You are on page 1of 1

PIAGAM PELANGGAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan
memastikan:
1. Keputusan tawaran kemasukan murid ke institusi pendidikan selepas keputusan
peperiksaan awam diumumkan seperti keterangan berikut:
i.

Lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ke sekolah berasrama penuh


dimaklumkan dalam tempoh 27 hari bekerja, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA) 30 hari bekerja dan Sekolah Seni Malaysia 45 hari bekerja;

ii.

Lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) ke sekolah vokasional / teknik /


asrama penuh / SMKA dimaklumkan dalam tempoh 30 hari bekerja; dan

iii.

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Kolej Matrikulasi dimaklumkan dalam


tempoh 30 hari bekerja.

iv.

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Tingkatan Enam (6) dimaklumkan dalam
tempoh 30 hari bekerja.
1

Keputusan permohonan belajar semula/ pertukaran murid dimaklumkan dalam


tempoh 15 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.

Murid mendapat buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) pada hari
pertama sesi persekolahan bermula.

Keputusan penempatan dan pertukaran guru dimaklumkan selewat-lewatnya 15 hari


bekerja sebelum tarikh melapor diri.

Perakuan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan


Pendidikan (PPP) untuk laluan kenaikan pangkat secara hakiki dan cemerlang
diproses untuk dikemukakan ke Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan
Pelajaran dalam tempoh 60 hari bekerja dari tarikh perakuan lengkap diterima.

Surat tawaran biasiswa atau pinjaman kepada pegawai dalam perkhidmatan dan
mahasiswa dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas kelulusan pihak
berkuasa melulus.

Status permohonan penubuhan sekolah swasta dan sekolah antarabangsa yang


memenuhi terma dan syarat dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas
ditandatangani oleh Ketua Pendaftar.

You might also like