You are on page 1of 39

MAY 2023

GEOGRAFI
FORM 3

PREPARED BY:
CIKGU KARBAGAM

ITC EDU VIRTUAL


Bab 4: GEOGRAFI TINGKATAN 3
Jenis-jenis tumbuhan semula jadi di Malaysia

Hutan Hutan
Pantai Gunung

Hutan Paya Hutan Paya


Air Tawar Air Masin

Hutan Hujan
Tropika
Peta Taburan
Tumbuh - Tumbuhan Semula Jadi Di Malaysia
a) Hutan Hujan Tropika
❑ Pokok-pokok di hutan ini kelihatan berlapis-lapis dan malar hijau.
❑ Daun pokok bersaiz lebar, pokok yang tinggi, berakar banir dan
dahan yang tersebar.
❑ Hujung daun berbentuk tirus untuk membolehkan air hujan
mengalir turun dengan mudah dan cepat.

Akar banir Dahan yang tersebar Daun bersaiz lebar


I

II Epifit

III Liana

Paku Pakis
IV Akar Banir

Rajah Lapisan Hutan Hujan Tropika


Huraian Tentang Lapisan-Lapisan Di Hutan Hujan Tropika
I. Lapisan renjong (Emergen)
• Ketinggian pokok 40 - 50 meter.
• Pokok berkayu keras dan tumbuh rapat-rapat.
• Batang pokok lurus dan tinggi untuk mendapatkan cahaya matahari.

II. Lapisan kanopi (Silara)


• Ketinggian pokok 20 - 40 meter.
• Lapisan pelindung cahaya matahari daripada menembusi lantai hutan.

IIi. Lapisan tengah


• Ketinggian pokok 10 - 20 meter.
• Tumbuhan jarang kerana kurang dapat cahaya matahari.
• Diliputi daun kering, dahan reput dan terdapat tumbuhan epifit.

IV. Lantai hutan


• Ketinggian pokok kurang 10 meter.
• Tumbuhan jarang kerana kurang dapat cahaya matahari.
• Diliputi daun kering, dahan reput dan terdapat tumbuhan saprofit.
b) Hutan Pantai Sharif_SMKBS2021

❑ Tumbuh di kawasan pantai


berpasir.
❑ Ia mempunya ketinggian yang
berbeza-beza. Pokok Ru

❑ Contoh tumbuhan semulajadi: ❑ Pokok ru tumbuh sehingga 40 meter,


➢ Mengkuang, Jemerlang Laut, berbatang lurus, tinggi dan
Pokok Ru, dan Pokok Tapak kuda. berbentuk silinder.

Pokok Tapak Kuda

❑ Pokok tapak kuda pula tumbuh


Pokok Mengkuang Pokok Jemerlang Laut menjalar di pantai yang berpasir.
Profil Hutan Pantai
c) Hutan Paya Air Tawar
❑ Tumbuh di kawasan bersaliran buruk yang sering ditenggelami air, khususnya
di tepi sungai atau tasik.
❑ Ia tumbuh secara bercampur aduk, rapat -rapat dan biasanya tiada dahan
dibahagian bawahnya.
❑ Terdapat juga pokok dari jenis berkayu keras, berbatang besar, lurus dan
tinggi.

Contoh tumbuhan semulajadi di Hutan Paya Air Tawar

Pokok Mengkuang Pokok Meranti Pokok Kempas


Profil Hutan Paya Air Tawar
I. Lapisan Hutan Kanopi
(silara)
▪ Berkayu keras dan tinggi.
▪ Kanopi yang tidak sejajar.

II. Lapisan tengah


▪ Pokok bersaiz kecil dan
sederhana

II. Lapisan pokok renek I


▪ Tumbuh jarang kerana
terima kurang cahaya
matahari. II
▪ Dibanjiri air ketika hujan. III
d) Hutan Paya Air Masin
❑ Banyak terdapat di kawasan pinggir pantai yang besaliran
buruk, berlumpur dan terlindung.
❑ Tumbuh-tumbuhannya berbeza-beza mengikut jarak dari laut.
❑ Ia ditenggelami oleh air laut ketika air pasang.

Contoh tumbuhan semulajadi di Hutan Paya Air Masin

Pokok Tumu Merah Pokok Nipah Pokok Nibong Pokok Bakau


Jenis akar pokok di Hutan Paya Air Masin
Jenis akar Pokok Huraian
Pokok Bakau ➢ Pokok kekurangan oksigen kerana ditenggelami air masin
Akar
Api-Api dan ➢ Akarnya keluar menegak dari tanih berlumpur
Ceracak Perepat ➢ Akar ini berfungsi untuk pernafasan

Pokok Bakau ➢ Akarnya tumbuh di bahagian pangkal batang pokok.


Akar ➢ Akarnya masuk ke dalam lumpur dan menyerap udara
Kurap dan
Jangkang ketika air pasang
Bakau Minyak ➢ Ia juga menyokong pokok agar tidak mudah tumbang.

Akar Ceracak Akar Jangkang


e) Hutan Gunung
❑ Terdapat di kawasan tanah tinggi yang melebihi 1 200 meter dari aras laut.
❑ Jenis tumbuhan semulajadi berbeza mengikut ketinggian.
❑ Tumbuhan di sini akan cuba untuk mengadaptasikan dengan suhu dan
kesuburan tanih.
Ketinggian
(meter)
Tumbuhan Alpain 3500
Tumbuhan Hampir Alpain 2900

Hutan montane 1800


Hutan montane Bawah 1200

Profil Hutan Gunung


Ciri-ciri empat lapisan Hutan Gunung
Ketinggian Lapisan hutan Jenis pokok
1200 – 1800 m Hutan montane bawah: ▪ Pokok Oak dan Laurel.
▪ Dikenali sebagai Hutan Daun Luruh ▪ Tumbuh-tumbuhan epifit seperti
▪ Ketinggian pokok di antara 15 meter hingga Orkid dan Paku Langsuyar.
33 meter.
1800 – 2900 m Hutan montane atas: ▪ Pain
▪ Terdapat pokok-pokok daun tirus ▪ Sprus
▪ Kebanyakan pokok adalah rendah ▪ Gelam-gunung
▪ Ketinggian pokok di antara 1.5 meter hingga 18 ▪ Tumbuh-tumbuhan epifit
meter (liken dan lumut)
▪ Hanya terdapat satu lapisan hutan sahaja ▪ Bunga Rafflesia, Periuk Kera dan
▪ Lantai hutan yang lembap dan ditumbuhi lumut. pokok Rhododendron
2900 – 3500 m Tumbuhan hampir alpain: ▪ Pokok renek Konifer
▪ Terdapat hutan campur jenis pokok bantut ▪ Rumput jenis Low’s Buttercup,
dan rumput. Bornean Eyebright dan Red
Sanicle
Tumbuhan alpain: ▪ Orkid dan lumut
Melebihi 3500 m ▪ Terdapat tumbuhan renek dan lumut.
Contoh tumbuhan semulajadi di Hutan Gunung

Pokok Laurel Bunga Rafflesia Pokok Rhododendron


4.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan
tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia

a. Bentuk muka bumi c. Iklim

b. Saliran
d. Tanih
a) Bentuk muka bumi
i. Tanah pamah dan kaki bukit
• Hutan Hujan Tropika tumbuh di
kawasan tanah pamah dan kaki bukit
yang bersaliran baik.

• Terdiri dari pokok yang tinggi dan


bersaiz besar.

• Kawasan yang berada di bawah 180


meter dari aras laut.

• Akar banir berfungsi untuk


menyokong pokok daripada tumbang
ii. Muara sungai, pinggir tasik dan pinggir laut

• Kawasan berpasir dan berlumpur


ditumbuhi hutan pantai.

• Kawasan pinggir laut yang terlindung


dan muara sungai berlumpur
ditumbuhi Hutan Paya Air Masin.
• Tanah pamah yang sering ditenggelami
air ditumbuhi oleh Hutan Paya Air
Tawar.
iii. Tanah tinggi melebihi 1200 meter dari aras laut

• Tumbuh pada ketinggian 1200


meter .
• Terdiri dari pokok-pokok bersaiz
kecil .
• Pada ketinggian 1800 – 2900
meter, terdapat pertumbuhan
lumut dan pokok tumpang seperti
orkid serta pokok-pokok bantut.
b. Saliran
Saliran Jenis pokok Lokasi
Bersaliran baik Pokok cengal, tualang, pokok kelapa Pulau Sipadan (Sabah), Desaru (Johor) dan Air
dan pokok ru Terjun Lasir (Terengganu)

Pokok mengkuang, mersawa paya, Tasik Chini dan Tasik Bera (Pahang)
Bersaliran buruk meranti paya, kempas, nipah dan Delta Labuk-Sugut (Sandakan)
nibong

Contoh lokasi:

Desaru Air Terjun Lasir Tasik Bera


c. Iklim
• Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa
yang panas dan lembap sepanjang tahun.

• Purata suhu, iaitu 27⁰C dan menerima


hujan yang banyak kira-kira 2600 mm
setahun.

• Purata suhu yang tinggi serta penerimaan


cahaya matahari dan jumlah hujan yang
banyak menggalakkan pertumbuhan Hutan
Hujan Tropika.

• Suhu di kawasan tanah tinggi berbeza dari


kawasan tanah pamah.

• Suhu kira-kira 18⁰C di kawasan tanah tinggi


menggalakkan pertumbuhan Hutan
Gunung seperti yang terdapat di Gunung
Kinabalu.
d. Tanih
• Malaysia kaya dengan pelbagai jenis tanih,
antaranya ialah:
a) Tanih aluvium
b) Tanih laterit
c) Tanih gambut
d) Tanih berpasir

• Setiap jenis tanih sesuai untuk tumbuh-


tumbuhan semulajadi yang tertentu. Kawasan tanih gambut

Kawasan tanih laterit Kawasan tanih berpasir


Pelbagai jenis tanih dan tumbuh-tumbuhan semulajadi
Hutan dan jenis pokok Jenis tanih Jenis pokok Lokasi

Hutan Hujan Tropika ▪ Tanih aluvium Cengal, meranti, tualang Kaki Banjaran Titiwangsa (Perak) dan
▪ Tanih laterit Banjaran Tahan (Pahang)
Hutan Paya Air Masin ▪ Tanih gambut Pokok bakau, bakau Laut Matang (Perak), Muara Sungai
▪ Tanih aluvium jongkong, bakau api-api Perak dan Tanjung Piai (Johor)
Hutan Paya Air Tawar ▪ Tanih gambut Nipah, mengkuang, terap Tasik Chini dan Tasik Bera (Pahang)
▪ Tanih aluvium serta Delta Rajang (Sarawak)
Hutan Pantai ▪ Tanih berpasir Tapak kuda, pokok ru, pokok Pantai Irama (Kelantan) dan Pantai
kelapa Tanjung Rhu (Langkawi)
Hutan Gunung ▪ Tanih laterit Oak, laurel, paku pakis Gunung Kinabalu (Sabah) dan Gunung
Jerai (Kedah)

Contoh lokasi:

Banjaran Titiwangsa Delta Rajang Gunung Jerai


4.3 Kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia

a) Kawasan tadahan
hujan
e) Sumber bahan b) Keseimbangan
mentah ekosistem

Kepentingan
tumbuh-
tumbuhan
semula jadi
di Malaysia
c) Sumber
d) Habitat
perubatan
a. Kawasan tadahan hujan
• Hutan bertindak sebagai span berongga Contoh lokasi:
yang menyerap air serta mengalirkan air
ke sungai, empangan, kolam dan tasik.

• Air yang diserap ke dalam tanah ditapis


secara semulajadi yang bersih.

• Contoh lokasi:
i. Banjaran Crocker (Sabah)
ii. Taman Negara Royal Belum (Perak)

Banjaran Crocker Taman Negara Royal Belum


b. Keseimbangan ekosistem
• Konsep saling bergantungan antara • Tumbuh-tumbuhan saling berinteraksi
komponen biotik dengan abiotik. dengan komponen biotik dan abiotik yang
✓ Biotik – organisma hidup contohnya lain untuk mewujudkan keseimbangan
manusia, haiwan dan tumbuhan. ekosistem.
✓ Abiotik – bukan benda hidup seperti • Contoh lokasi:
batuan, tanih, air, udara, mineral dan i. Taman Negara Bako (Sarawak)
cahaya matahari ii. Taman Negara (Pahang)
• Hutan merupakan satu ekosistem di mana
tumbuhan semulajadi menjadi salah satu
komponen biotik yang utama.

Taman Negara Bako Taman Negara


c. Sumber perubatan
• Kebanyakan tumbuh-tumbuhan di hutan
boleh digunakan dalam bidang
perubatan.
• Contohnya:
Tumbuh- Bahagian
tumbuhan tumbuh-tumbuhan
Tongkat ali Pegaga
Tongkat ali Akar
Sembong Daun, akar dan bunga
Senduduk Daun, pucuk dan akar
Pegaga Keseluruhan pokok
Keremek Daun

Senduduk Keremek Sembong


d. Habitat
• Hutan menjadi habitat kepada pelbagai • Contoh lokasi:
spesis flora dan fauna. i. Taman Negara Bako Endau Rompin
ii. Lembah Danum (Sabah)

• Hutan juga menjadi tempat perlindungan


dan menjadi sumber makanan kepada
hidupan liar.

• Haiwan memilih tempat tingal berbeza-


beza kerana faktor keselamatan,
keperluan sumber makanan dan
kesesuaian diri.

• Jika komponen tumbuh-tumbuhan ini


rosak atau musnah, maka habitat
pelbagai spesis flora dan fauna akan Antara pelbagai flora dan fauna yang
terjejas. mendiami kawasan Lembah Danum
e. Sumber bahan mentah Contoh
• Sebagai bahan mentah untuk:
i. Membekalkan sumber kayu balak dalam
industri membuat perabot.
ii. Membekalkan sumber buluh dan rotan
dalam industri kraftangan dan perabot.
iii. Pokok bakau penting untuk industri
Perabot Barang kraftangan
membuat arang kayu dan aktiviti
pembinaan (membuat cerucuk).
iv. Pokok-pokok seperti cengal, balau dan
keruing penting untuk aktiviti
pembalakan.

• Hasil eksport kayu balak ini akan menjadi


sumber pendapatan kepada negara.
• Antara negara pengimport kayu balak dari
Malaysia ialah India, Indonesia, Vietnam,
Kayu balak Kayu bakau
Jepun, China dan lain-lain.
dibuat cerucuk
4.4 Kesan kegiatan manusia tumbuh-tumbuhan semula
jadi di Malaysia

Kesan kegiatan manusia

Kesan positif Kesan negatif

❑ Pembangunan hutan ❑ Ketidakseimbangan ekosistem


❑ Penghutanan semula ❑ Hakisan tanah
❑ Pewartaan hutan ❑ Kawasan tadahan terganggu
❑ Kepupusan flora dan fauna
a. Kesan positif
i. Pembangunan hutan
• Penubuhan Program Penubuhan Ladang
Hutan (PPLH) pada tahun 2006 adalah
untuk mengurangkan tekanan ke atas
hutan asli sebagai sumber bahan mentah
dan memastikan bekalan industri kayu
tempatan berterusan.

• Semua pihak yang terlibat diarahkan agar


mengkaji spesis pokok yang hendak
ditanam serta penjagaan pokok yang telah
ditanam itu.

• Antara spesis yang terlibat adalah seperti


pokok jati, sentang, getah, khaya, akasia,
batai, kelempayan dan binuang. Namun
tumpuan utama adalah kepada pokok
getah dan akasia.
Pokok akasia
ii. Penghutanan semula
Contoh
• Agensi seperti Jabatan Perhutanan,
Institusi Penyelidikan Hutan Malaysia
(FRIM) dan Jabatan Perlindungan
Hidupan Liar dan Taman Negara
(PERHILITAN) telah mengambil langkah
memulihara hutan di kawasan
pembalakan. Antaranya ialah menanam
semula dengan pokok-pokok yang
bermutu dan tahan serangan penyakit. Ladang hutan pokok jati

• FRIM pula telah menjalankan aktiviti


penghutanan semula di Hutan Lipur
Bukit Lagong, Kepong (Kuala Lumpur)
sebagai hutan rekreasi, dan kini diiktiraf
sebagai Hutan Tropika buatan manusia
yang tertua di dunia.
iii. Taman negara Contoh lokasi
• Adalah kawasan yang terdiri daripada pelbagai
spesis tumbuh-tumbuhan semulajadi yang
dijaga rapi bagi mengekalkan biodiversiti alam
sekitar .
• Pelbagai prasarana yang dibina juga telah
menjadikannya satu tarikan pelancong.
Taman Negara Taman Marin
• Di Malaysia , terdapat taman-taman negara Endau-Rompin Tunku Abdul Rahman
yang diuruskan oleh kerajaan negeri, dan (Johor) (Sabah)
terdapat juga yang diuruskan oleh kerajaan
persekutuan.
• Di Sarawak, terdapat 30 buah taman negara
dengan jumlah keluasan 623 463 hektar yang
ditadbir oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak.
• Di Sabah terdapat 9 buah taman negara, yang
diuruskan Lembaga Pemegang Amanah
Taman-taman Sabah iaitu: Taman Negara Taman Negara
➢ 3 taman negara terestrial. Similajau Kuala Koh
(Sarawak) (Kelantan)
➢ 6 taman negara marin.
iv. Hutan simpan kekal Contoh
• Ia diwartakan sebagai kawasan sensitif alam
sekitar kerana hutan penting dan bernilai
tinggi dari segi kepelbagaian biologi.

• Adanya program pembangunan hutan yang


terancang, ia akan menggalakkan
penghasilan dan penggunaan hasil hutan
yang dapat memberi faedah kepada ekonomi Hutan Simpan Hutan Simpan
secara maksimum serta menggalakkan Bukit Nanas Raja Musa
pembangunan perundustrian berkaitan
dengan hasil hutan.

• Contoh hutan simpan kekal:


➢ Hutan Simpan Kabili-Sepilok (Sabah)
➢ Hutan Simpan Bukit Nanas (K. Lumpur)
➢ Hutan Simpan Raja Musa (Selangor)

Hutan Simpan Kabili-Sepilok


a. Kesan negatif
Contoh fenomena
i. Ketidakseimbangan ekosistem
• Keseimbangan ekosistem hutan terganggu
akibat berlakunya penyahutanan, di mana
hutan dimusnahkan untuk tujuan pembinaan
dan pembukaan kawasan ladang, pembinaan
infrastruktur dan pembalakan.
• Penyahutanan menyebabkan ekosistem hutan
terganggu dan berlaku ketidakseimbangan
dalam siratan makanan dan akan berlakunya Penyahutanan
bencana alam seperti:

➢ Banjir lumpur
➢ Tanah runtuh
➢ Kawasan tadahan hujan
musnah

Banjir lumpur dan tanah runtuh


ii. Hakisan tanih
• Aktiviti pembalakan mendedahkan permukaan
bumi kepada hakisan air hujan. Contoh
• Daun pokok berfungsi mengurangkan halaju air
hujan yang menghentam permukaan tanah.
• Akar pokok berfungsi menyerap air larian
permukaan ke dalam tanah (proses infiltrasi).

• Air hujan yang jatuh dengan laju ke


permukaan tanah akan meningkatkan kadar Hakisan tanih
hakisan.
• Tanih yang terhakis akan dibawa oleh aliran
air hujan dan dimendapkan di dasar sungai.
Akibatnya sungai menjadi cetek.
• Sungai yang cetek tidak akan mampu
menampung kuantiti air yang banyak ketika
hujan lebat. Air sungai akan melimpah lalu
akan terjadi banjir yang memusnahkan harta
benda .
Banjir
iii. Kawasan tadahan hujan terganggu
Contoh
• Hutan merupakan kawasan
semulajadi yang luas untuk
menadah air hujan.

• Penerokaan hutan yang tidak


terancang oleh manusia
menyebabkan kawasan tadahan Kawasan tadahan hujan musnah
hujan terganggu.

• Hal ini menyebabkan empangan


yang menakung air akan cetek
kerana kelodak lumpur masuk ke
dalam empangan.

Empangan Bukit Merah (Perak)


iv. Kepupusan flora dan fauna

• Penerokaan hutan yang tidak terancang


menyebabkan flora dan fauna:
➢ Kehilangan habitat.
➢ Kekurangan sumber makanan
• Ini akan menyebabkan tumbuh-tumbuhan
semula jadi dan haiwan liar ini, akan
diancam oleh kepupusan, contohnya:

Tumbuh-tumbuhan Haiwan liar


semulajadi
Periuk kera Gajah
Tongkat ali Badak Sumatera
Pokok bakau Tapir
Pokok cengal Harimau Malaya
Pokok meranti Kancil
Pokok bunga rafflesia Kambing gurun Contoh flora dan fauna
yang diancam kepupusan

You might also like