You are on page 1of 3

Taklimat Pendidikan Inklusif kepada Ibu Bapa

10.01.2018

MATLAMAT
1. Mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar
normal di sekolah biasa. Tidak semestinya semua pelajar berkeperluan khas
boleh disealirankan begitu sahaja kerana setiap individu mempunyai
kemampuan dan keperluan yang berbeza.

OBJEKTIF
1. Memberi peluang kepada murid berkepeluan khas menerima pengajaran
dan pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran
perdana.

BENTUK PENDIDIKAN INKLUSIF


1.Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa
-Murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa
-Senarai nama murid dikekalkan dalam daftar kelas khas.
-Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru
Pendidikan Khas sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi
pembelajaran atau tingkahlaku.
-Pelajar Pendidikan Khas yang berkeupayaan dalam akademik.

2.Pendidikan Separa Inklusif (Integrasi)


-Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu
sahaja.
-Waktu selebihnya mengikuti program di kelas biasa.
-Senarai nama murid pada daftar Program Pendidikan Khas.
-Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping.
-Ujian mata pelajaran adalah sama dengan murid biasa.

MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF


1. Model A-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan
pengubahsuaian kurikulum dan strategi pengajaran dan pembelajaran.
2. Model B-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat
khidmat nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas
3. Model C-Penempatan dalam kelas biasa dan dalam kelas khas/Bilik
Resos/Pusat Sumber Pendidikan Khas.
4. Model D- Penempatan di sekolah khas(Base School)dan kelas “Satellite” di
sekolah biasa.(Octopus Model)
5. Model E -Penempatan sepenuh masa di Sekolah Pendidikan Khas.
6. Model F-Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

KEBAIKAN PENDIDIKAN INKLUSIF

1. Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan.


2. Pelajar khas dapat berinteraksi dengan semua pelajar normal.
3. Menjadi platform kepada pelajar normal untuk mencurahkan bakti kepada
pelajar khas dengan bertindak sebagai rakan pembimbing .
4. Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru.
5. Penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah.
6. Memungkinkan pelajar khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti
masyarakat setempat.
7. Menyediakan lebih peluang kepada pelajar khas untuk berdikari dan
memperolehi peluang pekerjaan.
8. Pelajar khas yang diinklusifkan menunjukkan kemajuan yang
memberangsangkan dalam semua aspek seperti tingkahlaku,komunikasi dan
pencapaian akademik.
9. Gandingan dan kerjasama guru-guru mata pelajaran dan guru khas
membantu melonjakkan mutu pencapaian pelajar khas.

Disediakan oleh Disahkan oleh

……………………………………………… ………………………………..

(NURUL JANNAH BINTI NGAPDI)


LAMPIRAN BERGAMBAR

You might also like