You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN

KETUA POLIS NEGARA POLIS DIRAJA MALAYSIA

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH


PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2017

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin-Nya, negara kita berada dalam keadaan aman
dan damai.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

1. Polis Diraja Malaysia (PDRM) begitu prihatin terhadap kejadian-kejadian jenayah


dan salah laku dalam kalangan generasi muda, khususnya murid-murid sekolah. Dalam
hal ini pihak PDRM akan sentiasa memantau murid-murid yang terlibat dengan salah laku
disiplin. Kejasama antara pihak sekolah dengan PDRM mampu membendung salah laku
disiplin dalam kalangan murid daripada berleluasa. Pegawai Perhubungan Sekolah
(PPS) sentiasa bersedia memberi khidmat kepada pihak sekolah tanpa mengira masa
untuk membantu pihak sekolah dalam menangani masalah salah laku disiplin murid.

2. Antara usaha yang dilakukan oleh (PDRM) khususnya PPS adalah untuk
membantu mewujudkan sekolah selamat dengan menjalankan tanggungjawab yang
digariskan dalam Buku Panduan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS). Antara tugasnya
termasuklah mengumpul maklumat daripada sekolah untuk diambil tindakan jika perlu,
melakukan rondaan/lawatan berjadual di kawasan sekolah dan memberikan ceramah
berkaitan dengan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah. Keselamatan sekolah
sangat mempengaruhi suasana pembelajaran murid-murid. Oleh itu, adalah diharapkan
agar program-program yang dirancang boleh menyemai sikap kesedaran murid-murid
terhadap tanggungjawab mereka kepada sekolah dan negara.

3. Sehubungan dengan itu, PDRM akan sentiasa memberi komitmen kepada


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menangani masalah disiplin dalam
kalangan murid sekolah untuk melahirkan warganegara yang berdisiplin dan bersahsiah
tinggi. Setiap PPS perlu lebih aktif, kreatif dan inovatif ke arah membentuk sahsiah murid.
PPS bertanggungjawab mengawasi kadar jenayah yang berlaku di persekitaran sekolah
serta membantu pihak sekolah memastikan murid-murid tidak melanggar peraturan dan
undang-undang.

4. PPS juga perlu membentuk satu mekanisme yang boleh mendorong dan
meransang masyarakat sekolah untuk turut sama memainkan peranan dalam mencegah
salah laku disiplin murid. Menerusi mekanisme ini, PPS dapat memberi kesedaran
kepada masyarakat sekolah berkaitan peranan yang boleh dimainkan oleh mereka serta
langkah-langkah pencegahan yang boleh diimplementasi dalam usaha mengekang kes
salah laku disiplin murid dan menjayakan Program Jom ke Sekolah.

5. Kerjasama antara PPS dan masyarakat sekolah dalam menjayakan Program Jom
ke Sekolah ini akan dapat menangani sebarang isu atau masalah disiplin dalam kalangan
murid melalui Peti Aduan Disiplin Murid yang diwujudkan di sekolah-sekolah. Selain itu,
pemahaman dan pengetahuan masyarakat sekolah mengenai penggunaan Peti Aduan
Disiplin Murid perlu diterapkan agar dapat mempertingkatkan lagi kecekapan bertindak
pihak sekolah terhadap masalah disiplin murid yang berlaku.

Akhir kata, saya berharap kewujudan PPS di sekolah-sekolah dapat membantu


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khususnya pihak sekolah dalam mengatasi
permasalahan yang berkaitan dengan isu disiplin murid.

Sekian, terimakasih.

Tan Sri Dato Sri Khalid Bin Abu Bakar


Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia.

You might also like