Professional Documents
Culture Documents
Saudara / Saudari,
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk dan Surat Siaran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian
Pendidikan Malaysia KPM.100-1/7/2 jilid 5(05) bertarikh 2 April 2018 adalah berkaitan.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan ke Tingkatan Enam seperti ketetapan berikut:
3. Keputusan ini adalah muktamad berdasarkan syarat-syarat kemasukan ke Tingkatan Enam dan tertakluk
kepada kekosongan tempat. Kegagalan melapor diri pada tarikh yang ditetapkan dianggap menolak tawaran.
Tawaran ini terbatal serta-merta jika murid berstatus bukan warganegara Malaysia.
4. Calon yang sedang menunggu tawaran Universiti Awam/IPTA/IPTS, perlu melapor diri di sekolah yang
ditetapkan.
5. Calon yang sedang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 2.0) siri 15/2018 diminta melapor diri
pada 10 Mei 2018.
6. Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Jabatan Pendidikan di negeri masing-masing.
"SEHATI SEJIWA"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"