You are on page 1of 1

UNTUK SIARAN SEGERA

KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEPUTUSAN PENAWARAN SERTA PENEMPATAN MURID


TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 KATEGORI RAYUAN KE
SEKOLAH KHUSUS (SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA) BAGI KALENDAR
AKADEMIK SESI 2023/2024

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa


keputusan penawaran serta penempatan murid Tingkatan 1 dan
Tingkatan 4 kategori RAYUAN ke Sekolah Khusus iaitu Sekolah
Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA) bagi Kalendar Akademik sesi 2023/2024 akan dikeluarkan pada
20 April 2023 (Khamis). Semakan keputusan boleh dibuat melalui
pautan berikut:
i. Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
ii. Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my

Bagi kategori rayuan ini, seramai 1,783 orang murid Tingkatan 1 dan 404
orang murid Tingkatan 4 telah ditawarkan ke SBP, manakala 1,886 orang
murid Tingkatan 1 dan 971 orang murid Tingkatan 4 ditawarkan ke SMKA.
KPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid yang
berjaya ditawarkan dan selamat maju jaya.

KPM sentiasa komited untuk terus memastikan setiap murid di Malaysia


mendapat hak untuk akses kepada pendidikan yang lebih berkualiti.

-TAMAT-

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


19 APRIL 2023

You might also like