You are on page 1of 11

TUGASAN INDIVIDU

GGGB2055 PPK : PERKEMBANGAN DAN CIRI-CIRI KANAK-KANAK MASALAH


PEMBELAJARAN

SEMESTER 1 SESI 2016/2017

TAJUK

BUKU : COMMONSENSE METHOD FOR CHILDREN WITH SPECIAL


EDUCATIONAL NEEDS

BAB 1 : SPECIAL EDUCATIONAL NEEDS AND LEARNING DIFFICULTIES


(KEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS DAN KESUKARAN PEMBELAJARAN)

DISEDIAKAN OLEH

NORFADZLIANA BINTI ROHANI

NO. MATRIK

(A154664)

PROGRAM

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN

(PENDIDIKAN KHAS)

PENSYARAH

DR. MOHD MOKHTAR BIN TAHAR

DR. SUZIYANI BINTI MOHAMED


1.0 PENGENALAN

Di Britain, istilah special education needs (SEN) atau Keperluan Pendidikan Khas telah
diperkenalkan lebih 30 tahun lalu. Keinginan pada masa itu adalah untuk beralih daripada
teknologi lama seperti ‘kanak-kanak cacat’ untuk mencari huraian generik yang lebih sesuai
diterima pakai oleh pelbagai kumpulan murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran.
Sebelum masa ini, terdapat penerapan dengan mengkategorikan pelajar mengikut kecacatan
dan ketidakupayaan mereka dengan tujuan penempatan sekolah (Peterson and Hittie 2010).
Melalui penggunaan pendekatan kategori tersebut, ianya tidak berhasil disebabkan oleh
jumlah kanak-kanak yang mempunyai lebih daripada satu kecacatan memerlukan kombinasi
intensif seperti menempatkan murid di sekolah yang tertentu mengikut keupayaan dan ramai
kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran di sekolah tidak dapat dikenalpasti
kecacatan yang dialami dengan baik.

Selain itu, sementara kebanyakan kecacatan mempengaruhi 9/100 kanak-kanak yang


bersekolah ini dapat dianggarkan 20/100 kanak-kanak mempunyai keperluan pendidikan khas
(Turnbull et al. 2010). Kanak-kanak ini cenderung untuk mempunyai masalah peribadi,
emosi, sosial, persekitaran dan masalah keluarga dan perkara yang tidak berkaitan dengan
kecacatannya menyebabkan mereka mempunyai risiko kegagalan apabila berada dalam sistem
sekolah (Abrams 2010; Cadima et al. 2010).

Sehingga kini, istilah Keperluan Pendidikan Khas ini juga digunakan secara meluas di
negara-negara tertentu seperti di Eropah, Australia dan Asia Pasifik. Di United State, polisi
dokumen merujuk kepada ‘pelajar dengan keperluan khas’.

Golongan pendidik di United Kingdom kebiasaannya menggunakan deskripsi kanak-


kanak berkeperluan khas ‘exceptional children’. Sementara istilah ini tidak digunakan secara
meluas di United Kingdom atau Ausralia. Istilah ini tidak digunakan hanya untuk kanak-
kanak dengan ketidakupayaan dan masalah pembelajaran tetapi juga dianggap sebagai pintar
cerdas atau berbakat.

1
2.0 MENGGARISKAN KEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS

Murid-murid dengan keperluan pendidikan khas boleh ditakrifkan secara umum sebagai
mereka yang mengalami kesukaran belajar yang jauh lebih besar untuk menyesuaikan diri
dengan sekolah berbanding rakan sebaya yang lain kerana murid-murid ini mempunyai
kecacatan atau gangguan.

Di United Kingdom, Akta Maklumat Keperluan Pendidikan Khas (2008) dan hasilnya
dalam Jabatan Kanak-Kanak, Sekolah dan Keluarga mengeluarkan suatu laporan tahunan
mengenai bilangan murid dengan keperluan pendidikan khas. Bagi tujuan statistik, murid-
murid ini direkodkan di bawah empat kategori iaitu kognitif dan kesukaran pembelajaran di
mana termasuk masalah pembelajaran khusus dan kecacatan intelektual (sederhana, teruk dan
mendalam / pelbagai) ,kedua, tingkah laku, emosi dan kesukaran bersosial, ketiga, masalah
komunikasi dan interaksi termasuk ucapan dan kemerosotan bahasa, gangguan spectrum
autisme dan keempat, deria atau kecacatan fizikal – penglihatan, pendengaran,
ketidakupayaan fizikal, pelbagai kecacatan.

Di United State, data yang dikumpul setiap tahun mempunyai beberapa kategori
antaranya masalah pembelajaran khusus, pertuturan atau kemerosotan bahasa, terencat akal
(kini diklasifikasikan sebagai ketidakupayaan intelektual) , gangguan emosi, pelbagai
kecacatan serta kecacatan pendengaran, penglihatan, kemerosotan orthopedic ; autism ; pekak
buta ; kecederaan trauma otak ; perkembangan lewat.

Dalam usaha untuk menjelaskan definisi murid dengan keperluan khas di pelbagai
negara terdapat tiga kategori yang bersesuaian iaitu murid dikenal pasti dengan
ketidakupayaan dan kemerosotan, murid dengan kecelaruan tingkah laku dan emosi, atau
yang mengalami masalah khusus dalam pembelajaran dan murid yang mengalami masalah
yang timbul daripada sosio-ekonomi, budaya, atau kelemahan linguistik.

2
3.0 BILANGAN MURID YANG MEMPUNYAI KEPERLUAN PENDIDIKAN

KHAS

Di Britain, anggaran rasmi lima daripada kanak-kanak sekolah mempunyai keperluan


pendidikan khas. Anggaran ini menggambarkan keseluruhan persamaan dengan negara-
negara lain yang mempunyai keperluan pendidikan khas.

Kecacatan fizikal, penglihatan dan pendengaran dianggap satu ketidakupayaan yang


mana 2 ke 3 % merupakan populasi yang sering ada di sekolah. Kumpulan ini dikategorikan
sangat penting dalam kumpulan kanak-kanak yang memerlukan keperluan pendidikan khas.

Kelaziman ketidakupayaan intelektual antara kanak-kanak masih stabil sepanjang


dekad yang lalu kira-kira 3% iaitu bagi sekolah rendah, murid-murid dengan ketidakupayaan
intelektual ringan sering menghadiri sekolah dan masuk ke aliran perdana berbanding masuk
ke pendidikan khas. Manakala bagi sekolah menengah, murid dengan ketidakupayaan
intelektual ringan dan sederhana ini mempunyai program kurikulum tertentu yang sesuai
diikuti oleh murid tersebut sesuai dengan kategori mereka.

Data anggaran keperluan pendidikan khas seperti kanak-kanak yang mempunyai


ketidakupayaan teruk dan kompleks seperti pekak dan buta kurang berlakunya masalah dalam
berkomunikasi iaiti kira-kira 1 % daripada kanak-kanak yang berada di sekolah tersebut. Bagi
kanak-kanak dengan general learning difficulties atau kesukaran pembelajaran umum
dianggarkan 12 dan 16% yang terdapat di sekolah-sekolah. Ramai murid yang mempunyai
masalah pembelajaran khusus mempunyai masalah emosi dan tingkah laku yang jelas. Bagi
kanak-kanak dengan specific learning disability (SpLD) atau masalah pembelajaran spesifik
dianggarkan 2% daripada populasi sekolah dan peningkatan banyak program telah dilakukan
untuk mengatasi ketidakupayaan ini dan biasanya kanak-kanak ini dilabel sebagai kanak-
kanak masalah pembelajaran.

3
4.0 KANAK-KANAK DENGAN KESUKARAN PEMBELAJARAN

Kebiasaannya, kanak-kanak yang mengalami kesukaran pembelajaran tidak dapat dikenal


pasti dengan awal di sekolah dan mereka mudah dianggap sebagai tidak matang, malas dan
tidak bermotivasi. Namun, apabila pengenal pastian awal dilakukan, perkara ini boleh
meningkatkan peluang pembelajaran bagi kanak-kanak itu.

Kanak-kanak dengan kesukaran pembelajaran merupakan salah satu antara tiga


kumpulan iaitu :

1. General learning difficulties (Kesukaran pembelajaran umum)


2. Languange-based specific learning disability (SpLD) (Pembelajaran khusus
berdasarkan bahasa)
3. Non-verbal learning diasbility (NLD) ( Masalah pembelajaran bukan lisan)

4.1 GENERAL LEARNING DIFFICULTIES (KESUKARAN PEMBELAJARAN

UMUM)

Istilah general learning difficulties digunakan secara meluas kepada murid yang
mempunyai masalah pembelajarana seperti murid slow learner, murid berpencapaian
rendah dan murid yang sukar diajar. Biasanya, IQ untuk kumpulan ini biasanya dicatatkan
antara 70 dan 100.

Antara masalah yang dihadapi oleh murid yang mempunyai general learning
difficulties (kesukaran pembelajaran umum ini ialah kesukaran pembelajaran untuk
menguasai masalah 3 M iaitu murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu Membaca,
Menulis dan Mengira. Di samping itu, murid kurang keyakinan diri apabila ingin
melakukan sesuatu kerana murid ini tidak pernah anggap bahawa murid ini boleh
melaksanakan tugas yang diberikan guru. Murid ini merasakan dia tidak mampu untuk
berada dalam situasi tertentu. Tambahan lagi, murid ini tidak mempunyai keyakinan untuk
berjaya di mana murid akan mengelak daripada terlibat dengan aktiviti yang
berorientasikan pencapaian untuk melindungi perasaan mereka.

Ciri-ciri pelajar dengan kesukaran pembelajaran umum pula ialah tahap tumpuan yang
terhad dan mudah terganggu kerana kurang selesa dengan keadaan sekeliling yang bising,

4
kesukaran memahami bahasa yang kompleks, perbendaharaan kata yang terhad kerana
kurang berkomunikasi. Oleh itu, kelemahan-kelemahan yang terdapat pada murid
bukanlah penghalang bagi guru untuk mengajar mereka menjadi insan yang berguna.

4.2 LANGUAGE-BASED SPECIFIC LEARNING (SPLD) (PEMBELAJARAN

KHUSUS BERDASARKAN BAHASA)

Istilah masalah pembelajaran khusus ini adalah gangguan satu atau lebih dalam proses
asas psikologi merangkumi kefahaman atau penggunaan bahasa, bercakap atau
menulis, di mana gangguan akan meminimumkan untuk mendengar, berfikir,
bercakap, mengeja. Istilah ini termasuk keadaan seperti kecederaan otak, fungsi otak
yang minima, disleksia dan perkembangan aphasia.

Kesukaran dalam berbahasa ini memberi kesan kepada kemahiran literasi dan
dikategori sebagai disleksia. Sesetengah aspek matematik seperti penyelesaian
masalah akan berlaku kepada individu yang mengalami masalah pembelajaran khusus
ini. Antara istilah lain masalah pembelajaran ini ialah dysgraphia (masalah dengan
penulisan), dysorthograhia (masalah dengan mengeja) dan dysnomia ( ketidakupayaan
untuk mendapatkan kata-kata, nama, atau simbol dengan cepat daripada memori).

Namun, disleksia merupakan perkara pertama dalam pembelajaran khusus


berdasarkan bahasa ini. Antara ciri-ciri murid disleksia yang mengalami kesukaran ini
ialah masalah fonologi iaitu pengkodan fonologi merujuk kepada murid yang tidak
dapat membezakan antara huruf dengan bunyi , sukar memahami apa yang dibaca dan
tidak fasih berbahasa dalam pembacaan

5
4.3 NON-VERBAL LEARNING DISABILITY (NLD) (MASALAH

PEMBELAJARAN BUKAN LISAN)

Berkaitan dengan kesukaran pembelajaran bukan lisan ini berkongsi ciri-ciri keadaan
yang kita ketahui seperti dispraxia namun dua keadaan ini tidak sama.

Kanak-kanak yang mengalami kesukaran pembelajaran ini bermasalah dalam


koordinasi motor dan kesedaran ruang (Foss 2001 ; McMurray et. Al. 2009). Biasanya
kanak-kanak yang mengalami masalah ini bermasalah dalam kemahiran motor halus
seperti menulis tidak rapi, memiliki tahap pemerhatian yang rendah, sukar
menyelesaikan ‘puzzle’.

Cara yang terbaik bagi mengurangkan masalah ini ialah melalui bercakap dan
mendengar. Misalnya, guru guna perkataan jelas dalam pengajaran. Guru juga
hendaklah membantu murid yang bermasalah bukan lisan, pengajaran yang mudah
dibaca dengan jelas.

6
5.0 MENGENAL PASTI MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS

SpLD dikenal pasti bagi menilai tahap kecerdasan murid menggunakan ujian kecerdasan
standard dan perbandingan. Keputusan diambil daripada pencapaian dalam membaca,
mengeja dan matematik. Sebarang percanggahan antara tahap kecerdasan dan tahap
pencapaian menunjukkan wujudnya masalah pembelajaran.

Sementara itu, kebanyakan pakar psikologi masih menggunakan IQ dan ujian


pencapaian untuk mengesan pencapaian rendah yang lebih dikenali dengan model response to
intervention (RTI) (IES 2009a, 2009b; Smith and Tyler 2010). Di bawah model ini, kanak-
kanak yang baru sekolah menerima pengajaran yang efektif selama setahun di dalam asas
literasi dan numerasi menggunakan pengajaran berdasarkan bukti. Istilah ini merupakan
Peringkat 1 atau Gelombang Pembelajaran Pertama. Dalam masa ini, kanak-kanak yang tidak
menunjukkan pencapaian akan diberikan tutorial yang intensif dalam kumpulan kecil.
Peringkat 2 atau Gelombang Pengajaran Kedua hanya kanak-kanak yang gagal memberi
tindak balas akan diberikan sokongan tambahan yang dikenali peringkat Gelombang
Pengajaran Ketiga (Howard 2009).

Smith dan Tyler (2010) menyatakan antara kebaikan model RTI ini ialah tiada
penangguhan dalam bertindak di mana kanak-kanak tidak perlu menunggu untuk beberapa
bulan untuk mengenal pasti kegagalannya dan sokongan yang diberikan. Selain itu,
pengajaran berdasarkan bukti iaitu digunakan dalam setiap peringkat dan masalah
pembelajaran ialah boleh diatasi daripada pembelajaran kesukaran umum bukan
menggunakan IQ, tetapi tindak balas kanak-kanak terhadap sokongan yang diberikan.

7
6.0 MENGAJAR KANAK-KANAK DENGAN KESUKARAN PEMBELAJARAN

UMUM DAN KHUSUS

Pada murid yang mempunyai kesukaran untuk belajar membaca, menulis dan mengira, guru-
guru perlu menyampaikan pelajaran dengan kualiti yang tinggi dan bukan mengklasifikasikan
mereka dengan membezakan IQ.

Guru-guru di sekolah memerlukan cara pembelajaran yang telah dinilai dengan teliti
dan harus mempunyai keberkesanannya dan ia lebih baik daripada guru peribadi di rumah
(Moran 2004; Wendling and Mather 2009) Keadaan ini dipanggil sebagai evidence-based
instruction yang difokuskan kepada keupayaan membaca, mengira di semua sekolah. Hal ini
menyebabkan murid yang bermasalah ini mendapat pembelajaran secara adil dan saksama.

Kajian telah menyatakan murid yang bermasalah pembelajaran ini memerlukan


susunan program yang terbaik dalam keupayaan membaca, mengira di mana pembelajaran
secara langsung dan latihan mengajar perlu mendapat tindak balas murid (Bellert 2009; de
Lemos 2005; Rowe 2006).

Secara umumnya, pembelajaran yang berkesan memberikan murid peluang yang besar
untuk meningkatkan hubungan akademik dan pembahagian masa dan mempertahankan
semangat yang kuat dalam diri murid itu sendiri.

Berdasarkan Foorman et al (2006), ciri-ciri biasa yang terdapat dalam sesebuah kelas
yang boleh memadamkan kelas yang kurang efektif dan murid memerlukan pencapaian
melalui guru perlu memaparkan pengurusan kelas yang bagus, lebihan masa dalam arahan
pembahagian tugas, pelajar memerlukan hubungan yang kuat dalam akademik, murid perlu
lebih aktif dan tumpuan yang lebih dalam pelajaran, dan pembahagian tugas harus padan
dengan keupayaan murid. Manakala Swanson (2000), menggunakan meta-analisis hasil
pembelajaran dari jenis pendekatan pengajaran, kesimpulan di sini bahawa pendekatan yang
paling berkesan untuk mengajar murid yang mempunyai masalah pembelajaran
menggabungkan ciri-ciri berikut iaitu berhati-hati mengawal dan turutan kandungan
kurikulum yang akan dikaji, menyediakan latihan yang banyak dan aplikasi baru untuk
memperoleh pengetahuan dan kemahiran memastikan tahap penyertaan dan bertindak balas
dengan kanak-kanak, memberikan maklum balas yang kerap, pembetulan dan
pengukuhan,menggunakan pengajaran berkumpulan interaktif , menggunakan teknologi yang
sesuai (contoh : arahan berbantukan komputer), dan
8

menyediakan bahan tambahan . Contohnya memberi kerja sekolah dan tunjuk ajar ibu bapa.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, pada peringkat awal pembelajaran murid, guru-guru mestilah


menggunakan pendekatan iaitu memberi arahan secara terperinci dan jelas bagi mengelakkan
risiko kegagalan dalam kalangan murid.

Murid-murid boleh belajar dengan baik apabila guru bijak merangka strategi atau
kaedah yang sesuai mengikut kemampuan murid. Hal ini akan mengurangkan kadar murid-
murid yang gagal atau tidak tahu apa yang dipelajari.

Guru-guru juga banyak memainkan peranan penting bagi murid-murid di sekolah


terutama kanak-kanak di peringkat sekolah rendah. Hal ini demikian kerana, ketika usia kecil,
kognitif kanak-kanak masih mudah untuk menerima perkara baru dan diingati. Maka, guru
mempunyai inisiatif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
9

You might also like