You are on page 1of 5

Program Pembungunan Prestasi Sekolah

1. Program ini adalah satu mekanisme komprehensif yang dirangka khusus oleh Kementerian
Pelajaran dengan kerjasama Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (PEMANDU) Jabatan
Perdana Menteri dan pihak McKinsey Consultant, untuk membantu setiap sekolah
meningkatkan keberhasilan murid secara konsisten.

2. Program ini mempunyai tiga komponen utama. Pertama ialah penarafan tahap pencapaian
sekolah ( banding sekolah) berdasarkan Skor Komposit Sekolah yang mengambilkira GPS dan
skor SKPM. Melalui penarafan ini, setiap sekolah akan mengetahui kedudukan masing-masing
dari segi prestasi akademik murid dan kualiti pengurusan sekolah secara keseluruhan. Dengan
adanya maklumat ini, pihak sekolah akan dapat menentukan garis mula proses peningkatan
prestasi sekolah dan menetapkan sasaran yang realistik.

3. Kedua, setiap sekolah akan dibekalkan dengan tool kit pembangunan prestasi sekolah,
iaitu satu instrumen penilaian kendiri secara on-line yang akan membantu setiap sekolah untuk
menilai pencapaian semasa, mengenalpasti bidang-bidang yang perlu ditambahbaik dan
menyediakan pelan tindakan penambahbaikan secara terarah. Sebagai contoh, melalui
penilaian pencapaian sekolah secara kendiri, guru besar atau pengetua dapat mengesan
kelemahan murid dalam mata pelajaran tertentu. Justeru, langkah seterusnya ialah
mengenalpasti punca kelemahan tersebut dan merancang tindakan susulan untuk
mengatasinya. Jika kelemahan itu berpunca daripada kaedah pengajaran yang kurang
berkesan, maka guru besar atau pengetua boleh mengambil inisiatif melaksanakan program
bimbingan untuk guru-guru mata pelajaran berkenaan dan memantau perkembangannya dari
masa ke semasa.

4. Keunikan program ini ialah pihak sekolah tidak akan dibiarkan bersendirian dalam usaha
untuk melonjakkan prestasi masing-masing. Setiap sekolah akan dibantu oleh Kementerian
melalui satu program sokongan yang dikenali sebagai service line yang merupakan
komponen ketiga program pembangunan prestasi sekolah. Berdasarkan keperluan setiap
sekolah yang telah dikenalpasti melalui aplikasi tool kit, pihak Kementerian akan memberikan
bantuan tambahan kepada sekolah-sekolah yang paling memerlukan, terutamanya sekolah-
sekolah berprestasi rendah. Ini termasuklah menyediakan bimbingan kepada kepimpinan
sekolah, melaksanakan program pembinaan keupayaan guru dan membekalkan alat-alat
bantuan mengajar tambahan mengikut keperluan. Bantuan yang diberikan ini adalah bertujuan
untuk membantu pihak sekolah mengatasi kelemahan dan meningkatkan prestasi ke tahap
yang lebih tinggi.

Imbuhan RM900 hingga RM7,500 jika berjaya lonjak prestasi sekolah

KUANTAN: Sempena Hari Guru semalam, kerajaan mengumumkan ganjaran RM900 hingga
RM7,500 kepada pengetua, guru besar dan guru sekolah rendah serta menengah yang
mencatat prestasi cemerlang mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang ditetapkan
Kementerian Pelajaran, mulai tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata jika kecemerlangan
diteruskan dan mereka berjaya mencapai KPI setiap tahun, ganjaran akan diberikan setiap
tahun.
Beliau berkata, ia selaras konsep mengutamakan pencapaian menerusi satu daripada empat
sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) serta memberi pengiktirafan sewajarnya
kepada guru yang memberi sumbangan penting kepada rakyat dan negara.

Katanya, ganjaran akan diberi mulai tahun depan kepada pengetua, guru besar dan guru yang
berjaya melonjakkan prestasi sekolah melepasi sasaran 92 peratus Skor Komposit bagi sekolah
menengah dan 84 peratus sekolah rendah.

Beliau berkata, Skor Komposit dikira berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) dan Standard
Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) dan sebuah panel akan menilai pencapaian sekolah untuk
mereka yang yang layak diberi ganjaran.

"Pengetua dan guru besar yang mencapai KPI akan menerima ganjaran RM7,500, manakala
guru dalam kumpulan lima peratus teratas berdasarkan tahap penilaian prestasi tahunan,
menerima RM1,800 dan 95 peratus guru berikutnya menerima RM900.
"Ganjaran akan diberi kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan
kedudukan sekolah dalam ranking Skor Komposit, iaitu 2,500 tempat bagi sekolah rendah dan
300 tempat bagi sekolah menengah.

"Kita berharap ia dapat menyuntik semangat baru kepada guru untuk lebih gigih bagi
meningkatkan prestasi sekolah serta keberhasilan pelajar," katanya ketika melancarkan
sambutan Hari Guru 2010 Peringkat Kebangsaan Ke-39 yang bertema Guru Pembina Negara
Bangsa, di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang dekat sini,
semalam.

Hadir sama, isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan
Yaakob; dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong serta dan Dr Mohd Fuad
Zakarshi.

Pada sidang media kemudian, Muhyiddin berkata, walaupun ia membabitkan penambahan


perbelanjaan, kerajaan sudah memutuskan memberi ganjaran setiap tahun sehingga masa
akan datang.

Jika sekolah dan pengetua meneruskan usaha serta mencapai kejayaan cemerlang untuk
tahun berikutnya, mereka berhak mendapat ganjaran lagi. Kalau meningkat tiap-tiap tahun,
pengetua, guru besar dan guru akan dapat ganjaran setiap tahun.

"Apabila panel penilai selesai membuat penilaian termasuk mengambil kira keputusan
peperiksaan awam dan keluarkan senarai sekolah yang layak, kita akan bayar seberapa cepat
kepada pengetua, guru besar dan guru terbabit," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin mengumumkan empat cadangan Jawatankuasa Khas Mengkaji


Beban Tugas Guru yang boleh dilaksanakan segera bagi meringankan beban guru.

Katanya, ia adalah mengurangkan bilangan jawatankuasa peringkat sekolah kepada jumlah


yang lebih wajar menerusi pengecilan jawatankuasa dengan menggabung atau memansuhkan
bidang tugas bagi membantu guru menumpu perhatian kepada tugas hakiki, selain memastikan
pembahagian tugas diagih secara adil untuk mengelak beban tugas tertumpu kepada guru
tertentu.

Beliau berkata, jumlah peperiksaan dalaman perlu dikaji semula, bukan saja untuk meringankan
beban guru, malah mengelakkan sistem persekolahan menjadi terlalu berorientasikan
peperiksaan.

"Tugas perkeranian di sekolah akan disusun semula menerusi garis panduan terperinci bagi
membezakan tanggungjawab hakiki guru dengan tugas perkeranian, sekali gus melonjak kualiti
pengajaran dan pembelajaran guru.

"Kursus penting yang perlu dihadiri guru juga akan diselaraskan di peringkat kementerian
supaya tidak wujud pertindihan kursus atau guru sama terpaksa mengikuti pelbagai jenis kursus
anjuran kementerian, negeri dan

20 SENARAI SEKOLAH HEBAT


Kumpulan pertama Sekolah Berprestasi Tinggi diberi autonomi

PUTRAJAYA: Misi mengangkat sekolah negara ini ke taraf dunia bermula semalam
dengan pemilihan kumpulan pertama 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang
menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam
pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.

Autonomi itu antara lain memberi kelonggaran memanjangkan waktu persekolahan,


menamatkan tempoh persekolahan pelajar cemerlang setahun lebih awal,
mengagihkan kewangan mengikut keperluan serta mengambil kakitangan
berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata SBT dibimbing dan
dipantau secara khusus menjamin berlaku lonjakan prestasi secara berterusan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata penilaian SBT akan dibuat
berdasarkan laporan tahunan petunjuk keberhasilan dan pemeriksaan sekolah
mengikut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang diubah suai.

Beliau bagaimanapun menjelaskan SBT bukan sekolah elit untuk sebilangan kecil
pelajar, sebaliknya semua sekolah mempunyai peluang sama dan boleh bersaing di
padang sama rata bagi mendapat pengiktirafan itu.

Tahun ini kita sasarkan 20 sekolah mengikut sub Bidang Keberhasilan Utama
(NKRA) kementerian, manakala 30 pada tahun depan dan 50 lagi pada 2012,
katanya pada sidang media mengumumkan senarai kumpulan pertama SBT yang
meliputi 14 sekolah menengah (SM) dan enam sekolah rendah.
SM yang terpilih termasuk empat sekolah harian, iaitu SM Kebangsaan (P) Sri
Aman, Petaling Jaya; SMK Sultanah Asma, Alor Setar; SMK Aminuddin Baki, Kuala
Lumpur dan SMK (P) St George, Pulau Pinang.

Muhyiddin berkata, 20 sekolah berkenaan dipilih daripada 10,000 sekolah di seluruh


negara berdasarkan kriteria tertentu termasuk menunjukkan pencapaian cemerlang
dalam akademik dan kokurikulum.

Mengenai nasib sekolah pedalaman, Muhyiddin berkata, mungkin mereka akan


menghadapi cabaran kerana kemudahan yang belum setara dengan sekolah bandar,
tetapi tetap boleh diiktiraf sebagai SBT jika memenuhi kriteria.

Ini bukan usaha jangka pendek dan tak mungkin semua 10,000 sekolah naik ke
tahap begitu, di mana dunia pun tidak begitu, tetapi tak kira bandar, luar bandar
atau pedalaman, kalau prestasi bagus dia akan diiktiraf SBT manakala kemudahan
di pedalaman kita akan terus perbaiki, katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata
kementerian belum ada mekanisme khusus mengenai langkah autonomi SBT yang
membenarkan tempoh persekolahan ditamatkan setahun lebih awal bagi murid
cemerlang.

Panduan kasarnya ialah kerajaan berasakan pelajar cemerlang dibenarkan


menamatkan persekolahan setahun lebih awal, tetapi ia akan bergantung kepada
cadangan pengetua dan guru besar, katanya.

SEKOLAH TERPILIH SBT

Sekolah Berasrama Penuh:

Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)


Sekolah Dato Abdul Razak (Seremban)
Kolej Melayu Kuala Kangsar
Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
SMS Muzaffar Syah (Melaka)
Sekolah Menengah Harian:

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)


SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
SMK (P) St George (Pulau Pinang)
Sekolah Rendah:

Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)


SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
SK Bukit Damansara (KL)
SK Zainab (2) (Kota Bharu)
SK Convent Kota (Taiping)
SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)
Sekolah diberi autonomi:

Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan
elektif
Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa
lain.
Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
Memanjangkan waktu persekolahan.
Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun
lebih awal (seperti kelas lompat).
Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi
kepada semua staf.
Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.
Kriteria pemilihan SBT :

Pencapaian akademik yang cemerlang.


Melahirkan personaliti unggul.
Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan
sekolah tempatan dan antarabangsa.
Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara.

You might also like