You are on page 1of 7

SOALAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS

Kumpulan:

-Adam

-Adzfar

-Amirul

Soalan:

Terangkan secara ringkas apakah yang dimaksudkan dengan Disklesia, Slow Learner, Sindrom Down
dan Autisme.

Jawapan:

Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabungan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang
bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran
menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Disleksia ialah satu
‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran
bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968).

Slow Learner ditakrifkan sebagai perkembangan kanak-kanak yang lembam dan agak lambat sejak
peringkat bayi. Kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikan
kelas pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini dikenalpasti pada peringkat awal setelah mendapati
tidak dapat menguasai kemahiran 3M dalam pendidikan.

Sindrom Down bermaksud kecelaruan genetik yang menyebabkan kecacatan akal pada kanak-kanak.
Istilah Sindrom Down diambil daripada perkataan sindrom yang bermaksud koleksi tanda atau ciri-
ciri dan down iaitu nama seorang doktor yang berjaya mengumpulkan kesemua tanda dan punca.
Mereka juga mempunyai fizikal muka yang rata dan cenderung mengalami masalah pernafasan dan
sukar makan.

Autisme ialah keadaan di mana kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Istilah
autisme adalah berasal daripada perkataan autos yang bermaksud diri sendiri dan isme yang
bermaksud aliran.
Kumpulan:

Afiqah Nabilah

Iman Sofia

Nadhirah

Soalan:

Apakah punca yang mendorong kepada berlakunya ADHD atau dikenalpasti sebagai kanak-kanak
berkeperluan khas?

Jawapan:

- Friend (2006) menunjukkan bahawa sifat atau ciri ibu bapa, adik-beradik dan ahli keluarga yang
rapat juga boleh mempengaruhi kecacatan. Kerana individu yang mengalami ADHD selalunya
dipengaruhi oleh faktor keturunan. Ini kerana kanak-kanak yang mempunyai sejarah keluarga yang
mempunyai ADHD adalah tiga kali ganda berpotensi menjadi ADHD berbanding dengan mereka yang
tidak mempunyai sejarah ADHD. Seterusnya, faktor persekitaran sebagai contoh pendedahan
kepada plumbum dan bahan-bahan kimia yang mampu merencatkan perkembangan mental
seseorang individu kanak-kanak secara perlahan-lahan. Selain itu, faktor pembangunan iaitu masalah
kepada mana-mana pusat sistem saraf pada masa-masa tertentu sehingga menyebabkan berlakunya
proses kerencatan dalam perkembangan kognitif dan psikomotor sehingga menjejaskan keupayaan
untuk berinteraksi, bertingkah laku dan bergaul secara normal. Faktor seterusnya ialah berlaku
sewaktu fasa kehamilan yang kurang memberangsangkan dan tidak ke arah gaya hidup yang sihat.
Sebagai contoh, keadaan tersebut berlaku sekiranya si ibu yang sedang hamil mengamalkan
pemakanan tidak sihat seperti makan sefera, pengambilan gula yang berlebihan ataupun makanan
yang sukar untuk dicerna dengan baik. Keadaan ini juga berkait jika si ibu terlibat dalam penggunaan
dadah, pengambilan alkohol dan juga amalan merokok yang membahayakan nyawa kandungan dan
dirinya sendiri.
Kumpulan: n

Nik Aisyah

Fikriah

Soalan:

Murid berkeperluan khas ialah kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa dan memerlukan Pendidikan dengan kaedah yang
khusus dan sesuai dengan murid berkeperluan khas. Murid berkeperluan khas mengalami disleksia,
ADHD, autisme dan slow learners.

Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah seorang kanak-kanak boleh mengalami disleksia?

Jawapan:

Disleksia merupakan masalah pembelajaran kanak-kanak yang mengalami kesulitan


pembelajaran biasa yang menyebabkan kesukaran membaca, menulis dan mengeja. Kanak-kanak
yang mengalami disleksia menjadi kurang minat terhadap buku. Punca sebenar kanak-kanak
mengalami disleksia belum diketahui oleh doktor pakar dan penyelidik. Namun, punca disleksia
dipercayai merupakan salah satu kesan daripada cara kerja otak yang berbeza daripada orang yang
biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kelainan gen yang mempengaruhi prestasi otak dalam
membaca dan bersuara. Bagaimanapun, terdapat sejumlah faktor yang dianggap mencetuskan
kelainan gen ini adalah disebabkan kanak-kanak tersebut dilahirkan secara pramatang atau
disebabkan kelahiran dengan berat badan yang rendah. Seterusnya, faktor ini juga disebabkan oleh
jangkitan semasa hamil dan pendedahan kepada nikotin, alkohol dan pengambilan ubat semasa ibu
hamil. Akibatnya, anak yang lahir tersebut berisiko untuk mengalami disleksia. Selain itu, sejarah
keluarga yang pernah mengalami disleksia juga berisiko tinggi menjadikan kanak-kanak dalam
keluarga tersebut mengalami disleksia.
Kumpulan:

Adriana

Irah

Maria

Soalan:

Murid K tidak dapat menterjemahkan dengan betul lambang-lambang bertulis sama ada dengan
huruf itu sendiri, dalam suku kata ataupun dalam perkataan.

Huraikan kategori kanak-kanak bekeperluan khas Murid K beserta 2 ciri-ciri mereka.

Jawapan:

Murid K dikategorikan sebagai kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang mengalami disleksia.


Disleksia berasal daripada dua perkataan Greek iaitu 'dys' yang bermaksud kesukaran dan 'lexis' yang
bermaksud bahasa Dan pertuturan. Secara umumnya, murid-murud disleksia didefinisikan sebagai
murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran yang mempunyai kecerdasan mental yang
searas atau melebihi murid-murid biasa namun mereka mempunyai kesukaran atau kelemahan yang
tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca dan menulis.

Ciri-ciri murid disleksia ialah mereka mempunyai masalah kekeliruan. Mereka seringkali keliru
dengan abjad yang kelihatan sama dan menulisnya terbalik. Contohnya huruf 'b' dan 'd' , 'p' dan 'q'.
Ciri-ciri yang lain ialah mereka mempunyai masalah dalam mengingati susunan hari, bulan dan
tahun. Mereka sukar untuk mengumpul maklumat di dalam otak seolah-olah yerlalu banyak
perkataan yang berpusing-pusing dalam otak mereka.
Kumpulan:

Aisyah binti Ismail

Nik Nur Shafiqah binti Rahim

Nur Ain Liyana binti Bukhari

Soalan:

Cadangkan tindakan yang boleh dilakukan oleh guru untuk membantu murid yang mempunyai
masalah disleksia

Jawapan:

a. Guru perlu meluangkan lebih masa bersama murid yang mempunyai masalah tersebut untuk
membantu mereka dalam proses pembelajaran mereka. Guru boleh mengadakan kelas tambahan
khusus untuk mereka kerana murid disleksia memerlukan kaedah pengajaran yang khusus untuk
membantu mereka terutamanya dalam aspek membaca dan menulis.

b. Guru perlu menyediakan alat bantu mengajar yang menarik seperti menggunakan pasir atau biji
kacang hijau untuk mengajar murid mengenal huruf bagi menggalakkan pembelajaran secara
sentuhan.

c. Guru perlu memberikan arahan berulang-ulang kali supaya murid faham untuk memastikan
bahawa murid tidak terlupa dengan apa yang diarahkan
Ahli Kumpulan

Dhiyaa Khairina

Fathin Nazuwa

Mua'zzah Alfiyyah

Soalan:

Apakah simptom dan tanda disleksia?

Jawapan:

Simptom dan Tanda Disleksia

Disleksia boleh menyebabkan gejala yang berbeza-beza, bergantung pada usia dan keparahan yang
dialami oleh pesakit. Gejala-gejala ini boleh berlaku pada pada semua peringkat umur, tetapi
umumnya muncul pada usia kanak-kanak (1-2 tahun)

Pada kanak-kanak, sedikit susah untuk dikenalpasti. Tetapi setelah anak mencapai usia sekolah,
tanda tersebut akan semakin jelas, terutamanya ketika anak mula belajar membaca. Simptom yang
muncul adalah seperti:

1. Kesukaran belajar membaca

- Walaupun tahap kecerdasannya normal, anak-kanak disleksia kelihatan lebih lambat dan berusaha
keras untuk belajar membaca. Ketika membaca, mereka sering mengurang dan menambah bunyi
pada sesuatu perkataan

2. Mula bercakap lambat

- Mempunyai kemampuan untuk bercakap dengan sangat lambat, oleh itu kanak-kanak disleksia
memerlukan lebih banyak masa untuk belajar bercakap. Penghidapnya sering keliru dan terbalik
dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya ‘b’ dianggap ‘d’ dan ‘p’ dianggap ‘q’.

3. Perkembangan motor yang lambat

- Perkembangan motor yang lebih lambat berbanding kanak-kanak seusianya. Contohnya:


merangkak, berjalan, atau bercakap lebih lama daripada kanak-kanak seusianya.

4. Koordinasi Pergerakan yang lemah

- Mereka lambat sedikit dalam memperbaiki koordinasi pergerakan. Sebagai contoh, sukar untuk
menyelaraskan mata dengan pergerakan tangan. Keadaan ini dapat diperhatikan ketika mereka
menangkap bola. Mereka tidak mampu menangkap bola dengan cekap

5. Mudah sakit

- Kesukaran menumpukan perhatian dan cenderung mudah sakit. Mereka juga cenderung lebih
mudah menghadapi alahan, demam, ekzema, atau asma.
Kumpulan:

Izzat Fahmi

Bisyar

Ahnaf

Soalan:

Terangkan implikasi kanak-kanak berkeperluan khas kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam
Bilik Darjah.

Jawapan:

Implikasi kanak-kanak berkeperluan khas kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik
Darjah ialah guru perlu mengetahui tentang masalah yang dihadapi oleh muridnya. Misalnya, guru
mesti mengetahui prosedur bagaimana mengurus seorang murid yang diserang penyakit sawan atau
asthma. Dalam hal ini, guru juga perlu jelas tentang kesan masalah fizikal ini keatas perkembangan
psikososial kanak-kanak tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana kanak-kanak ini kadang kala
tidak memahami hidup mereka dan sering menghadapi masalah penyesuaian. Selain itu, guru juga
perlu peka kepada keperluan murid. Sebagai contoh, seseorang kanak-kanak cerebral palsi boleh
menggunakan komputer atau pen ataupun pensil yang tidak memerlukan tekanan yang kuat
sekiranya ada tugasan melibatkan penulisan. Penggunaan pemegang buku (‘book holders’) ataupun
buku teks elektronik dapat membantu kanak-kanak yang tidak berupaya memegang buku.

You might also like