You are on page 1of 60

CIRI-CIRI MURID BERKEPERLUAN KHAS: MASALAH PEMBELAJARAN,

MASALAH PENGLIHATAN, MASALAH PENDENGARAN DAN PINTAR


CERDAS

1.0 Pengenalan

Menurut Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, Murid


Berkeperluan Pendidikan Khas ertinya murid yang diperakukan oleh pengamal
perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang
berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak sebagai murid yang
mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan
pertuturan, ketidakupayaan fizikal, masalah pembelajaran dan kurang upaya pelbagai.

Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental,
keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri
fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan kodifikasi atau perubahan
dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan
mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak
terabai seperti kanak-kanak normal.

Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah


kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza
daripada murid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah
penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran.

Garciulo (2003) pula mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti


yang di bawah:

"Individuals who differ from societal or community standards of


normalcy. These differences may be due to significant physical,
sensory, kognitif, or behavioral characteristics. Many of these
children may require educational programs customized to their
unique needs."

1
Kirk et al (1993) menjelaskan difinisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanak-
kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri- ciri mental.
Keupayaan-keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku
sosial atau emosi dalam keupayaan komunikasai atau dalam pelbagai kekurangan
sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan
pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.

Kanak-kanak berkeperluan khas dianggap kanak-kanak yang berhadapan dengan


batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk
hidup bermasyarakat kerana had fizikal dan mentalnya (Mahmood Nazar, 2000).

Kesimpulannya, Murid berkeperluan khas dapat dimaksudkan dengan murid


yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran,
ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal, masalah pembelajaran dan kurang
upaya pelbagai yang membezakan mereka dengan individu normal yang lain. Murid
berkeperluan khas ini memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza
berbanding dengan murid-murid biasa.

2.0 Definisi dan Konsep Murid Berkeperluan Khas

Menurut Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, Murid Berkeperluan


Pendidikan Khas ertinya murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik,
ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada
dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak sebagai murid yang mempunyai
ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan,
ketidakupayaan fizikal, masalah pembelajaran dan kurang upaya pelbagai.

2.1 Definisi Masalah Pembelajaran

Menurut Smith (1996) kanak-kanak yang specific difficulties adalah mereka yang
tidak mempunyai kecacatan pencaindera dan kerosakan organik yang nyata, mempunyai

2
masalah kesukaran dalam pembelajaran satu atau lebih seperti membaca, menulis,
mengeja dan matematik serta kanak-kanak ini tidak memberi tindak balas terhadap
pengajaran yang normal.

Masalah Pembelajaran juga boleh ditakrifkan sebagai murid yang mempunyai


masalah kognitif ( kerencatan akal ) yang dianggap boleh diajar ( Educable ) dan
boleh mendapat pendidikan formal ( Encik Abdul Rahman Bin Talib, 2007 ). Mereka
ditempatkan di dalam Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran yang
diintegrasikan dengan sekolah-sekolah biasa.

Menurut Individual With Disabilities Education Act ( IDEA, 1997 ), Masalah


Pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas
psikologi yang melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa samada pertuturan atau
penulisan dimana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir
dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah
pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan dan motor, kerencatan akal,
gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi.

Menurut The Joint Committee On Learning Disabilities ( NJCLD, 1990) pula,


Masalah Pembelajaran membawa maksud satu kumpulan yang pelbagai yang
mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis,
membuat keputusan atau menyelesaikan masalah Matematik. Masalah ini berpunca
daripada ketidakfungsian system saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap
umur. Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi social mungkin wujud
bersama-sama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada
berlakunya masalah pembelajaran. Masalah Pembelajaran mungkin wujud seiring
dengan ketidakupayaan lain seperti masalah emosi, kerencatan mental atau gangguan
emosi.

Masalah pembelajaran diandai sebagai masalah neurologi. Ia tidak berkaitan


dengan IQ seseorang kerana selalunya, IQ individu tersebut berada pada tahap normal.
Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran sering ditafsir sebagai malas,
tidak memberi perhatian atau tidak berminat. Selain itu, Mereka mungkin menunjukkan

3
sikap yang tidak matang, sukar memberi tumpuan dan mudah lupa. Oleh kerana mereka
menunjukkan ciri-ciri yang sama seperti kecacatan yang lain, masalah mereka sukar
dikenalpasti dan sering disalahtafsir.

Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak menerima, memproses,


menganalisis dan menyimpan maklumat. Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih
daripada satu proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan bahasa,
sama ada lisan atau bertulis. Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar,
berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja ataupun mengira. Selain itu, masalah ini
mungkin disebabkan oleh aphasia. Ia mengakibatkan kadar pembelajaran murid tersebut
berbeza dengan murid yang tidak menghadapi masalah tersebut. Namun, masalah ini
juga sering dikaitkan dengan masalah tingkah laku dan emosi.

2.2 Definisi Masalah Penglihatan

Masalah penglihatan merujuk kepada keadaan masalah yang melibatkan fungsi sebagai
deria penglihatan. Secara umumnya, masalah penglihatan boleh dikategorikan kepada
dua kategori yang utama, iaitu buta dan rabun atau berpenglihatan terhad (Asiah,
2012). Mereka yang dikategorikan sebagai buta biasanya tidak mempunyai penglihatan
langsung, dan jika mempunyai penglihatan sekalipun, keadaannya amat terhad untuk
digunakan sebagai saluran untuk mendapatkan maklumat apatah lagi untuk tujuan
pembelajaran. Justeru, mereka memerlukan Braille sebagai media bacaan ataupun
khidmat pembaca untuk mendapatkan maklumat daripada bahan bercetak. Istilah
buta boleh didefinisikan secara undang-undang atau pendidikan.

Secara undang-undang, buta didefinisikan sebagai kehilangan penglihatan


sepenuhnya ataupun mempunyai ketajaman penglihatan 6/60 (20/200) atau kurang
daripada itu pada mata yang lebih baik setelah diadakan pembetulan optik (pakai kanta
pembetulan). Selain itu seseorang dikatakan buta jika dia mempunyai
medan/lapangan/sempadan penglihatan (visual field) yang terbatas kepada 20 darjah
ataupun kurang yang hanya ditentukan oleh doktor atau pakar mata.

4
Melalui pendidikan pula, buta didenfinisikan sebagai Individu yang dikatakan buta ialah
mereka yang mengalami kecacatan yang begitu teruk sehingga mereka mesti belajar
membaca Braille atau menggunakan kaedah aural (deria pendengaran). Menurut
Sharifah Zaharah (1985), menyatakan Kanak-kanak cacat penglihatan ialah mereka
yang mempunyai penglihatan terhad ataupun rabun. Seorang yang rabun itu tidak buta
tetapi tidak boleh melihat dengan terang dan jelas.

2.3 Definisi Masalah Pendengaran

Sebelum penggunaan istilah bermasalah pendengaran, istilah "pekak dan bisu", cacat
pendengaran dan tuli sering digunakan kepada mereka yang mengalami kehilangan
pendengaran teruk dan sangat teruk. Istilah bermasalah pendengaran adalah istilah lazim
yang digunakan oleh pihak perubatan kerana individu yang di label sebagai pekak
adalah tidak pekak sepenuhnya kerana mereka masih mempunyai sisa(residual)
pendengaran (Clark,1999).

Menurut Bee (2007),individu bermasalah pendengaran adalah mereka yang menghadap


kesukaran untuk mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas. Seterusnya,
wujud juga definisi dari perspektif bahasa oleh Asmah (1986) menyatakan individu
yang bermasalah pendengaran ialah mereka yang dilahirkan dengan kecacatan deria
pendengaran yang menyebabkan ia tidak dapat mengenal bunyi bahasa dan tidak dapat
mendengar serta menghayati pemikiran serta budaya melalui bahasa.

Definisi bagi masalah pendengaran dan pekak juga boleh dikaitkan dengan dua
perkataan iaitu frekuensi dan intensiti/amplitud. Frekuensi ialah kekerapan kadar
gelombang bunyi bergetar dalam unit masa yang ditetapkan. Bunyi dihantar sebagai
gelombang dalam medium seperti udara. Zarah udara akan termampat dan mengganggu
zarah lain, membolehkan pemindahan tenaga berlaku. Gangguan ini dikesan oleh
telinga manusia dan oleh itu kita boleh mendengar bunyi tersebut. Manakala,
intensiti/amplitud pula ialah Keamatan bunyi dikaitkan dengan kenyaringan(loudness)
dan di ukur dalam skala Desibel (dB).

5
2.4 Definisi Pintar Cerdas

Sternberg dan Kaufman mendifinisikan pintar cerdas sebagai satu kepintaran yang lebih
berfokus kepada kebolehan mengadaptasi, membentuk dan memilih keadaan yang
menjurus kepada sesuatu maklumat. Individu yang pintar cerdas boleh mengenalpasti
kelemahan dan kelebihan mereka sendiri malah mereka menentukan cara yang sesuai
menggunakan kelebihan mereka serta meminimumkan kelemahan mereka. Menurut
Jane Piirto (1999), Kecerdasan seseorang yang pintar cerdas juga diberi maksud
tambahan iaitu lebih kepada satu kebolehan yang matang jika dibandingkan dengan
kebolehan perkembangannya.

Pintar Cerdas merupakan keupayaan umum yang istimewa dalam kebolehan


aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya.
Pintar Cerdas IQ tinggi Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran Menguasai
sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan. Kamus dewan mengistilahkan pintar
cerdas sebagai cekap dan pandai, manakala cerdas didefinisikan sebagai sempurna akal.
Menurut Golant K. S., kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi
bagi belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran
serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya.

Pintar cerdas sering dikaitkan dengan kebolehan intelek atau kecerdasan yang
tinggi. Bagaimanapun Ross, 1993 mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas iaitu gifted
and talented adalah kanak-kanak yang dikenal pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah
atau menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan
potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi apabila dibandingkan
dengan kanak-kanak yang lain yang sebaya umurnya, sama pengalaman atau
persekitaran. Kanak-kanak ini menunjukkan keupayaan prestasi yang tinggi dari segi
intelek, kreativiti, seni atau memiliki keupayaan kepimpinan yang luar biasa, atau
cemerlang dalam bidang akademik yang khusus.

6
3.0 Ciri-Ciri Masalah Murid Berkeperluan Khas (Mbk)

3.1 Murid Bermasalah Pembelajaran

Masalah pembelajaran secara amnya adalah kesukaran kanak-kanak untuk belajar.


Dalam bahasa Inggeris istilah seperti "learning disability" dan "learning disorder"
digunapakai. Walaupun istilah ini digunakan silih berganti tetapi maksudnya berbeza."
Learning disability" merujuk kepada masalah pembelajaran spesifik dalam akademik,
tetapi ianya tidak sampai ke tahap diagnosis rasmi. "Learning disorder" pula adalah satu
diagnosis di mana individu ini memenuhi kriteria tertentu seperti yang dinilai oleh pakar
psikologi klinikal. Perbezaan antara keduanya adalah tahap, kekerapan dan keterukan
tanda dan gejala. Istilah "learning disability" merujuk kepada masalah perkembangan
akademik yang spesifik seperti pertuturan dan bahasa. Antaranya adalah masalah
membaca (disleksia), masalah matematik (diskalkulia) dan masalah penulisan
(disgrafia).

3.1.1 Faktor Murid Bermasalah Pembelajaran

Faktor dan punca masalah pembelajaran terbahagi kepada 4 komponen utama yang
setiap komponen diperjelaskan seperti berikut:

1) Kecederaan Otak.

Kecederaan otak boleh berlaku sebelum kelahiran bayi di mana ibu yang
mengandung mengambil alcohol atau dadah, dijangkiti demam campak atau
merokok. Kecedraan otak juga boleh berlaku semasa kelahiran bayi seperti bayi
kekurangan oksigen. Selepas kelahiran, kecedraan otak boleh berlaku disebebkan
demam panas, hentakan yang kuat pada bahagian kepala akibat kemalangan dan
jangkitan seperti meningitis.

7
2) Persekitaran

Selain kecederaan otak, factor persekitaran juga boleh menjadi penyebab kepada
masalah pembelajaran. Persekitaran yang serba kekurangan kerana kemiskinan
seperti pemakanan yang tidak seimbang, keadaan rumah yang tidak selesa,
persekitaran yang kotor dan bising, hubungan ibu bapa dengan anak yang tidak
mesra atau tidak mencukupi boleh menimbulkan masalah pembelajaran dalam
kalangan kanak-kanak. Terdapat banyak bukti menunjukkan bahawa kanak-kanak
bermasalah yang tidak menerima pengajaran yang sistematik, telah memudaratkan
lagi masalah pembelajaran yang dihadapi. Oleh itu, pengajaran yang sistematik patut
diaturkan untuk semua pelajar bermasalah pembelajaran.

3) Ketidakseimbangan Biokimia

Ketidakseimbangan biokimia juga boleh menyumbang kepada masalah


pembelajaran. Ketidakseimbangan bahan kimia dikatakan boleh menjadi punca
kepada masalah hiperaktiviti yang mengakibatkan kesukaran memberi tumpuan ke
atas kerja sekolah.

3.1.2 Ciri-Ciri Murid Bermasalah Pembelajaran

Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang


mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenal pasti
dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:

1) Ciri-Ciri Fizikal

Bentuk badan dan koordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan
kanak-kanak normal. Walau bagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah
keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor-faktor organik adalah lebih kecil
bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.

8
2) Ciri-Ciri Intelek

Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang


tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,
mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dan
perkonsepkan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan
menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran tidak sama dengan
kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari
apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8
tahun atau lebih.

3) Ciri-Ciri Sosial Dan Peribadi

Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu.
Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil
daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur
kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkah laku kanak-
kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai
mental yang sama dengan mereka.

3.1.3 Jenis-Jenis Muird Bermasalah Pembelajaran

Jenis-jenis masalah pembelajaran terbahagi kepada 3 komponen utam iaitu seperti


berikut:

3.1.3.1 Terencat Akal

a) Diskalkuia, Disgraphia, Disaleksia

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf,


membaca, menulis, mendengar dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup
dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu
penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan
program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga

9
bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang
disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali
disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah
pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang
berlainan.

b) Autisme

Antara masalah yang sering berlaku ke atas kanak-kanak autisme ialah masalah
komunikasi. Dalam hai ini, perkembangan bahasa lambat ataupun tiada langsung
kelihatan seperti bermasalah pendengaran tetapi sebaliknya tidak mengendahkan
apa yang dikatakan kepadanya. Golongan ini juga jarang menggunakan bahasa,
sukar diajak berbual, kadangkala dapat memutarkan sesuatu tetapi buat seketika
sahaja, perkataan atau jawapan yang diungkapkan tidak sesuai dengan perbualan
dan bahasa yang tidak difahami serta suka menarik tangan orang lain apabila
meminta sesuatu.

Seterusnya interaksi sosial kanak-kanak autism dapat digolongkan


sebagai sangat sukar dan ekstrem. Ciri-ciri masalah interaksi sosial kanak-kanak
autism ini ialah, suka bersendirian, tiada perhubungan mata (eye contact) dan
sentiasa mengelak daripada memandang orang lain, tidak gemar bermain dengan
rakan dan sering menolak ajakan rakan, suka menjauhkan diri dan duduk di suatu
sudut.

Manakala ciri-ciri gangguan deria kanak-kanak autism adalah Sensitif


pada sentuhan, tidak suka dipegang ataupun dipeluk, sensitif dengan bunyi yang
kuat dan menutup telinga, suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain.

Pola bermain kanak-kanak autisme ditunjukkan seperti tidak suka


bermain seperti rakan-rakan sebayanya, tidak bermain mengikut cara biasa, dan
suka memutar-mutar ataupun melambung-lambung dan menyambut mainan atau
apa saja yang dipegangnya, suka dengan objek-objek yang berputar seperti kipas
angina dan apabila menyukai sesuatu benda, terus dipegang dan dibawa ke mana
sahaja.

10
Tingkah laku kanak-kanak autisme adalah seperti berikut sama ada
hiperaktif ataupun hiperaktif, melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama
dan berulang-ulang seperti bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan dan
menepuk-nepuk tangan, berlari atau berjalan mundar mandir, tidak suka pada

perubahan daripada apa yang sedang dilakukannya, Dapat duduk dengan lama
tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi.

Manakala yang terakhir ialah emosi kanak-kanak autisme. Emosi kanak-


kanak autisme sangat sukar diramal dan berubah-rubah. Di antaranya ialah Sering
marah, ketawa dan menangis tanpa sebab, mengamuk tanpa terkawal jika tidak
dituruti kemahuannya atau dilarang daripada melakukan sesuatu yang diingininya,
merosakkan apa saja yang ada di sekitarnya jika emosinya terganggu, menyerang
sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya terganggu dan adakalanya
mencederakan dirinya sendiri serta Tiada rasa simpati dan tidak memahami
perasaan orang lain.

c) Cerebellum Palsy (kurang atau tidak upaya mengawal pergerakan otot)

Secara umumnya, palsi serebrum boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu spastik
(spastic), athetosis (athetoid) dan ataxia (ataxic).

i) Spastik

Seseorang dikatakan mengalami palsi serebrum jenis spastik sekiranya dia


mengalami ketegangan otot yang terlampau tinggi. Ketegangan ototnya
berkemungkinan akan meningkat apabila dia melakukan sesuatu. Hal ini
menyebabkannya kelihatan kaku atau keras.

Cerebellum Palsy jenis spastik boleh dibahagikan lagi kepada tiga


kategori yang lebih spesifik berdasarkan bahagian badan yang terjejas iaitu
paraplegia, hemiplegia dan diplegia. Bagi seseorang yang dikategorikan
sebagai spastik paraplegia, kedua-dua tangan dan kaki serta tengkuknya
terjejas. Kebanyakannya tidak dapat berjalan. Apabila hanya sebelah kiri atau
kanan badan sahaja yang terjejas, seseorang itu digolongkan sebagai spastik

11
hemiplegia. Dia akan kelihatan tempang semasa berjalan. Bagi seseorang yang
mengalami spastik diplegia pula, kakinya adalah lebih terjejas daripada tangan.
Fungsi tangannya mungkin terjejas sedikit atau tidak mengalami sebarang
masalah.

ii) Athetosis

Seseorang yang mengalami palsi serebrum jenis athetosis mengalami gabungan


tahap ketegangan otot iaitu ada kalanya mengalami ketegangan otot yang
sangat tinggi dan ada kalanya mengalami ketegangan otot yang sangat rendah.
Seseorang itu selalunya menunjukkan pergerakan luar kawalan atau pergerakan
secara tidak sengaja. Dia sukar mengekalkan posturnya semasa duduk atau
berjalan. Dia memerlukan usaha dan tumpuan yang tinggi untuk mengunjurkan
tangannya ke arah sesuatu seperti menggaru hidungnya atau mencapai
sesebuah buku.

iii) Ataxia

Seseorang yang mengalami palsi serebrum jenis ataxia pula menghadapi


masalah koordinasi dan keseimbangan badan. Seseorang itu biasanya boleh
berjalan tetapi tidak stabil. Dia akan berjalan dengan melebarkan jarak antara
kedua-dua kakinya untuk mengimbangkan badannya. Tangannya akan bergetar
semasa melakukan sesuatu khususnya apabila dia perlu melakukan pergerakan
yang tepat atau pergerakan pantas seperti semasa membutangkan baju atau
menulis. Keadaan akan bertambah teruk apabila dia disuruh melakukan sesuatu
dalam masa yang singkat.

Kebanyakan individu palsi serebrum dikategorikan jenis spastik, dan ia


diikuti dengan athetosis dan ataxia. Walau bagaimanapun, seseorang itu
berkemungkinan mengalami lebih daripada satu jenis palsi serebrum. Hal ini
bermaksud dia berkemungkinan mengalami palsi serebrum jenis spastik
dengan athetosis, palsi serebrum jenis spastik dengan ataxia, palsi serebrum
jenis athetosis dengan ataxia atau palsi serebrum jenis spastik, athetosis dengan
ataxia.

12
Gambar 1: Cerebellum Palsy

d) Komunikasi, Pertuturan Dan Bahasa

Bahasa adalah satu sistem yang di gunakan oleh sekumpulan manusia untuk
memberi makna kepada bunyi perkataan, gerak badan dan lain-lain simbol untuk
membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Namun kanak-kanak
MBK yang sering mengalami masalah dalam komunikasi, pertuturan dan
bahasa. Masalah yang sering kali berlaku adalah seperti kecelaruan pertuturan,
kecelaruan bahasa, kecelaruan suara, masalah artikulasi dan masalah kelancaran.

Masalah bahasa adalah merujuk kepada masalah membaca seperti


disleksia audiotori (dengar), disleksia visual(lihat), disleksia fonoligikal
(sebutan), disleksia pusat (pelbagai), disleksia emosional (emosi), dan pegagik.
Bagi yang mengalami masalah bahasa ialah kesukaran untuk menguasai
menyebut atau membunyi sesuatu perkataan dan kesukaran untuk berkomunikasi
dengan orang lain.

Masalah pertuturan di fahamkan sebagai pertuturan yang menunjukkan


ketidaksempurnaan sama ada dari segi bunyi, penguasaan bahasa mengikut umur
atau gangguan semasa bertutur.

13
3.1.3.2 Sindrom Down

Gambar 2: Sindrome Down

a) Gangguan penumpuan ADHD

Kanak-kanak sindrom down yang mengalami gangguan penumpuan ADHD ini


antara kanak-kanak yang kebiasaannya melakukan masalah lambat menyiapkan
tugasan. Masalah lambat menyiapkan tugasan ini disebabkan oleh sifatnya yang
mudah terganggu, sering diselubungi masalah konsentrasi, masalah mengurus
tugasan dan pelupa.

Seterusnya, masalah impulsif. Masalah impulsif ini adalah kanak-kanak tersebut


bertindak tanpa berfikir. Masalah tersebut akan menyebabkan kanak-kanak membuat
tugasan lain tanpa menyiapkan tugasan terdahulu sebaliknya menyiapkan tugasan
mengikut sesuka hatinya. Kanak-kanak seperti ini memerlukan pengawasan yang
lebih supaya diberi bimbingan yang sepatutnya supaya masalah dapat dikurangkan.

Masalah menunggu giliran juga menjadi masalah utama bagi kanak-kanak


penghidap sindrom down. Masalah ini sering timbul apabila kanak-kanak tersebut
dalam situasi soal jawab bersama tenaga pembimbing, ketika beratur membeli dan
mengambil makanan, ketika pulang selepas tamat sesi pembelajaran dan menaiki
kenderaan.

14
Oleh hal yang demikian, kanak-kanak seperti ini memerlukan perhatian yang lebih
supaya pergerakan dapat dikawal supaya tidak mendatangkan masalah pada kanak-
kanak tersebut.

b) Hiperaktif

kanak-kanak hiperaktif ini mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif


(overactive) dan mengganggu (disruptive). Kebiasaannya kanak-kanak hiperaktif
mempunyai masalah kekurangan tumpuan atau tumpuan yang singkat, suka
mengganggu orang lain dan bermasalah dalam pembelajaran. Sifat suka mengganggu
orang lain dalam kelas akan menyebabkan tumpuan pembelajaran akan hilang.
Seterusnya bermasalah dalam pembelajaran disebabkan tidak dapat menumpukan
terhadap pembelajaran kerana kanak-kanak ini lebih cenderung kepada aktiviti
sendiri mengikut kesukaannya.

c) Pintar Cerdas dan Berbakat

Pintar cerdas dan berbakat ialah kecerdasan sebagai satu cara memproses maklumat
dan juga cara berfikir. Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat mempunyai ciri
seperti Keupayaan umum yang istimewa, kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti
yang tinggi, bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya IQ tinggi, mudah
memahami pengajaran dan pembelajaran dan menguasai hanya satu atau sesuatu
kemahiran dengan mudah dan berkesan.

3.1.3.3 Cerebral Palsy

CEREBRAL ialah OTAK PALSY bermaksud KURANG ATAU TIDAK UPAYA


MENGAWAL PERGERAKAN OTOT Kanak-kanak cerebral palsy mengalami
(sebahagian besarnya) kerosakan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan
kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan
otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi
dilahirkan ketika bahagian otak berkembang dengan pesat.

15
Perkembangan kanak-kanak cerebral palsy biasanya kita dapati mereka akan
lahir lebih awal berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain daripada itu,
kanak-kanak seperti ini sewaktu lahirnya jarang atau tidak menangis.

Tabiat bertahan nafas atau breathulding spell berlaku di samping berlakunya


kekejangan terhadap anggota badan sekiranya kanak-kanak tersebut menangis apabila
kemahuannya tidak dituruti dan didapati mukanya bertukar menjadi warna biru. Apabila
dia menarik nafasnya dan menangis, warna di mukanya kembali cerah semula.

Selain itu, kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang
kurang berfungsi. Tetapi, sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan
menjadi lebih baik. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang berfungsi,
namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur. Oleh kerana itu, kita mesti
memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke Fission Therapist dan Occupational
Therapist secepat mungkin.

Sekiranya, kanak-kanak tidak diberi latihan oleh Fission Therapist, Occupational


Therapist dan keluarga untuk jangka masa yang lama, kecacatan mereka akan
bertambah teruk. Contohnya, sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang
belakang mereka akan menjadi bengkok.

Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiap-tiap hari oleh
Fission Therapist, Occupational Therapist dan keluarga di hospital atau di rumah.
Sekiranya, kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal juga,
mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka.

16
Gambar 3: Cerebral Palsy

3.2 Murid Bermasalah Penglihatan

Masalah penglihatan merujuk kepada keadaan masalah yang melibatkan fungsi sebagai
deria penglihatan. Secara umumnya, masalah penglihatan boleh dikategorikan kepada
dua kategori yang utama iaitu buta dan rabun atau berpenglihatan terhad (Asiah, 2012).
Mereka yang dikategorikan sebagai buta biasanya tidak mempunyai penglihatan
langsung, dan jika mempunyai penglihatan sekalipun, keadaannya amat terhad untuk
digunakan sebagai saluran untuk mendapatkan maklumat apatah lagi untuk tujuan
pembelajaran. Justeru, mereka memerlukan Braille sebagai media bacaan ataupun
khidmat pembaca untuk mendapatkan maklumat daripada bahan bercetak. Istilah
buta boleh didefinisikan secara undang-undang atau pendidikan.

17
3.2.1 Punca Murid Bermasalah Penglihatan

a) Baka dan Keturunan

Punca kebutaan ini juga boleh terjadi melalui genetik contohnya albinism.
Kebanyakan orang yang mempunyai penyakit keturunan seperti albino ini,
mempunyai masalah penglihatan dan ada yang buta. Lebers congenital amaurosis ini
adalah penyakit keturunan yang menyebabkan kebutaan dan hilang daya penglihatan
dari sejak kelahiran ataupun dari zaman kanak-kanak.

b) Komplikasi Semasa Hamil dan Selepas Kelahiran

Masalah penglihatan ini boleh berlaku apabila komplikasi sebelum kelahiran bayi
sejak bayi itu dilahirkan. Masalah penglihatan ini boleh bertambah buruk dari semasa
ke semasa ataupun ianya akan kekal ataupun ianya akan bertambah baik melalui
proses pemulihan dan rawatan.

c) Rubella

Rubella adalah penyakit virus berjangkit seakan-akan cacar yang boleh menyebabkan
kecacatan kepada bayi sekiranya dihidapi oleh seseorang ibu yang mengandung
antara satu hingga tiga bulan.

d) Kecederaan Mata

Contohnya, satu kecederaan struktur mata rosak, kerosakan atau masalah berkaitan
dengan pembiasan (refractive) yang mana ianya gagal untuk membentuk imej
ataupun arca pada retina dan jika ada kerosakan pada bahagian otak yang berkaitan
dengan saraf penglihatan yang boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan
penglihatan. kecederaan dibahagian mata adalah juga penyebab utama boleh
menjadikan kebutaan.

18
e) Penyakit

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 2002), antara jenis-jenis penyakit


yang menyebabkan kebutaan ialah katarak, glaukoma, masalah diabetes, kecacatan
sejak lahir dan masalah kornea.

3.2.2 Ciri-Ciri Masalah Penglihatan

a) Ciri Fizikal Mata

Antara tanda-tanda ciri fizikal mata yang boleh dilihat ialah mata merah, mata
tertutup, tiada anak mata, biji mata terkeluar, inflamasi pelupuk mata, mata berair,
juling, anak mata putih, dan mata kelihatan normal tetapi tidak bertindak balas
terhadap benda-benda dalam persekitaran atau tidak melihat melihat tepat ke arah
orang yang bercakap dengannya.

b) Perlakuan/Tingkah Laku

Dari segi perlakuan pula, seseorang individu itu akan sering menggosok matanya
berulang kali atau terlalu kerap. Dia akan selalu mencondongkan mata dan mengelip
mata berulang kali. Didapati juga kelakuan individu tersebut kerap memegang bahan
bacaan terlalu dekat dengan mata kerana tidak dapat melihat apa yang dibaca dengan
jelas. Individu ini juga sering dilihat selalu menangis, gelisah atau marah ketika kerja
yang memerlukan tumpuan penglihatan. Individu ini juga tidak menunjukkan minat
kepada pelajaran yang menggunakan tulisan. Dia sering menonjolkan kepala ke
hadapan bila hendak melihat sesuatu yang jauh. Kerap melanggar objek ketika
berjalan. Keliru dengan huruf yang dibaca dan kerap tukar jarak antara bahan bacaan
dengan mata.

c) Aduan Individu

Individu yang mengalami masalah penglihatan akan sering merasa pening atau loya,
panas, sakit di kepala, penglihatan kabur, penglihatan berganda apabila melihat
sesuatu objek atau imej.

19
3.2.3 Jenis-Jenis Masalah Penglihatan

3.2.3.1 Astigmatisme

Rabun silau atau astigmatisme ini berlaku disebabkan imej yang terbentuk lebih dari
satu titik fokus. Menurut Al Lens (2005), astigmatisme ini adalah disebabkan oleh
permukaan bentuk kornea yang tidak rata. Apabila ini berlaku, cahaya yang masuk tidak
dapat difokuskan pada satu titik sahaja. Imej yang terbentuk kurang jelas dan tepat dan
menyebabkan pengurangan dan ketepatan penglihatan. Oleh yang demikian penglihatan
akan menjadi silau (Norshidah Mohd Salleh, 2012).

Kebanyakan mata manusia mempunyai masalah astigmatisme sekurang-


kurangnya sedikit darjah (Shahrin Ismail, 1997). Antara penyebab-penyebab
astigmatisme adalah disebabkan oleh kelengkungan kornea. Jenis astigmatisme ini
adalah dipanggil sebagai astigmatisme mengikut peraturan atau oblique (Al Lens,
2005). Selain dari itu, astigmatisme juga boleh berlaku disebabkan oleh inflamasi pada
kornea, parut pada kornea, ulser pada kornea, kecederaan pada kornea, kelopak mata
yang bengkak, kanta kristalin berubah kedudukan dari posisi asal dan perubahan
refraktif kanta kristalin.

Menurut Shahrin Ismail (1997), antara gejala-gejala yang kerap dihidapi oleh
penghidap astigmatisme adalah mengalami masalah kabur penglihatan dan imej atau
objek yang dilihat adalah kurang jelas. Selain itu, merasa perit pada bahagian mata.
Ianya berlaku kerana ketegangan berterusan akibat proses akomodasi. Merasa sakit
kepala di mana tahap kesakitan sakit kepala yang berbeza-beza terjadi akibat
astigmatism iaitu dari keadaan sakit yang sederhana di bahagian depan kepala hingga
sakit yang teramat sangat. Mata merasa mudah letih dan mata merasa tidak berapa
selesa.

Secara rumusan, astigmatism ini adalah disebabkan oleh ketidaksamarataan


permukaan kornea pada bentuknya, penyakit yang mengubah bentuk permukaan kornea
dan sebagainya. Akan tetapi, astigmatisme juga boleh berlaku disebabkan oleh peralihan
tempat fovea permukaan retina yang tidak normal (Shahrin Ismail, 1997). Keadaan

20
astigmatisme ini boleh dibetulkan seperti keadaan myopia dan hiperopia. Astigmatisme
ini boleh dibetulkan dengan menggunakan kanta silidendrikal yang sesuai.

Gambar 4: Astigmatisme

3.2.3.2 Hiperopia (Hyperopia)

Hyperopia juga dikenali sebagai rabun dekat. Hyperopia adalah keadaan di mana objek
yang jauh boleh dilihat dengan jelas dan terang manakala objek yang dekat dilihat
kurang jelas dan tidak dapat difokuskan dengan baik. Penghidap hyperopia ini hanya
boleh melihat objek yang jauh dengan jelas berbanding melihat objek yang lebih dekat.
Proses akomodasi dalam situasi sebegini.

Rabun dekat boleh berlaku akibat perubahan pada kelengkungan permukaan


media refraktif mata. Selain itu hyperopia juga berlaku akibat pengurangan dalam
refraktif efektif kanta kristalin yang biasanya berlaku secara fisilogikal bagi orang tua.
Hiperopia boleh diklasifikasikan kepada tiga bahagian iaitu hiperopia biasa, Hiperopia
patologi dan hiperopia fungsional.

Hiperopia biasa terjadi dari variasi biological yang normal dan umur yang tua
boleh berlakunya keadaan hiperopia ini. Bagi hiperopia patologi pula berpunca daripada
kelainan congenital ataupun akibat dari ketumbuhan. Manakala hiperopia fungsional

21
adalah disebabkan oleh pengaruh proses akomodasi. Kontraksi otot siliari semasa proses
akomodasi tersebut akan meningkatkan kuasa refraktif kanta kristalin dimana darjah
hiperopia boleh dibetulkan.

Tanda-tanda seseorang itu mempunyai masalah rabun dekat ialah seperti


mengalami penglihatan yang kabur di mana mereka tidak mampu untuk melihat objek
yang dekat dengan jelas dan terang seperti membaca buku. Keupayaan akomodasi
menurun semakin usia meningkat. Di samping itu, gejala perit mata juga akan berlaku
sekiranya penggunaan akomodasi yang berterusan untuk penglihatan yang jauh. Selain
itu, penghidap hiperopia juga akan mengalami sakit kepala sama seperti penghidap
astigmatisme dan myopia. Sakit kepala akan berlaku apabila mata digunakan untuk
melihat objek yang lebih dekat. Walau bagaimanapun, sakit kepala ini akan hilang
apabila berhentinya penggunaan mata untuk melihat objek yang dekat. Bagi penghidap
hiperopia ini jua, penghidap akan merasa sensitif pada cahaya.

Walau bagaimanapun, hiperopia ini juga boleh dibetulkan dengan menggunakan


alat bantuan optical. Kanta cembung digunakan untuk membetulkan hiperopia.

3.2.3.3 Strabismus (Mata Juling)

Strabismus adalah kondisi bola mata yang tidak sejajar dengan bola mata yang lainnya
ketika melihat sesuatu objek. Keadaan ini menyebabkan penglihatan tidak
memfokuskan pada objek yang dilihat. Ciri dan tanda utama gangguan mata ini adalah
saat seseorang melihat pada sesuatu objek tertentu di mana pada bahagian mata yang
sebelah kiri melihat lurus sedangkan mata sebelah kanan melihat ke arah lain atau
sebaliknya.

Mata juling disebabkan oleh ketidakseimbangan otot-otot yang menempel pada


dinding bola mata pada bahagian luar yang tidak berjalan secara normal.. Selain itu
juga, disebabkan oleh ukuran kaca mata abnormal (contohnya hiperopia yang tinggi
atau yang miopia yang tinggi), atau gangguan lain yang menghalang pandangan satu
mata (contohnya katarak anak atau kelainan mata lainnya). Selain itu, diakibatkan juga
oleh ketidaknormalan saraf yang membentuk otot mata atau ketidaknormalan otot mata
atau sekeliling anak mata.

22
Mata juling ini sering dialami oleh semua peringkat usia tetapi kerap dialami
oleh anak-anak. Hal ini disebabkan oleh masalah otot-otot yang menggerakkan mata,
kelahiran premature dan genetik. Jika masalah ini dibiarkan berlanjutan dalam jangka
masa yang lama akan mengakibatkan binokular atau penglihatan stereo 3D. Pada kasus
mata juling pada kanak-kanak yang tidak mendapat penanganan yang menyebabkan
terjadinya mata malas (amblyopia).

Gambar 5: Mata Juling

3.2.3.4 Glaucoma

Glaucoma merupakan sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang
terlalu tinggi di dalam bebola mata. Masalah ini disebabkan gangguan atau bebola mata
dihalang oleh bendalir yang mengedarkan ke dalam mata. Pusat atau sempadan
penglihatan akan rosak atau hilang keseluruhannya apabila tekanan meningkat dan
merosakkan sarafopik. Ada dua jenis glukoma iaitu glukoma sudut terbuka dan
glaucoma sudut tertutup.

Glaucoma Sudut Tertutup Glaucoma Sudut Terbuka


Definisi : tekanan yang terjadi di dalam Definisi : struktur mata nampak normal
mata disebabkan oleh drainase namun ada masalah di dalam
yang buruk akibat kanal saluran mata yang disebut
pembuangan terblokir oleh trabecular meshwork. Masalah
sempitnya sudut antara kornea ini menyebabkan cairan mata
dan iris. tidak bisa mengalir dengan

23
baik.
Gejala : - sakit mata parah Gejala : - Penglihatan menjadi tidak jelas
- Mual dan muntah saat sakit terutama pada bahagian tepi
mata - Rasa sakit parah pada bahagian
- Tidak boleh melihat saat redup belakang mata
atau tidak ada cahaya
- Ada lingkaran putih pada
sumber cahaya seperti lampu
- Mata menjadi merah

Ciri-ciri penyakit mata glaucoma ialah melihat lingkaran cahaya di sekitar lampu
akan menampakkan warna pelangi di sekitar mata. Kemerahan pada mata, mata yang
kelihatan kabur, mual atau muntah-muntah, berasa nyeri di mata dan berlaku
penyempitan penglihatan dan boleh menghilangkan penglihatan.

3.2.3.5 Rabun Warna

Rabun warna adalah kekurangan penglihatan pada warna. Mata tidak akan boleh
melihat warna seperti biasanya jika ada masalah dengan pigmen dalam reseptor warna.
Jika salah satu pigmen hilang, maka mata akan mempunyai masalah melihat warna-
warna tertentu.

Kecacatan penglihatan warna selalunya berkait rapat dengan masalah pada sel-
sel penerima retina. Kebanyakan penghidap masalah penglihatan warna tidak sedar
masalah ini kerana beranggapan orang lain juga melihat warna sama sepertinya. Oleh
itu, ujian penglihatan warna perlu dijalankan bagi mengenal pasti setiap individu yang
mempunyai masalah rabun atau buta warna.

Jenis rabun warna merah-hijau rabun warna yang paling biasa. Orang yang
mengalami jenis rabun warna ini akan menjadi sukar untuk membezakan warna merah,
kuning, hijau. Jenis rabun warna adalah yang paling biasa adalah rabun warna biru-
kuning. Jenis rabun warna dikaitkan dengan kromosom seks. Lelaki dan perempuan

24
mempunyai peluang yang sama untuk mengalami ini jenis rabun warna. Orang yang
mengalami jenis ini rabun warna mempunyai masalah membezakan warna biru ke hijau.
Warna kuning boleh muncul sebagai kelabu atau ungu manakala hijau kelihatan
kebiruan.

Gambar 6: Masalah Rabun Warna

3.2.3.6 Diplopia

Masalah penglihatan diplopia merupakan penglihatan berganda di mana objek yang


terlihat kelihatan double atau ganda. Penglihatan ganda adalah suatu kondisi yang
disebabkan oleh perubahan posisi mata sehingga individu akan melihat dua gambar dari
satu objek yang saling berdekatan. Diplopia dapat terjadi pada satu atau kedua mata.
Apabila kondisi ini terjadi pada kedua mata, maka kondisi ini disebut sebagai diplopia
binokular dan diplopia pada satu mata disebut sebagai diplopia monokular. Diplopia
monokular lebih jarang terjadi dibandingkan diplopia binokular dan biasanya terjadi
akibat kelainan pada mata yang sakit.

Gambar 7: Melihat imej berganda

25
3.2.3.7 Amblyopia

Amblyopia atau mata malas (lazy eye) adalah pengurangan ketajaman visual yang
diakibatkan perkembangan penglihatan abnormal selama masa bayi dan anak usia dini.
Amblyopia biasanya hanya terjadi pada satu mata, tetapi dapat pula mempengaruhi
kedua mata. Kondisi ini merupakan penyebab utama penurunan penglihatan pada anak-
anak. Jika tidak diobati, amblyopia bisa mengakibatkan hilangnya kemampuan
penglihatan ringan sampai parah. Amblyopia terjadi ketika jalur saraf antara otak dan
mata tidak dirangsang dengan baik. Hal ini menyebabkan suatu kondisi di mana otak
hanya mengutamakan respon signal saraf dari satu mata. Mata yang lemah cenderung
diabaikan sehingga membuatnya kehilangan fungsi dan kemampuan normalnya.

Gambar 8: Amblyopia atau mata malas (lazy eye)

3.3 Murid Bermasalah Pendengaran

Pendengaran adalah suatu deria yang dikurniakan oleh tuhan sebagai satu saluran yang
penting bagi manusia untuk menerima bahan-bahan ilmu. Walaupun manusia masih
boleh belajar melalui deria lain seperti deria lidah, bau dan juga sentuhan, namun ada
deria pendengaran penting untuk memudahkan dan menyempurnakan proses
pembelajaran. Kehilangan pendengaran merupakan ancaman utama bukan sahaja
terhadap komunikasi, malah terhadap kehidupan peribadi dan sosial individu tersebut.

Ketidakupayaan mendengar pertuturan, bahasa, muzik dan bunyi-bunyi alam


sekitar akan memberi kesan terhadap fungsi dan kualiti kehidupan seharian individu

26
tersebut. Masalah pendengaran atau cacat pendengaran terjadi apabila deria dengar
seseorang terganggu atau terhalang daripada menerima atau mengamati sesuatu bunyi,
perbualan atau bisikan orang lain. Dengan kata lain, deria dengar tidak boleh berfungsi
untuk kegunaan pendengaran biasa dalam kehidupan harian.

Hallahan dan Kauffan (1991) telah mendefinisikan murid-murid bermasalah


pendengaran sebagai murid-murid yang tidak dapat mendengar pada satu-satu tahap
intensity atau kekuatan bunyi. Muri-murid yang mempunyai masalah pendengaran juga
adalah sinonim dengan murid-murid yang mengalami masalah komunikasi, sosial serta
akademik. Menurut Morjuntin Ebin (19997) murid-murid bermasalah pendengaran
mengalami kelambatan dalam perkembangan pertuturan dan Bahasa. Disebabkan factor
yang tidak dapat mendengar dan bertutur, mereka tidak dapat berfikir seperti murid-
murid lain dan akhirnya menyebabkan perkembangan akal mereka terbantut.

Menurut Gatty (1992), murid-murid belajar pertuturan secara spontan melalui


interaksi harian dengan orang dewasa. Laluan kepada kejayaan menguasai pertuturan
bagi murid0murid ialah keupayaan mereka mendengar. Tanpa pendengaran,
perkembangan pertuturan mereka akan tersekat. Dalam perkembangan teknologi
sekarang, alat bantuan pendengaran boleh membantu sisa pendengaran yang dimiliki
oleh murid-murid bermasalah pendengaran untuk mendengar bunyi-bunyi pertuturan
yang tidak dapat didengar sebelumnya.

Cacat pendengaran dapat dibahagikan kepada dua jenis, yang pertama ialah tidak dapat
mendengar langsung walaupun ada alat bantu dengar (hearing aid) dan yang kedua ialah
separa pekak atau kurang/kesukaran pendengaran masih ada sisa-sisa pendengaran
untuk mengamati perbualan atau bunyi-bunyi dalam persekitaran, dan boleh mendengar
dengan alat bantu dengar.

Masalah pendengaran akan menjadi penghalang utama untuk mewujudkan perhubungan


atau komunikasi yang sempurna dengan orang lain, hal ini kerana mereka mempunyai
kekurangan dalam kemahiran bahasa dan komunikasi secara lisan atau tulisan. Mereka
ini kurang upaya untuk menyampaikan apa yang mereka fikirkan atau apa yang ingin
diperkatakan serta sukar untuk memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain.

27
Tahap Kehilangan Pendengaran

Kurang pendengaran Pekak


a. Ringan (mild) a. Teruk (severe)
Tahap kehilangan pendengaran Tahap kehilangan pendengaran
antara 27 40 dB antara 71 90 dB
Memahami perbualan Dapat mendengar bunyi pada jarak
Mengalami kesulitan mendengar 0 30.5 meter daripadanya
bunyi-bunyi yang perlahan dan Menghadapi masalah pertuturan
jauh Memerlukan alat bantu dengar dan
Memerlukan terapi pertuturan latihan pertuturan dan komunikas

b. Sederhana (moderate) b. Sangat teruk (profound )


Tahap kehilangan pendengaran Tahap kehilangan pendengaran
antara 41 55 Db lebih daripada 90 dB
Dapat mendengar bunyi setakat 1 Sukar mendengar walaupun bunyi
1.5 meter daripadanya yang kuat
Sukar melibatkan diri dalam Memerlukan alat bantu dengar,
perbincangan secara kelas terapi pertuturan dan komunikasi
Memerlukan laat bantu dengar
Memerlukan terapi pertuturan

c. Sederhana teruk (moderate severe)


Tahap kehilangan pendenngaran
antara 56 70 dB
Memerlukan alat bantu dengar dan
latihan pendengaran
Memerlukan latihan pertuturan dan
komunikasi
Orang yang ingin berhubung

28
dengan mereka perlu bercakap
dengan kuat

3.3.1 Punca Masalah Pendengaran

Gambar 9: Struktur telinga manusia

Setiap masalah yang dihadapi mestilah terdapat faktor atau punca berlakunya masalah
tersebut. Begitu juga dengan masalah pendengaran yang dihadapi oleh kanak-kanak,
terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan tercetusnya masalah pendengaran.
Antaranya ialah :

a) Faktor Pewarisan

Masalah pendengaran ini berpunca daripada pelbagai faktor iaitu sebelum lahir,
semasa lahir. Masalah pendengaran yang berpunca sebelum lahir adalah seperti baka
yang disebabkan oleh gen. baka yang disebabkan oleh gen adalah daripada ibu bapa
mereka. Kajian menunjukkan jika ibu atau bapa mempunyai latar belakang keluarga
yang mempunyai masalah pendengaran kemungkinan besar anak-anak mereka akan
mempunyai masalah dalam pendengaran. Kepekaan yang berpunca daripada
pewarisan genetic ialah kongenital dan sensorineural. Bagi mereka yang mengalami

29
masalah pendengaran hasil daripada pewarisan genetik akan jarang mengalami
masalah ketidakupayaan pelbagai.

b) Sebelum Lahir

Punca yang seterusnya ialah punca disebabkan oleh faktor penyakit tertentu. Antara
penyakit yang boleh mengundang berlakunya masalah pendengaran ialah rubella,
meningitis, campak, cacar, kencing manis dan sebagainya. Jangkitan virus dan
bakteria kepada janin berlaku semasa dalam kandungan pada awal kandungan akan
memberi kesan kepada perkembangan janin. Jika wanita mengandung dijakiti
penyakit ini, ia akan menyebabkan bayi yang di kandung akan menghadapi masalah.
Bayi itu mungkin akan dilahirkan dalam keadaan yang kehilangan pendengaran.
Selain daripada kehilangan pendengaran, bayi itu juga akan mengalami pelbagai lagi
masalah lain seperti masalah penglihatan, pembelajaran dan ketidakupayaan yang
lain.

Selain itu, pengambilan dadah dan alcohol semasa hamil juga akan memberi
kesan yang negatif kepada bayi dalam kandungan kerana ianya akan memberi
pertumbesaran bayi terbantut.

Gambar 10: Kerosakan Cuping Telinga. Biasanya Ia Berlaku Sejak Dari Lahir.

30
c) Semasa dan Selepas Lahir

Seterusnya ialah masalah semasa lahir yang terlalu lama atau kesukaran seseorang
ibu untuk melahirkan anak. bayi yang dilahirkan tersebut menyalami tekanan pada
bahagian telinga dan hal tersebut menyebabkan kecederaan kepada telinga bayi.
Kepala bayi terlalu lama berada di pintu Rahim menyebabkan tekanan yang kuat di
bahagian telinga bayi tersebut. Selain itu, kecederaan semasa dilahirkan terutamanya
dibahagikan telinga dan penyakit hemolysis yang selalunya disebabkan Rhesus (Rh),
iaitu faktor jenis darah yang menyebabkan masalah ini. Hal tersebut menyebabkan
bayi yang dilahirkan mengalami komplikasi kerana darah ibu dan anak tidak serasi.

Manakala, punca masalah pendengaran selepas lahir adalah seperti murid-murid


yang menghidap penyakit berjangkit yang disebabkan bakteria dan virus seperti
beguk dan demam campak. Selain daripada itu, masalah pendengaran boleh terjadi
akibat daripada kemalangan yang mencederakan bahagian telinga. Pengambilan
antibiotic seperti streptomisin juga boleh menyumbang kepada masalah pendengaran.

Selain itu, masalah pendengaran juga akan terjadi jika terdedah kepada bunyi
yang kuat. Kajian menunjukkan bahawa 10 juta daripada 28 juta mereka yang kerap
terlibat dalam aktiviti seperti menembak, bekerja di kawasan lapangan terbang dan di
dalam kilang akan cenderung mengalami masalah pendengaran.

3.3.2 Ciri-ciri Masalah Pendengaran

Terdapat beberapa tanda-tanda yang menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai


masalah pendengaran. Antaranya ialah :

a) Kurang Memberi Perhatian

Antara ciri-ciri masalah pendengaran ialah kurang memberi perhatian, ciri ini dapat
dikenal pasti apabila seorang kanak-kanak tersebut tidak menunjukkan sebarang
reaksi mahupun perhatian kepada orang sekeliling yang bercakap dengannya
selalunya mereka tidak mengalihkan pandangan ke arah sumber bunyi, dan

31
kadangkala juga mereka tidak terkejut dengar bunyi yang kuat memandangkan
gegendang telinga tidak berfungsi.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran sememangnya mereka


akan kurang memberi perhatian dengan keadaan sekeliling, hal ini berlaku kerana
mereka tidak dapat mendengar apa-apa gelombang bunyi di sekeliling mereka.
Gelombang bunyi yang terhasil di sekeliling tidak dapat memasuki gegendang
telinga kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran kerana struktur dalam
atau luar telinga mereka telah rosak atau dijangkiti bakteria dan sebagainya.

b) Sukar Mengikut Arahan

Selain itu, masalah pendengaran juga boleh dikesan apabila individu itu sukar
mengikut arahan. Apabila tidak boleh memberi respond, secara tidak langsung
kanak-kanak tersebut sukar untuk menerima arahan secara lisan. Hal ini kerana
mereka sukar untuk memahami arahan yang mudah dan akan meminta arahan
tersebut diulang berkali-kali sehingga boleh difahami terutama arahan diberi dalam
jarak jauh. Sukar mengikut arahan yang telah diberikan dan secara tidak langsung
ianya akan menyebabkan masalah komunikasi antara kedua-dua pihak tersebut.

Setiap individu yang mempunyai masalah pendengaran mempunyai tahap


pendengaran dan darjah kepekaan yang berbeza. Menurut Paul dan Quigley (1990)
seseorang yang kurang upaya pendengaran tidak dapat menggunakan
pendengarannya, memahami pertuturan walaupun mereka mempunyai sisa
pendengaran.

c) Kurang Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Perbincangan

Seterusnya ialah kurang melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan.


Memandangkan fungsi pendengaran mereka tidak seperti kanak-kanak yang lain,
maka mereka merasakan kehadiran mereka di dalam sebuah kumpulan adalah sia-sia
kerana tidak mampu memberi respond dan pendapat yang baik. kesan negatif ialah
kanak-kanak tersebut mungkin dipinggirkan atau dikecualikan dari terlibat mana-
mana aktiviti. Hal tersebut menyebabkan mereka lebih gemar bersendirian.

32
Kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran kurang melibatkan diri
dalam aktiviti perbincangan kerana mereka tidak dapat mendengar butir bicara orang
sekeliling mereka. Aktiviti perbincangan melibatkan komunikasi dan daya kepekaan
pendengaran yang elok untuk memastikan perbincangan itu berjalan dengan lancar.
Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran secara tidak langsung
mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik, hal tersebut akan mereka kurang
untuk melibatkan diri dalam apa jua aktiviti.

d) Cara Percakapan Yang Pelik

Selain itu cara percakapan yang pelik, kadangkala kanak-kanak yang menghadapi
masalah pendengaran ini mengeluarkan perkataan yang tidak sempurna dan kurang
difahami oleh orang lain. Hal ini kerana mereka mempunyai masalah pertuturan yang
menjadikan mereka tidak boleh menyebut satu-satu ayat dengan baik. Kanak-kanak
yang mempunyai masalah pendengaran sememangnya akan mengalami masalah
dalam percakapan, bacaan, kefahaman dan penulisan walaupun mereka telah
menguasai Bahasa isyarat dengan baik. Masalah kesihatan, kanak-kanak ini sering
mengadu mengalami masalah kesihatan seperti sakit telinga, selesema, sakit tekak
dan tonsilitis. Masalah dan gangguan kesihatan ini biasanya berkaitan dengan
pendengaran.

Oleh yang demikian, ibu bapa dan pendidik perlu peka dengan keadaan anak-
anak yang mempunyai ciri-ciri masalah pendengaran ini. Hal ini adalah kerana
rawatan perlu dilakukan bagi mengenal pasti kategori kehilangan pendengaran yang
dihadapi oleh seseorang itu. Tidak semua kanak-kanak yang bermasalah
pendengaran ini mengalami darjah kehilangan pendengaran yang sama. Apabila
darjah kehilangan pendengaran telah dikenal pasti, maka tindakan susulan perlu
dilakukan bagi mencegah kerosakan saraf telinga menjadi lebih teruk.

33
3.3.3 Jenis-Jenis Masalah Pendengaran

Masalah pendengaran dibahagikan kepada dua kategori iaitu, separuh pekak dan pekak.
Kategori separuh pekak ini biasanya walaupun deria mereka rosak tetapi ianya masih
terdapat sisa pendengaran. Biasanya deria dengar mereka masih boleh berfungsi sama
ada dengan bantuan alat pendengaran atau tidak. Manakala pekak ialah kanak-kanak
yang mempunyai deria dengar yang tidak dapat berfungsi langsung. Kecacatan
diperoleh sama ada sebelum, semasa atau selepas kelahiran.

Mengetahui jenis masalah pendengaran adalah penting kerana ia akan membantu


menyelesaikan masalah tersebut. Terdapat masalah pendengaran yang boleh dirawat
dan tidak boleh dirawat. Jika menghadapi masalah pendengaran yang tidak boleh
dirawat, pemakaian alat bantu pendengaran adalah perlu. Terdapat tiga jenis masalah
pendengaran. masalah pendengaran konduktif, sensorineural dan campuran.

Gambar 11: Jenis masalah pendengaran

a) Pendengaran Konduktif

Kehilangan pendengaran konduktif disebabkan kerosakan atau penyekatan di


bahagian telinga tengah. Hal ini akan menghalang gelombang bunyi untuk sampai ke
bahagian telinga dalam (internal). Masalah pendengaran terjadi apabila gegendang
telinga pecah, berlubang atau luka juga akan menghalang getaran tiga tulang kecil

34
yang menyebabkan berlakunya pekak. Namun ada juga yang kehilangan
pendengaran sementara seperti ketika menaiki kapal terbang atau semasa berada di
puncak bukit. Hal tersebut berlaku adalah disebabkan pertukaran tekanan udara.
Kehilangan pendengaran jenis ini biasanya dapat dibantu dengan alat bantuan
pendengaran.

Masalah pendengaran konduktif berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan


pada telinga luar dan telinga tengah. Contoh masalah dan jangkitan yang boleh
menyebabkan masalah pendengaran konduktif ialah ketiadaan lubang telinga
(atresia), cuping telinga kecil atau tiada cuping telinga (mikrotia / anotia), sumbatan
tahi telinga di salur telinga, jangkitan kuman pada salur telinga atau telinga tengah
dan gegendang telinga bocor/pecah.

b) Pendengaran Sensori-neural

Pendengaran sensorineural terjadi akibat kerosakan pada telinga dalam atau saraf
auditori. Saraf ini berfungsi untuk membawa impuls iaitu sejenis getaran ke dalam
otak. Kehilangan pendengaran jenis ini mungkin melibatkan sebahagian ataupun
keseluruhan frekuensi tidak sampai ke otak untuk diproses. Kehilangan pendengaran
jenis ini kebiasaannya tidak boleh dipulihkan melalui ubat ataupun pembedahan.

Masalah pendengaran sensorineural pula berlaku apabila terdapat masalah atau


jangkitan pada telinga dalam, tempat di mana koklea dan saraf pendengaran berada.
Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal (tiada rembesan nanah atau kecacatan
fizikal) tetapi hanya dapat dikenal pasti melalui pemeriksaan pendengaran secara
menyeluruh. Masalah ini tidak dapat dirawat, tidak seperti masalah pendengaran
konduktif yang boleh dirawat secara pengambilan ubat atau pembedahan.

c) Pendengaran Bercampur

Masalah pendengaran campuran pula berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua


masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan
sensorineural hadir bersama. Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah
pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan

35
sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran. Apa jua masalah yang berlaku
di telinga luar/tengah berserta masalah di telinga dalam disebut sebagai masalah
pendengaran campuran.

Masalah pendengaran ini boleh berlaku sama ada pada sebelah telinga atau
kedua-dua belah telinga pada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia sangat berisiko
kerana masalah pendengaran biasanya berlaku tanpa kita sedar. Masalah
pendengaran dalam kalangan bayi dan kanak-kanak berisiko menyebabkan mereka
sukar untuk bertutur dengan baik dan berkemungkinan menjadi bisu. Ini kerana
mereka tidak dapat menerima bunyi dengan baik. Ia menyebabkan otak mereka tidak
dapat memproses bunyi dan membina kosa kata sejak dari kecil lagi.

Gambar 12: Contoh kanak-kanak memakai impian koklea disebabkan kerosakan


organ telinga dalam.

3.4 Murid Pintar Cerdas

Perkataan pintar cerdas bukan sesuatu yang asing bagi masyarakat Malaysia. Hal ini
disebabkan kerajaan telah melancarkan satu program yang memberikan pengiktirafan
kepada kanak-kanak yang pintar cerdas seperti MENSA dan permata Pintar di UKM
Bangi bagi meningkatkan dan menyediakan program yang bersesuaian dengan kanak-
kanak tersebut. Persekutuan Amerika Syarikat telah mewartakan bahawa makna pintar
cerdas yang memfokuskan kepada kanak-kanak yang mempunyai suatu kebolehan yang

36
berpotensi tinggi dari sudut intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan
juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan serta mereka
ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan lain yang tidak dimiliki oleh orang lain.

Pelajar pintar cerdas pula ditakrifkan sebagai pelajar yang mempunyai


kebolehan berbahasa yang tinggi, keupayaan yang tinggi untuk membuat generalisasi,
penguasaan yang baik dalam kemahiran asas, dan sebagainya.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke empat, pintar cerdas bermakna cekap, pandai,
banyak bercakap, cerdik licin dan mahir dalam membuat sesuatu pekerjaan. Stanford
Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai
The Stanford - Binet Test telah memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk
kepada keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan serta penaakulan yang
baik.

Walau bagaimanapun sebahagian besar individu yang dikategorikan sebagai


pintar dibezakan daripada individu lain berdasarkan kecerdasan yang superior , yang
boleh diukur menggunakan ujian kecerdasan. Wechler Intelligence Scale for
Children(WISC) menyatakan bahawa ujian skor kecerdasan adalah di atas 130 atau140.

3.4.1 Punca Pintar Cerdas

Terdapat beberapa faktor dan punca pintar cerdas berlaku adalah seperti berikut :

3.4.1.1 Faktor Dalaman

a) Faktor Genetik

Dari sudut faktor genetik, ramai pakar genetik dan psikologi yang berusaha untuk
mencari dan mengukur sejauh manakah kebenaran bahawa tahap potensi kepintaran
yang diwarisi. Dipercayai bahawa kebolehan asas mental kanak-kanak pintar cerdas
ini diwarisi daripada ibu bapanya. Apa yang boleh dikatakan bahawa kanak-kanak
ini sudah menjadi pintar cerdas sejak waktu lahir lagi.

37
Menurut Profesor Howe, kanak-kanak yang menjadi pintar cerdas ini
berkemungkinan hasil usaha bimbingan dan didikan daripada ibu bapa dan guru yang
terdekat sewaktu mereka lahir lagi. Berdasarkan kajian ahli-ahli psikologi
Galton(1865), Goddard(1890), Newman(1937) dan Shieldo(1962) yang
membuktikan bahawa setiap individu memiliki bakat yang berbeza dan perbezaan ini
pada kebiasaannya diwarisi daripada genetik ibu bapa.

b) Faktor emosi

Menurut Bee (1999), kanak-kanak pintar cerdas adalah satu golongan yang
heterogeneous. Hal ini disebabkan mereka memiliki lebih tinggi tahap kecerdasan
berbandingan dengan kanak-kanak lain dalam situasi menyesuaikan diri dengan
masalah. Sousa D.A(2003) juga menyatakan bahawa kecerdasan seseorang itu tidak
sama seperti cara berfikir yang cenderung untuk kekal konsisten dan tidak berkaitan
dengan jenis maklumat yang akan diproses.

c) Faktor Kognitif

Kanak-kanak pintar cerdas merupakan golongan yang mempunyai kemampuan


mental yang jauh lebih tinggi berbanding dengan rakan sebaya. Oleh hal demikian,
keperluan motivasi yang jauh lebih tinggi arasnya supaya bakat dan potensi mereka
dapat dimanfaatkan. Kebolehan kognitif mereka boleh dipertingkatkan lagi dengan
peranan ibu bapa yang mempengaruhi perkembangan kognitif mereka melalui
pemindahan maklumat sama ada secara formal atau tidak formal.

3.4.1.2 Faktor Persekitaran

Faktor persekitaran atau luaran adalah berhubung kait dengan peranan ibu bapa dan
masyarakat dalam menyumbangkan sokongan dan dorongan terhadap kanak-kanak
pintar cerdas. Sokongan ibu bapa amat penting dalam membantu mereka
mengembangkan potensi dalam menyedari keistimewaan mereka pada peringkat awal
usia. Kepekaan ibu bapa terhadap kanak-kanak pintar cerdas bagi memastikan bakat

38
mereka tidak tenggelam sehinggakan merugikan pelbagai pihak yang boleh
mendapatkan manfaat bersama.

Pada peringkat awal usia, ibu bapa mampu menilai sendiri potensi anak pintar
cerdas dan menyedarkan mereka terhadap langkah seterusnya dalam membantu
mengembangkan potensi anak mereka.

Selain daripada ibu bapa, guru juga terlibat sama bagi memastikan kanak-kanak
pintar cerdas ini mendapat pendidikan yang bersesuaian dengan potensi mereka.
Dengan adanya kehadiran guru yang memantau aktiviti kanak-kanak pintar cerdas ini
dapat memampatkan lagi daya pengetahuan mereka mengikut konsep yang tersendiri
berbeza dengan kanak-kanak biasa yang lazimnya berlandaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan khususnya di Malaysia.

3.4.2 Ciri-Ciri Pintar Cerdas

a) Sangat Aktif

Kanak-kanak aktif berbeza dengan anak hiperaktif. Jika dilihat dari aktivitinya, sekilas
memang terlihat hampir sama. Tetapi jika diperhatikan lebih dalam akan tampak
perbezaannya. Anak aktif mempunyai fokus perhatian yang baik, lebih sabar, dan suka
dengan kegiatan yang butuh banyak gerakan fizik, sedangkan anak hiperaktif biasanya
tidak fokus, tidak bisa diam, tidak sabar, dan cenderung agresif.

b) Konsentrasi intens

Kanak-kanak umumnya kesulitan untuk berkonsentrasi dan fokus pada suatu hal. Tetapi
anak cerdas mampu berkonsentrasi dengan intens dalam waktu yang lama, dan
menyelesaikan pekerjaannya tanpa banyak terpengaruh dengan kondisi di sekitar.

c) Daya ingat kuat

Kanak yang cerdas biasanya memiliki ingatan yang kuat terhadap berbagai macam
informasi yang pernah dilihat atau didengarnya. Dengan daya ingat yang kuat, kanak-
kanak ini akan lebih mudah memahami dan menangkap pelajaran di sekolah. Selain itu

39
daya ingat juga bermanfaat untuk membangun rasa percaya diri dan kemandirian kanak-
kanak tersebut.

d) Memiliki kosa kata Yang tinggi

Kecerdasan kanak-kanak juga didapati dengan penguasaan kosa kata yang tinggi.
Mereka bisa menggunakan kosa kata yang sulit dengan tepat, dan bisa mengucapkannya
dalam kalimat yang lengkap. Penelitian juga menemukan bahawa kanak-kanak dengan
kosa kata lisan yang baik akan cenderung untuk lebih cerdas di sekolah.

e) Memperhatikan yang detail

Kecerdasan kanak-kanak juga dapat dilihat melalui perhatikannya terhadap sesuatu


secara detail. Kanak-kanak cerdas biasanya senang memperhatikan hal-hal detail yang
sering diketahui oleh orang lain yang lebih berusia darinya dan seringkali mereka selalu
ingin tahu bagaimana cara kerja sesuatu secara spesifik.

f) Suka Berimaginasi

Suka berimaginasi merupakan salah satu ciri anak cerdas. Biasanya anak suka
berimaginasi dengan meniru hal-hal yang ada di sekitarnya, misalnya dengan
membayangkan awan berbentuk burung, atau membuat gambar dengan cerita yang
dibuatnya sendiri.

g) Tertarik dengan banyak hal

Anak cerdas umumnya menunjukkan ketertarikannya dengan banyak hal. Mereka tidak
hanya tertarik pada permukaan saja, tetapi juga ingin mengeksplorasi minatnya hingga
lebih dalam. Mereka akan mencari tahu dan bertanya tentang banyak hal yang
diminatinya.

i) Membaca lebih awal

Anak cerdas mempunyai rasa ingin tahu yang cukup tinggi terhadap segala sesuatu.
Karena itu anda bisa memperkenalkan mereka dengan buku cerita bergambar yang
sesuai dengan usianya, biasanya mereka akan panasaran dan ingin membaca sendiri

40
buku tersebut. Secara alami, rasa panasaran itu akan mendorong anak untuk belajar
membaca.

j) Mempunyai bakat seni

Anak dengan bakat seni seperti menggambar dan menyanyi juga termasuk dalam
kategori anak cerdas. Ketika balita biasanya mereka mampu menggambar sesuatu
dengan jelas atau menyanyi dengan nada yang tepat. Hal ini menunjukkan
keseimbangan antara otak kiri dan kanan mereka.

4.0 Kaedah dan Strategi Penyelesaian Murid Berkeperluan Khas (MBK)

4.1 Masalah Pembelajaran

Masalah pembelajaran yang berlaku boleh diatasi dengan kaedah dan strategi tertentu
mengikut tahap masalah yang dihadapi oleh mereka. Dalam kaedah dan strategi ini
menjelaskan secara umum program-program yang diwujudkan bagi murid berkeperluan
khas (MBK).

4.1.1 Sekolah Pendidikan Khas (SPR)

a) Guru-Guru Terlatih Khas

Bagi melancarkan pembelajaran di dalam bilik darjah, seorang guru perlulah


mempunyai latihan khas sebelum pergi mengajar di sekolah. Ini amat penting kerana
seorang guru adalah model kepada pelajar. Dalam mengajar kelas pendidikan khas,
satu tanggungjawab besar yang perlu diambil oleh seorang guru. Namun begitu,
dengan adanya latihan khas yang telah disertai, tiada masalah bagi seorang guru
pendidikan khas untuk mengawal keadaan kelas serta pelajar di dalam kelas tersebut.

Kemahiran seorang guru dalam menarik minat pelajar dalam pembelajaran amat
penting kerana kaedah itu perlu dipraktikkan di dalam kelas. Aktiviti pembelajaran
juga perlu dirancang dengan teliti supaya pelajar boleh melibatkan diri dalam sesi
pembelajaran di dalam kelas.

41
b) Pendekatan Pelbagai Disiplin

Penggunaan pelbagai pendekatan disiplin banyak membantu murid berkeperluan


khas yang mengalami masalah pembelajaran. Ini akan memberi pendedahan kepada
pelajar supaya lebih berdisiplin ketika di dalam kelas dan focus kepada guru yang
mengajar di hadapan kelas.

c) Program Pendidikan Yang Diindividukan (Individualized Education Programmer)

Program ini biasanya dikhaskan kepada murid yang berkeperluan khas. Ini kerana
mereka mempunyai masalah dalam pembelajaran disebabkan keadaan fizikal atau
intelek mereka agak jauh ketinggalan daripada murid yang normal. Mereka
mempunyai sistem pembelajaran yang berlainan daripada orang lain dengan
bimbingan daripada guru terlatih.

d) Kurikulum Yang Khas

Bagi kurikulum untuk pembelajaran murid berkeperluan khas ini, mereka


mempunyai kurikulum sendiri daripada kurikulum pelajaran yang sedia ada. Oleh
itu, pendidikan khas di sekolah agak berlainan daripada pendidikan yang biasa di
sekolah.

e) Objektif Pengajaran Yang Nyata, Bermakna, Khusus Dan Bersifat Jangka Pendek.

Pembelajaran di dalam kelas haruslah jelas dan mudah difahami oleh murid
mengikut kemampuan mereka berdasarkan falsafah pendidikan khas. Ini seharusnya
memberikan kemudahan yang mudah kepada murid berkeperluan dalam mengikuti
pembelajaran di dalam kelas.

f) Penglibatan Pelajar Secara Aktif Dalam Pembelajaran

Setiap aktiviti yang dijalankan di dalam kelas adalah peluang kepada murid untuk
melibatkan diri secara aktif bagi berinteraksi dengan rakan sekelas. Ini dapat
membantu murid untuk mengatasi masalah pembelajaran di sekolah.

g) Penilaian Kemajuan Yang Kerap Dan Berterusan, Dan Rekod Penilaian Yang Sesuai

42
Guru dan pihak sekolah seharusnya membuat penilaian yang berterusan kepada
prestasi murid bagi meningkatkan lagi kemahiran murid dalam pembelajaran. Selain
itu, penilaian ini juga dapat mengesan kelebihan dan kelemahan pelajar dalam
pembelajaran.

h) Kaedah Pengajaran Yang Khas

Seorang guru pendidikan khas yang terlatih, kaedah pengajaran yang dilakukan
haruslah sesuai dengan kemampuan murid di dalam kelas tersebut. Ini akan menarik
minat pelajar untuk belajar di dalam kelas.

i) Kaunseling Ibu Bapa

Pihak sekolah dan ibu bapa juga harus memainkan peranan dalam membantu murid
dalam pembelajaran. Ibu bapa seharusnya mendapatkan kaunseling daripada pihak
berwajib dalam mendapatkan pendapat bagi menguruskan anak mereka dalam
pembelajaran.

4.1.2 Program Pendidikan Khas Integrasi

Program ini untuk memastikan murid khas mendapat pendidikan dalam persekitaran
terhadap yang minimum (LRE). Murid ditempatkan di kelas khas di sekolah harian
biasa supaya mereka dapat bergaul dengan murid biasa dan tidak rasa terpinggir.
Program diwujudkan di sekolah harian biasa (rendah, menengah, dan sekolah
teknik/vokasional) yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara
pengasingan dan separa inklusif.

4.1.3 Program Pendidikan Inklusif (PPI)

Melalui program ini murid-murid pendidikan khas belajar bersama-sama dengan murid
normal di dalam satu kelas yang sama dan diajar oleh guru yang biasa yang sama,
dengan dibantu oleh guru sumber pendidikan khas. Ini bertujuan menggalakkan

43
interaksi antara murid khas dengan murid normal di samping memperakui hak
pendidikan yang sama untuk semua kanak-kanak tanpa mengira perbezaan individu.

Bagi murid bermasalah penglihatan yang tidak mengalami masalah sampingan,


Program Pendidikan Inklusif adalah program yang sesuai untuk mereka. Ini kerana
tahap intelektual mereka adalah sama seperti murid biasa dan mereka dapat mengikuti
pelajaran dengan menggunakan deria pendengaran dan bantuan guru sumber.

4.1.4 Program Pemulihan Khas

Merupakan program yang disediakan bagi membantu murid-murid mengatasi masalah


belajar yang khusus terutamanya dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis,
dan mengira (3M). Murid yang telah dikesan dan dikenal pasti sebagai belum
menguasai kemahiran asas 3M pada tahap satu akan mengikuti Program Pemulihan
Khas. Program ini berada di hampir semua sekolah rendah. Program yang dijalankan
ialah Program Pendidikan Pemulihan Khas Tahap Satu (PKTS). Murid disaring dengan
menggunakan IPP3M 1 (murid Tahun 1), IPP3M2 (murid Tahun 2), dan IPP3M 3
(murid Tahun 3). Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ialah dengan menggunakan
sistem pengasingan sementara (withdrawal).

4.1.5 Program Bermasalah Pembelajaran Spesifik Disleksia

Pendekatan Multi-Sensory merupakan kaedah yang paling sesuai bagi mengajar kanak-
kanak pendidikan khas yang mengalami masalah pembelajaran . Pendekatan ini
menggabungkan beberapa deria iaitu Auditori, Visual, Oral, Kinestetik. Bagi
menjalankan kaedah ini, gabungan semua deria dijalankan serentak. Penggunaan huruf-
huruf yang dibuat daripada kayu di mana pelajar boleh mendengar guru menyebut bunyi
daripada huruf-huruf, melihat huruf-huruf tersebut, menyebut kembali huruf-huruf
tersebut dan, menekap huruf-huruf tersebut dengan jari.

Selain itu, pelajar juga boleh menggunakan pasir atau garam dengan
menggunakan dulang sebagai wadahnya. Pelajar boleh mendengar bunyi huruf yang

44
disebut oleh guru, melihat huruf yang ditulis oleh guru di atas papan hitam, mengulang
kembali huruf yang disebut oleh guru, dan menulis kembali huruf tersebut di atas pasir.

4.2 Masalah Penglihatan

4.2.1 Braille

Dalam kaedah dan strategi pembelajaran bagi pengajaran untuk murid berkeperluan ini,
pendekatan braille sesuai digunakan. Pendekatan ini wujud hasil daripada idea seorang
ilmuwan iaitu Louis Braille di Perancis. Pendekatan ini mula dibuat pada abad yang ke
19 bagi menggantikan raised-line letters dalam membuat pendekatan yang baru dalam
system pembelajaran bagi murid yang berkeperluan khas. Pada 1930-an Standard
English Braille dicipta sebagai kod untuk memberikan orang yang mengalami masalah
penglihatan iaitu buta supaya dapat membaca. Kesan daripada penggunaan kod tersebut,
semua orang dapat memberikan khidmat bagi mengajar orang yang buta ini untuk
berlatih membaca kerana disebabkan kod tersebut senang digunakan.

Dalam kod Standard English Braille ini, terdapat unit asas iaitu quadrangle cell
yang mengandungi 6 titik. Selain itu, ada dua cara tulis braille yang digunakan dalam
kod ini iaitu Perkins Brailler Dan Slate & Stylus. Pelajar yang mengalami masalah
penglihatan banyak mengalami permasalahan dalam pembelajaran mereka kerana
hanya dapat merasakan sesuatu bukannya melihat. Disebabkan itu, dengan adanya
braille ini murid dapat belajar membaca sehingga memiliki kemahiran membaca. Braille
membolehkan pelajar mencari bahagian tertentu dalam teks atau skimming, mencatat
nota, membaca ucapan dan mencari perkataan dalam kamus. Braille juga membolehkan
pelajar menggunakan kod ini untuk menulis formula Sains, Matematik, Muzik dan
bahasa asing.

Penggunaan braille ini harus dipraktikkan sejak awal lagi iaitu ketika sekolah
rendah. Dengan adanya pendedahan awal diberikan oleh guru pendidikan khas kepada
murid, ini akan meningkatkan kemahiran mereka dalam pembelajaran di dalam kelas.
Tidak mustahil bagi seorang murid berkeperluan khas untuk mempelajari setiap
pendekatan yang digunakan oleh guru bagi membantu murid tersebut. Seharusnya di

45
peringkat sekolah, murid tahun satu sudah didedahkan dengan braille bagi memudahkan
mereka belajar dari awal.

Gambar 13: Mesin Braille

Gambar 14: Kod Huruf

4.2.2 Remaining Sight

a) Alat Pembesar

Pembelajaran dalam kelas menggunakan alat pembesar seperti kanta pegang serta tv
skrin dapat membantu murid berkeperluan khas dalam pembelajaran di dalam kelas.
Masalah ini biasa bagi murid yang mengalami rabun teruk dan mereka banyak

46
bergantung kepada alat untuk melihat. Oleh itu, penyediaan alat yang dapat
membantu murid melihat dengan jelas perlu disediakan di dalam kelas.

b) Buku Cetakan Besar

Penggunaan buku yang bercetak besar perlu digunakan oleh guru bagi memudahkan
murid untuk membaca serta mengulang kaji pelajaran. Antara saiz yang sesuai
digunakan untuk buku cetakan ialah 10pt type hingga 30pt type. Penggunaan saiz
cetakan yang selalu digunakan ialah 18pt type kerana saiz huruf ini amat sesuai bagi
yang mempunyai rabun teruk. Saiz huruf ini sangat popular digunakan oleh guru
dalam mencetak nota dan membuat slide dalam pembelajaran bagi kelas murid
berkeperluan khas.

c) Penggunaan Teleskop Ketika Guru Mengajar

Penggunaan teleskop di dalam kelas jarang digunakan oleh guru dan murid ketika
sesi pembelajaran dijalankan. Namun begitu, murid digalakkan menggunakan alatan
yang ada bagi memudahkan mereka dalam proses pembelajaran di dalam kelas.

d) Larged-Faced Typewriter

Penggunaan larged faced typewriter ini lebih kepada pendekatan bagi menulis.
Biasanya penggunaan alat ini selalu digunakan oleh murid yang mengalami masalah
penglihatan buta. Pelajar diajar menggunakan alat ini sejak pertama menjejak kaki ke
sekolah.

e) Projector

Projector digunakan di dalam kelas bagi memudahkan murid untuk melihat


perkataan yang berada di depan. Dengan penggunaan projector ini, tulisan di dalam
slide akan dibuat lebih besar mengikut kehendak murid yang mengalami masalah
penglihatan yang teruk. Ini disebabkan penggunaan alat ini lebih berkesan
berbanding menggunakan papan tulis di dalam kelas.

4.2.3 Latihan Mobiliti

47
Latihan mobiliti ini amat penting didedahkan kepada murid yang mengalami masalah
penglihatan iaitu buta. Ini berkaitan dengan pergerakan mereka dalam sekeliling tempat
mereka. Keupayaan kanak-kanak buta menghadapi ketidakupayaan bergantung kepada
sebaik mana mereka dapat bergerak di persekitaran. Latihan ini boleh membantu
mereka untuk berdikari dalam hidup untuk bergerak ke sesuatu tempat tanpa bantuan
orang sekeliling selagi mereka mampu. Oleh itu, kemahiran mobiliti mempengaruhi
darjah kebebasan mereka untuk bergerak.

(a) Kaedah Pertama

Penggunaan tongkat selalunya digunakan oleh semua murid yang mengalami


masalah penglihatan yang teruk. Mereka akan berpandukan tongkat tersebut untuk
bergerak.

(b) Kaedah Kedua

Menggunakan haiwan pelihara terutamanya anjing juga amat sesuai bagi membantu
pergerakan murid yang bermasalah penglihatan ini. Seekor anjing dapat membantu
tuan mereka untuk bergerak di samping menjaga keselamatan.

(c) Kaedah Ketiga

Pertolongan oleh orang sekeliling juga amat diperlukan bagi membantu pergerakan
mereka. Ini biasanya dipanggil panduan manusia sebagai tempat bertanya sama ada
arah tujuan mereka betul atau tidak. Keprihatinan orang sekeliling adalah harapan
bagi mereka yang mengalami masalah penglihatan ini.

4.2.4 Kemahiran Hidup

Kemahiran hidup ini merangkumi semua aspek dalam kehidupan seharian murid
berkeperluan khas bagi menjalankan kehidupan seperti orang yang normal. Ini
merangkumi semua pengurusan diri, perlakuan di meja makan, kemahiran di rumah dan
kemahiran di dapur. Pendekatan tactile perlu didedahkan guru kepada pelajar sebelum
mereka berdikari dalam hidup. Kemahiran tactile adalah kontak melalui sentuhan

48
merupakan satu-satunya cara kanak-kanak buta belajar tentang bentuk, tekstur seperti
jalinan benang pada tenunan dan kaca pada pinggan mangkuk. Dengan kemahiran
tactile ini, murid berkeperluan khas dapat mengenali objek-objek di rumah melalui
sentuhan, manipulasi dan penerokaan yang terbimbing dengan bahasa sokongan.
Contohnya ialah membina konsep tentang kasar, licin, keras, lembut, besi, plastik, kecil
atau besar dan lain-lain.

4.3 Masalah Pendengaran

4.3.1 Kaedah Mengenalpasti Masalah Deria Pendengaran

Kecacatan pendengaran boleh diukur dengan kaedah-kaedah seperti berikut:

a) Audiometri nada tulen

Intensiti (dB) ; frekuensi (Hz)


0 dB (125Hz) 110 dB (8,000Hz) diuji
Ujian berasingan bagi setiap telinga
Angkat tangan, turun tangan
Pendengaran biasa: 0 d
Hilang pendengaran pada 50 dB= boleh dengar bunyi pada 50

Audiometri nada tulen Ujian Penggunaan Alat

Gambar 15

49
b) Audiometri Pertuturan

Pengujian pendengaran dengan perkataan yang telah dirakam


Mengukur jumlah kemampuan pendengaran melalui ulangan
percakapan rakaman
20dB 80dB (Tahap pendengaran) diuji
c) Audiogram
Grafik yang menggambarkan kemampuan pendengaran seseorang
125Hz 8000 Hz diuji
X telinga kiri; O telinga kanan

Gambar 16: Audiogram

50
4.3.2 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Masalah Pendengaran

a) Pendekatan Lisan Dengan Sisa Pendengaran (Auditori Velbal)

Pendekatan ini merupakan satu kaedah di mana kanak-kanak bermasalah pendengaran


diajar menggunakan pendengaran mereka untuk mempelajari bahasa pertuturan melalui
alat pendengaran atau implan koklea. Auditori verbal merupakan proses untuk mengajar
kanak-kanakmendengar dan bercakap tanpa bergantung kepada bacaan bibir atau bahasa
isyarat.

Ia bertujuan membolehkan kanak-kanak bermasalah pendengaran menikmati


persekitaran dan kehidupan yang biasa. Menurut Goldberg dan Flexer (1993),
pendekatan ini membolehkan kanak-kanak memperolehi pertuturan dan bahasa secara
semula jadi yakni melalui deria dengar.

Ciri-ciri penggunaan Auditori Velbal seperti berikut iaitu menggunakan


pendekatan lisan, menggunakan pendengaran untuk belajar bahasa pertuturan dengan
bantuan alat bantu dengar atau koklea implan sepenuhnya. Keadah ini menggunakan
sepenuhnya sisa pendengaran dimana melatih kemahiran mendengar pertuturan tanpa
membaca pergerakan bibir individu yang bertutur yang melibatkan latihan auditori iaitu
mengajar diskriminasi bunyi.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar, prinsip amalan perlu
diutamakan dimana pengajaran dalam bilik tersebut mestilah tiada bunyi atau senyap.
Pengajaran juga perlu diberikan seawal mungkin agar pelajar lebih faham. Pengajaran
ini lebih efektif sekiranya dengan penglibatan ibu bapa didalam proses tersebut.
Pengajaran ini lebih mengfokuskan kepada deria pendengaran sahaja. sedang deria
melihat tidak boleh dilakukan. Proses ini berlaku dimana guru menutup mata masa
bertutur dan guru menyebut perkataan dalam situasi murid tidak boleh melihat.

b) Bahasa Isyarat

Sejarah bahasa isyarat telah pun bermula sejak kurun ke-16 lagi di barat. Pada tahun
1755, Abbe de LEpee telah menubuhkan sekolah untuk kanak kanak pekak yang
pertama di paris. Kemudian Laurent Clerc yang merupakan pelajar di sekolah kanak-

51
kanak pekak tersebut telah berhijrah ke Amerika Syarikat dan menubuhkan American
School for the deaf yang sseterusnya berkembang menjadi Gallaudet University.

Bahasa isyarat ialah bahasa yang menggunakan komunikasi manual (tangan)


selain daripada bunyi dan suara untuk menyampaikan maksud. Komunikasi ini
menggabungkan bentuk tangan, orentasi dan pergerakan tangan, lengan, badan, dan
ekspresi muka untuk menyampaikan isi hati penyampai. Dalam maksud lain pula,
bahasa isyarat ialah kaedah berkomunikasi yang digunakan oleh golongan bermasalah
pendengaran (Ling, 1989). Menurut Clark (1999), bahasa isyarat ialah satu kaedah
komunikasi yang menggunakan simbol-simbol tanpa menggunakan suara atau dikenali
sebagainon verbal communication. Simbol simbol yang digunakan boleh
merupakan pergerakan tangan dan anggota badan yang lain, mimik muka, gambar,
simbol-simbol atau isyarat yang mempunyai makna tertentu dan boleh difahami oleh
kedua-dua pihak iaitu penutur dan penerima.

Gambar 17: Huruf Dalam Bahasa Isyarat

52
Gambar 18: Nombor Dalam Bahasa Isyarat

4.4 Pintar Cerdas

4.4.1 Kaedah Mengenal pasti Pintar Cerdas

a) Tahap Pertama

Melalui mendapatkan maklum balas dari semua pihak dalam bentuk pencalonan
pelajar. Pencalonan boleh dibuat oleh ibu bapa, guru, rakan-rakan, dan diri pelajar itu
sendiri. Pencalonan boleh dibuat dengan menggunakan senarai semak (check-list)
dan skala pemarkahan (rating scales). Seterusnya, melakukan pemerhatian, melalui
pemerhatian, guru memperoleh pelbagai maklumat mengenai seseorang pelajar.
Pemerhatian teliti merupakan faktor penting dalam pengesanan pelajar. Langkah-
langkah membuat pemerhatian perlu dilakukan seperti menentukan perkara yang
hendak diperhatikan, merekot maklumat dengan lengkap, merekot serta-merta
semasa pemerhatian dan merekot fakta yang tepat dan tidak membuat interpretasi.
Merekot ini melibatkan rekod harian pelajar tersebut, senarai semak (check list) dan
skala (rating scale).

53
b) Tahap Kedua

Proses mengenal pasti bidang-bidang atau domain kecerdasan serta


tahap kecekapan pelajar terbabit dalam bidang tersebut. Pada tahap ini pelajar yang
dicalonkan akan ditaksir oleh pakar untuk menentukan kemampuan pelajar dalam
bidang/domain berkenaan pada ketika itu. Alat-alat penaksiran termasuklah ujian
kecerdasan (IQ), ujian kompetensi, ujian bagi menentukan domain kecerdasan
dengan menggunakan ujian kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligence-MI). Selain
itu, pada tahap ini penilaian pakar juga boleh/perlu diambil kira bagi menentukan
domain serta tahap kecerdasan seorang pelajar. Contohnya penilaian seorang pelukis
untuk menentukan domain bakat dan tahap kecerdasan seorang pelajar yang berbakat
dalam lukisan.

4.4.2 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pintar Cerdas

a) Pengasingan

Kanak-kanak atau pelajar ini diasingkan daripada rakan sebaya di mana mereka
disediakan kurikulum khas yang mampu menggalakkan kebolehan istimewa mereka.
Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak daripada kelas biasa yang
tidak dapat membantu perkembangannya secara optima.

b) Pemecutan (acceleration)

Boleh dilaksanakan dengan dua cara. Cara yang pertama ialah di mana kanak-kanak
ini dikeluarkan daripada bilik darjah mereka untuk subjek-subjek spesifik. Mereka
dimasukkan ke kelas pada peringkat lebih tinggi yang sesuai dengan perkembangan
mereka untuk subjek tersebut. Maka mereka akan belajar dengan murid atau pelajar
yang lebih tua daripada mereka. Cara kedua ialah di mana murid tersebut disediakan
dengan rancangan khas dalam kelas yang sama. Rancangan ini membantu mereka
belajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada kadar yang lebih cepat berbanding
dengan rakan sebaya.

54
c) Pengayaan

Program pengayaan melibatkan pendekatan yang menyediakan pengalaman


pengayaan sama ada di dalam atau di luar kelas. Misalnya aktiviti tambahan seperti
lawatan ke muzium atau perpustakaan negara. Selain itu, guru boleh merancang
projek atau aktiviti lain yang memerlukan murid mencari maklumat yang lebih
mendalam tentang sesuatu topik dan dilakukan oleh murid secara bersendirian.

55
5.0 Rumusan

Kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau yang tergolong dalam


MBK ini berada di sekeliling kita dan jumlahnya semakin bertambah dengan
meningkatnya dari tahun ke tahun. Terdapat banyak faktor peningkatan kelahiran
kanak-kanak ini seperti faktor usia ibu, masalah kesukaran semasa kelahiran,
pemakanan, pencemaran alam sekitar mahupun baka. Kanak-kanak ini mungkin jiran
kita, sanak-saudara, murid-murid mahupun bakal anak didik.

Justeru, semua pihak perlu bekerjasama dalam memberikan pelbagai bantuan


ataupun sokongan bagi memberi semangat golongan MBK ini meneruskan hidup untuk
masa depan mereka yang lebih baik. Kepelbagaian jenis kecacatan MBK bukanlah satu
alasan untuk bakal pendidik menjadikan anak-anak bermasalah ini seorang manusia.
Cabaran dan halangan mesti dilalui untuk memberikan kehidupan mereka lebih
bermakna. Setiap masalah yang dialami oleh MBK tentunya mempunyai penyelesaian
tertentu untuk memberikan mereka kehidupan yang lebih bermakna dan boleh
menjalani kehidupan sendiri di masa akan datang.

. Oleh itu, langkah demi langkah perlu diikuti supaya dapat meningkatkan tahap
kemampuan golongan MBK semaksimum yang mungkin. Sekiranya golongan MBK ini
terus diabaikan dan disisih oleh masyarakat sekeliling maka mereka akan terjerumus ke
dalam dunia yang tidak mempunyai masa depan. Sebaliknya, sebagai manusia normal
kita haruslah memberi sokongan dan dorongan kepada golongan MBK supaya mereka
ke jalan yang mempunyai masa depan.

Ringkasnya, golongan MBK sewajarnya mendapat hak yang sama seperti


manusia normal malah ada hak istimewa yang melindungi mereka. Hak istimewa
tersebut memberi semangat mereka untuk meneruskan hidup dan menjalankan
kehidupan seperti manusia normal ke arah masa depan yang lebih cerah. Seperti yang
kita tahu, bukan manusia normal sahaja yang boleh mencapai cita-cita yang hebat dalam
hidup tetapi golongan MBK juga mampu memiliki cita-cita tersebut. Sebagai contoh,
Nicholas James Vujicic atau lebih popular panggilan sebagai Nick Vujicic warga

56
Australia pemberi motivasi terkenal di persada dunia dengan kehebatan ceramah
motivasinya.

57
Bibliografi

Abdul Rahim b. Talib, (2006). Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah


Pembelajaran: Open University Malaysia (OUM). Kuala Lumpur: UNITEM
Sdn. Bhd

Asiah Hj. Ahmad (2012). Mengenal dan menangani orang kurang upaya. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan khas Dan pemulihan : bacaan
asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haliza Hamzah, (2008). Perkembangan Kanak -kanak: Untuk Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan: Edisi Kedua. Institut Perguruan Teknik, Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Heward, W.L. (1996). Exceptional children: an introduction To special education (5th


ed). Englewood. Cliffs, N.J.: American Psychological Association.

Jamila K.A Mohamed, (2008).Pendidikan Khas untuk Kanak -kanak Istimewa.


Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd

58
Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia, (2007). Buku Panduan
Instrumen Penempatan Pendidi k an Khas Bermasalah Pembelajaran (IPP):
Manual. Selangor: Absolute Master Printers Sdn.Bhd

Kirk, S.A., Gallagher, J.J., & Anatasiow, N.J. (1993). Educating exceptional children
(7th ed.). Boston: Allyn and Bacon.

Mohd. Hussain Ibrahim (1995). Pendidikan pintar cerdas: Teori dan pendekatan. Kuala
Lumpur: Pustaka Aman Press.

Nik Azis, N. P. (1990). Program pendidikan pelajar pintar cerdas. Kajang: Institut
Pengajian Ilmu-Ilmu Islam. (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)

Smith, D.D. (2006). Introduction to Special Education (5th . Ed.). Boston:


Pearson/Allyn & Bacon.

Sacks, S. Z., & Silkerman, R. K. (Eds) (1998). Educating students who have visual
impairments with other disabilities. Baltimore: Paul H. Brookes Pub.

59
Laman Sesawang

http://zueinsdagreat.blogspot.my/2012/04/kanak-kanak-bermasalah-pembelajaran.html

https://www.scribd.com/doc/45085327/kategori-dan-masalah-bahasa-kanak-kanak-
bermasalah-pembelajaran

http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH%207%20Kanak-
Kanak%20Bermasalah%20Penglihatan.pdf

https://www.slideshare.net/akushazwa/kanak-kanak-keperluan-kha-masalah-penglihatan

https://www.scribd.com/doc/45085327/kategori-dan-masalah-bahasa-kanak-kanak-
bermasalah-pembelajaran

http://lisazadora.blogspot.my/2012/07/murid-murid-masalah-pendengaran.html

https://nurulhazirahramli93.wordpress.com/masalah-pendengaran/punca-punca-
masalah-pendengaran/

60

You might also like