You are on page 1of 12

Fungsi Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan April

2012

Oleh ROHAIDAH MASHUDI dan J. SHAM WAHID

http://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=14 retrieved: June 29,2012

Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa lingua franca. Pada zaman
kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu dituturkan oleh semua pedagang
dari Arab, China, India dan Eropah. Ketika itu, bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa perpaduan
dan bahasa komunikasi antarabangsa.

Demi memupuk perpaduan kaum di negara ini, maka dalam Laporan Razak 1956 dinyatakan bahawa,
tujuan akhir dasar pendidikan negara ini adalah untuk menyatukan murid yang berlainan bangsa di
bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar. Walau bagaimanapun, kemajuan ke arah ini hendaklah dilaksanakan dengan
berperingkat-peringkat dan tidak boleh dipaksa secara mendadak. Berdasarkan Laporan Razak jelas
bahawa dasar pendidikan yang dilaksanakan dapat membentuk perpaduan kaum di negara ini.

Malah dalam Laporan Rahman Talib 1960, kedudukan sekolah rendah ditukar kepada sekolah
kebangsaan dan jenis kebangsaan. Tujuan utama penukaran kedudukan ini adalah untuk
mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini di samping memantapkan lagi kedudukan bahasa
Melayu secara berperingkat dalam sistem pendidikan kebangsaan.

JEBAT 36 (2009) 90-106 90


MOHAMAD RODZI ABD RAZAK
PEMBINAAN NEGARA BANGSA MALAYSIA:
PERANAN PENDIDIKAN SEJARAH DAN
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
http://journalarticle.ukm.my/362/1/1.pdf

Akta Pendidikan 1995 umpamanya menekankan kepentingan ilmu sebagai penentu utama arah
tujuan negara dan penyelamat bangsa. Akta yang sama turut menegaskan peri penting Dasar
Pendidikan Kebangsaan yang akan diterapkan melalui sistem pendidikan kebangsaan bagi
memenuhi keperluan negara serta memupuk perpaduan negara dalam pelbagai bidang melalui
sektor pendidikan

Pada tahun 1960, satu Jawatankuasa Penyemak Pendidikan ditubuhkan bagi menilai kelemahan-
kelemahan tersebut. Hasilnya satu laporan dikeluarkan yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib.
Umumnya, laporan ini bersetuju dan menyokong hampir semua dasar yang dicadangkan oleh
Laporan Razak sebelum ini disamping terdapat beberapa usul dasar tambahan. Dasar-dasar yang
terkandung dalam kedua-dua laporan itu dikuatkuasakan melalui Akta Pendidikan 1961 sekaligus
menjadikannya sebagai dasar perundangan yang mesti dilaksanakan di sekolah-sekolah. Dari sudut
proses pembinaan negara bangsa, Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961 yang berasaskan Laporan
Razak dan Laporan Rahman Talib mempunyai fungsinya yang penting. Kedua-dua dokumen ini
sememangnya mempunyai unsur perpaduan negara dan penghasilan tenaga rakyat yang menjadi
asas pembinaan negara bangsa khususnya dari aspek perpaduan. 20

Untuk mencapai matlamat perpaduan negara melalui sistem pendidikan, Akta Pendidikan 1961 yang
diasaskan daripada Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib menggariskan tiga asas utama iaitu
sistem persekolahan seragam, penggunaan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama
serta kurikulum dan peperiksaan sekolah yang sama dari segi kandungannya dan bercorak
kebangsaan. Melalui Akta Pendidikan 1961, kerajaan berusaha melaksanakan satu sistem pendidikan
kebangsaan yang menjadi salah satu teras pembinaan negara bangsa. Akibat daripada pelaksanaan
dasar-dasar penting dalam Akta Pendidikan 1961, sekolah-sekolah rendah dan menengah jenis
kebangsaan Inggeris beransur-ansur diubah kepada sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah-sekolah menengah Cina ketika itu turut menerima kesan
kepupusan kerana Akta Pendidikan 1961 hanya membenarkan satu bahasa rasmi sahaja yang
digunakan dalam peperiksaan umum di sekolah menengah. Sekolah menengah Cina disyaratkan
menggunakan kurikulum kebangsaan sekiranya ingin memperolehi bantuan kerajaan. Keadaan
tersebut meresahkan kaum Cina di Malaysia terutamanya di akhir tahun 1960-an. Secara tidak
langsung, isu pendidikan dan bahasa kebangsaan telah menggugat proses pembinaan negara
bangsa. Laporan Razak turut mencadangkan penyatuan kaum dilaksanakan melalui satu sistem
pendidikan yang sama dengan semua sekolah-sekolah rendah dan menengah haruslah bercorak
Tanah Melayu dengan menyamakan sukatan pelajaran. Laporan Razak ini dengan jelas
mengutamakan perpaduan rakyat yang menjadi asas pembentukan negara bangsa.

21

Pada tahun September 1974, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet untuk menyemak
kembali dasar pendidikan kebangsaan dan bagi meningkatkan kualiti pendidikan yang
dipengerusikan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad. Laporan jawatankuasa ini hanya
dibentangkan pada tahun 1979. Antara lain, laporan ini menyatakan tentang tujuan jawatankuasa
ini;

“Mengkaji semula matlamat dan kesannya sistem pendidkan termasuk kurikulumnya, dalam rangka
dasar pendidikan kebangsaan yang wujud, dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan
tenaga rakkyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang,
dan lebih-lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat
negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Pada tahun
September 1974, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet untuk menyemak kembali dasar
pendidikan kebangsaan dan bagi meningkatkan kualiti pendidikan yang dipengerusikan oleh Dato’
Seri Dr. Mahathir bin Mohamad. Laporan jawatankuasa ini hanya dibentangkan pada tahun 1979.
Antara lain, laporan ini menyatakan tentang tujuan jawatankuasa ini;

23

Sehubungan itu, Laporan Jawatankuasa Kabinet mencadangkan semua murid hingga ke Tingkatan 5
di sekolah-sekolah termasuk sekolah-sekolah swasta, menggunakan sukatan pelajaran yang sama
serta mengambil peperiksaan awam yang sama. Murid-murid dikehendaki mengikuti mata pelajaran
yang sememangnya menganjurkan ke arah perpaduan seperti Pendidikan Agama Islam atau
Pendidikan Moral, Sivik dan ilmu pendidikan sosial yang lain. Mata pelajaran Bahasa Malaysia
diutamakan memandangkan fungsinya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan. Di
samping menitikberatkan bidang kurikulum, laporan Jawatankuasa tersebut juga telah menekankan
kepentingan bidang ko-kurikulum sebagai asas perpaduan. Aspek perpaduan terus diberi penekanan
dalam laporan Jawatankuasa Kabinet tersebut di samping dasar pendidikan untuk melahirkan tenaga
kerja mahir yang diperlukan oleh negara. Bagi melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu padu,
bidang pendidikan akan berfungsi untuk membimbing dan mendidik murid-murid di sekolah ke arah
perpaduan

pdfDASAR-DASAR KERAJAAN
http://info.mohr.gov.my/PTK/notaPTKbaru/dasar/DASAR%20AWAM%203.

dasar pendidikan

kebangsaan

matlamat: perpaduan negara

untuk mencapai matlamat tersebut, penyata razak (1956) dan laporan rahman ralib (1965)
telah mengariskan tiga asas utama seperti berikut:

1.sistem persekolahan yang sama bagi semua

2.bahasa malaysia sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat persekolahan; dan

3.kurikulum dan peperiksaan sekolah yang sama kandungan dan bercorak kebangsaa

STRATEGI
1.MenjadikanBahasakebangsaansebagaibahasapengantaryang utama.
2.Mengadakankurikulumyang samadanberorientasikanMalaysia bagisemujenissekolah.
3.Mewujudkansistempeperiksaanyang samabagisemua.
4.Melicinkantatacarapengurusanpendidikan.
5.Meningkatkanmutupendidikankeseluruhannyadenganmenyediakanpendidikanyang
menyeluruh, seimbangdanbersepadu.
6.Mengadakanpeluangpendidikanasasselamasembilantahun.
7.Mendemokrasikanpendidikandarisegipeluangdanmutudenganmengagihkanperuntukansecar
aadildanmemberiperhatiankhaskepadakumpulanyang
kurangbernasibbaikdankawasanluarbandarataupendalaman

8.MenyediakanpendidikanrendahmengikutKurikulumBaruSekolahRendah(KBSR) yang
berasaskan3M. Matlamatuntukmelahirkanindividuyang
seimbangdarisegiilmupengetahuandankemahiransesuaidanmempunyaimoral
sertanilaietikayang kukuh.
9.MemperluaspendidikanvokasionaldanteknikmelaluipenyusunansemulakurikulumSekolahV
okasionalpadatahun1978.
10.MempelbagaidanmemperbanyakkankemudahanpendidikandiperingkatUniversititerutamad
alambidangsasteragunaandansainsgunaan.
11.Mempertingkatkanpendidikankerohanian, moral dandisiplin.
12.MenjadikanBahasaKebangsaandanBahasaInggerissebagaimatapelajaranyang
wajibdiajardisekolah-sekolahdanmemberipeluangyang sempurnabagipembelajaranbahasalain
sepertiBahasaCinadanBahasaTamil.
13.Menggalakkanaktivitiko-kurikulumyang memupukdisiplinsepertikadettentera, kadetpolis,
pengakap, puteriislamdanlain-lain
1.0 Pendahuluan - ciri kemajmukan masyarakat, hubungan dengan pendidikan, hubungan dengan sistem
pendidikan, hubungan dengan dasar pendidikan negara, susur galur perkembangan dasar pendidikan negara,
status hubungan kaum masa kini dan peranan pendidikan menghadapi cabaran zaman: penambahbaikkan dasar
pendidikan.

- jgn melebihi dua muka surat...terlalu panjang...seeloknya dalam 1.5/2 muka surat

2.0 Definisi skop soalan/definisi tajuk - yg paling ideal kena buat begini utk menerangkan beberapa kata kunci yg
terdapat dlm tugasan tetapi disebabkan rubrik tidak menyatakan keperluan ini dan juga masalah dikhuatiri
jumlah perkataan terlalu banyak maka bhgn ini terus masuk isi kandungan soalan: Kelemahan dan kelebihan
sistem pendidikan negara.

2.1 Contoh satu hujah kelemahan sistem pendidikan negara dlm menyatupadukan rakyat: Kewujudan pelbagai
aliran persekolah...aliran kebangsaan, aliran sekolah Cina dan Tamil. Perbincangan perlu dikaitkan dengan
Laporan2 yg berkaitan ..

3.0 Contoh satu hujah kelebihan sistem pendidikan negara dlm menyatupadukan rakyat.:Sistem peperiksaan yg
seragam. Perbincangan perlu dikaitkan dengan Laporan2 yg berkaitan.

4.0 Cadangan mempertingkatkan pelaksanaan: Satu contoh hujah: Konsep Sekolah Wawasan perlu diberi
galakkan untuk diterima umum.

5.0 Kesimpulan

Kelemahan,

1. PPSMI

2.Kurangnya penekanan terhadap subjek P.Moral,P.Sivik dan Kewarganegaraan serta Pendidikan Islam (Ikut
kesesuaian hujah)

3.Beban kerja guru bertambah

1.0 Pengenalan

-l/belakang/ sej.awal pend.

1.1 pembentukan masy.majmuk

1.2 sis.pend.kebangsaan (laporan fenn wu ,dasar dll)

2.0 Kelemahan dan kekuatan

2.1 kelemahan

2.2 kekuatan

3.0 Cadangan

3.1 sek.wawasan

3.2 rimup

3.3

3.4
4.0 Rumusan/kesimpulan

5.0 rujukan

Semoga ianya dapat membantu kawan-kawan dr.negeri lain

http://dspace.fsktm.um.edu.my/bitstream/1812/425/2/BAB%202.pdfMIB Awang - 200942

BAB 2

TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN

Berikut ialah perkembangan bahasa

pengantar dalam sistem pendidikan di Malaysia.

- 1970 - Bahasa pengantar darjah 1

- 1975- Semua Sekolah Rendah Inggeris selesai ditukar menjadi

Sekolah Rendah Kebangsaan.

- 1976 - Bahasa pengantar Tingkatan 1

- 1979 - Bahasa pengantar Tingkatan VI aliran sastera

- 1980 - Bahasa pengantar jurusan sastera tahun 1 di universiti

- 1981 - Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains

- 1982 - Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan

- 1983 - Bahasa pengantar semua kursus di universiti

Persamaan dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961

Dengan Ak ta Pendidikan 1996


MOHD YAZID YUSOFF MOHD NOOR MOHD ZAIN IDRIS OMARhttp://yik.itgo.com/text/AktaPendidikan.html

 Telah dikatakan bahawa Laporan Razak boleh dianggap sebagai batu asas bagi
perkembangan sistem pendidikan kebangsaan yang telah digunakan. Ciri-ciri penting
dalam pendidikan kebangsaan itu ialah:

1. Hasrat untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan bagi semua kaum.
2. Untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama .
3. Untuk menjadi kurikulum yang berorientasikan kepada alam keliling tanah air dengan
mewujudkan sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya.
4. Untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi semua pelajar di negara
ini.

Laporan Razak
 Laporan Razak (Penyata Razak) mempunyai 17 cadangan dengan mengambilkira
matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan. Di antara perkara
yang diperkatakan ialah:

1.
2. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama
3. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar

utama.

4. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan

menengah.

5. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

menjadi bahasa pengantar.

6. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan

bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

7. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
8. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.
9. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR),
Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.
10. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir
Persekutuan ditubuhkan.

 Selepas daripada Penyata Razak ini maka telah disesuaikan lagi sistem pendidikan
kita ini oleh Abdul Rahman Talib yang dikenali sebagai Laporan Talib (1960) yang
seterusnya menjadi Akta Pelajaran 1961.

[ke atas]

Laporan Rahman Talib (1960) /Akta Pelajaran 1961

 Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang
dikenali dengan Laporan Rahman Talib ialah:

a.
b. Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma
c. Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.
d. Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun.
e. Murid naik darjah secara otomatik
f. Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15
orang.
g. Pendidikan akhlak dititikberatkan.
Selepas itu Sistem Pendidikan Anika Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah
Menengah Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Mata
pelajaran aneka jurusan di sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan,
Sains Rumah tangga, Sains Pertanian dan Perdagangan.

Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang
ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu
memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di
kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan
dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar
untuk menyatukan mereka.

Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti
Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini
adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya
berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.

[ke atas]

Laporan Hussein Onn (1971)

 Jawatankuasa laporan ini diketuai oleh Hussein Onn yang menjadi Mentei
Pelajaran ketika itu.Tujuan utama Laporan ini selain dari untuk mengkaji semula
Dasar Pendidikan Negara ketika itu, juga adalah untuk menyediakan pendidikan dasar
bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah. Ini dapat ditampung
dalam sekolah-sekolah aliran Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.

Ketika itu, di sekolah-sekola kerajaan dan bantuan kerajaan masih dijalankan dalam
dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Menurut laporan ini:

 "Sistem pendidikan kebangsaan direkabentuk untuk memenuhi


keperluan negara dan mempertingkatkan pembangunan budaya,
sosial. Ekonomi dan politik. Jadi mulai 1968 bahasa Melayu telah
mula menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat
sebagai baasa pengantar di sekolah-sekolah aliran Inggeris.

(Laporan Hussein Onn, 1971)

Walaupun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem


pendidikan negara, namun kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut
dipelihara. Ini di atas rasa kesedaran bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa
antarabangsa yang amat penting dan penguasaan bahasa itu boleh mempetingkatkan
pembangunan negara.

 Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolahh kerana


kepentingannya dalam pendidikan tinggi ddan perdagangan dan juga
hal- ehwal antarabangsa. Peringkat penguasaan bahasa Inggeris yang
tinggi menjadi sasaran sistem pendidikan. Masa mengajar bahasa
Inggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk hasil yang baik.
Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa kedua.
(Laporan Hussein Onn, 1971)

[ke atas]

Laporan Mahathir (1985)

 Pada bulan september 1974, kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa


Kabinet yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri,
Dr, Mahathir Mohamad. Laporan ini bertujuan:

 Untuk mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan sistem


pendidikan yang diamalkan sekarang, dengan tujuan memastikan keperluan
tenaga manusia negara dipenuhi dalam jangka pendek dan jangka panjang di
samping untuk memastikan sistem pendidikan ini memenuhi matlamat negara
untuk melahirkan masyarakat yang bersatu, berdisiplin dan terlatih.

(Laporan Mahathir, 1976)

Tujuan laporan ini adalah sama dengan apa yang didapati dalam laporan Husein Onn.
Matlamat utama tidak lain dan tidak bukan untuk menyatupadukan rakyat seperti
yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1961. Sebagai langkah utama alat perpaduan
ialah pendidikan. Input penting dalam pendidikan ini ialah bahasa. Oleh itu aspek
bahasa telah menjadi penekanan. Dalam Laporan ini matlamat pendidikan bahasa
Malaysia (Bahasa Melayu) sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi utama dan bahasa
untuk menyatukan rakyat haruslah lengkap dan jelas supaya guru-guru mendapat
gambaran yang sebenar sebagai panduan pengajaran harian mereka.

Dalam laporan ini kursus bahasa Malaysia dalam perkhidmatan kepada guru-guru
harus dikaji semula dan penilaian terhadap keupayaan mereka yang telah mengikuti
kursus tersebut harus dijalankan secepat mungkin. Kedudukan bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua tetap dijamin. Ada dua tujuan bahasa Inggeris diajar diinstitusi
pendidikan pada waktu itu:

a.
b. Untuk membolehkan murid-murid menggunakan bahasa tersebut
dalam kerja dan aktivitinya.
c. Untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka untuk
digunakan bagi tujuan pendidikan tinggi.

[ke atas]

Akta Pendidikan 1996

 Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan Akta Pendidikan Kebangsaan


yang digubal setelah mengambilkira pandangan dan aspirasi semua pihak.

Dalam Akta Pendidikan, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan


meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah hingga ke peringkat
pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan ,
sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.
Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya sebagai
bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi
dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua
sekolah dan institusi pendidikan.

Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak negara
apabila Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan dalam Akta Pendididkan 1996
wajib diguna oleh semua pihak.

Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk mengambil
peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan memudahkan kita
menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian murid-murid
dari sekolah-sekolah di negara kita.

Pendidikan Islam akan diperluaskan utnuk meliputi murid-murid Islam di semua


kategori sekolah termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan dengan menjadi
pelajaran tersebut sebagai salah satu daripada pelajaran teras di sekolah-sekolah.

Dengan adanya peruntukan yang membolehkan Menteri Pendidikan menubuhkan dan


menyenggara tadika, maka dari keluarga yang kurang berada di bandar-bandar, akan
berpeluang mendapat pendidikan prasekolah yang menjadi asas yang baik bagi
memulakan pendidikan rendah.

Mutu Program pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan kerana
tadika-tadika ini akan diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.

Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan pendidikan sains dan


teknologi, pendidikan teknik akan dipertingkatkan di sekolah menengah teknik dan
politeknik. Akta Pendidikan 1996 memudahkan sekolah vokasional ditukartarafkan ke
sekolah teknik, manakala politeknik boleh mengadakan program kerjasama dengan
mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian untuk mengendalikan
kursus teknik atau vokasional atau program latihan, termasuk program pertukaran.
Politeknik juga boleh mengadakan program bekembar bagi kursus peringkat diploma
dan ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi, sama ada dalam negeri atau
luar negeri. [ke atas]

Pendidikan guru akan dapat diperrkukuhkan dengan adanya peruntukan yang


membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru bukan
sahaja di peringkat sijil, tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah, iaitu secara
berkembar.

Pendidikan swasta akan dapat berkembang secara lebih sistematik dengan adanya
peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi-
institusi tersebut. Dalam pada itu, institusi pendidikan swasta juga boleh dikehendaki
mengadakan pengajaran Bahasa Kebangsaan, Pengajian Malaysia dan Pendidikan
Islam atau Moral untuk memupuk semangat cintakan negara dan nilai-nilai murni.

Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang
cukup bagi pendidikan tersebut.
Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, dan berdasarkan
pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin negara yang dahulu,
Akta Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua kaum dengan cara
mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah
Cina swasta. Di samping itu Unified Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah
ini serta lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan.

Akta Pendidikan 1996 juga turut memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di
negara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan. Kelas-kelas agama
seperti bible classes tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta Pendidikan 1996.

1. Kedudukan Bahasa Kebangsaan

Dalam hal ini kedua-dua akta telah dinyatakan. Dalam Akta Pandidikan 1996
dijelaskan dalam seksyen 17 tentang kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
pengantar utama di semua sekolah atau institusi kecuali di Sekolah Jenis Kebangsaan
atau lain-lain sekolah yang diberi pengecualian. Di sini soal bahasa telah
diperkukuhkan.

" (1) The National language shall be the main medium of instruction in all
educational institutions in the National Education System except an national-type
school established under section 28 or any other educational intitution exempted by
Minister from this section.

(Education Act 1996, Sec. 17)

Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 Bahasa Kebangsaan adalah bahasa pengantar
sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan sahaja.

Strategi Bagi Menjayakan Dasar


Pendidikan Kebangsaan
by Kulanzsalleh on 19/07/2009 · 3 comments

Dalam usaha mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan, pelbagai langkah-langkah


dan strategi telah disusun, antaranya; Penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
pengantar utama; Mengadakan kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama; Melicinkan
tatacara pengurusan pendidikan; Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan
menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu; Mendemokrasikan
pendidikan; Pelaksanaan KBSR dan KBSM; Mempertingkatkan pendidikan Islam,
kerohanian, moral dan disiplin; Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik;
Mempelbagai kemudahan pendidikan di peringkat universiti; Pengajaran bahasa ibunda; dan
Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum.

1. Penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama


Selaras dengan matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan, iaitu menyatupadukan
masyarakat pelbagai kaum, bahasa Malaysia telah diiktiraf sebagai bahasa bahasa rasmi
dalam segala urusan dan menjadi bahasa kebangsaan. Hal Ini telah pun termaktub dalam
Seksyen 17, Akta Pendidikan 1996, yang antara lain menyatakan:

“Bahasa kebangsaan (bahasa Malaysia) hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua
institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan
yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang
dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini.” (Akta Pendidikan, 1996)

Ini bermakna, walaupun sekolah terdiri dari berbagai aliran, Bahasa Malaysia dijadikan
sebagai satu mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah.

2. Mengadakan kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama


Ini dilakukan dengan menyelaraskan sukatan dan rancangan yang hendak diajar oleh guru
terhadap pelajar sekolah. Sukatan ini diselaraskan tanpa mengira jenis dan kategori sekolah.
Tujuan dilakukan penyelarasan ini ialah untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai tahap
kemampuan dan kebolehan yang sama. Kurikulum Kebangsaan yang diselaraskan ini wajib
diguna oleh semua pihak. Perkara ini telahpun disentuh dalam Seksyen 18 (1), Akta
Pendidikan (1996):

“Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum


Kebangsaan yang, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah digunakan oleh semua sekolah
dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.”

Selain itu, bahasa Malaysia juga dijadikan ukuran untuk menilai pencapaian yang diperolehi
oleh pelajar dalam peperiksaan awam. Di peringkat pengajian tinggi, kedudukan Bahasa
Malaysia juga sama dengan apa yang berlaku di sekolah. Setiap pelajar institusi pengajian
tinggi wajib mengambil peperiksaan Bahasa Malaysia sebagai satu syarat untuk mendapat
pengijazahan.

3. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan


Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai organisasi yang bertanggungjawab telah
melaksanakan beberapa strategi yang dapat memantapkan Sistem Pendidikan Kebangsaan,
antaranya ialah melicinkan tatacara pengurusan pendidikan dengan cara meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan. Langkah ini diambil bagi memastikan
organisasi berkenaan dapat meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan
menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Aspek pengurusan ini
memang banyak disentuh dalam Akta Pendidikan 1996, misalnya dalam Bab 11, Seksyen 53
berkenaan Suratcara pengelolaan bagi institusi pendidikan.

4. Mendemokrasikan pendidikan
Usaha mendemokrasikan pendidikan telah dilakukan sekitar tahun 1980-an. Matlamatnya
adalah bagi memastikan mutu pendidikan dipertingkatkan dan dengan mengagihkan
peruntukan secara adil. Ini dilakukan dengan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan
infrastruktur terutama di luar bandar. Ini adalah selaras dengan Dasar Ekonomi Baru yang
ingin menyusun semula masyarakat dengan mengurangkan jurang perbezaan peluang
pendidikan antara golongan kaya dengan miskin, program sokongan pendidikan seperti Skim
Pinjaman Buku Teks (SPBT), Televisyen Pendidikan, Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
asrama desa dan asrama harian, biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan
program kesihatan dipertingkatkan.

You might also like