You are on page 1of 12

PENCEMARAN AIR

Pendahuluan

Air ialah sumber asas bagi semua hidupan. Banyak fenomena alam tidak akan
wujud tanpa air. Namun begitu, air semakin hari semakin tercemar. Pencemaran ini
dikaitkan dengan larutan pelbagai bahan kimia toksik dan bahan buangan. Pelarut-
pelarut ini senang mencemarkan air kita. Kini, banyak punca air kita tercemar sehingga
didapati bahawa jika tiada sebarang langkah diambil ia mungkin memudaratkan
kehidupan manusia pada masa depan.

Menurut Jasiman (1996), pencemaran air ialah apa-apa perubahan langsung


atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi atau radioaktif iaitu mana-
mana bahagian alam sekeliling yang melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan
buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan
merbahaya atau memudaratkan kesihatan, keselamat dan kebajikan pihak awam atau
kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuhan-
tumbuhan air.

Punca utama pencemaran air di Malaysia adalah seperti pembuangan sampah


dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk membuang
bahan pembuangan daripada badan manusia dan binatang ternakan seperti ayam,
khinzir,lembu dan lain-lain ke dalam sungai. Sebagai contoh, Sungai Semenyih pernah
dicemari dengan puluhan ladang khinzir pada tahun 1980-an.

Kilang-kilang yang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi
punca kepada pencemaran air sepanjang sungai di Malaysia. Sisa toksik dibuang dan
dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai.
Pemandangan dari udara yang bertempat di Sungai Juru yang terletak di Seberang
Perai, Pulau Pinang telah menunjukkan warna air yang berwarna hitam pekat apabila
sampai ke laut.

Para petani yang bekerja di Tanah Tinggi Cameron telah mengamalkan


penggunaan baja kimia dan racun serangga sehingga menjejaskan kualiti air minuman
di Sungai Terla. Hotel dan rumah kongsi para pekerja tidak mempunyai sistem perparitan
yang sempurna sehingga menyebabkan najis manusia tidak dapat dirawat dengan betul.
Kes ini juga telah didedahkan kepada wartawan dan dipertontonkan di televisyen.
Selepas itu, barulah Majlis Daerah Cameron Highlands mengambil peranan dengan turut
sama mengambil tindakan bagi memperbetulkan keadaan.

Pengilang dari Taiwan telah dilaporkan mengeksport sisa kimia ke Malaysia dan
ditanam di kawasan terpencil di Johor, Malaysia. Beberapa negara maju juga membuang
sisa radioaktif dengan memasukkan sisa ini ke dalam tong-tong dram sebelum
membuangnya ke dalam laut. Tindakan ini boleh merosakkan hidupan laut. Longgokan
tayar buruk di dasar laut terutamanya di Laut China Selatan telah digunakan sebagai
tempat ikan berlindung dan membiak di dasar laut. Sesetengah pulau tidak mempunyai
sistem pelupusan sampah. Oleh itu, telah wujud istilah ‘pulau sampah’ secara terancang
atau tidak terancang.
Punca-punca Pencemaran air

Punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan


buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang
sewenangwenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan
sungai sebagai cara termudah menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan
oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Ini mengakibatkan kekurangan
oksigen dalam air yang menggugat kehidupan akuatik.

Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama.


Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan
disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang
disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang
mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke
dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan
bahan agrokimia.

Pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan hasil-
hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam
sungaisungai. Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan
dibuang ke dalam sungai. Selain itu, penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk
membunuh haiwan perosak mencemarkan sumber air. Ini menghalang penembusan
cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan dan
haiwan-haiwan akuatik.

Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan
pencemaran air. Can gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara
bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang
kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, is akan
mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuh-
tumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.
Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga
menyumbang kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil
dari makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik larut
dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga
menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar.
Ujian-ujian bom di laut juga menyumbang kepada pencemaran air laut.
Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Air

a) Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.

Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan
terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah
tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan
Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia, 2006).

Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya


sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan
juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat
dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.

b) Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah.

Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah bukan sahaja
pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran yang menyebabkan
sampah sarap bertaburan merata tempat.

Oleh itu, diperingkat sekolah pengurusan peletakan tong sampah perlu diambil
kira. Tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan
sampah supaya sampah tidak melimpah.

c) Pemasangan perangkap sampah.


Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, adalah perlu supaya
perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit utama untuk
memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan.

d) Penyelenggaraan sistem perparitan berkala.

Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tidak
tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2 kali
sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air
sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.

e) Kempen kesedaran melalui iklan TV.

Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak apa' perlu
ditangani. kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap individu yang
membuang sampah tanpa memikirkan kesannya. Oleh itu, adalah perlu setiap individu
berubah kita seharusnya tidak mementingkan diri sendiri.

Kita harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa menanggung
hasil tindakan yang kita buat hari ini. Adalah menjadi harapan agar individu mula
mencerminkan diri. Sudah tiba masanya kita kembali siapa kita sebenar yang
memerlukan 'soul reawakening'.
Cara-cara mengawal pencemaran air.

1. Mengelakkan pembuangan sisa-sisa makanan dan organik ke dalam longkang


2. Penguatkuasaanundang-undang
3. Kesedaran mengenai kepentingan air sungai dipertingkatkan.
4. Melaksanakan program‘Peningkatan Kualiti Air Sungai’ untuk mempertingkatkan
kualiti air sungai aktiviti peningkatan kualiti air sungai.
5. Membuat kempen kesedaran dan membuat motivasi kepada masyarakat yang
tidak bertanggungjawab .
6. Kilang yang hendak membuang sisa toksik dan bahan yang boleh menyebabkan
pencemaran air ke dalam sungai . kilang tersebut perlulah memperoses sisa-sisa
tersebut sebelum melepaskannya ke sungai.
Kesan-kesan pencemaran air

Kesan Terhadap Kesihatan Manusia

 Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan


oksigen dalam air.
 Manusia juga boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika
meminum atau menggunakan air yang tercemar.
 Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria
untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun
kepada manusia sendiri.

Kesan Kepada Kualiti Air

 Bahan-bahan toksid yang dibuang akan memberi kesan terhadap kitaran


makanan dengan mempengaruhi dan meracuni hidupan-hidupan di sungai dan tasik
seperti rumpair, burung, ikan dan hidupan lain.
 Bahan-bahan toksid yangbercampur dengan air sungai atau tasik,secara
langsung akan mempengaruhi kualiti air minuman.
 Hal ini memberi kesan negatif terhadap kesihatan, seperti kehadiran nitrat yang
berlebihan dalam air minuman yang akan mengakibatkan keracunan darah kepada bayi
kecil dan barah kepada orang dewasa.

Mengurangkan Kandungan Oksigen Terlarut


 Proses yang dihasilkan oleh industri terutamanya industri pemprosesan
makanan biasanya kaya dengan nutrien inorganik contohnya nitrogen, fosforusdan
kalium disamping sebatian-sebatian organik terlarut.
 Oleh itu, nutrien ini menyebabkan risiko pencemaran dilupuskan secara tidak
langsung di dalam sungai atau tasik dan menghasilkan keadaan eutrofikasi. Sebatian
organik terlarut mengurangkan jumlah kandungan oksigen terlarut(BOD).

Sistem Air Bawah Tanah Tercemar

 Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa


kilang. Tetapi, apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar
dan menyebabkan dua masalah iaitu, pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan,
maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai.
 Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sisem bawah
tanah yang akan menyebabkan sistem ai rbawah tanah tercemar. Kedua-dua masalah
tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan keadaan air itu sendiri.

Menjejaskan Keindahan Alam

 Seterusnya, pencemaran air juga menyebabkan keindahan dunia padamasa kini


terjejas. Pantai-pantai yang dipenuh dengan sampah sarap menjengkelkan dan tidak
indah untuk dipandang. Sampah sarap yang dibuang dilaut menjadi punca hal tersebut
berlaku.
 Keadaan air laut ataupun sungai yangberbau busuk akibat daripada bakteria-
bakteria daripada bahan-bahan cemaryang dibuang ke dalam air laut atau sungai
mewujudkan keadaan yang tidakselesa kepada manusia dan juga hidupan lain di dunia
ini.

Banjir

 Selain itu pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di dunia
pada masa
kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh tersumbatnya parit yang
sepatutnya mengalirkan air ke laut ataupun sungai.
 Apabila sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut, banjir mudah berlaku
dan menyebabkan persekitaran kotor apabila banjir tersebut berlaku. Kesan langsung
daripadanya adalah kemusnahan tapak pembiakan rantai makanan,dan juga
mempengaruhi pembuatan makanan, produktiviti makanan, dan kos meningkat.

Kemusnahan Hidupan Akuatik

 Di Malaysia, aktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladangan menyebabkan


pencemaran logam berat, racun makhluk perosak, pencemran organik serta peningkatan
keledak dalam air. Ia merupakan pencemaran utama yang memusnahkan kehidupan
akuatik.
 Laluan utama pencemaran dari darat kelautan adalah melalui sungai. Sungai-
sungai yang tercemar seperti Sungai Juru,Sungai Pinang, Sungai Sepang, Sungai Jejawi,
Sungai Kelang, Sungai Perai,Sungai Buloh dan beberapa sungai mengalirkan berbagai
jenis racun, keledak bahan kumbahan dan najis haiwan ke dalam lautan.
 Spesies yang sensitif akan lama kelamaan lenyap, samada disebabkan oleh
kematian individu atau kegagalan pembiakan. Bagi spesies yang tahan lasak,
pengumpulan bahan toksik dalam badan mereka boleh menyebabkan risiko yang tinggi
kepada haiwan-haiwan yang terletak di penghujung rantaian makanan, termasuk
manusia.
Rujukan

http://cikgushakinah.blogspot.com/p/punca-punca-pencemaran-sungai.html

http://cikgushakinah.blogspot.com/p/langkah-langkah-mengatasi-masalah.html

http://mieadham86.blogspot.com/2014/07/tugasan-geografi-pt3-2014-kesan.html

Jasiman Ahmad, 1996. Pencemaran Aalam Sekitar, Siri PemcemarAlam. Eddiple Sdn.
Bhd, Kuala Lumpur.
penutup

Kita hendaklah membuang sampah ke dalam tong sampah yang telah di sediakan dan
jangan membuang sampah kedalam sungai ini kerana untuk mengelakkan berlakunya
pencemaran air. Jikalau kita membuang sampah ke dalam sungai ia akan berlaku
pencemaran air dan kita juga yang akan meminum air tersebut

You might also like