Professional Documents
Culture Documents
KM 5, JALAN MUAR,
SEGMAT, KOD SEKOLAH : JBA 7016
85000 SEGAMAT. NO. TEL/FAX : 07-9310740
______________________________________________________________________________
Bil. Ruj. Tuan :
Bil. Ruj. Kami : JBA 7016;31/100-4/4/1
Tarikh : 11 Oktober 2017
Kepada,
Ketua Balai Polis Segamat,
Balai Polis Segamat
Polis Diraja Malaysia
85000, Segamat, Johor
Tuan ,
Salam hormat, sukacita dimaklumkan bahawa pihak SK Gemereh akan mengadakan program
seperti tersebut di atas.
2. Untuk makluman tuan program tersebut akan diadakan seperti butiran dibawah:
3. Sehubungan itu , diminta kerjasama pihak tuan agar dapat membantu sekiranya terdapat sebarang
kesulitan yang terjadi sepanjang program tersebut dijalankan.
........................................................
HASSAN BIN AMAT
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Sk Gemereh, Segamat, Johor
SEKOLAH KEBANGSAAN GEMEREH,
KM 5, JALAN MUAR,
SEGMAT, KOD SEKOLAH : JBA 7016
85000 SEGAMAT. NO. TEL/FAX : 07-9310740
______________________________________________________________________________
Bil. Ruj. Tuan :
Bil. Ruj. Kami : JBA 7016;31/100-4/4/1
Tarikh : 11 Oktober 2017
Kepada,
Ketua Jabatan,
Hospital Segamat
KM 6, Jalan Genuang,
85000 Segamat,
Johor, Malaysia.
Tuan ,
Salam hormat, sukacita dimaklumkan bahawa pihak SK Gemereh akan mengadakan program
seperti tersebut di atas.
2. Untuk makluman tuan program tersebut akan diadakan seperti butiran dibawah:
3. Sehubungan itu , diminta kerjasama pihak tuan agar dapat membantu sekiranya terdapat sebarang
kesulitan atau kecemasan yang terjadi sepanjang program tersebut dijalankan.
...............................................
HASSAN BIN AMAT
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Sk Gemereh, Segamat, Johor.
SEKOLAH KEBANGSAAN GEMEREH,
KM 5, JALAN MUAR,
SEGMAT, KOD SEKOLAH : JBA 7016
85000 SEGAMAT. NO. TEL/FAX : 07-9310740
______________________________________________________________________________
Bil. Ruj. Tuan :
Bil. Ruj. Kami : JBA 7016;31/100-4/4/1
Tarikh : 11 Oktober 2017
Kepada,
Puan Hafizah Binti Yaakob,
YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru,
SK Gemereh
puan ,
Salam hormat, dengan sukacitnya pihak sekolah menjemput puan untuk menghadiri majlis
makan malam dan Kebudayaan sempena perkhemahan Unit Beruniform sekolah SK Gemereh
dan seterusnya merasmikan penutupan.
2. Untuk makluman puan, majlis tersebut akan diadakan pada tarikh dan tempatseperti yang
berikut :
3 Oleh yang demikian, pihak sekolah berharap puan dapat hadir bersama bagi memeriahkan majlis
makan malam ini . Pihak sekolah terlebih dahulu ingin mengucapkan ribuaan terima kasih segala jasa
baik puan.
...............................................
HASSAN BIN AMAT
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Sk Gemereh, Segamat, Johor.
SEKOLAH KEBANGSAAN GEMEREH,
KM 5, JALAN MUAR,
SEGMAT, KOD SEKOLAH : JBA 7016
85000 SEGAMAT. NO. TEL/FAX : 07-9310740
______________________________________________________________________________
Bil. Ruj. Tuan :
Bil. Ruj. Kami : JBA 7016;31/100-4/4/1
Tarikh : 11 Oktober 2017
Kepada,
Ketua Balai Polis Segamat,
Balai Polis Segamat
Polis Diraja Malaysia
85000, Segamat, Johor
Tuan ,
Salam hormat, dengan sukacitnya pihak sekolah menjemput Sarjan Hasnah Binti Abdul Rahman
untuk menghadiri majlis makan malam dan Kebudayaan sempena perkhemahan Unit Beruniform
sekolah SK Gemereh.
2. Untuk makluman tuan, majlis tersebut akan diadakan pada tarikh dan tempatseperti yang
berikut :
Tarikh : 12 Oktober 2017
Hari : Khamis
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan terbuka SK Gemereh
3 Oleh yang demikian, pihak sekolah berharap puan dapat hadir bersama bagi memeriahkan majlis
makan malam ini dengan lancar . Pihak sekolah terlebih dahulu ingin mengucapkan ribuaan terima kasih
segala jasa baik puan.
...............................................
HASSAN BIN AMAT
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Sk Gemereh, Segamat, Johor.
Aspek Keselamatan dalam PJK dan Sukan
Terdapat tujuh perkara yang perlu diberi perhatian untuk keselamatan sebelum menjalani PJK, aktiviti
rekreasi dan latihan sukan.
1. melakukan aktiviti memanaskan badan, regangan otot dan kelonggaran sendi sebelum melakukan
aktiviti yang lebih berat dan lakukan aktiviti menyejukkan badan selepas latihan.
2. latihan bersistematik. latihan perlu dirancang dan ditentukan terlebuh dahulu sebelum
melaksanakannya. jangan sesekali melakukan aktiviti yang tidak diketahui faedah dan akibatnya.
3. kenal pasti kecergasan diri. setiap individu mempunyai tahap kecergasan yang berbeza. tetapkan
objektif latihan mengikut kecergasan diri masing-masing.
4. kenal pasti kemampuan diri. lakukan aktiviti mengikut tahan kemampuan masing-masing. jangan
memaksa diri melakukan aktiviti melebihi had keupayaan masing-masing.
5. persekitaran dan tempat aktiviti yang sesuai. pastikan persekitaran tempat yang selamat. salamat
untuk diri sendiri dan orang lain.
6. kemudahan peralatan. pastikan anda mempunyai peralatan yang sesuai untuk melakukan aktiviti.
alatan termasuklah juga pakaian yang sesuai untuk aktiviti.
7. perlakuan yang betul. jangan melakukan aktiviti dengan cara yang salah. ini akan membahayakan diri
anda.
PENGENALAN
Aktiviti ko-kurikulum merupakan sebarang aktiviti yang dijalankan di luar kelas yang tidak melibatkan waktu pembelajaran.
RASIONAL
Pihak Sekolah bertanggungjawab menyediakan iklim sekolah yang selamat semasa aktiviti kokurikulum dijalankan.
Warga sekolah terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal dan semasa penggunaan peralatan sukan.
Menyedari keperluan pengawasan yang rapi sepanjang aktiviti dijalankan.
OBJEKTIF
Memastikan kegiatan ini bergerak selaras dengan matlamat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mengelakkan berlakunya kemalangan semasa kokurikulum dijalankan.
Mendisiplin diri dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum.
Memastikan pengurusan peralatan dan diri pelajar mengikut tatacara yang disediakan.
PERANAN MURID
Memberikan kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti
kokurikulum melalui:
a. Poster
b. Perhimpunan Mingguan
c. Ceramah
d. Bengkel
e. Pengajaran dan Pembelajaran dalam klelas
f. Edaran
Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan.
Merekod semua aduan bagi sebarang insiden atau mereka yang disyaki mempunyai niat jahat.
Memaklum kepada ibubapa dan pihak berkenaan.
Memanfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Permaufakatan, Jawatankuasa Keselamatan dan PIBG dalam merancang langkah
keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti ko-kurikulum.
Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam aktiviti ko-kurikulum.
POLISI
Memastikan warga sekolah adalah tertakluk kepada Peraturan Polisi Keselamatan Kegiatan Kokurikulum.
Pegawai yang bertugas semasa aktiviti kokurikulum dijalankan adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua
polisi, peraturan dan langkah-langkah keselamatan diikuti sepenuhnya.
Segala kemalangan yang berlaku harus disusuli dengan tindakan segera mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, laporan mesti dibuat kepada pegawai atau sekolah.
Semua pelajar akan dilindungi melalui Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok ( rujukan:Surat Pekeliling Ikhtisas Bil:
3/1995 )
Polisi keselamatan kegiatan kokurikulum adalah diketahui oleh semua warga sekolah melalui usaha penyebaran maklumat dan
taklimat rasmi.
Semua warga sekolah adalah tertakluk kepada polisi ini.
Semua warga sekolah yang menjalankan kegiatan sukan, permainan, kelab dan unit beruniform haruslah bertanggungjawab ke
atas:
1.1 Tatacara Am
Keselamatan diri sama ada kegiatan tersebut dijalankan di dalam atau diluar kawasan sekolah.
Keselamatan alatan kelengkapan dan kemudahan.
Keselamatan fizikal.
Keselamatan emosi.
Keselamatan sosial.
3. Peralatan Sukan.
( Rujuk Saurat Perkeliling Ikhtisas Bil: 9/2000 )
Pihak Pentadbir, Jurulatih dan Guru Penasihat bertanggungjawab ke atas :
Melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan pada peralatan yang digunakan.
Sentiasa berwaspada menggunakan peralatan.
6. Cuaca / Musim
( Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/2000 )
Semua warga sekolah bertanggungjawab ke atas:
1.1 Tatacara Am
Peralatan sukan mestilah mempunyai jaminan ( Warranty )
Peralatan sukan mestilah mempunyai kelulusan piawai dan pengiktirafan daripada undang-undang persatuan sukan.
Peralatan yang sudah tamat tarikh luput hendaklah dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan.
KEGIATAN LUAR.
1.1 PENDAHULUAN.
Kegiatan luar ialah aktiviti yang dijalankan di luar daripada kawasan sekolah dan/atau melibatkan agensi luar untuk
mengadakan lawatan atau perkhemahan.
1.2 RASIONAL
Kegiatan luar adalah perlu dijalankan oleh pihak sekolah untuk mendedahkan ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi di
dalam bilik darjah kepada murid.
Mengubah sausana pembelajaran supaya murid lebih berminat untuk terus belajar.
1.3 OBJEKTIF
Mengadakan lawatan yang berfaedah untuk murid.
Mengikut tatacara keselamatan yang disediakan apabila menjalankan aktiviti luar.
Mengelakkan berlakunya kemalangan apabila menjalankan aktiviti luar dengan mengambil kira aspek keselamatan.
Kawasan berair seperti sungai, laut, lombong, tasik, loji penapisan air, empangan, bakau dan lain-lain.
Berkumpul dalam kumpulan dan tunggu arahan guru.
Dilarang membuat aktiviti di air tanpa kehadiran guru/pegawai bertugas / penyelamat kelemasan.
Mesti gunakan jaket keselamatan bagi semua aktiviti di air.
Dapatkan kebenaran guru untuk sebarang aktiviti.
Jika terdapat sebarang bentuk kecemasan seperti lemas, menjeritlah meminta tolong.
Jangan cuba memberi pertolongan cemas kecuali jika anda mempunyai kelayakan menyelamat di air.
Laporkan segera kepada guru/pegawai bertugas/penyelamat kecemasan.