You are on page 1of 6

BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN / PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS

Pentadbiran Umum

1. Membentuk dan menggerakkan Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah.

2. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum, Kokurikulum dan Kewangan peringkat


sekolah.

3. Menyediakan takwim kelas pendidikan khas bersama dengan guru-guru pendidikan


khas.

4. Memberi taklimat kepada pihak pentadbir sekolah, guru-guru aliran perdana dan
guru-guru pendidikan khas (yang baru khasnya) tentang pengurusan kelas pendidikan
khas.

5. Menyampaikan maklumat dan dapatan mesyuarat Penolong Kanan / Penyelaras


Pendidikan Khas bersama Jabatan Pendidikan Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah
kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas.

6. Mempastikan fail-fail kelas pendidikan seperti berikut disediakan dan sentiasa


dikemaskini:

 Fail Am Pendidikan Khas Sekolah


 Fail Panitia Pendidikan Khas
 Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas
 Fail Mata Pelajaran
 Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas
 Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas
 Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
 Fail Kokurikulum Pendidikan Khas
 Fail Program Inklusif
 Fail Elaun Murid Khas (EMK)
 Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas
 Fail Daftar Harta Modal
 Buku Stok
 Fail KSSR/PBS
 Fail Penilaian Altenatif Sekolah Rendah (PASR)
 Laporan Mingguan Guru Bertugas

7. Mengadakan perjumpaan bulanan dengan semua guru pendidikan khas

8. Menguruskan perjumpaan guru pendidikan khas dengan ibu bapa / penjaga murid
pendidikan khas
9. Mengendalikan aduan ibu bapa / penjaga bersama-sama dengan guru pendidikan khas

10. Merancang, melaksanakan dan menyelia Program Inklusif (jika ada)

11. Mempastikan aktiviti kokurikulum kelas pendidikan khas dilaksanakan

12. Mempastikan semua guru dan murid pendidikan khas serta PPM berada di
perhimpunan pagi pada setiap hari (tertakluk kepada amalan sekolah dan keupayaan
murid pendidikan khas)

13. Penolong Kanan / Penyelaras Pendidikan Khas Sekolah Rendah hendaklah


menyenaraikan nama murid pendidikan khas yang akan meneruskan persekolahan ke
sekolah menengah dan menghantarnya ke Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan
Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Perak pada bulan Oktober setiap
tahun bagi tujuan penempatan ke sekolah menengah.

14. Memastikan Fail Peribadi Murid bagi murid pendidikan khas yang akan menyambung
persekolahan ke sekolah menengah dihantar ke sekolah yang berkenaan apabila surat
arahan pertukaran telah dikeluarkan oleh Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan
Khas, Jabatan Pendidikan Perak.

15. Penolong Kanan / Penyelaras Pendidikan Khas Sekolah Menengah hendaklah


mempastikan borang permohonan murid pendidikan khas untuk melanjutkan
pelajaran ke Sekolah Menengah Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik /
Vokasional dilengkapkan dan dihantar ke Unit pendidikan Khas, Sektor Pendidikan
Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak mengikut tarikh yang
ditetapkan dari masa ke semasa.

Pengurusan Hal Ehwal Guru Pendidikan Khas

1. Mencalonkan nama guru pendidikan khas yang belum mengikuti kursus pendedahan
pendidikan khas kepada Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing (u.p Pegawai Khas
Pendidikan Khas) supaya mereka dapat dihantar berkursus.

2. Mempastikan semua guru pendidikan khas di bawah penyeliaannya mendapat


bayaran insentif mengajar kanak-kanak cacat.

3. Mempastikan semua guru pendidikan khas di bawah penyeliaannya tidak disalah


gunakan oleh pihak pentadbir sekolah.

4. Memastikan guru-guru mengikut etika penjawat awam.


5. Memastikan/mentadbir guru-guru kelas mengemaskini data APDM murid.

6. Memastikan semua guru mengemaskini segala sistem online mengikut tarikh yang
ditetapkan oleh KPM,JPN,PPD dan Sekolah.

Pengurusan Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas

1. Mempastikan murid pendidikan khas dinilai sepanjang tempoh percubaannya


(bersama dengan semua guru pendidikan khas) dan keputusannya dicatatkan dalam
lampiran A : Borang Pengesahan Penempatan (Rujuk Lampiran 2). Lampiran A yang
telah dilengkapkan mesti dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Sektor pendidikan
Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak bagi tujuan pengesahan
penempatan (jika sesuai) atau dilanjutkan tempoh percubaan (tidak sesuai atau
dilanjutkan tempoh percubaan).

2. Menghantar permohonan kemasukkan dan pertukaran murid pendidikan khas ke


Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing (u.p Pegawai Pendidikan Khas) untuk
dipanjangkan ke Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Khas dan Pendidikan
Khas Jabatan Pelajaran Perak. Bagi Pertukaran sekolah setelah diluluskan
permohonannya, pastikan Fail Peribadi Murid dan segala dokumen murid berkenaan
dihantar ke sekolah baru.

3. Mempastikan semua murid pendidikan khas berdaftar dengan Jabatan Kebajikan


Masyarakat untuk mendapatkan Kad Orang Kurang Upaya (OKU).

4. Mempastikan setiap murid pendidikan khas mempunyai buku akaun Bank Simpanan
Nasional (BSN),

5. Mempastikan borang permohonan segala jenis bantuan kewangan bagi semua murid
Pendidikan Khas yang layak menerimanya diproses dan dihantar sebelum tarikh
tutup.

6. Mempastikan murid-murid pendidikan khas (pembelajaran) yang mengikut program


Inklusif mendapat pinjaman buku teks.

7 Mempastikan sekolah mengeluarkan Sijil Berhenti kepada murid-murid pendidikan


khas yang berhenti sekolah atau yang tamat persekolahan
.
8 Mempastikan ibu bapa / penjaga yang ingin melanjutkan tempoh persekolahan anak
mereka yang berumur melebihi 19 tahun membuat permohonan secara bertulis
kepada Menteri Pendidikan Malaysia.Permohonan ini hendaklah dihantar ke Jabatan
Pendidikan Khas,Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Unit Pendidikan
Khas,Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Perak.
9 Memastikan murid yang layak menduduki Penilaian Alternatif Sekolah Rendah
(PASR) didaftarkan dengan Lembaga Peperiksaan, KPM.

10 Mendaftar murid yang layak untuk menerima Elaun MuridKhas (EMK) ke dalam
sistem yang disediakan oleh pihak Kementerian.

Pengurusan Data Pendidikan Khas

1 Menyemak dan memastikan data JPK dan Data Operasi (DO) program pendidikan
khas dikemaskini dan dihantar kepada Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing
sebelum atau pada 3 haribulan setiap bulan.

2 Menyemak dan memastikan tiada kesalahan pada setiap data yang dihantar.

3 Mempastikan salinan segala maklumat dan DO disimpan dalam fail.

Pengurusan Stok Pendidikan Khas.

1. Mempastikan barangan yang dihantar ke kelas pendidikan khas oleh Jabatan


Pendidikan Khas,Kementerian Pelajaran Malaysia dan Unit Pendidikan khas,Sektor
Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak diletakkan di
dalam kelas pendidikan khas,

2. Mempastikan alatan untuk kelas pendidikan khas tidak disalahgunakan oleh mana-
mana pihak.

3. Menyemak Buku Stok dan Fail Daftar Harta Modal yang disediakan oleh Guru Stok,

Pengurusan Kewangan Pendidikan Khas

1. Mempastikan peruntukan Geran Perkapita (PCG) kelas pendidikan khas tahun


berikutnya dituntut berdasarkan enrolmen 31 Oktober tahun semasa.

2. Mempastikan tuntutan pelarasan peruntukan PCG kelas pendidikan khas tahun


semasa dibuat apabila terdapat pertambahan bilangan murid pendidikan khas
(mengikut syarat pekeliling kewangan semasa).

3. Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bersama-sama dengan pihak pentadbir


sekolah dan guru-guru pendidikan khas supaya peruntukan PCG pendidikan khas
dapat dibelanjakan dengan cekap.
4. Mendapatkan penyata akaun daripada Bendahari Program Pendidikan Khas untuk
mengetahui baki peruntukan PCG kelas pendidikan khas pada setiap bulan untuk
dimaklumkan kepada semua guru pendidikan khas.

5. Mempastikan Guru Kelas Pendidikan Khas mendapatkan surat kuasa mengutip


bayaran tambahan persekolahan dan buku resit daripada Pengetua / Guru Besar
sebelum mengutip yuran.

Pengurusan Kelas Pendidikan Khas

1. Menyediakan satu peraturan kelas pendidikan khas dan mendapat persetujuan


daripada pihak pentadbir sekolah sebelum diedarkan kepada ibu bapa / penjaga.

2. Mempastikan suasana kelas pendidikan khas kondusif untuk pengajaran dan


pembelajaran,

Pengurusan Jadual Waktu Pendidikan Khas

1. Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru pendidikan khas untuk menyediakan jadual


waktu mengikut opsyen sebelum sesi persekolahan berakhir.

2. Menyerahkan sesalinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah dan Pejabat


Pendidikan Daerah masing-masing (u.p. Penolong Pegawai Pendidikan Khas/Swasta
dan Pemulihan)

Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Khas

1. Menyediakan jadual pencerapan dan mencerap pengajaran guru pendidikan khas


mengikut jadual.

2. Mempastikan Buku Persediaan Mengajar dan Pengajaran Individu (RPI) sentiasa


berada bersama dengan guru pendidikan khas semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dan dikemaskini.

3. Mempastikan rekod prestasi dan laporan pencapaian akademik murid pendidikan


khas dikemaskini sebelum diedarkan kepada ibu bapa / penjaga.

4. Menubuhkan Jawatankuasa Inklusif untuk menginklusifkan murid pendidikan khas


yang berpotensi untuk belajar di kelas aliran perdana.

5. Berhubung dengan Setiausaha Peperiksaan sekolah untuk mendaftarkan murid


pendidikan khas yang bersedia untuk menduduki peperiksaan awam dan PASR.
Penampilan Diri

1. Menjadi ‘role-model’ dan menunjukkan teladan dan perwatakan yang baik kepada
semua guru pendidikan khas.

2. Mematuhi etika profesion perguruan.

3. Mematuhi etika berpakaian penjawat awam.

4. Memainkan peranan sebagai guru pembimbing dan kaunseling kepada semua guru
pendidikan khas.

You might also like