You are on page 1of 3

BAB 4: TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DI MALAYSIA

4.1 JENIS DAN TABURAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DI MALAYSIA

 Banjaran Titiwangsa di Pahang (Hutan Hujan Tropika)


 Tasik Bera di Pahang (Hutan Paya Air Tawar)
 Larut Matang di Perak (Hutan Paya Air Paya)
 Gunung Kinabalu (Hutan Gunung)
 Pantai Dungun di Terengganu (Hutan Pantai)

 Hutan Hujan Tropika

-Dikenali sebagai Hutan Khatulistiwa

-Pokok-pokok di hutan ini kelihatan berlapis-lapis dan bermalar hijau

-Hujung daun berbentuk tirus membolehkan air hujan mengalir turun dengan cepat

-Terdapat 4 lapisan:

 Lantai hutan
- Ketinggian pokok kurang daripada 10 meter
- Pokok-pokok yang tumbuh adalah jarang kerana kurang cahaya matahari
- Terdapat tumbuhan saprofit yang memakan bahan reput

 Lapisan tengah
- Ketinggian pokok antara 10 hingga 20 meter
- Pokok bersaiz kecil
- Terdapat tumbuhan epifit yang menumpang di atas pokok lain

 Lapisan kanopi
- Ketinggian pokok antara 20 hingga 40 meter
- Pelindung cahaya matahari daripada menembusi lantai hutan

 Lapisan renjong
- Ketinggian pokok antara 40 hingga 50 meter
- Pokok berkayu keras dan tinggi untuk mendapatkan cahaya matahari

 Hutan Paya Air Tawar

-Terdapat di Kawasan bersaliran buruk yang sering ditenggelami air, khususnya air sungai
dan laut

- Terdapat 3 lapisan:

 Lapisan pokok renek


- Pokok-pokok yang tumbuh adalah jarang
- Pokok ditenggelami air semasa waktu hutan

 Lapisan tengah
- Tumbuhan yang tumbuh adalah kecil dan sederhana
 Lapisan kanopi
- Pokok berkayu keras dan tinggi
- Membentuk kanopi yang tidak sejajar

Jenis akar Pokok Kegunaan


Akar udara Bintagor laut Membantu menyerap
Akar pneumatofor Perupuk oksigen
Akar banir Meranti Paya Memberi sokongan kepada
Akar jangkang Kelat dan merbulan pokok supaya tidak tumbang

4.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DI MALAYSIA

 Bentuk muka bumi


- Tanah pamah dan kaki bukit yang bersaliran baik ditumbuhi Hutan Hujan Tropika
- Tanah pamah yang bersaliran buruk ditumbuhi Hutan Paya Air Tawar
- Kawasan berpasir ditumbuhi Hutan Pantai
- Kawasan tanah tinggi melebihi 1200 meter dari aras air laut ditumbuhi Hutan
Gunung
 Saliran
- Kawasan bersaliran baik atau buruk
 Iklim
- Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun
- Min suhu tahunan 27C dan jumlah hujan yang banyak iaitu 2600 mm menggalakkan
pertumbuhan Hutan Hujan Tropika
- Suhu kira-kira 18C di Kawasan tanah tinggi menggalakkan Hutan Gunung
 Tanih
- Hutan Hujan Tropika bertanih laterit dan alluvium
- Hutan Paya Air Masin dan Tawar bertanih gambut dan alluvium
- Hutan Pantai bertanih pasir
- Hutan Gunubg bertanih laterit
4.3 KEPENTINGAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DI MALAYSIA

 Habitat
o Hutan penting sebagai habitat bagi kepelbagaian flora dan fauna
o Hidupan liar memerlukan hutan sebagai tempat perlindungan dan sumber makanan
o Jika tumbuh-tumbuhan musnah, kepelbagaian flora dan fauna akan kehilangan
habitat dan sumber makanan

 Sumber perubatan
o Tumbuh-tumbuhan yang terdapat di hutan boleh digunakan dalam bidang
perubatan

Contoh tumbuhan Bahagian yang digunakan


Tongkat Ali Akar
Pegaga Kesemua pokok
Keremek Daun
 Sumber bahan mentah
 Kawasan tadahan air
 Keseimbangan ekosistem

You might also like