You are on page 1of 37

BAJA KOMPOS

DEFINISI KOMPOS

KOMPOS adalah bahan yang kaya dengan nutrien atau humus hasil daripada proses pereputan dan penguraian bahan organik oleh organisma tertentu.

Baja kompos adalah sebagai alternatif untuk membuat sampah yang mesra alam di rumah-rumah dan sekolah serta dijadikan baja untuk tanaman. Dalam bidang pertanian, baja kompos adalah teknik penyediaan media tanaman untuk meningkatkan kualiti tanaman dan kesuburan tanah tetapi masih mengekalkan kelestarian alam semulajadi.

TUJUAN PENGHASILAN BAJA KOMPOS

MENGURANGKAN SAMPAH,

MENGGUNAKAN SEMULA SAMPAH,


MENGITARSEMULA SAMPAH, MEMBAIK PULIH SAMPAH!

REDUCE REUSE RECYCLE RECOVERY

FUNGSI BAJA KOMPOS


Meningkatkan dan mempertahankan kesuburan tanah dengan memperbaiki sifat kimia, sifat fizik dan sifat biologi tanah. Menggembur dan menambah bahan organik ke dalam tanah. Meningkatkan daya serapan air dan mineral dalam tanah Membekalkan sumber makanan kepada mikroorganisma dalam tanah bagi membolehkan mikroorganisma bergerak lebih aktif.

Membolehkan tanah mempunyai pH yang sesuai untuk tanaman. Membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dengan menukarkan sampah sarap kepada bahan yang lebih berguna. Boleh menjadi medium semaian biji benih tanaman Air kompos boleh dijadikan baja foliar (baja untuk tumbuhan yang berdaun) dan disembur terus pada tanaman.

KEPERLUAN ASAS MEMBUAT BAJA KOMPOS

KARBON Karbon (C) sebagai sumber tenaga untuk aktiviti mikrob yang akan menghasilkan haba. Contoh bahan sumber Karbon ialah jerami padi, habuk papan, daun tebu, batang kekacang, batang keledek, daun kering, batang jagung yang dicincang, empulur jagung, hancuran kertas dan lain-lain.

Contoh: Sekam Padi

NITROGEN
Nitrogen (N) diperlukan untuk pertumbuhan dan pembiakan mikroorganisme yang terlibat. Contoh sumber Nitrogen ialah bahan tanaman yang masih segar seperti daun pangkasan yang masih hijau, kulit buah-buahan, sisa serbuk teh, kopi, sisa ternakan, sisa tulang, kulit telur dan sisa sayuran.

Contoh: Sisa Ternakan Kambing

OKSIGEN
Oksigen perlu untuk pengoksidaan Karbon oleh mikroorganisme.

AIR
Air diperlukan untuk mengekalkan kelembapan bahan kompos supaya aktiviti mikrob tidak terganggu. Antara 60 dan 70 peratus kelembapan adalah yang paling sesuai untuk aktiviti mikrob.

ORGANISMA
Mikroorganisma berfungsi dalam mengawal dan menentukan sesuatu tanah itu samaada ke arah kebaikan(regeneration) ataupun keburukan(degeneration) yang boleh mengakibatkan ketidaksuburan dan penyakit.

SEMULA JADI Cacing, kulat, bakteria semulajadi, kumbang dan sebagainya.

kegunaan cacing ialah sebagai ejen penguraibahan buangan untuk dijadikan baja organik dan pemusnah sampah organik.

KEPENTINGAN BAKTERIA KEPADA TUMBUHAN


Nitrogen Fixation (Pengikat Nitrogen) Bakteria ini menukarkan nitrogen di permukaan luar kepada bentuk yang lebih ringkas yang memudahkan akar pokok mudah menyerap nutrient tersebut. Contoh bakteria ialah Rhizobium. Bakteria berfungsi sebagai pengurai bahan organik.

BANTUAN MANUSIA Tambah effective microorganism

EFFECTIVE MICROORGANISM (BAKTERIA BERFAEDAH)


EM akan mengeluarkan hasil tindakbalas seperti penghasilan haba,tenaga,asid amino,air,oksigen,karbondioksida yang mempunyai pengaruh yang baik kepada tanaman melalui proses penapaian dan penguraian. EM juga akan menghalang pembentukan tindakbalas kimia daripada bakteria tak berfaedah.

Konsep EM iaitu kumpulan kultur bakteria yang berfaedah, digunakan untuk tujuan mengawal persekitaran bagi mengoptimumkan hasil,menghalang penyakit dengan merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/tak berfaedah, meningkatkan kecekapan pengambilan bahan organik.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN EM?


mempercepatkan proses penguraian baja kompos daripada 2 bulan kepada hanya 2 minggu. Didapati daripada pembuatan secara sendiri daripada pencampuran sisa perut lembu, air gula dan sebagainya.

KAPUR
Contoh kapur yang boleh digunakan ialah Calcium Carbonate. Tujuan penggunaan kapur ialah untuk mengurangkan keasidan baja yang boleh merosakan tanah dan tanaman. Selain itu ianya membekalkan nutrient lain kepada pokok. Selain itu juga ia boleh menambah haba kepada campuran organik tersebut jadi ia mempercepatkan proses penguraian organik oleh organisma seperti bakteria.

Contoh: Kapur Pertanian

SUHU
Suhu yang bersesuaian untuk penghasilan baja kompos ialah antara 50 C hingga 70 C Suhu ini amat bersesuaian bagi proses penguraian bahan organik tersebut.

CONTOH KAEDAH MEMBUAT BAJA KOMPOS MUDAH


Pertamanya, kita hendaklah membuat tempat untuk pembuatan dan penyimpanan baja kompos.

Kaedah yang disyorkan adalah seperti menggunakan kayu atau papan untuk dibentuk segi empat tepat dengan ukuran 3m panjang, 1.5m lebar, 1m dalam.

Kayu tersebut hendaklah senang dibuka untuk proses mengaup balikkan bahan organik yang telah dicampur. Seterusnya kita boleh menggunakan tong sampah atau baldi yang sudah rosak dan sudah lama tidak digunakan. Potong bahagian tapak dan buat lapisan bahan organik di dalam tong.

Kawasan pembuatan hendaklah jauh daripada kawasan yang berumput untuk mengelakkan rumpai mengambil nutrient daripada baja kompos yang telah terhasil. Perparitan juga penting untuk mengeluarkan air hujan yang berlebihan. Tadah air hujan kerana menjimatkan pemberian air kepada baja kompos tersebut.

Letakkan paip PVC yang sudah dilubangkan di bahagian tengah untuk memudahkan pengaliran udara. Letakkan bahan-bahan kering seperti daun kering yang telah dicincang pada permukaan yang pertama. Selepas itu letakkan lebihan makanan.
Jangan gunakan lebihan makanan yang berlemak kerana ia melambatkan proses pereputan. Elakkan daripada menggunakan kulit buah yang berasid seperti kulit limau pada baja kompos kerana baja kompos akan terlalu berasid dan ia boleh merosakkan pertumbuhan pokok.

Letakkan najis haiwan di lapisan yang seterusnya. Seterusnya pula letakkan satu lapisan tanah yang subur. Pada atas permukaan tanah taburkan kapur dan baja nitrogen. Fungsi menabur baja nitrogen ialah dapat menampung dan memberi nutrient yang cukup kepada pokok tersebut.

Ulangi langkah tadi sehingga tempat pembuatan kompos cukup penuh dan mampat.Kawalan kelembapan air. Jangan letak terlalu banyak air dan janganletak terlalu sedikit air. Jika cuaca terlalu kering, mikroorganisma akan mati, maka baja kompos tidak dapat dihasilkan.
Manakala jika kompos terlalu lembap, kompos akan menjadi busuk. Justeru kelembapan yang sesuai antara 50% hingga 60 %sahaja.

Tutup bahan-bahan yang telah disusun tadi. Kaup balikkan kompos. Setelah diperam selama 2 bulan sehingga 3 bulan kompos sudah boleh digunakan.

KAEDAH MENGGUNAKAN baja kompos


Jangan taburkan baja terus di atas pangkal pokok untuk mengelakkan air hujan mengalirkan baja jauh daripada pokok. Kaedah yang bersesuaian untuk menggunakan baja ini ialah, gemburkan tanah dan campurkan baja dengan tanah yang telah digembur tadi pada pangkal pokok. Kemudian siram air pada pangkal pokok tersebut.

Baja boleh ditabur 2 minggu sekali. Baja juga boleh ditabur seminggu sebelum tanaman ditanam. Baja kimia juga digunakan tetapi di dalam kuantiti yang sedikit bagi menampung kekurangan nutrient yang diberi oleh baja kompos kepada pokok.

TERIMA KASIH.

You might also like