You are on page 1of 2

Usaha-usaha yang telah diambil dalam menjayakan Teras ke 5 PIPP

Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan
negara mencapai Wawasan 2020 yang telah digagaskan. Justeru, Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirangka untuk melaksana dan merealisasikan satu
sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. PIPP akan menjadi
garis panduan yang jelas kepada semua pihak supaya segala dasar, program dan aktiviti
pendidikan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan cemerlang. PIPP juga akan
memperkemaskan pelaksanaan serta memantapkan lagi proses pembinaan modal insan
secara menyeluruh dan berterusan supaya output yang dihasilkan berupaya memenuhi
kehendak tempatan dan antarabangsa.

Pendidikan merupakan salah satu faktor utama dalam mencapai Misi Nasional dan
guru memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan ini. Peranan guru yang suatu
masa dahulu hanyalah sebagai sumber utama pengetahuan kepada pelajar adalah tidak lagi
relevan. Sebaliknya peranan guru kini adalah lebih luas dan mencabar. Guru haruslah kreatif,
inovatif, pemudahcara dan juga sumber inspirasi kepada pelajar.

Sehubungan itu untuk meningkat martabat profesion ini KPM telah berusaha dari segi
menambah baik sistem pemilihan calon guru hal ini sangat penting kerana hanya guru yang
komited sahaja mempu untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan
berkesan. Syarat-syarat pengambilan guru kini diperketatkan bagimemastikan pemilihan
calon yang benar-benar berkualiti sahaja dapat dibuat. Selain daripada itu, KPM juga dalam
perancangan memantapkan latihan perguruan dengan menaik taraf maktab perguruan
kepada kepada Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan meneruskan pelbagai latihan dalam
perkhidmatan di Institusi Aiminudin Baki (IAB).

Memantapkan kerjaya guru melalui program-program latihan dan menambahkan


perjawatan dan peluang naik pangkat untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di
Kementerian, Jabatan dan Pejabat Daerah. Menambahbaik persekitaran kerja serta kebajikan
guru dengan menyediakan persekitaran kerja yang kondusif serta menempatkan guru
mengikut opsyen dan keperluan dan memantapkan perancangan dan pengurusan sumber
manusia.

Guru-guru yang baru menamatkan pengajian perguruan dari maktab atau institusi
pengajian tinggi akan diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalaman dahulu tanpa sebarang
pengecualian. KPM akan menambah baik insentif dan mewujudkan skim insurans khusus
kepada guru yang berkhidmat di pedalaman selain menyediakan rumah guru dan kemudahan
asas yang sempurna. Kurikulum Institut Pendidikan Guru (IPG) secara berpusat akan digubal
bagi memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru. Ia akan
memberi fokus kepada membangunkan infrastruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan
Keguruan, Sistem Penyaluran, rangkaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Portal
Pendidikan Guru dan Total Campus Management System.

Guru tugas-tugas khas bakal menikmati elaun baru apabila PIPP 2006-2010
dilaksanakan sepenuhnya. Pelbagai keistimewaan bakal dilaksanakan seperti mewujudkan
laluan pantas untuk kenaikan gred DG berasaskan merit dan prestasi akan dilaksanakan,
kemudahan tempat tinggal di kawasan pedalaman dan bandar besar akan disediakan dan
menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan.Kesemua ini adalah antara usaha-usaha
KPM dalam meningkatkan martabat professional keguruan.

Perancangan-perancangan ini semuanya sukar dijalankan sekiranya peruntukan


kewangan tidak disediakan. Oleh itu melalui RMK9, kerajaan telah memperuntukkan
sebanyak RM 310 juta berhubung dengan pelaksanaan projek pendidikan guru.

Teras ketiga dan keempat dalam PPM iaitu meningkatkan kualiti pendidikan dan
meningkatkan tahap kecekapan serta keberkesanan pengurusan pendidikan juga
menekankan kepada memartabatkan profesion keguruan dalam PIPP usaha kea rah
menghasilakan sistem pendidikan bertaraf dunia telahpun diperkenalkan dalam
Pembangunan Pendidikan lagi. Secara tidak langsung sekiranya sistem pendidikan kita dapat
berdiri sama rata denga taraf pendidikan dari negara-negara maju, kedudukan profesion ini
juga akan dihormati.

You might also like