)
Rhizophora sp. mula mengganti kedudukan
spesies perintis iaitu Avicennia sp. dan Sonneratia
sp. apabila persekitaran sudah sesuai untuknya.
Rhizophora sp. mempunyai akar jangkang
berselirat yang dapat memerangkap ranting kayu
dan lumpur hanyut serta menyekat aliran arus air.
Pemerangkapan lumpur yang lebih banyak
menyebabkan pemendapan berlaku dengan lebih
cepat. Lama-kelamaan tebing menjadi lebih tinggi
dan kering kerana kurang dilimpahi air laut
semasa air pasang. Struktur tanah menjadi
semakin keras dan padat. Perubahan persekitaran
ini menyebabkan tanah menjadi kurang sesuai
untuk Rhizophora sp. tetapi sebaliknya menjadi
lebih sesuai untuk pokok bakau jenis yang lain,
iaitu Bruguiera sp. yang menggantikan Rhizophora
sp.

SPESIES DOMINAN
(Bruguiera sp.)
Pokok Bruguiera sp. tumbuh dengan baik di
kawasan tanah yang tinggi, keras, dan hanya
dilimpahi air pasang beraras tinggi. Bruguiera sp.
mempunyai akar banir. Akar banir membentuk
lingkaran yang keluar daripada tanah dan dapat
memerangkap banyak lumpur dan kelodak. Ini
mengubah struktur tanah secara beransur-ansur.
Proses pemendapan yang berterusan
menyebabkan pembentukan paya baharu yang
mengunjur ke laut manakala pantai yang lama
semakin menjauhi laut. Perubahan persekitaran
berlaku secara berterusan menyebabkan tanah di
pantai menyerupai daratan yang lebih sesuai
untuk pokok daratan seperti pokok Nypa fruticans
dan Pandanus sp. yang akan menyesarkan pokok
Bruguiera sp.

KOMUNITI KLIMAKS
Lama-kelamaan pokok daratan yang lain akan
tumbuh dan sesaran berlaku. Akhirnya, hutan
hujan tropika terbentuk dan merupakan komuniti
klimaks dalam keseluruhan proses sesaran di paya
bakau. Keseluruhan proses sesaran ini mengambil
masa yang panjang, biasanya beratus-ratus tahun.
Peringkat-peringkat sesaran ini dapat diperhatikan
jika kita berjalan dari bahagian muara sungai
sehingga ke kawasan pedalaman.

You might also like