You are on page 1of 3

Bab 10 : Pengaruh Cuaca dan Iklim Terhadap Kegiatan Manusia

Pengaruh cuaca dan iklim terhadap cara hidup



Penduduk di kawasan iklim yang berlainan mengamalkan cara hidup yang berbeza. Ini menunjukkan cuaca dan iklim
mempengaruhi cara hidup manusia.

Kawasan-kawasan yang dimaksudkan ialah :


a) Gurun Thar-zon panas
b) siberia -zon sederhana sejuk
c)Greenland-zon sejuk


*kawasan-kawasan diatas mempunyai cara hidup yang berlainan.

CARA HIDUP DI GURUN THAR
dikenali sebagai gurun besar India yang terletak di Barat Laut India.
menganjur dari Punjab di utara India ke bahagian Tenggara Pakistan yang dikenali sebagai Cholistan
meliputi satu kawasan seluas 44600 km yang terletak di zon panas dunia
menerima hujan kurang daripada 250mm
mengalami minimum suhu 8 selsius - 28 celsius semasa musim sejuk
min suhu mencecah sehingga 45 selsius pada musim panas (mei/jun)
hidup berpindah-randah barsama ternakan untuk mencari air minuman
tinggal di dalam khemah untuk menyesuaikan diri dengan cara hidup mereka
membina kundis /kunds untuk menakung air


CARA HIDUP DI SIBERIA
meliputi lebis setenagh daripada keluasan Rusia dan terletak antara garisan lintang 45 u dan 60 u
terdiri daripada kawasan tanah pamah dan tanah tinggi
terdapat hutan taiga yang luas
terletak di dalam kawasan iklim sejuk sederhana kebenuaan/ kawasan iklim jenis Siberia
mengalami musim sejuk yang panjang
suhu turun sehingga -11 celsius pada musim sejuk
musim panas terlalu singkat dengan suhu maksimum 19 selsius
hujan tahunan di Siberia adalah 533mm
puak evenks menjalankan aktiviti yang berbeza mengikut persekitaran tempat tinggal mereka
puak evenks tinggal di bahagian selatan manejalankan aktiviti ekonomi seperti menternak lembu.
penduduk di bahagian utara Siberiadan di kawasan pergunungan hutan taiga masih mengamalkan cara
hidup nomad (berpindah 2 kali setahun)
memburu & menternak rusa kutub
tinggal dalam khemahyang dikenali sebagai ' chum' tanpa kemudahan lengkap


CARA HIDUP DI GREENLAND
Greenland merupakan pulau terbesar di dunia
meliputi kawasan seluas 840 000 km persegi
iklim di greenland ialah iklim Tundra
suhu musim sejuknya panjang & sejuk (-12 selsius)
Musim panas sangat pendek (5 selsius-bulan julai)
min suhu pada bulan mac dan februari ialah -30 darjah celcius
penduduk eskim0 atau puak inuit hidup berpindah randah mengikut musim
mereka tinggal di kawasan pinggir laut dan dalam igloo pada musim sejuk
pada musim panas mereka tinggal di kawasan pedalaman dan dalam tupik(khemah yang dibuat daripada
kulit binatang)
pekerjaan orang eskimo berubah mengikut musim
pada musim sejuk mereka menburu binatang, pada musim panas penduduk eskimo menggunakan kayak
atau umiak sebagai pengangkutan di tasik dan sungai
kegiatan ekonomi semasa musim panas ialah menangkap ikan
cara hidup org eskimo telah berubah & semakin moden. mereka menggunakan senapang dan bot
beringen untuk memburu binatang dan menangkap ikan
pertenakan juga dijalankan secara komersil
orang eskimo juga mempunyai petempatan kekal yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan
bahagian selatan pula merupakan kawasan yang paling subur di greenland
musim sejuknaya sederhana dan musim panas lebih panjang dengan purata suhu 10 darjah celcius
kegiatan pertanian dijalankan secara giat pada musim panas

Bab 11 : Jenis dan Taburan Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar
Tumbuh-tumbuh Semula Jadi Dan Hidupan Liar

Negara kita kaya dengan pelbagai jenis tumbuh-tumuhan semula jadi yang indah. Ke mana-mana sahaja kita pergi,
kita dapat melihat pokok-pokok yang menghijau. Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar ini
merupakan khazanah negara yang harus keta banggakan.
Iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun telah menggalakkan pertumbuhan pelbagai jenis tumbuh-
tumbuhan semula jadi. Tumbuh-tumbuhan semula jadi di negara kita ialah hutan hujan tropika, hutan paya, hutan
pantai dan hutan gunung. Contoh-contoh tumbuhan ialah pokok kayu keras, pokok renek, pokok menjalar, pokok
memanjat, dan pokok palma.
Hutan Malaysia mempunyai kira-kira 15000 species pokok-pokok yang mengeluarkan bunga, 4200 species pohoh-
pohoh kayu, 1500 species orkid, 500 jenis pohon palma, dan 800 species paku pakis serta tumbuh-tumbuhan
peringkat rendah. Terdapat pelbagai jenis hidupan liar di Malaysia, misalnya kira-kira 280 species mamalia, 730
species serangga.

TABURAN TUMBUHAN SEMULA JADI DI MALAYSIA


1) Hutan Hujan Tropika (Hutan Hujan Khatulistiwa)

Hutan hujan tropika adalah jenis hutan yang paling luas di Malaysia, iaitu meliputi kira-kira 60% daripada kawasan di
Semenanjung Malaysia, dan kira-kira 75 % di Sabah dan Sarawak. Hutan ini biasanya terdapat di kawasan yang
tingginya tidak melebihi 1000 meter.

Ciri-ciri utama Hutan Khatulistiwa ialah :

Pokoknya tumbuh lurus, tegak dan berakar banir
Hutan malar hijau
Pokok-pokok tumbuh dengan rapat
Tumbuh-tumbuhan bawah jarang

Hutan Khatulistiwa biasanya tumbuh berlapis-lapis, iaitu:

Kepentingan Hutan Hujan Tropika
Sumber kayu keras untuk kegiatan pembalakan seperti cengal, merbau, meranti, seraya dan keruing.
Sumber hasil hutan seperti damar, rotan dan herba.
Habitat dan perlindungan kepada hidupan liar dan pelbagai jenis tumbuhan.
Menggalakkan kegiatan pelancongan dan rekreasi seperti di Taman Negara Pahang, Lembah Belum dan lain-lain.
Kawasan tadahan hujan.
Menyejukkan dan menyamankan udara. Menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen

2) Hutan Paya Air Masin

Ciri-ciri Utama
Terdapat di kawasan pinggir pantai laut yang berlumpur ,terlindung daripada pukulan ombak dan sering mengalami
air pasang dan surut.
Mempunyai akar didalam lumpur untuk membantu proses pernafasan dan menyokong pokok daripada tumbang.
Jenis Tumbuhan
Pokok Bakau, Gedabu, Perepat, Api-api, Berus atau Tumu, Berembang
Kawasan
Sekitar muara Sungai Perak Dan Sungai Bernam
Kawasan Pinggir laut Johor, Pahang dan Melaka
Sekitar muara Sungai Rajang dan Sungai Baram (Sarawak)
Kawasan pinggir laut pantai barat Sarawak. Kawasan pantai timur Sabah
Keluasan
Hutan bakau meliputi 95% kawasan pinggir laut pantai barat Semenanjung
Hidupan Air
Ikan, ketam, kerang, udang, sotong. lokan dan siput

3) Hutan Pantai




Ciri-ciri Utama
Tumbuh di kawasan pinggir laut yang rendah, berpasir, bersaliran baik dan terdedah kepada tiupan angin dari laut.
Jenis Tumbuhan

Pokok-pokok yang biasanya tumbuh di kawasan ini ialah pokok ru, pokok kelapa, mengkuang laut, pokok renek,
tapak kuda, rumput lari-lari, ketapang, kelat jambu air, bebaru, jemerlang laut, bintangor laut dan semak-samun.

Kawasan

Hutan pantai terdapat di kawasan berpasir seperti di:
Pantai Cahaya Bulan (Kelantan),
Pantai Tanjung Rhu (Pulau Langkawi)
Pantai Desaru (Johor)
Pantai Batu Feringgi (Pulau Pinang)
Pantai Pulau Talang-talang (Sarawak)
Pantai Pulau Sipadan (Saba
Kepentingan hutan pantai
Kayu daripada pokok ru biasanya digunakan untuk membuat perahu, kelong dan kayu api.
Daun mengkuang digunakan untuk membuat tikar dan bakul.
Kawasan rekreasi dan pelancongan

4) Hutan Gunung



Ciri-ciri Utama
Hutan gunung terdapat di kawasan yang ketinggiannya melebihi 1 200 meter dari aras laut
Tumbuh dengan subur di kawasan tanah laterit.
Pokok-pokok semakin jarang apabila tanah semakin tinggi

Jenis Tumbuhan (Flora)

Jenis Tumbuhan di hutan gunung berbeza mengikut ketinggian :
Ketinggian 1 200 - 1 800 meter (Terdapat hutan montane bawah atau dikenali juga hutan daun luruh (oak dan laurel),
tumbuhan epifit (orkid, paku langsuyar)
Ketinggian 1 800 - 2 900 meter (Terdapat hutan montane atas atau dikenali juga hutan poko tirus (pain, sprus, gelam
gunung), epifit (liken, lumut), Rafflesia, periuk kera, pokok rhododendron)
Ketinggian 2 900 - 3 500 meter (Tumbuhan hampir alpain iaitu pokok kerdil dan rumput, pokok renek konifer, rumput
jenis Low's Buttercup, Bornean eyebright, red sanicle dan periuk kera)) Ketinggian melebihi 3 500 meter (pokok
renek, paku-pakis, lumut)


Jenis Hidupan (Fauna)

Jenis fauna yang hidup di hutan gunung berbeza-beza juga mengikut ketinggian:
Di hutan montane bawah : Terdapat harimau dahan, kucing batu, ungka, binturong, musang, katak, burung dan
serangga).
Di hutan montane atas : Terdapat beruang, ferretbadger, tikus, burung dan serangga)
Kawasan
Gunung Kinabalu (Sabah)
Banjaran Crocker
Banjaran Titiwangsa
Pergunungan Iran
Banjaran Tama Abu
Banjaran Tahan, Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron (Pahang) Gunung Jerai (Kedah)

You might also like