You are on page 1of 1

LAPORAN PROGRAM

AKTIVITI MEBELI-BELAH UNTUK MURID-MURID PPKI


SJK (T) PORT DICKSON

Pada 5 Ogos 2019 murid-murid PPKI telah dibawa untuk aktiviti lapangan (membeli-
belah) di pasaraya Tesco Port Dickson. Aktiviti ini amat memberangsangkan kerana
mendapat penyertaan murid yang agak ramai. Seramai 4 orang guru iaitu 3 guru praktikum
dan seorang guru sekolah serta seorang pembantu pengurusan murid (PPM) turut serta
dalam aktiviti ini.

Murid-murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. setiap kumpulan diedarkan dengan satu


sampul surat yang mengandungi senarai barang yang perlu dibeli oleh murid dan wang tunai
sebanyak RM 15. Murid-murid diminta mencari dan membeli barang-barang di Tesco
berpandukan senarai yang diberi. Murid-murid sangat proaktif dan teruja semasa mencari
barang-barang yang diperlukan. Aktiviti ini dapat menanam kemahiran berdikari dalam diri
murid-murid ketika menghadapi situasi di persekitaran luar serta menambahkan pengetahuan
dan kemahiran berkaitan dengan urusan jual beli.

You might also like