You are on page 1of 16

KEKURANGAN

BEKALAN AIR
Punca kekurangan bekalan air
• Peningkatan suhu global - peningkatan suhu di seluruh
dunia menyebabkan kehilangan air hasil proses dan
kadar penyejatan yang tinggi.

• Pencemaran - pencemaran akibat pembuangan sisa


toksik, sampah sarap dan sebagainya ke sungai dan
sumber air yang lain.

• Simpanan air bawah tanah semakin berkurangan -


akibat kegiatan pembalakan yang menjejaskan kawasan
tadahan. Pembangunan pesat menyebabkan air hujan
tidak serap ke dalam tanah sebaliknya terus mengalir ke
sungai.
Kesan Kekurangan Bekalan Air
• Menjejaskan kesihatan - penyakit akibat meminum air yang
tercemar seperti taun. Masalah kekurangan air dalam badan
'dehydration kerana kekurangan air bersih untuk diminum.

• Krisis tanah dan air - kekurangan air menjejaskan kualiti tanah.


Hakisan, pemendapan, dan kehilangan hutan menyebabkan
peningkatan susutan tanah dan menyebabkan kesan buruk
terhadap ekosistem

• Kepupusan flora dan fauna - flora dan fauna akan mati akibat
kekurangan sumber air. Ekosistem akuatik terganggu dan sumber
kehidupan air terancam. Di dalam keadaan tertentu, ekosistem
akuatik juga mendapat kesan dari projek pembangunan pertanian
sumber air seperti empangan, lencongan sungai, skim pemasangan
dan penyaliran air.
Langkah meningkatkan bekalan air bersih

• Membina loji rawatan air - memproses air sungai, tasik


menjadi sumber air bersih.

• R & D - membantu penciptaan alatan moden bagi merawat air


buangan.

• Menyediakan kawasan tadahan air - melarang kegiatan penebangan


pokok di kawasan tadahan air.

• Mengawal pembuagan sisa kimia dan toksik - sisa buangan kimia


dari aktiviti pertanian dan industri diurus secara sistematik.

• 'Kempen Cintailah Sungai' dan 'Minggu Gotong Royong' seluruh


negara dan pembinaan perangkap sampah sarap bersesuaian di
tempat strategik di sungai, parit dan longkang.
• Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan sebanyak 1.1 bilion
masyarakat dunia kini berhadapan dengan masalah mendapatkan
bekalan air bersih. Isu ini merupakan sebahagian besar daripada krisis
air global yang semakin meruncing dan mengancam kesihatan
manusia.

• Krisis air bukan sahaja melanda negara – negara miskin dan


membangun malahan turut merebak dikalangan negara – negara
maju.

• Krisis air global boleh difahami sebagai isu berkaitan sumber air
mentah untuk kegunaan masyarakat serata dunia setiap hari.

• Sejak bermulanya abad ke20 penduduk dunia telah meningkat


sebanyak tiga kali ganda diikuti dengan pertambahan permintaan air
untuk kegunaan domestik, pertanian dan perindustrian. Ini sekaligus
telah mencetuskan polemik yang berterusan diseluruh dunia
mengenai keperluan air.
• Kebimbangan ini juga telah dizahirkan melalui pelbagai wacana
dan forum antarabangsa seperti World Water Forum yang
dianjurkan oleh Majlis Air Sedunia (WWC). Forum ini telah
berlangsung sebanyak 4 kali bermula pada tahun 1997 hingga
tahun 2006 dan bakal dilaksanakan lagi pada mac 2009 di
Instabul, Turki dengan tema “Bridging Divides for Water”.

• Forum ini diadakan bertujuan untuk menghimpunkan


cendikiawan, golongan pengubal dasar dan aktivis alam sekitar
bagi menentukan hala tuju pengurusan sumber air dunia.

• Beberapa majalah antarabangsa seperti National Geographic,


TIMES dan Newsweek turut memaparkan krisis air yang berlaku
diserata dunia terutama sekali negara – negara di wilayah Afrika.
Krisis air global tidak sahaja memberi kesan terhadap negara –
negara mundur malahan juga telah menjangkiti negara – negara
besar seperti Amerika Syarikat dan Eropah.
• Para aktivis alam sekitar dunia turut menyatakan
kebimbangan mereka dalam karya penulisan buku dan
laporan antarabangsa.

• Antara buku yang dikira paling berjaya membicarakan


mengenai krisis air global adalah The World Water yang
kini telah memasuki edisi kelima.

• Dalam edisi terbaru ia membicarakan beberapa tema


kontemporari tentang krisis air antaranya, ‘air dan
keganasan’, ‘pertikaian antarabangsa mengenai air’ dan
‘keadilan alam sekitar untuk air’. Buku Blue Convenant
tulisan Medow Barlow seorang akitivis alam sekitar
Kanada, pula memfokuskan mengenai konflik air sejagat
yang semakin menyengsarakan kehidupan manusia dan
alam sekitar.
Isu-isu berkaitan dengan isu air
global
• Isu yang pertama, kekurangan akses bekalan air bersih didunia untuk
kehidupan manusia dimana penduduk dinegara miskin seperti
Zimbabwe, Sudan, Ghana dan Cuba paling teruk dibelenggu masalah
bekalan air bersih.

• Hal ini telah menimbulkan masalah kesihatan terhadap penduduk


kerana terpaksa menggunakan air tercemar untuk tujuan sanitasi dan
minuman.

• Negara Ghana misalnya menghadapi masalah pengurusan sanitasi


dimana lebih kurang 20 peratus rakyatnya menggunakan sistem
sanitasi terbuka. Ini sudah tentu menyumbang terhadap masalah
jangkitan penyakit melalui air. WHO melaporkan sebanyak 3900 kanak
– kanak mati setiap hari dinegara – negara miskin disebabkan oleh
penyakit bawaan air. Anak – anak kecil yang baru dilahirkan terpaksa
menderita kekurangan zat dan minuman air bersih untuk pembesaran.
• Isu kedua adalah pencemaran sumber air. Laporan PBB
pada tahun 2003 menyatakan sebanyak 12,000 meter
padu air telah dicemari bersamaan dengan jumlah isipadu
10 sungai terbesar didunia pada masa ini.

• Seandainya pencemaran terus meningkat bersama


dengan peningkatan populasi adalah dijangkakan dunia
akan kehilangan sebanyak 18,000 meter padu sumber air
bersih menjelang tahun 2050. Sumber pencemaran air
bagi sesetengah wilayah didunia berbeza mengikut status
kemajuan sesebuah negara.

• Pencemaran air di negara miskin banyak berlaku


disebabkan oleh ketiadaan sistem sanitasi yang
sempurna. Bagi negara membangun sumber pencemaran
air adalah disebabkan oleh aktiviti pertanian, kumbahan,
perindustrian dan juga projek pembinaan infrastruktur.
• Bagi negara maju pencemaran air banyak berlaku disebabkan oleh
aktiviti perindustrian yang menghasilkan air buangan. Pada tahun
2003, Belgium dilaporkan sebagai negara yang paling teruk
menghadapi masalah pencemaran air sungai disebabkan oleh air
sisa industri dan kelemahan sistem sanitasi. Ini diikuti dengan
negara Moroco, India, Jordan, Sudan, Burundi dan Rawanda.

• Setiap tahun adalah dianggarkan sebanyak 300 hingga 500 juta tan
bahan buangan industri yang terdiri daripada bahan enapcemar
toksik, logam berat dan pelarut organik mencemari sumber –
sumber air di seluruh dunia.

• Kos rawatan air sungai untuk tujuan minuman semakin meningkat


saban tahun dan kerajaan dikebanyakan negara terpaksa
membelanjakan wang yang besar untuk rawatan. Di negara kita kos
bagi memulihkan setiap batang sungai dianggar memerlukan kos
antara RM100 juta hingga RM400 juta bergantung kepada panjang
sungai tersebut, bentuk pencemaran dan aspek pemulihannya.
• Kajian yang dibuat oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu
(PBB) menjangkakan pada tahun 2050 setiap seorang
daripada empat penduduk dunia tidak berpeluang
untuk menikmati air bersih untuk kehidupan.

• Laporan World Water Assessment Programme (WWAP)


pula menyatakan menjelang tahun 2020, secara
puratanya bekalan air untuk setiap penduduk dunia
akan berkurangan satu pertiga berbanding sekarang.
Fakta ini jelas membuktikan bahawa isu bekalan air
bakal menjadi krisis utama dunia pada masa hadapan.
• Isu ketiga ialah tentang konflik antara negara
mengenai sumber air.

• Di seluruh dunia terdapat lebih dari 215 buah sungai


yang dikongsi bersama dua atau lebih negara.

• Dalam tempoh lima puluh tahun yang lalu, sebanyak


200 perjanjian antara negara yang berkongsi sumber
air untuk projek pembinaan empangan dilaksanakan.
Selama ini dilaporkan sebanyak 507 konflik antara
negara berlaku. Hanya 37 yang melibatkan penindasan
yang mana 21 daripadanya melibatkan Israel dan
negara jirannya.
• Umumnya, konflik banyak berlaku disebabkan oleh
ketidaksefahaman dalam pengagihan sumber air,
penggunaan berlebihan sumber air dan projek pengalihan
aliran air sungai yang sekaligus menimbulkan kemarahan
antara negara yang terlibat.

• Bekas setiausaha ketenteraan Britain John Reid, dalam


sidang kemuncak perubahan iklim 2006 pernah
menyatakan kemungkinan akan berlakunya ‘perang air’ di
negara – negara yang berkongsi sumber air yang sama.

• Reid meramalkan konflik ketegangan antara negara akan


bertambah buruk apabila berlakunya perubahan iklim yang
akan mendorong terhadap pencairan ais di antartika,
pengontangan sungai akibat kemarau dan pencemaran air
sungai oleh sisa industri. Perubahan iklim dijangka akan
menyumbangkan sebanyak 20% masalah kekurangan
bekalan air menjelang tahun 2050.
• Beberapa contoh yang menunjukan konflik dan krisis air diantara
negara yang berkongsi sumber air banyak berlaku di negara –
negara timur tengah.

• Misalnya sungai Jordan yang menjadi perebutan krisis antara Israel,


Jordan dan Palestin. Turki dan Syria pula berkongsi sungai Euphrates
dimana turki merancang untuk membina empangan di sungai
Euphrates sehingga menyebabkan konflik diantara turki dan syria
pada tahun 1998.

• Krisis antara Amerika Syarika (AS) dan Kanada juga berlaku dalam
isu penguasaan Lembangan Great Lakes. Amerika menggunakan
pelbagai cara untuk menguasai kepentingan lembangan sungai
tersebut untuk bersaing dengan Kanada. Sempadan antara AS dan
Mexico pula menyaksikan konflik air turut berlaku . Dimana
beberapa syarikat koporat air di AS cuba menghalang amalan lama
petani Mexico mengubah aliran air dari Rio Garde sebelum
memasuki AS.
• Dalam konteks Malaysia, pengurusan sumber – sumber air tidak
sepatutnya diabaikan.Pada tahun 2006, laporan kualiti alam
sekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar
melaporkan bahawa sebanyak 18,956 sumber pencemaran
punca tetap dikenalpasti.

• Loji rawatan kumbahan adalah yang tertinggi iaitu sebanyak


47.79 %, industri pembuatan sebanyak 45.07%, ladang ternakan
sebanyak 4.58% dan industri berasaskan pertanian sebanyak
2.55%.

• Laporan itu juga menyatakan daripada 1064 stesen


pemantauan kualiti air sungai yang diletakan pada 146 buah
lembangan sungai di seluruh negara didapati 619 (58%) stesen
mencatatkan kelas bersih, sebanyak 359 (34%) stesen sedikit
tercemar dan 86 (8%) stesen dikenalpasti sebagai tercemar. Kita
juga pernah mengalami masalah kekurangan bekalan air di
sekitar lembah kelang pada tahun 1997.

You might also like