You are on page 1of 12

KPK 3012: PENDIDIKAN INKLUSIF

TAJUK TUGASAN:
LATIHAN BUKU PENDIDIKAN INKLUSIF DI MALAYSIA

NAMA AHMAD IRFAN HAMDANI BIN AHMAD SAIFUDDIN


NO. MATRIK D20191089133
SEMESTER 4
NAMA PENSYARAH PUAN NORHAYATI BINTI JUPRI

LATIHAN UNIT 1
Soalan Struktur

1. Berikan definisi Program Pendidikan Inklusif (PPI) menurut Peraturan Pendidikan


(Pendidikan Khas) 2013.

Maksud PPI menurut Peraturan Pendidikan ialah suatu program pendidikan bagi Murid
Berkeperluan Khas bersama-sama dengan murid yang lain dalam kelas yang sama di sekolah
kerajaan mahupun sekolah bantuan kerajaan.

2. Jelaskan konsep Pelaksanaan Pendidikan Inklusif berdasarkan jenis berikut:

2.1 Pendidikan Separa Inklusif.

Murid Berkeperluan Khas (MBK) mengikuti sebahagian pembelajaran dan mata pelajaran
atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas. MBK
perlu belajar bersama-sama murid arus perdana bagi mata pelajaran akademik atau aktiviti
ko-akademik atau ko-kurikulum tertentu sahaja mengikut keupayaan pelajar itu sendiri.

2.2 Pendidikan Inklusif Penuh.

Pendidikan yang melibatkan Murid Berkeperluan Khas (MBK) belajar secara sepenuh masa
bersama-sama murid arus perdana. MBK mengikuti pembelajaran bagi semua mata pelajaran
berasaskan kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubahsuaikan dengan
bantuan atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan.

Soalan Esei

1. Jelaskan kepentingan Pendidikan Inklusif dalam Sistem Pendidikan Malaysia.

Antara kepentingan Pendidikan Inklusif dalam Sistem Pendidikan Malaysia adalah dapat
memberi peluang kepada MBK untuk menimba ilmu. Program Pendidikan Inklusif (PPI)
membolehkan MBK ini mendapat tempat di sekolah untuk mengikuti pembelajaran. MBK ini
akan terlebih dahulu dinilai untuk mengkategorikan mereka sama ada mereka berada dalam
Pendidikan Inklusif sepenuh masa atau Pendidikan Separa Inklusif.

Kepentingan seterusnya adalah mewujudkan interaksi sosial di antara MBK dengan pelajar
tipikal. Interaksi sosial ini dapat diwujudkan menerusi aktiviti-aktiviti dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan interaksi serta kerjasama antara mereka
bersama-sama murid tipikal yang lain. MBK ini juga dapat menyertai aktiviti kokurikulum
dengan pelajar tipikal yang lain mengikut keupayaan masing-masing.
Kepentingan yang terakhir ialah dapat memperoleh peluang pekerjaan. PPI ini adalah sebuah
program yang membantu MBK untuk memberi peluang pekerjaan kepada mereka selepas
tamatnya persekolahan. Hal ini kerana semasa sesi persekolahan, MBK ini didedahkan
kepada bidang pelajaran yang mereka minati seperti bakery yang sedikit sebanyak
memberikan pengalaman untuk menempuh alam pekerjaan. MBK ini juga mendapat bantuan
sokongan daripada kerajaan di mana kerajaan akan menjaga kebajikan mereka. Kerajaan juga
seterusnya akan memberi peluang pekerjaan kepada MBK ini untuk menceburi bidang
kerjaya yang mereka minati.

2. Apakah kesan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK)?

Antara kesan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif (PPI) kepada Murid Berkeperluan Khas
(MBK) ialah MBK dapat bersosial dengan masyarakat luar. PPI ini yang membolehkan MBK
ditempatkan dengan pelajar arus perdana yang lain dapat meningkatkan keyakinan mereka
dan dapat memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi seperti orang normal yang lain.
Secara tidak langsung, MBK ini juga dapat bersosial dengan masyarakat luar dan dapat
berdikari setelah mereka tamat pembelajaran di sekolah tanpa bantuan orang lain. Seterusnya,
PPI ini dapat memberi peluang kepada mereka untuk mendapat pendidikan yang sama rata.
Hal ini mereka juga berhak menikmati pendidikan yang disediakan oleh negara seperti insan
yang normal yang lain. Hal ini secara tidak langsung dapat mereja jalani PdP dengan suasana
yang normal.

LATIHAN UNIT 3

Soalan Struktur
1. Nyatakan enam kategori murid berkeperluan khas dalam sistem pendidikan Malaysia.

a) MBK Ketidakupayaan Pendengaran


b) MBK Ketidakupayaan Penglibatan
c) MBK Ketidakupayaan Fizikal
d) MBK Ketidakupayaan Pertuturan
e) MBK Ketidakupayaan Pembelajaran
f) MBK Ketidakupayaan Pelbagai

2. Beri definisi murid berkeperluan khas ketidakupayaan pelbagai.

Murid berkeperluan khas ketidakupayaan pelbagai ini boleh ditafsirkan sebagai mereka yang
mempunyai dua atau lebih kecacatan seperti kecacatan mental, masalah penglihatan, masalah
pendengaran serta keadaan fizikal yang melumpuhkan.

Soalan Esei

Huraikan tahap kefungsian murid berkeperluan khas dalam sistem pendidikan Malaysia.

Secara ringkasnya, tahap kefungsian murid bekeperluan khas ini dibahagikan kepada 3
bahagian, iaitu MBK Berkefungsian Tinggi, MBK Berkefungsian Sederhana dan MBK
Berkefungsian Rendah.

MBK Berkefungsian Tinggi bermaksud MBK yang berpotensi dan mampu mengikuti
kurikulum arus perdana di sekolah pendidikan khas dan sekolah harian biasa.

MBK Berkefungsian Sederhana a bermaksud MBK yang berupaya menguasai kemahiran


asas literasi dan numerasi dan berupaya dari segi bahasa dan komunikasi, sosio emosi,
tingkah laku, dan psikomotor.

MBK Berkefungsian Rendah bermaksud MBK yang mempunyai kombinasi ketidakupayaan


kognitif dan, satu atau lebih ketidakupayaan yang melibatkan bahasa dan komunikasi, sosio
emosi, tingkah laku, dan psikomotor.

LATIHAN UNIT 4

1. Terangkan perbezaan ciri-ciri diantara bagi kanak-kanak Sindrom Down dan Disleksia.
Anda boleh gunakan peta minda seperti i-think untuk menjawab soalan ini.
Ciri-ciri fizikal bagi kanak-kanak yang mempunyai Sindrom Down adalah adalah bentuk
kepala yang pendek (brachycephaly) dan juga mempunyai saiz mulut yang kecil dan lidah
yang besar yang menyebabkan kelihatan mereka selalu terjelir. Mereka juga mempunyai
cuping telinga yang kecil dan saluran telinga yang semput. Dapat lihat dari bentuk jari tangan
mereka di mana jari kelengkang yang melengkung ke dalam dan terdapat jurang di antara ibu
jari dengan jari kedua.

Kanak-kanak disleksia pula dapat dikenal pasti di mana mereka mempunyai kemahiran
bertutur dan komunikasi yang agak baik. Golongan ini juga dikaitkan denga hiperaktif dan
suka mengantikan setiap perkataan. Mereka juga tidak dapat mengunakan sentuhan tangan
dengan baik terutama adalah alat tulis dan disebabkan inilah tulisan mereka amat buruk dan
kadang-kadang tidak dapat untuk dibaca. Mereka juga mempunyai sifat ingin tahu yang
tinggi dan memerhatikan objek diminati dengan sangat teliti.

2. Terangkan perbezaan ciri-ciri diantara bagi kanak-kanak ADHD dan ASD. Anda boleh
gunakan peta minda seperti i-think untuk menjawab soalan ini.

Perbezaan pertama yang dikenal pasti ialah dari segi perhatian yang diberikan. Kanak-
kanak penghidap ADHD sukar untuk memberikan perhatian kepada sesuatu yang mereka
tidak gemari manakala kanak-kanak penghidap ASD pula sukar untuk memberikan perhatian
kepada sesuatu yang menarik perhatian mereka.

Perbezaan kedua ialah dari segi keaktifan. Kanak-kanak ADHD merupakan hiperaktif di
mana mereka sentiasa bergerak dan berlari ke sana ke mari. Kanak-kanak ASD pula, mereka
lebih kepada tingkah laku yang terhad. Mereka sering melakukan perbuatan yang terhad
seperti menguit tangan dan mereka juga gemar untuk bersendirian.

Perbezaan yang terakhir ialah dari segi komunikasi. Kanak-kanak ASD tidak dapat bertutur
dengan baik dan hanya boleh bertutur dengan bahasa yang hanya difahami mereka sendiri.
Kanak-kanak ADHD pula, mereka lebih kerap untuk bercakap dan komunikasi mereka tidak
terhad.

LATIHAN UNIT 5

1. Antara berikut yang manakah merupakan penyelesaian khas yang boleh diaplikasikan
kepada murid ketidakupayaan pelbagai?
A. Pendekatakan Pendidikan Kolaborasi

2. Berikut adalah teknik Bantu Pengajaran bagi kumpulan besar, kecuali

A. Seorang mengajar, seorang menyelia

3. Antara alat/program ICT berikut, yang manakah TIDAK SESUAI digunakan untuk murid
yang mempunyai ketidakupayaan pelbagai?

A. Present.me.

4. Terangkan definisi ketidakupayaan pelbagai berserta contoh.

Menurut Individuals with Disabilities Education Act’s (IDEA) , ketidakupayaan pelbagai


bermaksud gangguan yang mempunyai kepelbagaian (seperti kecacatan intelektual-kebutaan,
kecacatan intelektual-gangguan ortopedik, dan lain-lain), gabungan yang menyebabkan
keperluan pendidikan yang teruk yang mereka tidak dapat ditampung dalam program
pendidikan khas semata-mata untuk salah satu kekurangan. Istilah ini tidak termasuk
deafblindness.

5. Apakah “deafblindness”. Terangkan punca berlakunya deafblindness.

Deafblindness adalah kehilangan penglihatan dan pendengaran sehingga komunikasi, mobiliti


dan kemampuan seseorang untuk mengakses maklumat terjejas. Deafblindness juga dikenali
sebagai ‘dual sensory loss’ atau ‘dual sensory impairment’. Deafblindness kerap menyerang
orang dewasa yang lebih tua, walaupun boleh ianya boleh menyerang orang dari semua
lapisan peringkat umur, termasuk bayi dan anak-anak.

Terdapat 2 punca berlakunya deafblindness ini. Punca yang pertama ialah diperoleh selepas
kelahiran. Istilah ini digunakan jika seseorang itu mengalami kehilangan penglihatan dan
pendengaran di kemudian hari. Sesiapa sahaja boleh menjadi menjadi deadblindness pada
bila-bila masa melalui penyakit, kemalangan atau akibat penuaan.

Punca kedua ialah Kongenital. Kongenital adalah istilah yang digunakan jika seseorang
dilahirkan dengan masalah penglihatan dan pendengaran. Hal ini mungkin disebabkan oleh
jangkitan semasa kehamilan, kelahiran pramatang, trauma kelahiran dan keadaan genetik
yang jarang berlaku.

6. Jelaskan implikasi ketidakupayaan pelbagai dalam pendidikan dari segi literasi dan
numerasi.
Implikasi ketidakupayaan pelbagai ini dari segi literasi adalah kebolehan membaca dan
menulis. Murid ketidakupayaan pelbagai ini akan mengalami kesukaran untuk mengikuti
sesuatu pelajaran, mengalami ketidakupayaan menyerap kemahiran dipelajari terutama
kemahiran membaca dan menulis. Walaupun begitu, mereka boleh membaca secara perlahan-
lahan dengan bantuan teks bergambar. Oleh itu, illustrasi, gambar, lukisan dan lakaran amat
penting untuk membantu mereka mengatasi ketidakupayaan ini.

Implikasi dari segi numerasi pula adalah dalam matematik. Murid ini jauh ketinggalan dalam
pembelajaran terutamanya kemahiran mereka dalam subjek matematik kerana kemahiran
mereka terbatas dan lambat untuk memperoses sesuatu nombor. Mereka sukar untuk
menguasai berbentuk abstark tetapi mereka dapat kuasai kemahiran konkrit. Untuk mengatasi
permasalahan ini, mereka dapat belajar matematik dengan menggunakan kaedah mengenal
pasti dan memadamkan nombor dengan objek.

7. Bincangkan satu penyelesaian khas bagi menangani ketidakupayaan pelbagai dari aspek
pedagogi.

Antara penyelesaian dari aspek pedagogi adalah penglibatan keluarga yang aktif. Memiliki
anak yang mempunyai ketidakupayaan pelbagai ini merupakan satu cabaran kepada ibu bapa.
Untuk meningkatakn pembangunan anak ini, penglibatan ahli keluarga merupakan suatu yang
amat penting dalam mempengaruhi perubahan tingkah laku mereka. Hal ini kerana ahli
keluarga merupakan insan yang rapat dengan anak tersebut.

Strategi dan modifikasi yang boleh dijalankan adalah intervensi awal. Intervensi awal ini
dilakukan di awal permulaan persekolahan anak tersebut di mana strategi ini melibatkan
banyak pihak untuk melaksanakannya. Seterusnya, pengurusan persekitaran juga merupakan
penyelesaian terhadap permasalahan ini. Pengurusan ini lebih menekankan kepada
pengurusan fizikal bilik darjah yang kondusif atau selesa. Di dalam bilik darjah, haruslah
disediakan bantuan teknologi yang canggih dan susun atur bilik darjah haruslah diselengara
dengan baik. Hal ini kerana segala peralatan yang dapat membahayakan murid haruslah
diasingkan dan diletakkan di dalam bilik khas.

8. Jelaskan satu alat/bahan bantu mengajar yang boleh digunakan untuk murid yang
mempunyai ketidakupayaan pelbagai.

Satu alat yang dapat bantu murid ketidakupayaan pelbagai adalah Note Taker Braille. Alat ini
amat berguna bagi seseorang yang mengalami ketidakupayaan penglihatan. Ia merupakan
sebuah alat yang berbentuk seperti papan kekunci tetapi mempunyai braille. Alat ini
membantu seseorang itu memindahkan maklumat ke dalam komputer dan alat ini juga
mempunyai fungsi bluetooth yang membolehkan alat ini diakses melalui telefon pintar.

LATIHAN UNIT 6

Soalan Struktur
1. Nyatakan jenis-jenis model yang dilaksanakan di Program Pendidikan Inklusif (PPI) di
Malaysia dan huraikan.

Model A. Pelajar berkeperluan khas ditempatkan di kelas sepenuh masa dalam kelas biasa
dengan kurikulum sedia ada dan strategi pembelajaran dan pengajaran (PdP). Dalam model
ini, guru arus perdana haruslah memberi tumpuan lebih kepada pelajar pendidikan khas ini
agar mereka tidak ketinggalan dalam pemebelajaran.

Model B. Dalam model ini, murid akan terlibat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di
aliran arus perdana secara penuh dan mereka akan dipantau oleh guru pembimbing bagi
meninjau prestasi mereka dari semasa ke semasa.

Model C. MBK akan ditempatkan dalam kelas biasa bagi pembelajaran tertentu sahaja dan
juga ditempatkan di dalam kelas khas atau bilik resos atau pusat sumber. Proses ini dijalankan
bagi mata pelajaran tertentu sahaja.

Model D. Pelajar ditempatkan di sekolah khas dan kelas satellite disekolah biasa seperti
sekolah bagi kategori Disleksia iaitu di SK Taman Maluri.

Model E. Model ini wujud di beberapa peringkat iaitu diperingkat prasekolah, sekolah harian
biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional dengan
mengunakan pendekatan pengajaran berasingan dan separa inklusif.

Model F. Model membolehkan pelajar ditempatkan sepenuh masa di rumah kediaman


sekiranya murid ini diklasifikasikan tidak dapat menguruskan diri sendiri dengan baik tanpa
bantuan orang lain. Ada dalam kalangan mereka disarankan untuk menyertai Pemulihan
Dalam x`Komuniti (PDK).

2. Berikan dua jenis Program Pendidikan Inklusif yang dilaksanakan di sekolah-sekolah di


Malaysia.

I. Inklusif Sepenuh Masa


II. Separa Inklusif

Soalan Esei
1. Huraikan model-model Pendidikan Inklusif yang dilaksanakan di luar negara dan
bandingkan kesesuaian dilaksanakan di sekolah dalam Malaysia.

Model Pendidikan Inklusif Moderat yang dilaksanakan di Indonesia adalah lebih kurang
sama dengan model di Malaysia. Akan tetapi, model ini menyediakan keperluan khas yang
pelbagai perkhidmatan alternatif mengikut kemampuan dan keperluan MBK seperti di dalam
kelas regular penuh iaitu Kelas Regular dengan Pull Out. Kaedah ini amat sesuai
dilaksanakan di sekolah dalam Malaysia. Hal ini kerana MBK ini juga memerlukan ruang dan
masa dengan guru pembimbing mereka kerana mereka mempunyai perbezaan keupayaan
dengan pelajar arus perdana.

Seterusnya, Kelas Khusus dengan Berbagai Pengintegrasian. Kaedah ini memerlukan murid
berkeperluan khas ini belajar bersama-sama dengan pelajar normal yang lain. Akan tetapi,
hanya subjek tertentu sahaja yang membolehkan mereka belajar bersama-sama. Akhir sekali,
Kelas Khusus Penuh dengan Sekolah Regular. Kaedah ini hanya memerlukan murid
berkeperluan khas ini hanya belajar di dalam kelas khusu di sekolah biasa.

LATIHAN UNIT 8
1. Berdasarkan pengetahuan dan kefahaman anda, apakah teknik pembelajaran dan
pemudahcara yang sesuai dipraktikkan kepada pelajar berkeperluan khas bagi menjadikan
sesi pengajaran lebih berkesan?

Teknik simulasi. Teknik ini merupakan gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang
memerlukan murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Satu situasi diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar
dengan cara menggunakan masalah atau menyediakan situasi yang sebenar wujud di dalam
keadaan yang terawal.

2. Jelaskan perbezaan antara teknik pengajaran abad ke-21 dengan pengajaran kaedah
konvensional. Pada pandangan anda, teknik pengajaran manakah yang lebih berkesan?

Antara perbezaan yang terdapat adalah dari segi teknik pengajaran di mana pengajaran
konvensional adalah bersifat terhad manakala pengajaran abad ke-21 bersifat terbuka. Pada
pandangan saya, teknik pengajaran abad ke-21 lebih berkesan. Hal ini kerana teknik
pengajaran konvensional kurang berhasil menarik minat murid sebaliknya memerlukan
kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang relevan sesuai
dengan perkembangan semasa. Teknik pengajaran abad ke-21 adalah berpusatkan pelajar di
mana guru menjadi pembimbing dan teknik ini meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan.
Oleh itu, saya merasakan bahawa teknik pengajaran abad ke-21 merupakan teknik yang lebih
berkesan.

3. Teknik pengajaran menggunakan teknologi multimedia merupakan salah satu teknik yang
selalu dipraktikkan bagi mewujudkan suasana pengajaran abad ke-21. Jadi, terangkan
kelebihan kaedah mengajar menggunakan teknologi multimedia dalam pendidikan inklusif.

Kelebihan yang dapat diperoleh adalah meningkatkan minat MBK dalam pembelajaran. Di
dalam sesebuah kelas, tidak semua MBK mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima
sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid dapat
memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran
akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan teknologi di dalam kelas.
Melalui pengunaan teknologi seperti grafik, audio, video dan sebagainya akan menyebabkan
murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan
persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk difahami.

LATIHAN UNIT 9
1.Apakah yang dimaksudkan dengan pentaksiran inklusif di dalam pendidikan inklusif?

Pentaksiran dalam pendidikan inklusif adalah pendekatan pentaksiran dalam arus perdana di
mana dasar dan amalan direka untuk menggalakkan pembelajaran semua murid termasuk
Murid Berkeperluan Khas (MBK) sejauh yang mungkin. Ini seterusnya membawa kepada
satu bentuk pentaksiran inklusif. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran untuk
semua murid dalam persekitaran arus perdana.

2. Berdasarkan pengetahuan dan kefahaman anda, bagaimanakah pentaksiran di dalam


Program Pendidikan Inklusif sepatutnya dijalankan?

Program Pendidikan Inklusif merupakan program di mana pelajar berkeperluan khas yang
mengikuti Program Inklusif bersama-sama pelajar arus perdana yang lain yang telah melepasi
peringkat saringan dan didapati layak untuk mengikuti program ini. Berdasarkan pengetahuan
dan kefahaman saya, pentaksiran PPI haruslah diteliti semula memandangkan virus Covid-19
yang telah melanda hampir seluruh dunia dan hal ini telah menyebabkan semua sekolah di
Malaysia ditutup. Oleh itu, teknologi memainkan peranan yang penting dalam perkara ini.
Kepelbagaian teknologi memerlukan kebijaksanaan guru dalam mewujudkan sebuah
pembelajaran yang inklusif pendidikan digital bagi menyediakan peluang pembelajaran yang
sama kepada murid-murid (Navarro et. at., 2016 ). Inklusif dalam pendidikan digital
bermaksud MBK diberi peluang untuk belajar bersama-sama melalui akses pelantar dan
sumber pembelajaran yang mudah dan mesra pengguna. Aspek kompetensi ICT pelajar
merujuk kepada kemahiran murid dalam menggunakan teknologi untuk membantu
pembelajaran mereka. Hal ini perlu dikaji terlebih dahulu oleh guru sebelum pelaksanaan
pendidikan digital bagi memastikan pembelajaran inklusif dapat berlaku dalam pembelajaran
atas talian.

You might also like