You are on page 1of 2

Aktiviti Pertanian

- Aktiviti pertanian melibatkan penerokaan hutan dan tanah.


- Aktiviti pertanian yang tidak dirancang seperti aktiviti pertanian
pindah bukan sahaja menyebabkan kepupusan hutan tetapi juga
menyebabkan permukaan tanah

Kesan Sektor Pertanian terhadap alam sekitar dan langkah mengatasinya

KEGIATAN KESAN LANGKAH
Penggunaan baja kimia, racun
serangga dan racun rumpai
~Tanah berasid
~Pencemaran air
~Hidupan akuatik terancam
~Pendidikan kepada petani
~Pertanian hidroponik
Penanaman getah, kelapa
sawit,sayuran dan bunga dilereng-
lereng bukit
~Gerakan jisim (kesotan tanih,
aliran lumpur dan tanah runtuh
~Hakisan tanah
~Sungai berkelodak dan keruh
~Pembinaan teres
~Tanaman tutup bumi
~Tanaman mengikut kontur
Pertanian sejenis
(monoculture) ~ penanaman padi,
getah dan kelapa sawit
~Kemiskinan tanah (tanah tiada
nutrien)
~Pertanian campur
~Giliran tanaman
~Tanaman tutup bumi

2. KESAN PENEBANGAN HUTAN
Kepupusan pelbagai spesis tumbuhan seperti meranti, jelutung, cengal dan keruing di hutan hujan tropika.
Gangguan terhadap ekosistem kawasan tersebut. Kepupusan pelbagai spesis hidupan liar seperti harimau,
seladang, tapir dan tenuk. Permukaan bumi gondol sekaligus meningkatkan hakisan tanih. Bahan hakisan mendap
di dasar sungai menyebabkan sungai menjadi cetek. Banjir boleh berlaku di kawasan tanah rendah kesan daripada
dasar sungai yang cetek. Meningkatkan suhu setempat kerana udara sekitarnya menjadi lebih panas. Menjejaskan
kawasan tadahan air menyebabkan bekalan air berkurangan.

3. KESAN KEGIATAN PERTANIAN
Penggunaan racun serangga, racun rumpai dan baja kimia yang berlebihan mencemar tanah. Racun serangga yang
digunakan akan meninggalkan bahan toksik tidak larut dalam air seperti zink dan plumbum menyebabkan bahan
asid terkumpul di dalam tanah. Pencemaran tanah mengancam manusia, ternakan dan hidupan akuatik.
Penebangan hutan untuk membuka ladang mendedahkan permukaan bumi kepada hakisan tanah. Kegiatan
pertanian pindah telah memusnahkan sumber hutan yang berharga. Kegiatan pertanian satu jenis tanaman juga
telah mengurangkan kesuburan tanah.

You might also like