You are on page 1of 4

Pencemaran air ialah perubahan kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia atau biologi air sehingga

menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah, menyebabkan suatu keadaan yang berbahaya kepada
kesihatan dan keselamatan awam atau kepada hidupan dan tumbuhan.

STATISTIK PENCEMARAN AIR DI MALAYSIA

Data pada tahun 2016 dan 2017 menunjukkan bahawa kebanyakan kualiti air sungai Malaysia
berada di Indeks Kualiti Air Kelas II dan Kelas III. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO)
telah membatasi aktiviti perniagaan, pergerakan manusia dan juga aktiviti antropogenik. Penurunan
aktiviti manusia secara mendadak telah memberi kesan langsung kepada kualiti air sungai. Beberapa
pemerhatian yang dilakukan oleh wartawan akhbar tempatan, laporan yang dikeluarkan oleh
DepartemenT Alam Sekitar (DoE) dan Kementerian Alam Sekitar dan Air telah menunjukkan
perubahan positif dalam kualiti sungai air.

Punca-punca pencemaran sungai amnya terdiri daripada punca tetap seperti pelepasan dari kawasan
perindustrian dan dari loji pengolehan kumbahan serta punca tidak tetap seperti air larian dari
gunatanah pertanian, kediaman, perdagangan perniagaan, industri dan sebaginya.

Pembuangan Sampah Sarap ke Dalam Sungai

Sikap individu mengambil jalan mudah tanpa memikirkan kesannya kepada alam sekitar
menyebabkan situasi ini berlaku. Pembuangan sampah sarap mengakibatkan kualiti air sungai
merosot dan tidak lagi selamat untuk kegunaan domestik. Hal ini boleh mengundang krisis air dan
menyusahkan individu yang hidup bergantung kepada sungai. Tambahan pula, pembuangan sampah
sarap akan menyebabkan sungai berbau busuk. Oleh itu, setiap individu mesti bertanggungjawab
menjaga kebersihan sungai.

Perumahan Setinggan Di Atas Air

Kewujudan perumahan setinggan di atas air menyumbang kepada pencemaran air sungai secara
langsung penghuni rumah tersebut mudah untuk membuang sampah terus ke sungai. Kesannya
menyebabkan pencemaran sungai, persekitaran sungai dan perumahan setinggan penuh dengan
sampah sarap membuatkan tidak elok di pandangan masyarakat dan pelancong.

Pembuangan sisa toksik dan sisa industri yang tidak dirawat daripada kilang menyebabkan
pencemaran sungai. Kesan daripada sisa toksik dan sisa industri yang tidak dirawat meyebabkan
kualiti dan tahap kebersihan air terjejas dan mengundang kepada pelbagai penyakit sekiranya
digunakan oleh indidvidu dalam kehidupan harian. Kehidupan akuatik (ikan) di dalam sungai turut
terjejas kemungkinan boleh membawa kepada kematian akibat bahan kimia yang ada pada sisa
toksik tersebut.

pencemaran bau di Sungai Gong, hingga menyebabkan gangguan bekalan air di tujuh kawasan di
Lembah Klang pada tahun 2020 dan Pencemaran Sungai Kim Kim, Johor adalah contohnya.

Pembalakan

Pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan hakisan tanah dari aktiviti kerja tanah yang tidak
terkawal. Di samping itu, kegiatan pembalakan merupakan salah satu faktor perdana pencemaran
sungai. Hal ini demikian kerana apabila pokok-pokok ditebang, struktur tanah akan menjadi lemah
akibat kehilangan sokongan daripada akar-akar pokok yang mencengkam tanah. Keadaan ini menjadi
lebih teruk apabila hujan turun dengan lebat dan jatuh terus ke atas tanah tanpa halangan. Struktur
tanah yang lemah tersebut akan mudah terhakis dan mengalir bersama air hujan ke sungai. Tanah
yang terhakis akan mendap di dasar sungai dan menjadikan sungai cetek. Apabila hujan turun,
sungai tersebut tidak akan dapat menampung air yang banyak dan akhirnya akan melimpah keluar
sehinnga berlaku banjir kilat.

Aktiviti Pertanian

Penggunaan baja kimia/racun serangga yang berlebihan menjejaskan tahap kebersihan dan kualiti
air kerana dicemari bahan kimia yang berlebihan sehinggakan sumber air tidak Selamat untuk
diminum dan digunakan oleh manusia mahupun hidupuan akuatik.

Pembuangan Sisa Minyak Dari Bengkel Kenderaan/Motosikal

Sekiranya sisa minyak tidak diurus dengan baik dan dibuang merata-rata tanpa ada tempat
pembuangan khas minyak hitam/kotor di bengkel-bengkel kenderaan/motosikal boleh menyumbang
kepada pencemaran air/sungai terutamanya pada waktu hujan minyak hitam/kotor di permukaan
tanah akan dibawah ke parit dan seterusnya ke sungai berdekatan menyebabkan sungai tercemar.
Effluen Dari Loji Rawatan Kumbahan

Sekiranya loji kumbahan ini tidak diselenggara dan dipantau tahap paras air kumbahan terutama
apabila hujun turun lebat boleh menyebabkan air kumbahan ini melimpah keluar ke parit-parit
seterusnya ke sungai berdekatan, kesannya tetu sekali pencemaran sungai berlaku.

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN AIR

PEMBANDARAN DAN PENEBANGAN HUTAN - Walaupun tidak memberi kesan langsung kepada
kualiti air, pembandaran dan penebangan hutan mempunyai banyak kesan tidak langsung. Sebagai
contoh, menebang pokok dan menebang di kawasan yang luas menghasilkan percepatan aliran yang
tidak memberikan cukup masa untuk air menyusup dan dimurnikan oleh tanah.

INDUSTRI - Industri menghasilkan banyak sisa yang mengandungi bahan kimia toksik dan bahan
pencemar. Sebilangan besar sampah industri disalirkan di air tawar yang kemudian mengalir ke
terusan, sungai dan akhirnya di laut. Punca pencemaran air yang lain adalah pembakaran bahan
bakar fosil, menyebabkan pencemaran udara seperti hujan asid yang kemudian mengalir ke sungai,
tasik, dan bentangan air yang lain.

PERTANIAN - Pertanian mempunyai kesan terhadap pencemaran air akibat penggunaan bahan kimia
seperti baja, racun perosak, racun kulat, racun herba atau racun serangga yang hilang di dalam air,
serta kotoran ternakan, baja dan metana (kesan rumah hijau). Mengenai akuakultur, pencemaran
langsung terjadi di dalam air, kerana makanan dan baja yang berlebihan menyebabkan distrofikasi.

PEMBUANGAN LAUT - Setiap hari, sampah seperti plastik, kertas, aluminium, makanan, gelas, atau
getah disimpan ke laut. Barang- barang ini memakan masa berminggu-minggu hingga beratusratus
tahun untuk mengurai, dan dengan itu ia menjadi penyebab utama pencemaran air.

PUNCA-PUNCA

Pertanian

kegiatan pertanian seperti menanam sayur- sayuran dan padi menghasilkan banyak bahan kimia
cecair yang disalirkan ke dalam sungai-sungai.

Sisa Buangan Dari kilang

Pestisid dan insektisid atau dikenali sebagai peracun perosak disembur untuk membunuh haiwan
perosak tapi ia telah mencemarkan air pengaliran sisa-sisa racun ke dalam sungai apabila hujan

Cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang
mencemarkan air sungai

Bahan Buangan Radioaktif


kebanyakkan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai mengakibatkan sungai
tercemar

bahan-bahan toksik dari makmal- makmal dan buangan hospital mencemarkan air

Industri Perlombongan

stesen-stesen nucleur danujian-ujian bom di laut juga mencemarkan air

Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak

penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak

Bahan Buangan Domestik dan Organik

Minyak bercampur dengan air laut atau sungai akan menyebabkan air tercemar

pembuangan seperti sampah, minyak dan najis secara tidak terkawal

contoh di sungai semenyih antara sungai yang tercemar oleh najis babi sekitar tahun 1980 an

Kesimpulanya, pencemaran sungai mengakibatkan sumber air bersih berkurangan, tahap kesihatan
terjejas menyebabkan kehidupan manusia dan akuatik terancam, kepupusan sistem ekologi dan
kepelbagaian biologi. Dari segi ekonomi, pelancongan terjejas kerana nilai estetik sungai menurun.
Oleh itu hargailah sungai dan jagalah sungai untuk generasi yang akan datang kerana air adalah
sumber kehidupan utama manusia dan hidupan lain, segala perancangan pembangunan hendaklah
dirancang dengan teliti agar tidak memberikan kesan negatif kepada alam sekitar.

You might also like