You are on page 1of 3

Hujan pantai.

Hutan pantai tumbuh subur di kawasan pantai yang


berpasir. Hutan ini banyak terdapat di kawasan : a)
sepanjang Pantai Cahaya di Kelantan; b) Pantai Tanjung
Rhu di Pulau Langkawi; c) Desaru di Johor; d) Batu
Feringgi di Pulau Pinang; e) Pulau Talang-Talang di
Sarawak.

PANTAI DESARU

Ciri-ciri utama tumbuhan hutan ini adalah:

a)pokok-pokoknya mempunyai ketinggian yang berbeza;


b) mempunyai rimbunan daun yang tebal dan lebar;
c) daun bebrbentuk silinder seperti pokok rhu;
d) batang pokok lurus dan tinggi seperti pokok rhu
e) kulit batang pokok kasar dan mempunyai rekahan cetek seperti pokok
rhu, kelat jambu laut dan pokok dungun;
f) akar yang merebak dan menjalar jauh kedalam tanah seperti pokok
tapak kuda;
g) tumbuhan semula jadi berbeza mengikut jarak dari laut.
Hutan Paya Air Tawar
Hutan paya air tawar terdapat di kawasan pedalaman yang bersaliran
buruk (bertakung air). Kawasan ini sering ditenggelami air khususnya
air sungai dan tasik. Pokok-pokok tumbuh diatas tanih aluvium, tanih
gambut dan tanih liat. Hutan paya air tawar terdapat di kawasan : 

a) di sekitar Tasik Chini dan Tasik Bera;


b) kawasan tenggara Pahang;
c) Delta Rajang di Sarawak;
d) sebahagian Sabak Bernam di Selangor.

Hutan ini adalah malar hijau. Contoh pokok di hutan ini ialah:
a) Semenanjung Malaysia: mengkuang, mersawa paya, meranti
paya dan kempas;
b) Sarawak: pokok sepetir paya, ramin, jongkong, semayur dan
kapur paya;
c) tumbuhan semulajadi lain: pokok nipah, gelam, punah,
palma dan keladi air.

pokok mengkuang

Ciri pokok hutan ini:


a) pokok kayu keras yang tumbuh bercampur aduk;
b) batang besar, lurus dan tinggi;
c) pokok tumbuh rapat-rapat dan tidak mempunyai dahan di bahagian bawahnya;
d) pokok mempunyai akar yang sesuai tumbuh dalam keadaan air yang bertakung.
e)hutan ini mempunyai tiga lapisan iaitu kanopi,lapisan tengah dan lapisan pokok renek

You might also like