You are on page 1of 12

KOD AMALAN PENDIDIKAN KHAS

PERKARA ISI PENTING


BAB 1 1. Kod Amalan ini bertujuan memberi panduan dan penjelasan tentang tatacara penyampaian perkhidmatan
POLISI & PELAKSANAAN pendidikan bagi murid berkeperluan khas (MBK) di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
demi memastikan mereka memperoleh akses pendidikan yang berkualiti dan bermanfaat ke arah perkembangan
hidup yang berkualiti.
2. Tatacara piawai yang diperakui oleh KPM seperti yang terkandung dalam AKTA Pendidikan 1996(Akta 550) Bab 8,
Peraturan Pendidikan khas 2013 dan akta lain yang berkaitan Akta Pendidikan 1996.
a. Tidak boleh kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah atau menengah
b. Kurikulum yang digunakan berhubungan dengan pendidikan khas iaitu hendaklah mematuhi kehendak
Kurikulum Kebangsaan.
c. Kategori murid dan kaedah yang sesuai bagi murid pendidikan khas

Peraturan Pendidikan Khas 2013 menggariskan tatacara melaksanakan Pendidikan Khas dalam Akta Pendidikan 1996
(Akta 550) Bab 8 Akta Pendidikan 1996. (Peraturan-peraturan Pendidikan Khas 2013)
a. Terpakai di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan yang melaksanakan Pendidikan Khas
b. Kod Amalan ialah Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas

'Kurikulum Pendidikan Khas' ialah


i. Kurikulum Kebangsaan
ii. Kurikulum Kebangsaan yang diubahsuai oleh Ketua Pendaftar
iii. Kurikulum yang dibina khusus oleh Ketua Pendaftar atau
iv. Apa-apa kurikulum latihan kemahiran yang pada pendapat Ketua Pendaftar sesuai dan bermanfaat bagi murid
berkeperluan pendidikan khas

' Murid berkeperluan pendidikan khas' ialah murid yang diperakui oleh pengamal perubatan atau ahli optik, ahli
audiologi atau ahli psikologi sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau swasta
a. Ketidakupayaan penglihatan
b. Ketidakupayaan pendengaran
c. Ketidakupayaan pertuturan
d. Ketidakupayaan fizikal
e. Masalah pembelajaran (lewat perkembangan global, sindrom down, kurang upaya intelektual dan keadaan yang
menjejaskan kemampuan pembelajaran - autisma, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah
pembelajaran spesifik atau
f. Mana-mana kombinasi ketidakupayaan di a hingga e.
' Pendidikan Khas' ialah pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas di sekolah khas atau di sekolah yang
melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi atau Program Pendidikan Inkusif di
a. Prasekolah
b. Rendah
c. Menengah
d. Lepas menengah

'Program Pendidikan Inklusif' ialah murid berkeperluan pendidikan khas bersama-sama dengan murid aliran perdana
dalam kelas yang sama di sekoalah kerajaan atau bantuan kerajaan.

' Program Pendidikan Khas Integrasi' ialah dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan khas sahaja di kelas khas di
sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan.

' Rancangan Pendidikan Individu' ialah rekod yang menyatakan tentang rancangan pendidikan bagi setiap murid
bekerluan pendidikan khas.

Tempoh percubaan:
a. Adalah 3 bulan - apabila tempoh selesai sekolah hendaklah menyediakan dan mengemukakan laporan tempoh
percubaan kepada panel iaitu
i. Pengetua, Guru Besar atau Penolong Kanan Pendidikan Khas
ii. Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri atau Pegawai Pejabat Pelajaran daerah dan
iii. Pegawai jabatan Kebajikan Masyarakat atau Pegawai Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya
b. Panel hendaklah menentukan kesesuaian murid berkeperluan khas untuk mengikuti Pendidikan khas.
c. Sekolah hendaklah memberitahu ibubapa penentuan yang dibuat oleh panel

Rayuan:
- Secara bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pemberitahuan penentuan kepada Pendaftar.

KOD AMALAN:
Prosedur Standard yang memberi panduan dalam merancang, menyediakan dan melaksanakan program pendidikan
bagi murid berkeperluan khas iaitu mana-mana yang terlibat dalam pelaksanaan Pendidkan Khas hendaklah mematuhi
Kod Amalan.
Pelaksanaan Pendidikan Khas
a. Hendaklah menggunakan Kurikulum Pendidikan Khas
b. Guru hendaklah menggunakan rancangan Pendidikan Individu dan
c. Guru boleh membuat pengubahsuaian kepada
i. Kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran
ii. Masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti
iii. Susunan aktiviti
iv. Bahan bantu mengajar
* pengubahsuaian yang dibuat hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan Khas

Kegiatan kokurikulum
a. Hendaklah mengikuti kegiatan kokurikulum

Tempoh pendidikan murid pendidikan khas:


a. Tidak lebih dari 2 tahun di sekolah rendah (14 tahun)
b. Tidak lebih dari 2 tahun di sekolah menengah (19 tahun) tetapi yang mengikuti pendidikan vokasional di sekolah
pendidikan khas vokasional boleh dilanjutkan bagi tempoh satu tahun lagi (20 tahun)
c. Satu tahun di sekolah rendah (13 tahun) dan satu tahun di sekolah menengah

Dasar Pendidikan Khas


(a) Memastikan MBK (Murid Berkeperluan khas) diberi peluang untuk mendapat akses kepada pendidikan yang
Sesuai dan relevan.
(b) Memastikan program pendidikan bagi MBK sesuai dan relevan dengan kebolehan masing-masing agar dapat
berdikari dan menjalani hidup yang berkualiti.
(c) Memastikan MBK yang berpotensi diberi peluang untuk ditempatkan secara inklusif di dalam kelas arus perdana
selaras dengan prinsip pendidikan untuk semua.

Tanggungjawab Bahagian Pendidikan Khas


a. Dasar Pendidikan MBK - menyedia, menyebar luas dan memantau perlaksanaan dasar pendidikan khas
b. Pengajaran dan pembelajaran
i. Pengajaran dan pembelajaran
ii. Menyediakan bahan /alat sokongan PdP
iii. Menilai pelaksanan PdP termasuk Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
Pentaksiran
a. Menyelaras pelaksanaan pentaksiran MBK.
b. Mengumpul maklumat calon yang menduduki peperiksaan awam.
c. Mengumpul analisis keputusan peperiksaan awam peringkat kebangsaan.
d. Memantau dan membimbing guru dalam melaksanakan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).

Perjawatan
a. Menyediakan data dan maklumat bagi tujuan menyediakan ABM perjawatan guru di peringkat negeri dan
memaklumkan kepada BPKhas sebagai bahan rujukan.
b. Menyemak dan menyokong permohonan penempatan guru baharu, dan penempatan dan pertukaran guru
pendidikan khas sedia ada.
c. Menyediakan senarai guru pendidikan khas yang telah diluluskan pertukaran.
d. Memastikan penempatan seperti yang diluluskan.
e. Mengambil tindakan bagi guru pendidikan khas yang salah penempatan.
f. Menyediakan laporan penempatan guru pendidikan khas peringkat negeri.

Hal Ehwal Murid


a. Menguruskan penempatan dan pertukaran MBK di Sekolah-sekolah Rendah Pendidikan Khas, PPKI dan PPI.
b. Menyebar luas maklumat kemasukan MBK ke sekolah menengah pendidikan khas.
c. Mengurus penempatan MBK ke PPKI dan PPI.
d. Mengumpul dan mengesahkan data dan makiumat EMK MBK bagi PPKI dan PPI.
e. Menyelaras dan menguruskan bantuan-bantuan bukan kewangan seperti RMT dan susu 1 Malaysia bagi MBK.
f. Menguruskan pelaksanaan program-program kemenjadian MBK.

Latihan Guru
a. Menyelaras pemohonan bajet bagi PeIan Operasi Latihan guru pendidikan khas peringkat Kementerian
Kewangan
b. Memohon, mengagih dan mengawal selia peruntukan penyelenggaraan, aktiviti murid dan aset alih di bawah
peruntukan belanja mengurus kewangan.
c. Menyediakan Training Needs Analysis dan menyenaraikan keperluan kursus berserta anggaran peruntukan.
Pembangunan Infrastruktur
a. Memantau pelaksanaan pembinaan SPK baharu atau gantian penuh.
b. Menyelaras keperluan PPKI di peringkat negeri, menyediakan maklumat dan unjuran keperluan, mengurus
pelaksanaan projek PPKI baharu dan peluasan sedia ada, dan menyediakan laporan prestasi.
c. Menyelaras keperluan naik taraf PPKI di peringkat negeri, menyediakan maklumat dan unjuran keperluan,
mengurus pelaksanaan projek naik taraf, dan menyediakan laporan prestasi.

Perolehan
a. Melaksanakan perolehan sepertimana yang diperuntukkan di bawah peruntukan belanja mengurus dan
pembangunan mengikut negeri.
b. Menyedia dan menghantar laporan kewangan, dan status perolehan kepada BPKhas.

Kewangan
a. Menyediakan makiumat bagi permohonan ABM kewangan.
b. Melaksanakan aktiviti, menguruskan perolehan aset alih dan menyediakan laporan prestasi kewangan.
c. Mengurus perolehan perkhidmatan kawalan keselamatan dan perkhidmatan kebersihan kawasan bagi sekolah
pendidikan khas

Data dan Maklumat


a. Menyediakan dan membersihkan data operasi pendidikan khas mengikut negeri.
b. Menghantar data operasi pendidikan khas yang telah dikemaskinikan ke BPKhas.
c. Menyebar luas data operasi pendidikan khas peringkat negeri.

Pemantauan
a. Memantau dan menilai pelaksanaan program pendidikan khas secara berterusan bagi SPK, PPKI, Program
Pendidikan Inkusif (PPI) dan perkhidmatan sokongan Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK).
b. Menganalisis laporan pemantauan dan mengambil tindakan.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)


Dasar pendidikan MBK - Menyebar luas dan memantau pelaksanaan dasar pendidikan khas di peringkat negeri

Pengajaran dan Pembelajaran


a. Melaksanakan program peningkatan dan keberkesanan PdP peringkat negeri.
b. Membimbing dan menyelia penggunaan bahan / alat sokongan PdP.
c. Membimbing dan memantau pelaksanaan PdP dan RPI.
BAB 2 1- Kenal pasti seawal mungkin - intervensi awal
PENGESANAN & 2- 2 cara ( pengesanan dan rujukan)
PENEMPATAN 3- Ibu bapa bertanggungjawab mendaftar secara talian 2 tahun sebelum umur persekolahan
4- Pengesanan - i) senarai semak pengesanan ( SSP )
ii ) Instrumen Senarai Semak Disleksia ( ISD) 2010
iii) Instrumen Pengesanan Murid Bermasaalah Dalam
Pembelajaran ( IPMBDP ) 2010
iv) Instrumen Penentu Penempatan MBK ATAU
v) Lain-lain instrumen
5- Sekolah tanpa kemahiran atau pengetahuan laksana pengesanan (rujuk # Pk, KKM atau KPWKM)
6- Semua kes diterima perlu dirujuk ke pegawai perubatan, optometri audiologi atau psikologi

PENGESAHAN
1- Hanya ibubapa/penjaga yang dibenarkan membawa kanak-kanak yang dikesan untuk tujuan pengesahan

PENEMPATAN
* Sekolah/PPD/JPN terima kes rujukan kanak-kanak yang telah disahkan bagi tujuan penempatan di SPK atau PPKI atau
PPI
* Tempoh percubaan 3 bulan dan dinilai serta disahkan oleh panel penempatan ( PGB/PKPK/ JPN dan JKM)
* Intervensi awal - program peningkatan kesediaan kanak-kanak untuk belajar dalam pendidikan formal dengan
meminimumkan impak ketidakupayaan melalui khidmat sokongan, terapi di 3PK atau NGO
* Prasekolah - Pendidikan Rendah - Menengah- Selepas menengah
* Tempoh pendidikan tidak boleh kurang dari tempoh minimum pelanjutan ( 2 tahun) BUKAN wajib tetapi keutamaan
* Ibubapa/penjaga boleh mendaftarkan anak mereka ke sekolah swasta yang disediakan KPM
* Boleh mohon pengecualian Pendidikan Wajib di bawah kelulusan Menteri

BAB 3 • MBK perlu diberi peluang untuk menyuarakan pendapat mereka dalam aktiviti yang diceburi.
PENYERTAAN MURID • Ibu bapa perlu mengambilkira kemampuan MBK dalam apa jua bidang yang diceburi oleh MBK tanpa ada paksaan.
• Pihak sekolah perlu menyediakan keperluan yang mencukupi kepada MBK supaya MBK tidak merasa tersisih dengan
pelajar lain.
• MBK perlu diberi peluang untuk menyertai komuniti seperti pekerjaan atau pendidikan yang sesuai dengan tahap
kemampuan MBK.
BAB 4 * Ibu bapa/Penjaga MBK perlu bekerjasama dengan guru dalam merancang dan menyediakan RPI untuk MBK
PELIBATAN IBU BAPA / * Ibu bapa/Penjaga boleh berada di sekolah atau bilik darjah bagi membantu proses pembelajaran TETAPI perlu patuhi
PENJAGA syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh sekolah, PPD, JPN atau KPM
* Ibu bapa/Penjaga MBK boleh bantu guru dan PPM sewaktu aktiviti luar bilik darjah

PIBG
* BKPK ( Badan Kebajikan Pendidikan Khas ) perlu diwujudkan di sekolah harian biasa yang menjalankan PPKI dan PPI
bagi membantu dan mengoptimumkan potensi MBK
* BKPK perlu dianggotai oleh semua ibu bapa /Penjaga MBK, guru pendidikan khas dan PPM
* AJK PIBG mestilah sebahagian terdiri daripada AJK BKPK yang telah dilatik

BAB 5 * Kurikulum Latihan Kemahiran perlu diiktiraf oleh ILK dan kelulusan Jawatankuasa Kurikulum Pusat.
KURIKULUM * MBK tidak terkecuali menduduki peperiksaan awam.
* PdP secara fleksibal - kaedah, masa, susunan aktiviti dan alat bantu mengajar mengikut tahap murid
* Proses PdP MBK dapat dibantu melalui aktiviti intervensi, persekitaran kondusif dan alatan sokongan.
* Program Transisi membantu murid berkeyakinan diri sehingga ke peringkat kerjaya.
* Pengurusan PdP MBK Pendengaran, Penglihatan dan Pembelajaran perlu fokus mengikut ketidak upayaan mereka.
* PdP MBK multiple perlu pelbagai teknik - keupayaan deria, lihat dan sentuhan.
* RPI - rekod bertulis individu murid dari segi keupayaan dan kelemahan
* RPI melibatkan 3 pihak - PGB,Guru dan Ibu Bapa.
* Pelajar Inklusif boleh dikecualikan dan diwujudkan jika ada kes-kes tertentu. Dilaksanakan oleh GPK hasil
perbincangan dengan GAP.

BAB 6 Pengenalan :
KOKURIKULUM 6.1 - Perlaksanaan Kokurikulum MBK merangkumi gerak kerja murid dalam aktiviti sukan, permainan, kesenian,
persatuan dan badan beruniform di SPK dan PPKI
- Pelaksanaan aktiviti kokurikulum MBK menekankan kebolehan, perkembangan, kefungsian dan penguasaan dalam
sesuatu kemahiran.
- Aktiviti ini bertujuan membantu perkembangan, kefungsian, penguasaan dalam sesuatu kemahiran dan
perkembangan yang bersesuaian dengan jasmani, emosi, rohani dan mental. Aktiviti ini juga merupakan satu
terapi dalam membentuk jati diri..
6.2 - Perlaksanaan kegiatan kokurikulum bagi MBK di semua sekolah adalah wajib dan hendaklah mematuhi
subperaturan 9 dalam Peraturan Peraturan Pendidikan (Pend. Khas) 2013
Pengurusan Kokurikulum di sekolah:
6.3 - Pengetua / Guru Besar mestilah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah untuk menguruskan
aktiviti kokurikulum di sekolah.
- Tujuannya ialah untuk merancang, melaksana, memantau, menilai dan mencemerlangkan aktiviti kokurikulum
sekolah.
- Perkara yang perlu ditekankan semasa membentuk jawatankuasa ialah
a) Fungsi dan tanggungjawab setiap ahli.
b) Kekeraapan mengadakan mesyuarat
c) Pembentukkan jawatankuasa kecil
d) Pelaporan berkala
e) Dokumentasi
6.4 - Kegiatan Kokurikulum adalah lanjutan daripada proses PdP dalam bilik darjah. Bertujuan untuk memberi peluang
kepada murid menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan dan kemahiran serta nilai yang di pelajari
dalam bilik darjah
- Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 di bawah subperaturan 3 (3) Kurikukulum
Kebangsaan menyatakan bahawa kegiatann kokurikulum di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan hendaklah
mengandungi:
a) Penyertaan dalam sukan dan permainan
b) Penyertaan dalam persatuan dan kelas
c) Penyertaan dalam badan beruniform dan
d) Lain-lain kegiatan sebagaimana yang ditentukan oleh menteri.
6.5 - Peruntukkan waktu untuk melaksanakan kegiatan kokurikulum hendaklah mematuhi peruntukkan waktu
minimum spt berikut:
a) Bagi sekolah rendah, 60 minit seminggu ( thn 3 dan 4) dan 120 minit (thn 5 dan 6)
b) Bagi sekolah menengah, 180 minit seminggu.
- Kegiatan kokurikulum dan sukan perlu dilaksanakan diluar waktu PdP dengan mengambil kira keselamatan dan
kebajikan MBK serta tidak menjejaskan PdP MBK
6.6 - Garis panduan pemakaian pakaian kokurikulum pada hari persekolahan dan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum
(PBK) digunapakai bagi menggalakkan keseragaman dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum
- Pakaian tersebut hendaklah dipakai pada setiap hari Rabu setiap minggu dan MBK hendaklah terlibat dalam PBK
pada hari pertama minggu ke 3 setiap bulan
6.7 - Peruntukan yang diberikan kepada sekolah adalah dibawah peruntukan kokurikulum. Kadar yang ditentukan bagi
Sekolah Rendah Pendidikan Khas adalah RM 5,000 dan bagi Sekolah Menengah ialah RM 10,000.
- Penggunaan peruntukan meliputi:
a) Pembiayaan urusan makan, minum, penginapan, sewaan, perjalanan, salinan dokumen dan cetakan bahan
-bahan edaran
b) Pembelian peralatan untuk aktiviti kokurikulum seperti pasukan unit beruniform, aktiviti kelab/persatuan
serta aktiviti kelab sukan/permainan
6.8 - Penubuhan Pasukan Pemantauan kokurikulum adalah bertujuan untuk penguatkuasaan perlaksanaan dasar
kokurikulum di sekolah. Pihak sekolah perlu dimaklumkan tentang kelemahan dan kesilapan untuk tujuan
penambahbaikan. Bidang yang dipantau termasuk mengenai pengurusan:
a) Kewangan
b) Pasukan Badan Beruniform
c) Kelab dan Persatuan
d) Kelab Sukan dan Permainan
- Semua Pengetua/Guru Besar perlu diingatkan bahawa perlaksanaan kegiatan kokurikulum komponen penting
dalam dasar pendidikan kebangsaan dan hendaklah dilaksanakan di sekolah
6.9 - Sekolah dikehendaki memberi peluang dan menyediakan kemudahan bagi MBK melibatkan diri secara aktif dalam
kegiatan kokurikulum dan sukan secara integrasi atau inklusif. Kepelbagaian MBK memerlukan pendekatan yang
berbeza untuk menunjukkan bakat dan kembangkan potensi tahap yang optimum.
6.10 - Penglibatan semua guru Pendidikan Khas bersama-sama MBK semasa aktiviti kokurikulum dan sukan untuk
memastikan keberkesanan pengurusan dan dapat meningkatkan perkembangan bakat dan potensi MBK
6.11 - Kegiatan kokurikulum dan sukan MBK di SPK, PPKI dan PPI harus dirancang dengan teratur dan teliti dari segi
perlaksanaan dan penyeragaman aktiviti.
6.12 - Kegiatan kokurikulum dan sukan yang dilaksanakan di sekolah hendaklah bersifat merentas disiplin, bersepadu
dan tidak bersifat eksklusif. Penyertaan terbuka kepada semua MBK

BAB 7 Pengenalan
PENTAKSIRAN 7.1 Penilaian merupakan proses memberi nilai kepada sesuatu pencapaian seseorang murid.
7.2 Penilaian dilaksanakan dengan menggunakan maklumat-maklumat yang diperolehi melalui proses pentafsiran.
7.3 Pentafsiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat yang bertujuan untuk membuat satu keputusan
tertentu yang mengukur tahap akademik dan keupayaan lain seseorang murid melalui ujian formal atau tidak
formal.
74. Di Malaysia, MBK ditaksir menggunakan beberapa bentuk pentaksiran iaitu Peperiksaan Awam, Pentafsiran
Berasaskan Sekolah (PBS) dan Penilaian Agensi Luar.
Peperiksaan Awam
7.5 Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 23/1998 MBK berhak menduduki peperiksaan awam kecuali dengan
kebenaran bertulis daripada ibu bapa / penjaga.
7.6 MBK yang mengikuti pendidikan di institusi pendidikan swasta atau belajar secara bersendirian dan memenuhi
syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP), juga layak menduduki peperiksaan awam sebagai
calon persendirian.
7.7 Panduan Pengurusan Peperiksaan Bagi Calon Berkeperluan Khas oleh LP, KPM adalah dokumen rujukan bagi proses
pendaftran dan pengendalian calon MBK.
7.8 Semua permohonan keistimewaan, kemudahan dan perkhidmatan bagi calon berkeperluan khas (CBK) menduduki
peperiksaan awam diurus oleh pihak sekolah untuk mendapatkan kelulusan daripada LP.

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas


7.9 Pentaksiran di peringkat prasekolah dengan menggunakan kaedah pemerhatian, rekod anekdot, senarai semak,
skala kadar dan rekod berterusan.
7.10 PBS merupakan satu bentuk pentaksiran berterusan yang dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara
terancang mengikut prosedur yang ditetapkan yang dilaksanakan oleh sekolah.
7.11 MBK di sekolah rendah dan menengah yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan akan ditaksir menggunakan PBS
yang terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (Psi).

Penilaian Agensi Luar


7.12 MBK yang mengikuti mata pelajaran kemahiran dinilai mengikut syarat ditetapkan bagi memenuhi keperluan
pensijilan agensi yang berkaitan.

BAB 8 8.1 Merangkumi bantuan kewangan, bantuan peralatan khas dan bantuan khidmat sokongan.
KHIDMAT SOKONGAN & 8.2 Bantuan Kewangan
BANTUAN - Diperuntukan oleh KPM kepada MBK warganegara Malaysia.
A. Elaun Murid Khas
- Murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang mendaftar sebagai OKU dan memenuhi syarat adalah
layak.
B. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
- Murid yang layak bukan penerima salah satu bantuan berbentuk kewangan ( BKP, EMK, biasisiwa kerajaan
negeri, biasiswa swasta dan yayasan)
C. Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
- MBK sekolah rendah layak kecuali yang tinggal di asrama.
D. Bantuan Makanan Asrama
- Semua asrama di bawah pentadbiran KPM layak menerima bantuan.
- Semua MBK yang tinggal di asrama layak dan dikecualikan bayaran yuran makanan murid.
8.3 Bantuan - bantuan lain akan diberikan kepada MBK tertakluk kepada arahan KPM
8.4 Anugerah Pembelajaran
- MBK yang cemerlang akademik dan memenuhi syarat, layak menerima anugerah dan dicalonkan menerima
biasiswa.
8.5 Bantuan Peralatan Khas
- Untuk membolehkan MBK mengikuti P&P dengan berkesan.
- Bergantung kepada kedudukan kewangan dan peruntukan semasa.
- Peralatan yang dibekalkan bergantung kepada jenis dan kategori murid.
8.6 Bantuan Khidmat Sokongan
- PPM disediakan membantu pengurusan kelas pendidikan khas, prasekolah, asrama yang menempatkan MBK.
- Guru resos
- Guru pendidikan khas yang berpengalaman dan bertanggungjawab membimbing dan mendamping untuk
kesediaan murid.
- Bekerjasama dengan guru kelas dan guru matapelajaran.
- 3PK
- Jalankan program intervensi awal berkaitan kesediaan MBK terhadap pendidikan.
- Sediakan khidmat pengurusan dan terapi kepakaran.
- JKM
- Khidmat pendaftaran OKU dan penyelarasan bantuan kebajikan ikut kelayakan.
- Pusat perkongsian data dan maklumat murid berkeperluan khas.
- KKM
- Sebagai tempat rujukan KPM untuk dapatkan khidmat kepakaran dari segi pengesanan, diagnosis kecacatan
mengikut kategori, pengesahan dan rawatan susulan.

BAB 9 1. Badan kerajaan dan agensi swasta digalakkkan untuk menjalinkan kerjasama dengan KPM.
KERJASAMA PELBAGAI AGENSI 2. Kerjasama yang diwujudkan dapat meningkatkan pelaksanaan Program Pendidikan Khas.
3. Kerjasama perkongsian kepakaran dapat membantu dalam perancangan pelaksanaan kurikulum dan sistem
penilaian berkesan bagi mengenalpasti potensi murid.
4. Dapat membantu meningkatkan kompetensi guru dengan perkongsian ilmu pengetahuan & kemahiran.
5. Semua perkhidmatan sokongan MBK perlu berfokuskan kepada aktiviti mengenalpasti keperluan individu.
6. Kerjasama yang dibentuk hendaklah berdasarkan kefahaman bersama dan mengikut dasar-dasar kerajaan yang
telah ditetapkan.
7. Kaedah dan peraturan pelaksanaan program kerjasama yang dipersetujui bersama didalam MOU atau Nota
Persefahaman perlu dipatuhi
8. Program kerjasama yang dibentuk perlu menitikberatkan keperluan individu murid dengan merujuk kepada
laporan RPI.
9. Satu agensi penyelaras perlu dilantik sebagai ketua program kerjasama.
10. Agensi penyelaras perlu menubuhkan jawatankuasa program.
11. Agensi kerajaan digalakkan memainkan peranan.
12. NGO dan swasta digalakkan memainkan peranan masing-masing bagi memastikan kerjasama yang diberi
dapat memberi implikasi positif kepada MBK.
13. Ia juga bergantung kepada persefaham Bersama dan juga penglibatan aktif ibu bapa dan ahli keluarga.

PENUTUP 1. Semua pihak perlu memastikan amalan, budaya dan pengurusan di sesuatu institusi Pendidikan diubah suai dan
Faktor-faktor Kejayaan diperkukuhkan bagi memenuhi keperluan MBK.
Pendidikan Khas 2. Bekerjasama untuk memastikan keperluan khas kanak-kanak dikenalpasti seawal mungkin.
3. Memastikan pendekatan interversi yang bersesuaian.
4. Mengambil kira pandangan ibubapa dalam menentukan jenis perkhidmatan, pendekatan intervensi dan
program pendidikan.
5. Membuat penilaian keberkesanan jenis perkhidmatan, pendekatan intervensi dan program Pendidikan yang
telah disediakan dalam jangkamasa yang ditentukan agar perubahan dan penyesuaian dapat dibuat dari masa
ke semasa.

You might also like