You are on page 1of 1

Tumbuhan mempunyai pelbagai penyesuaian untuk hidup di kawasan cuaca yang

melampau. Cuaca melampau di sini membawa maksud terlalu panas, terlalu sejuk
ataupun kawasan berangin.
spesis pokok pisang. Penyesuaian pada dirinya ialah ianya mempunyai permukaan daun
yang berlilin. Pucuknya pula bergulung bagi mengurangkan kadar kehilangan air.
Spesis seterusnya ialah pokok kaktus. Ianya mempunyai batang yang boleh
menyimpan air, akar yang panjang untuk mencari air dan daun berbentuk duri.
Spesis seterusnya ialah pokok kelapa. Ianya mempunyai batang yang boleh melentur
(tidak mudah patah)dan daun yang terbelah-belah bagi membolehkan angin
melaluinya.
Pokok getah pula meluruhkan daunnya bagi mengelakkan kadar kehilangan air yang
tinggi pada cuaca panas.
Pokok konifer pula berbentuk kon bagi membolehkan salji meluncur jatuh ke bawah.
Ianya juga mempunyai daun terbelah-belah bagi membolehkan angin melaluinya.

You might also like